Friday, November 28, 2014

LAPORAN MESYUARAT PENGURUS PASUKAN KEJOHANAN 4TH TM(WTF) NSC-MILO NATIONAL INTERCLUB TAEKWONDO CHAMPIONSHIPS 2014

Tarikh : 27 November 2014 (Khamis)
Masa : 3.30 petang - 4.45 petang
Tempat : Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu, Sabah

Mesyuarat Pengurus Pasukan bagi Kejohanan National Interclub Taekwondo Championships 2014 telah berlangsung pada petang 27 November 2014 yang mana dipengerusikan oleh Master Dhanaraj Rassiah selaku Pengarah Teknikal, Persatuan Taekwondo Malaysia. Seperti kelazimannya tujuan mesyuarat ini diadakan bagi mengesahkan pengesahan penyertaan negeri/kelab serta atlet. Untuk makluman, jumlah penyertaan masih belum disahkan lagi penyertaan dan pihak penganjur menganggarkan penyertaan seramai 466 orang melibatkan 37 kelab berdaftar.

"Official Weight In" dijalankan jam 12.00 tengahari hingga 3.00 petang sebelum mesyuarat pengurus pasukan. Kejohanan kali ini melibatkan acara bagi kategori 9-11 tahun (Lelaki & wanita), kategori 12-14 tahun (lelaki & Wanita) dan kategori 15-17 tahun (lelaki & wanita) dan kategori 16 tahun Open. Skuad Taekwondo Pelapis Pulau Pinang telah menghantar atlet seramai 5 orang dengan 2 jurulatih pada edisi kali ini.

Tiada isu dibangkitkan pada mesyuarat ini dan untuk hari esok (28 November 2014) kejohanan akan bermula secara rasmi bagi kategori 9-11 tahun (Lelaki & wanita), kategori 12-14 tahun (wanita). Kejohanan ini menggunakan sistem ESS dan sebanyak 4 gelanggang sepanjang kejohanan ini berlangsung.

Sekian, Terima Kasih

Laporan dari Kota Kinabalu

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved