Tuesday, May 31, 2011

SUKMA XIV 2011 - LAPORAN URUSETIA PERKAMPUNGAN SUKAN, UKM

Urusetia perkampungan sukan bergerak dari Pulau Pinang pada 30 Mei dan tiba di UKM pada jam 10.00 malam bersama sebuah lori JKR yang membawa mineral water,peralatan urusetia & medic. Urusan penginapan urusetia selesai sekitar jam 10.30 malam di Kolej Keris Mas, UKM.


Persiapan awal pasukan urusetia di sini bermula jam 9.00 pagi dengan membuat persediaan bilik urusetia. Pasukan medic juga turut menguruskan persediaan bilik di asrama atlet.Lawatan ke bilik2 penginapan atlet juga diadakan bagi meninjau serta mengenalpasti sebarang masalah yang ada sebelum ketibaan pasukan Tenis & Polo Air yang dijangka tiba pada petang ini.


Untuk makluman juga beberapa aktiviti menarik yang disediakan penganjur antaranya permainan play station, ping pong, & dart yang pastinya membuatkan atlet tidak bosan di perkampungan sukan ini.Selain itu, urusan makan minum atlet juga berjalan lancar hari ini dengan pemantauan oleh pihak urusetia penganjur.


Kini pihak urusetia sedang menanti ketibaan pasukan Tenis & Polo Air Pulau Pinang. Segala urusan berjalan lancar di sini. Sekian laporan ringkas sy di UKM. Tq



Ketua Urusetia Perkampungan Sukan, UKM











































Read more...

KEJOHANAN ANGKAT BERAT DALAMAN - TQ SUPER GYM

Tarikh : 28 Mei 2011
Masa : 10am - 6.00pm
Venue : Super Gym, Georgetown

Pegawai Terlibat;

En. Faizul (Announcer),
En. Ramasamy (Side Referee),
En. Thomas (Side Referee)
En. Jamil (Center Referee)

Kejohanan ini diadakan setiap tahun sempena menyambut ulang tahun pembukaan Super Gym. Pengasas Super Gym ialah En. Yeoh Keat Chye yang merupakan tenikal Persatuan Angkat Berat Amatur Pulau Pinang.

Kejohanan ini terbahagi kepada 5 kategori, berikut adalah keputusan pertandingan :

Kategori A : Berat Badan 50 KG dan Kebawah

1. Mohd Harith Lutfie (Snatch 45 KG, Clean & Jerk 60 KG) PLN Batu Uban

2. Mohd Syakir (Snatch 40 KG, Clean & Jerk 60 KG) PLN Batu Uban

3. Muhd Haikal Zamri (Snatch 36 KG, Clean & Jerk 42 KG) PLN Titi Mukim

4. Thrilogan (Snatch 25 KG, Clean & Jerk 32 KG) PLN B.Mertajam


Kategori B : Berat Badan 62 KG dan Kebawah

1. Abd Haris Che Pi (Snatch 65 KG, Clean & Jerk 85 KG) PLN Titi Mukim

2. Mohd Asrul Sabran (Snatch 64 KG, Clean & Jerk 84 KG) PLN Batu Uban

3. Mohd Hafiz Ahmad (Snatch 45 KG, Clean & Jerk 56 KG) PLN B.Mertajam

4. Mohd Solehudin (Snatch 40 KG, Clean & Jerk 52 KG) PLN Titi Mukim

5. Mohd Arif (Snatch 32 KG, Clean & Jerk 40 KG) PLN B.Mertajam


Kategori C : Berat Badan 77 KG dan Kebawah

1. Khairul Asnawi (Snatch 97 KG, Clean & Jerk 127 KG) PLN Batu Uban

2. Muhd Alif Taib (Snatch 95 KG ,Clean & Jerk 120 KG) PLN Batu Uban

3. Muhd Izzat (Snatch 57 KG, Clean & Jerk 86 KG) PLN Titi Mukim

4. Muhd Saiful Jamil (Snatch 50 KG, Clean & Jerk 70 KG) PLN Titi Mukim


Kategori D : Berat Badan 90 KG dan Kebawah

1. Mohd Amirun (Snatch 75 KG, Clean & Jerk 95 KG) PLN B. Mertajam

2. Lau Khim Hun (Snatch 65 KG, Clean & Jerk 90 KG) Super Gym

3. Lau Kim Sun (Snatch 60 KG, Clean & Jerk 90 KG) Super Gym


Kategori E : Berat Badan 90 KG dan Keatas

1. Mohd. Fikri Azmi (Snatch 95 KG, Clean & Jerk 110 KG) PLN Batu Uban

2. Muhd Al Iman (Snatch 57 KG, Clean & Jerk 75 KG) PLN B. Mertajam

3. Mohd Faisal (Snatch 55 KG, Clean & Jerk 75 KG) PLN Titi Mukim

Sekalung penghargaan kepada En. Yeoh Keat Chye kerana telah berjaya menganjur dan menaja hadiah untuk kejohanan ini. Diharap kejohanan dalama seumpama ini dapat diteruskan pada masa-masa akan datang bagi menarik minat lebaih ramai anak-anak muda / belia memasuki dalam sukan ini.


Laporan Oleh ; Ahmad Firdaus Yusoff




























Read more...

Thursday, May 26, 2011

KEJOHANAN BADMINTON SIRKIT REMAJA KEBANGSAAN 100PLUS 2011 - TAHNIAH PP

Pada 22hb Mei 2011 merupakan hari terakhir untuk kejohanan diatas.


Pencapai Pasukan pada Kejohanan kali ini ;


1 Emas

- Goh Jin Wei & Lim Ming Hui (Bergu Perempuan Bwh 12 Tahun)


2 Perak

- Sim Fong Haui (Perseorangan Lelaki Bwh 12 Tahun)

- Lim Ming Hui (Perseorangan Perempuan Bawah 12 Tahun)


Selain itu pada kali ini pasukan Pulau Pinang berjaya merangkul Trofi Pencapaian Terbaik & Penyertaan Terbaik. Ini adalah hasil daripada kerjasama semua pihak disamping sokongan yang kuat daripada ibubapa para atlet. Tahniah diucapkan.


Kesempatan waktu ini diambil untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada keluarga atlet yang sanggup bersama dari hari pertama hingga ke akhir kejohanan untuk memberikan sokongan moral kepada atlet-atlet, syabas!


Fatimah Jamil









































Read more...

Wednesday, May 25, 2011

TID SUKAN TERJUN

Siri pencarian bagi atlet terjun diadakan pada 10hb Mei 2011(Selasa) di 2 buah tadika yang berhampiran di Pusat Latihan. TID dijalankan di Tadika KidiLand Montessori & KidsLand Kindergarden. Seramai 4 orang daripada 30 orang di KidsLand Kindergarden yang layak untuk diketengahkan untuk sukan terjun manakala dari KidiLands Montessori seramai 6 orang daripada 50 orang yang layak bagi sesi pemilihan kali ini.


TID ini dilakukan oleh JLN Pelapis En.Xu Ji bersama wakil persatuan Pn. Lee Siew Sze. Pelajar yang terpilih akan dipanggil untuk kali ke-2 untuk diberikan penerangan bersama ibubapa oleh SDO dan Persatuan mengenai program pelapis sukan terjun di negeri. Jutaan terima kasih kepada kedua-dua buah sekolah yang memberikan komitmen sepanjang program ini dijalankan. Diharap dengan pencarian bakat baru dapatlah melahirkan sebutir bintang yang bersinar dimasa hadapan. Sekian, terima kasih.


Shasha Tarmuzi




































































































































































































































































































Read more...

Friday, May 20, 2011

FINAL CAMP - SUKMA 2011 @ USM

Sukan Malaysia (SUKMA) ke-14 pada 28 Mei - 11 Jun 2011 bakal berlangsung kurang dari 2 minggu dari sekarang. Sebagai persiapan terakhir Kontinjen Negeri menghadapi kejohanan berkenaan, Kem Atlet Fasa Akhir telah diadakan di USM pada 15 - 21 Mei 2011.


Dalam masa yang sama juga, Majlis Penyerahan Bendera kepada Kontinjen juga diadakan sempena Kem Atlet Fasa Akhir yang diadakan ini. All the best..selamat berjuang atlet-atlet Pulau Pinang .. Go for Gold !!





Latihan pasukan Bola Jaring @ Dewan Kompleks Belia & Sukan





Latihan pasukan Ragbi @ padang USM










Latihan pasukan Rowing @ USM





Ujian Kecergasan pasukan Silambam oleh ISN Satelit @ USM







Pasukan Softball bersama Jurulatih & Pengurus Pasukan




Urusetia Kem

Read more...

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved