Saturday, November 15, 2014

LAPORAN RINGKAS KEJOHANAN PELAPIS ANTARA ZON PERINGKAT AKHIR 2014 BAGI SUKAN GIMNASTIK ARTISTIK

Tarikh : 14 November 2014 (Jumaat)
Tempat : Dewan Gimnastik, Gimnasium SUKPA Kuantan Pahang.


Majlis Sukan Negara Malaysia dengan kerjasama Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pahang telah menganjurkan Kejohanan Pelapis Antara Zon Peringkat Akhir 2014 pada 13 hingga 16 November 2014 bertempat di Dewan Gimnastik, Gimnasium SUKPA, Kuantan Pahang.

Kejohanan pada kali ini pasukan dari Pulau Pinang telah mengambil bahagian MAG Class 1 (FIG) umur 7 hingga 8 tahun. MAG Class 1 Pasukan Pulau Pinang telah mengambil bahagian enam acara iaitu Senam Lantai, Kekuda Berpelana, Gelang, Melombol, Palang Sejajar dan Palang Tunggal. Pulau Pinang hanya dapat menghantar 3 orang atlet MAG sahaja.

Atlet-atlet gimnastik telah menjalani latihan pasukan secara rasmi pada hari Jumaat iaitu 14 November 2014 dan latihan tersebut bermula pada pukul 8.30 pagi hingga 11.00 pagi sebagai persediaan kejohanan pada waktu petang hari yang sama iaitu jam 3.00 petang.

Berikut merupakan keputusan rasmi kejohanan tersebut bagi Pasukan Pulau Pinang :-

MAG
Kumpulan : HP 1 (7-8 tahun)

Acara    : Individu Keseluruhan
Perak    : William Tan Ming Wei (P.Pinang)


Acara    : Kekuda Berpelana
Emas    : William Tan Ming Wei (P.Pinang)

Perak    : Luqman Hakim Bin Zainal Rashid (Kedah)
Gangsa : Alif Adha Bin Ahmad (Perak)


Acara    : Gelang
Emas    : Ahmad Jamaluddin Bin Hasrul Haslan (Kedah)
Perak    : William Tan Ming Wei (P.Pinang)
Gangsa : Luqman Hakim Bin Zainal Rashid (Kedah)


Acara    : Palang Tunggal
Emas    : Wilson Yeoh Wei Sin (P.Pinang)
Perak    : Luqman Hakim Bin Zainal Rashid (Kedah)
Gangsa : Raif Hafizuddin Bin Mohd Azharudin (Pahang)


Sekian sahaja laporan Kejohanan Pelapis Antara Zon Peringkat Akhir 2014 bagi sukan gimnastik untuk MAG class 1 (FIG) pada 14 November 2014 bertempat di Dewan Gimnastik, Gimnasium SUKPA, Kuantan Pahang.

Sekian, terima kasih.

Laporan disediakan oleh
Azira Binti Azizan

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved