Thursday, December 31, 2015

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN TENPIN BOLING

Tarikh : 30 Disember 2015 (Rabu)
Masa : 5.00 petang hingga 7.00 malam
Tempat : Mega Bowling Centre, Seberang Perai

KEHADIRAN
1. Albert Yeoh Seng Poh - JSM
2. Cheah Teik Tatt - JSM
3. Nooriani Abdul Rahman - JSM
4. Randy Wong - JPM Negeri
5. Mohd Suhaimi Md Salleh - PPN

ATLET
1. 23 lelaki & 12 wanita.

LATIHAN
1. Warm Up
2. Practise First Ball
3. 1 Step, 2 Step & Full Step
4. Simulation Games

UJIAN
-Tiada-

PERTANDINGAN
-Tiada-

KECEDERAAN
-Tiada-

PERALATAN
1. Hak milik pensendirian.

PROGRAM BINAAN
-Tiada-

ULASAN RINGKAS
1. Kehadiran atlet semasa pemantauan amat memuaskan.
2. Montly Roll Off bulan Disember akan dijalankan pada 31 Disember 2015 (Khamis)
3. Jurulatih telah memaklumkan bahawa telah menerima jadual National Evalution 2016. Pemilihan untuk negeri Pulau Pinang akan diadakan pada 27 Januari 2016 (Rabu).
4. Pihak Persatuan telah memilih tarikh 23 Januari 2016 (Sabtu) untuk State Evalution pada semua yang berminat untuk mengikuti program pelapis tahun 2016.
5. PPN juga memaklumkan bahawa surat penyambungan kontrak bersama surat sokongan Persatuan perlu dihantar pada penghujung Januari 2016.

Sekian,Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

Read more...

Thursday, December 17, 2015

LAPORAN PEMANTAUAN PPN BAGI SUKAN SEPAK TAKRAW

Tarikh : 16 Disember 2015 (Rabu)
Masa : 3.00 petang hingga 7.00 petang
Tempat : Kompleks Sukan Penaga, Butterworth

KEHADIRAN
1. En. Ahmad Rahimi Azizan - JSM
2. En. Mohd Suhaimi Md Salleh - PPN

ATLET
1. 20 orang

LATIHAN
1. Persiapan terakhir atlet untuk menghadapai kejohanan Sepak Takraw Remaja Kebangsaan PSM/MSN Peringkat Akhir 2015.

UJIAN
-Tiada-

PERTANDINGAN
-Seramai 12 orang akan menyertai kejohanan Sepak Takraw Remaja Kebangsaan PSM/MSN Peringkat Akhir pada 17 hingga 20 Disember 2015 di Kompleks Kejiranan Presint 11, Putrajaya.

KECEDERAAN
-Tiada-

PERALATAN
1. Masih memerlukan beberapa peralatan seperti bola takraw dan jaring.

PROGRAM BINAAN
-Tiada-

ULASAN RINGKAS
1. Kehadiran atlet pada sesi latihan memuaskan.
2. Jurulatih memohon agar pihak Persatuan Kebangsaan dapat mengadakan kejohanan remaja terlebih awal.
3. Jurulatih ada memohon bola takraw untuk latihan memandangkan bola yang sedia ada kebanyakan pecah.
4. Dari pemantauan, atlet sedang bersungguh-sungguh menjalani latihan bagi menghadapi kejohanan terakhir bagi tahun 2015. Pihak Unit berharap pasukan Pulau Pinang dapat membawa balik kejayaan yang memberangsangkan.
5. Mesyuarat JKK Pelapis Bil 2/2015 akan diadakan pada 23 Disember 2015 pada jam 3.00 petang di Bilik Mesyuarat Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang. Makluman kepada Setiausaha Persatuan telah dimaklumkan.

Sekian,Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

Read more...

Monday, December 14, 2015

LAPORAN PEMANTAUAN PPN BAGI SUKAN PELAYARAN

Tarikh : 13 Disember 2015 (Ahad)
Masa : 12.00 tengahari hingga 5.00 petang
Tempat : Pusat Latihan Perahu Layar Penang Swimming Club, Tanjung Bungah

KEHADIRAN
1. En. Mohamad Shah Bin Ismail - JSM
2. En. Ismail Abd Ghani - JPM Negeri
3. En. Zainal Misron - Timbalan Presiden Persatuan
4. En. Mohd Suhaimi Md Salleh - PPN

ATLET
1. 14 orang 

LATIHAN
1. Atlet sedang membuat persiapan serta pemilihan untuk hari kedua bagi menghadapi kejohanan 32th Natonal Open Regatta 2015.

UJIAN
-Tiada-

PERTANDINGAN
- Seramai 7 orang akan menyertai Kejohanan Perahu Layar KFC 32th NSC-MILO National Open Regatta 2015 pada 15 hingga 21 Disember 2015 di Pusat Perahu Layar Kebangsaan, Langkawi, Kedah

KECEDERAAN
-Tiada-

PERALATAN
-Tiada-

PROGRAM BINAAN
-Tiada-

ULASAN RINGKAS
1. Kehadiran atlet memuaskan.
2. Kelajuan angin semasa sesi latihan berada pada 15- 20 knots.
3. Mesyuarat JKK Bil 2/2015 sukan Pelayaran akan diadakan pada 22 Disember 2015 (Selasa) di Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang.
4. Pemilihan ke kejohanan memasuki hari kedua untuk memilih atlet yang layak ke kejohanan 32th National Open Regatta 2015.
5. Permohonan aktiviti kejohanan juga telah dihantar kepada pihak kewangan.
Sekian,Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

Read more...

LAPORAN PEMANTAUAN PPN BAGI SUKAN PELAYARAN

Tarikh : 12 Disember 2015 (Sabtu)
Masa : 2.00 petang hingga 6.00 petang
Tempat : Pusat Latihan Perahu Layar Penang Swimming Club, Tanjung Bungah

KEHADIRAN
1. En. Mohamad Shah Bin Ismail - JSM
2. En Ismail Abd Ghani - JPM Negeri
3. En. Mohd Suhaimi Md Salleh - PPN

ATLET
1. 14 orang 

LATIHAN
1. Atlet sedang membuat persiapan serta pemilihan selama 2 hari untuk kejohanan 32th Natonal Open Regatta 2015.

UJIAN
-Tiada-

PERTANDINGAN
- Seramai 7 orang akan menyertai Kejohanan Perahu Layar KFC 32th NSC-MILO National Open Regatta 2015 pada 15 hingga 21 Disember 2015 di Pusat Perahu Layar Kebangsaan, Langkawi, Kedah

KECEDERAAN
-Tiada-

PERALATAN
1. Beberapa tiang layar patah dan perlu dibaiki dengan segera. 
2. Perlu penambahan beberapa peralatan alat ganti seperti tali, center board dan tiang.

PROGRAM BINAAN
-Tiada-

ULASAN RINGKAS
1. Kehadiran atlet memuaskan.
2. Kelajuan angin semasa sesi latihan berada pada 10-15 knots.
3. Mesyuarat JKK Bil 2/2015 sukan Pelayaran akan diadakan pada 22 Disember 2015 (Selasa) di Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang.
4. Atlet sedang membuat persiapan serta pemilihan selama 2 hari untuk kejohanan 32th National Open Regatta 2015.

Sekian,Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

Read more...

Friday, December 11, 2015

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN TENPIN BOLING

Tarikh : 10 Disember 2015 (Khamis)
Masa : 6.00 petang hingga 7.30 malam
Tempat : Mega Bowling Centre, Seberang Perai

KEHADIRAN
1. Albert Yeoh Seng Poh - JSM
2. Cheah Teik Tatt - JSM
3. Nooriani Abdul Rahman - JSM
4. Randy Wong - JPM Negeri
5. Mohd Suhaimi Md Salleh - PPN

ATLET
1. 34 orang atlet.

LATIHAN
1. Roll Off Bulanan.

UJIAN
-Tiada-

PERTANDINGAN
- Beberapa atlet akan menyertai Kejohanan 43th Penang Pesta International Bowling Championships yang bermula pada 11 hingga 19 Disember 2015 di Mega Bowling Centre, Seberang Perai.

KECEDERAAN
-Tiada-

PERALATAN
1. Hak milik pensendirian.

PROGRAM BINAAN
-Tiada-

ULASAN RINGKAS
1. Kehadiran atlet semasa pemantauan amat memuaskan.
2. Jurulatih akan bertugas sepnuh masa pada kejohanan 43th Penang Pesta International Bowling Championships yang bermula pada 11 hingga 19 Disember 2015 di Mega Bowling Centre, Seberang Perai.
3. Satu perjumpaan jurulatih bersama atlet telah dapat diadakan pada akhir sesi latihan.

Sekian,Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

Read more...

LAPORAN PEMANTAUAN PPN BAGI SUKAN MEMANAH

Tarikh : 10 Disember 2015 (Khamis)
Masa : 4.00 ptg hingga 6.00 ptg
Tempat : Gymnasium Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang (MSNPP)

KEHADIRAN
1. Shamani a/p Ganesan - JSM
2. Salina Putriana Erierpius - JPM Negeri
3. Encik Ahmad Zaidi Md Rosdi - Pegawai ISNPP
4. Ummi Shatira Binti Syed Jamal Abd Nasir - Pelajar Praktikal ISNPP
5. 18 orang atlet

LATIHAN
1. Warm up & Strething
2. Strength training
3. Upper & lower body exercises
4. Ice Bath
5. Cooling down 

UJIAN
-Tiada-

PERTANDINGAN
Seramai 14 atlet bersama 2 jurulatih akan menyertai Kejohanan Memanah Kebangsaan Sirkit III & Terbuka Selangor 2015 pada 15 hingga 20 Disember 2015 di Sek Keb Seksyen 7, Shah Alam, Selangor.

PERALATAN
1. Gimnasium MSNPP

PROGRAM BINAAN
-Tiada-

ULASAN
1. Sesi latihan ini dikendalikan oleh Pegawai ISNPP iaitu Encik Ahmad Zaidi Md Rosdi dan dipantau oleh JSM G. Shamani.
2. Jurulatih memaklumkan bahawa pembekalan bow memanah serta aksesori untuk Skuad Sukma Sarawak 2016 akan diterima dalam beberapa hari lagi. Peralatan itu telah diuruskan oleh pihak Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang.
3. Prestasi atlet amat baik memandangkan hanya tinggal beberapa hari untuk kejohanan dan menguji tahap prestasi dari segi pemarkahan scoring.
4. Kejohanan yang disertai pada bulan ini merupakan kejohanan terakhir bagi tahun 2015.
5. Kabin Kontena yang disalurkan oleh pihak MAjlis Sukan Negara akan samapai pada 14 Disember 2015 (Isnin). Makluman kepada pihak pentadbiran MSNegeri juga telah dimaklumkan untuk rekod.

Sekian,Terima Kasih

Disediakan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

Read more...

LAPORAN PENUH KEM TAHUNAN ATLET PELAPIS NEGERI PULAU PINANG 2015

Tarikh : 7 hingga 10 Disember 2015
Tempat : Seri Ternas Lake Resort, Tasik Beris, Sik, ​Kedah Darul Aman​
Peserta : 90 orang atlet, 5 Jurulatih dan 5 orang Pegawai

Pada 7 hingga 10 Disember 2015 yang lalu pihak Unit Sukan Prestasi Tinggi (USPTN) Pulau Pinang telah menganjurkan kem tahunan bagi atlet-atlet di bawah program USPTN. Seramai  90 orang atlet,5 jurulatih dan 5 orang pegawai dari Pulau Pinang menyertai kem tersebut.

Hari pertama program bermula pada 7 Disember 2015, dimana pergerakan atlet dari negeri Pulau Pinang bergerak ke Kem Seri Ternas Lake Resort dengan melibatkan pengangkutan sebanyak 3 buah bas. Pendaftaran bermula pada jam 11.00 pagi dengan pembahagian bilik mengikut sukan, disusuli dengan makan tengah hari sehingga jam 2.00 petang. Aktiviti pertama bermula pada jam 2.30 petang dimana aktiviti Ice breaking dan pembahagian kumpulan diadakan. Pembahagian kumpulan dipecahkan kepada 8 kumpulan. Aktiviti malam bermula  pada jam 9.00 malam dimana aktiviti diteruskan dengan penciptaan logo dan sorakan kumpulan sehingga jam 11.00 malam.

Hari kedua kem bermula jam 6.30 pagi selepas selesai solat subuh berjemaah. Atlet memulakan aktiviti Senamrobik sebelum sarapan pagi. Aktiviti senamrobik dikendalikan oleh jurulatih yang dilantik. Pada hari berkenaan slot aktiviti outdoor mengisi waktu pagi hingga petang. Atlet dipecahkan kepada beberapa kumpulan dan perlu ke setiap check point yang telah ditetapkan mengikut arahan yang telah diberi. Antara aktiviti yang disertai adalah berkayak, river crossing,  abseiling, dan rempuh halangan. Pada sesi sebelah malam taklimat dari kem komandan kepada atlet berkenaan aktiviti night jungle trekking. Aktiviti tamat pada jam 2.30 pagi.

Hari ketiga, aktiviti diteruskan lagi dengan senamrobik seperti biasa dikendalikan oleh jurulatih. Selepas aktiviti senamrobik atlet berkumpul untuk sarapan pagi dan taklimat daripada kem komandan bagi meneruskan acara explorace. Acara ini mengambil masa selama 4 jam untuk setiap kumpulan menghabiskan tugas-tugas yang diberi. Aktiviti tamat pada jam 1.00 petang sebelum peserta dibenarkan berehat dan makan tengahari. Pada sebelah petang pula, aktiviti management games diadakan dan sebanyak 5 acara diberi iaitu pembentukan puzzle, pembentukan piramid, love knot, teka siapa saya dan kasih sayang sejati. Slot pada malam hari ketiga dimana peserta akan mempersembahkan persembahan mengikut tugasan yang diberi. Antaranya Dikir Barat, Sketsa, Boria, Bollywood, Lakonan, Tarian 60 an, Perkahwinan dan Tarian Dangdut. Program tamat pada jam 12.30 pagi dengan minum malam sebelum atlet dilepaskan untuk berehat.

Hari terakhir program diteruskan dengan sesi terakhir dimana slot rumusan kem dilakukan oleh setiap kumpulan dengan menceritakan nilai-nilai dan pengalaman yang dapat dipelajari. Acara tamat pada jam 10.0​0 pagi. Majlis penutupan dan penyampaian hadiah dimulakan pada jam 11.00 pagi sebelum semua atlet berkemas untuk balik ke Pulau Pinang.​

Semoga kem sebegini dapat diadakan lagi untuk memupuk erti setiakawan, Ia juga dapat merapatkan hubungan silahturahim antara atlet-atlet bersama jurulatih. Disamping itu juga, atlet dapat menanam semangat kerjasama mengikut aktiviti yang dirancangkan.

Sekian, Terima Kasih
Laporan dari Tasik Beris, ​Sik, Kedah

Read more...

Thursday, December 10, 2015

LAPORAN HARI TERAKHIR KEJOHANAN GIMNASTIK ARTISTIK REMAJA KEBANGSAAN 2015

 Tarikh : 6 Disember 2015 (Ahad)
Masa : 8.00 pagi hingga 2.00 petang
Tempat : Gimnasium 3, Institut Sukan Negara, Bukit Jalil

Hari ini merupakan hari kemuncak kejohanan dimana semua acara akan berakhir pada hari ini. Pada hari ini, pasukan Pelapis Pulau Pinang mengambil acara dalam MAG (9-10 tahun) Level 2 dan WAG (9-10 tahun & 11-13 tahun) Level 3. Para pemain menunjukkan semangat yang jitu semasa pertandingan lalu berjaya membawa pulang 5 Emas, 9 Perak dan 7 Gangsa untuk kutipan pingat pada hari ini.

Berikut dilampirkan semua nama pemenang mengikut acara yang dipertandingkan pada hari terakhir :-

MAG (9-10 tahun : Level 2) 
*Individual All Around Final
Emas - Mohd Baihaqi B. Mat Asri (TER)
Perak - Desmond Chung Chun Hao (PEN)
Gangsa - Soon Khye Ze (PEN)
Tempat ke-4 - Yap Zi Yi (PEN)

MAG (9-10 tahun : Level 2) 
*Floor Exercise
Emas - Soon Khye Ze (PEN)
Perak - Desmond Chung Chun Hao (PEN)
Gangsa - Mohd Baihaqi B. Mat Asri (TER)
Tempat ke-4 - Yap Zi Yi (PEN)

MAG (9-10 tahun : Level 2) 
*Pommel Horse
Emas -  Yap Zi Yi (PEN)
Perak -  Soon Khye Ze (PEN)
Gangsa - Desmond Chung Chun Hao (PEN)
Tempat ke-4 - Mohd Baihaqi B. Mat Asri (TER)

MAG (9-10 tahun : Level 2) 
*Rings
Emas - Mohd Baihaqi B. Mat Asri (TER)
Perak - Soon Khye Ze (PEN)
Gangsa - Desmond Chung Chun Hao (PEN)
Tempat ke-4 - Yap Zi Yi (PEN)

MAG (9-10 tahun : Level 2) 
*Vault
Emas - Mohd Baihaqi B. Mat Asri (TER)
Perak - Desmond Chung Chun Hao (PEN)
Gangsa - Soon Khye Ze (PEN)
Tempat ke-4 - Yap Zi Yi (PEN)

MAG (9-10 tahun : Level 2) 
*Parallel Bars
Emas - Mohd Baihaqi B. Mat Asri (TER)
Perak - Desmond Chung Chun Hao (PEN)
Gangsa - Yap Zi Yi (PEN)
Tempat ke-4 - Soon Khye Ze (PEN)

MAG (9-10 tahun : Level 2) 
*Horizontal Bar
Emas - Mohd Baihaqi B. Mat Asri (TER)
Perak - Yap Zi Yi (PEN)
Gangsa - Desmond Chung Chun Hao (PEN)
Tempat ke-4 - Soon Khye Ze (PEN)

WAG (9-10 tahun : Level 3)
*Vault
Emas - Nur Nisa Batrisya (WP)
Perak - Ester Teh Yi Ying (PEN)
Gangsa - Ameera Irdina Mazwan (WP)
Tempat ke-4 - Julia Loke Chen Ni (PEN)

WAG (11-13 tahun : Level 3)
*Individual All Around Final
Emas - Zarith Imaan Zubaidi (PEN)
Perak - Cassandra Lavagne (SWK)
Gangsa -  Lim Zhi Fei (PAH)
Tempat ke4 - Audrey Jude Rendih (SWK)

WAG (11-13 tahun : Level 3)
*Vault
Emas - Cassandra Lavagne (SWK)
Perak - Zarith Imaan Zubaidi (PEN)
Gangsa - Nur Sofea Idayah (SWK)
Tempat ke-4 - Chan Mei Thong (PAH)

WAG (11-13 tahun : Level 3)
*Uneven Bars
Emas - Zarith Imaan Zubaidi (PEN)
Perak - Audrey Jude Rendih (SWK)
Gangsa - Nur Nisa Aliya (WP)
Tempat ke-4 - Cassandra Lavagne (SWK)

WAG (11-13 tahun : Level 3)
*Balance Beam
Emas - Lim Zhi Fei (PAH)
Perak - Cassandra Lavagne (SWK)
Gangsa - Zarith Imaan Zubaidi (PEN)
Tempat ke-4 - Kedhenyna (PER)

WAG (11-13 tahun : Level 3)
*Floor Exercise
Emas - Zarith Imaan Zubaidi (PEN)
Perak - Nur Sofea Idayah (SWK)
Gangsa - Lim Zhi Fei (PAH)
Tempat ke-4 - Cassandra Lavagne (SWK)

Prestasi atlet pelapis Pulau Pinang pada kejohanan ini sangat memberansangkan disamping kategori WAG (Team) bagi umur 9-10 tahun dan 11-13 tahun mendapat pingat gangsa. Pungutan pingat keseluruhan Pulau Pinang pada kejohanan ini adalah sebanyak 8 Emas, 12 Perak dan 9 Gangsa. 

Pertandingan tamat dengan jayanya pada jam 12.30 tengahari. Majlis penyampaian hadiah telah berjalan lancar dan penutupan kejohanan pada pukul 2.00 petang. Pihak Penganjur mengucapkan syabas kepada semua pemenang dan pasukan yang hadir pada kejohanan kali ini. Ucapan tahniah juga kepada atlet yang telah memberi saingan serta tentangan hebat kepada lawan masing-masing dan yang tewas jangan berputus asa. Pasukan Pulau Pinang terus bergerak balik ke Pulau Pinang pada hari ini (6 Disember 2015).

Sekian, Terima Kasih

Laporan disediakan oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

Read more...

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved