Saturday, November 15, 2014

LAPORAN HARI PERTAMA KEJOHANAN PELAPIS ANTARA ZON PERINGKAT AKHIR 2014 BAGI SUKAN MENEMBAK

Tarikh : 14 November 2014 (Jumaat)
Tempat : Lapang Sasar Menembak Kompleks SUKPA, Kuantan Pahang.  


Majlis Sukan Negara Malaysia dengan kerjasama Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pahang telah mengelolakan Kejohanan Pelapis Antara Zon Peringkat Akhir 2014 pada 13 hingga 16 November 2014 bertempat di  Lapang Sasar Menembak Kompleks SUKPA, Kuantan Pahang. Penyertaan dari pasukan Negeri Pulau Pinang pada kali ini melibatkan seramai 6 orang atlet iaitu 2 orang atlet lelaki dan 4 orang atlet wanita.

Untuk hari pertama kejohanan, sebanyak 2 acara telah dipertandingkan iaitu 10M Air Rifle - Lelaki dan 10M Air Pistol - Wanita. Latihan rasmi untuk acara 10M Air Rifle - Lelaki dan 10M Air Pistol - Wanita telah dijalankan pada pukul 9.00 pagi. Pertandingan bermula pada jam 2.30 petang.

Berikut merupakan keputusan rasmi bagi acara 10M Air Rifle - Lelaki dan 10M Air Pistol - Wanita yang dipertandingkan pada hari pertama pertandingan :-

Acara 10M Air Rifle - Lelaki (Individu)
Emas: Loo Je Ren (Perak) - Zon Tengah
Perak : Muhammad Faris Muhaimin (Terengganu) - Zon Timur
Gangsa : Izuul Hazmi Bin Rosli (Melaka) - Zon Selatan


Acara 10M Air Pistol (Individu)
Emas : Sarah Nur Dalilah Binti Kipayatullah (Terengganu) - Zon Timur
Perak : Elleen Lim Yi Ling (Pulau Pinang) - Zon Utara
Gangsa : Allycia Tan Kai Ling (Selangor) - Zon Tengah


Pada hari kedua kejohanan, acara yang akan dipertandingkan ialah Acara 10M Air Rifle - Wanita dan 10M Air Pistol - Lelaki.

Sekian sahaja laporan pada hari pertama Kejohanan Pelapis Antara Zon Peringkat Akhir 2014 bagi sukan Menembak.

Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh
Azira Binti Azizan

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved