Tuesday, November 30, 2010

KEM TAHUNAN PELAPIS 2010 - Pelapis Pulau Pinang

Seramai 8 orang atlet bersama 2 orang jurulatih dari Program Pelapis Negeri Pulau Pinang tiba di UKM Bangi untuk menyertai Kem Tahunan ini. Kesemua peserta ini selamat tiba di UKM pada 29 November, jam 12.30 t/hari dengan kenderaan MSNegeri. Antara atlet & jurulatih yang terpilih adalah ;
1. Lee Tian Le - Menambak
2. Leow Shiuh Min - Menembak
3. Teoh Wan Shin - Terjun
4. Cheng Xin Ying - Terjun
5. Meerosa a/p Balakrishnan - Memanah
6. Calvin Boon Chang Yik - Olahraga
7. Harivel a/l Suresh Kumar - Olahraga
8. Qurratul Ainie Razali - Olahraga
9. Faizulzalham Sazaly - Jurulatih Angkat Berat
10 . Jaffery Low Wei Loon - Jurulatih Memanah
Terima kasih diucapkan kepada coach Ivarn kerana menguruskan urusan penghantaran senjata untuk kegunaan atlet-atlet menembak. Tahniah semua..All the best !!










Read more...

LATIHAN BERSAMA ATLET AKADEMI LAWAN PEDANG JABATAN PELAJARAN SINGAPURA

Tarikh : 22 - 24 November 2010
Tempat : PLN SRK Pykett

Jumlah Atlet
10 atlet Pelapis PP
5 atlet Pembangunan Singapura

Jurulatih
Lim Peng Jin
Seng Yuh Min

Hari Pertama - 22 November 2010

Pada hari pertama jam 2.00 hingga 4.00 petang sesi pengenalan atlet dan jurulatih dari Singapura diadakan untuk meramah mesra. Pemeriksaan senjata dan latihan diadakan pada jam 8 malam sehingga jam 10 malam.

Hari Kedua 23 November 2010

Pada hari kedua jam 9.00 pagi hingga 11.00 pagi En Edward De Silva dari Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang turut hadir dan membantu mengendalikan sesi psykologi dan motivasi. Pada jam 8.00 malam sesi latihan untuk acara epee, sabre dan foil yang dikendalikan oleh JPM MSNPP Encik Lim Peng Jin dan Cik Seng Yuh Min.

Hari Ketiga 24 November 2010

Pada hari ketiga jam 9.00 pagi beberapa latihan fizikal dan kecergasan telah diadakan dan dikendalikan oleh Jurulatih dari Singapura dan Pulau Pinang. Pada jam 8.00 malam sesi perlawanan persahabatan telah diadakan dan berakhir pada jam 10.00 malam.

Ulasan dan Cadangan

Latihan seumpama ini dapat memupuk semangat kesukanan yang jitu. Deligasi dari Singapura amat berpuas hati dengan program ini. Justeru itu, En Lim Peng Jin JPM MSNPP dan Cik Seng Yuh Min telah merancang untuk mengadakan beberapa program binaan dan penganjuran kejohanan akan diadakan pada tahun 2011.

Disediakan Oleh : Ahmad Firdaus Bin Yusoff








Read more...

SESI PSIKOLOGI ATLET MEMANAH

Aktiviti/Program : Sessi Psikologi Atlet Memanah Bersama ISN Pulau Pinang
Tarikh : 19hb November 2010 (Jumaat)
Tempat : Bilik Rileksasi ISN Pulau Pinang
Masa : 3.00 petang
Seramai 8 atlet dari sukan memanah telah menyertai Sesi Psikologi Sukan Bersama Unit Psikologi Sukan Pusat Satelit ISN Pulau Pinang. Sesi ini dikendalikan oleh Cik Nur Diana Abu Hassan dan Jurulatih tidak dibenarkan terlibat didalam sesi ini.
Objektif aktiviti ini dijalankan adalah untuk menangani dan mengurangkan kerisauan, memberi motivasi dan galakkan kepada atlet-atlet yang baru khasnya.Beberapa teknik psikologi diberi penekanan seperti :-
- Penetapan Matlamat
- Imaginasi Mental
- Relaksasi
- 'Self Talk'
- Pengurusan Stress
- Pengurusan Emosi
Kesemua perkara-perkara ini dapat membantu meningkatkan tumpuan atlet, meningkatkan skill dan seterusnya meningkatkan prestasi masing-masing.Aktiviti ini tamat jam 5.30 petang.
Atlet yang terlibat adalah atlet baru dan kuantiti yang menyertai sesi ini adalah bilangan yang kecil bagi memudahkan tumpuan diberikan dan atlet-atlet ini adalah diantara yang mempunyai potensi yang baik cuma perlu diberi penekanan tambahan dari segi psikologi bagi memotivasikan diri sendiri dan lebih fokus.
Selepas sesi tamat, kesemua atlet yang terlibat pergi menjalani latihan di Padang Memanah seperti biasa.Sekian, terima kasih.
--
Shasha Tarmuzi











Read more...

Tuesday, November 23, 2010

PEMANTAUAN PPN - PLN TINJU

Tarikh : 22 Nov 2010 [Isnin]
Masa : 5.10 petang hingga 6.50 petang
Tempat : Pusat Latihan Tinju Majlis Sukan Negeri, Batu Uban, Pulau Pinang

Kehadiran :

6 Atlet [4 dari PLN Titi Mukim, 1 dari PL MSNPP dan 1 dari Kelab India Star]
3 Jurulatih [1 JSM Cawangan Pelapis, 1 JLN MSNPP dan 1 JL Kelab India Star]
Presiden dan Setiausaha Persatuan tidak dapat hadir atas sebab urusan rasmi.

Aktiviti yang di jalankan sepanjang pemantauan :

1. Memantau Latihan Sparring - Atlet yang hadir untuk menjalani Latihan Sparring adalah mereka yang akan ke Kejohanan Remaja Kebangsaan 2010 di MSN Taman Keramat, Kuala Lumpur pada 30 November hingga 5 Disember 2010.

2. Hasil Perbincangan PPN bersama Jurulatih dan Penyelaras Sukan Tinju MSNPP :

2.1. PPN memaklumkan seramai 6 atlet akan ke Kejohanan Remaja Kebangsaan dan JSM Zainuddin tidak dapat bersama. Cadangan dibuat untuk mengantikan Jurulatih Kelab India Star oleh Penyelaras Sukan MSNPP dan dipersetujui oleh JLN MSNPP dan JSM Cawangan Pelapis.

2.2. Penyelaras Sukan MSNPP dan JLN MSNPP memaklumkan agar atlet yang akan dipilih untuk bersama Skuad Sukan Malaysia XIV 2011 menjalani latihan di Pusat Latihan MSNPP. Keputusan dari JSM Cawangan Pelapis dan Jurulatih Kelab India Star tiada masalah.

2.3. PPN memaklumkan kepada Penyelaras Sukan MSNPP dan JLN MSNPP untuk memberikan nama atlet dari PL MSNPP yang akan diserapkan ke dalam Program Cawangan Pelapis Negeri bagi tahun 2011 pada bulan Januari 2011. Dipersetujui oleh Penyelaras Sukan dan JLN.

Diakhir perbincangan PPN mengucapkan terima kasih kepada Penyelaras Sukan MSNPP, Jurulatih dan Atlet diatas kehadiran mereka.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.













Read more...

Saturday, November 13, 2010

PEMANTAUAN PLN MENEMBAK & SKUASY

Tarikh : 13.11.2010
Masa : 11.00 – 12.00 pm
Tempat : Kelab Menembak Pulau Pinang

Masa lapang cuti pada hari ini diambil untuk memantau latihan atlet-atlet menembak. Ketika lawatan, kelihatan 8 atlet pistol, 6 atlet rifle atlet sedang menjalani latihan di arena 10 meter.

Latihan berjalan baik & lancar yang dikendalikan oleh En. Ivarn & En. Ahmad Fahmie. Perbincangan ringkas juga dilakukan bersama SU Kelab & Jurulatih bagi mendapatkan info-info terkini tentang program latihan & prestasi atlet. Antara makluman lain adalah :

Kejohanan Menembak Piala TYT (Terbuka)
14 November 2010
Bermula jam 9.00 pagi
Kesemua atlet yang berada di bawah Program akan menyertai Kejohanan ini.

Kem Atlet Menembak
Tarikh akan di tetapkan
Tempat cadangan adalah di Penang Water Sports Centre @ PBA Camp.

SU Kelab memaklumkan tentang cadangan untuk mengadakan kejohanan dalaman untuk atlet-atlet sebagai persediaan menyertai kejohanan luar. Saya juga mencadangkan agar atlet-atlet dari Perak, Kedah & Perlis juga dijemput bagi memeriahkan kejohanan.





@ Skuasy Centre
Masa : 12.40 – 1.10 pm

Kesempatan juga diambil untuk meninjau latihan atlet skuasy. Ketika lawatan, JPM Mr. Khoo sedang menjalankan tugas beliau. Dimaklumkan program latihan hari ini bermula seawal jam 8.00 pagi dengan aktiviti luar (jogging) di Bukit Dumbar.

Jurulatih juga memaklumkan atlet2 ini akan menyertai dua (2) kejohanan pada penghujung tahun ini. Selain itu juga kejohanan junior negeri akan diadakan pada 18-21 November ini yang melibatkan atlet-atlet bawah 19 tahun.










Read more...

Wednesday, November 10, 2010

LAPORAN KEJOHANAN LUMBA BASIKAL TERBUKA LELAKI DAN WANITA PIALA DAERAH BARAT DAYA 2010

Tarikh :7 November 2010
Tempat : Sungai Ara dan jalan sekitarnya
MASA : 8.45 pagi

ATLET : 33 atlet ( 28 lelaki & 5 wanita)
JURULATIH : En. Zahari dan En. Syukur

Kejohanan Lumba Basikal Terbuka Lelaki dan Wanita Piala Daerah Barat Daya 2010
telah berjaya dianjurkan oleh Persatuan Berbasikal Daerah Barat Daya.Perlumbaan ini bermula pada pukul 8.45 pagi. Garis permulaan dan tamat adalah di hadapan SK Mutiara Perdana, Sungai Ara. Berhampiran Kem 2 Askar Melayu.

Perlumbaan ini disertai oleh 33 orang pelumba (28 Lelaki & 5 Wanita). Bagi kategori lelaki diungguli oleh Mohd Yazrul Hissham dari ASZU diikuti oleh Muhammad Elmi Jumar (ASZU) di tempat kedua manakala tempat ketiga dimenangi oleh Ahmad Firdaus b. Abd Karim juga dari pasukan ASZU. Bagi kategori wanita, Pasukan ASZU sekali lagi mendominasi 4 tempat teratas melalui Norazimah bt Abd Rashid di tempat pertama, Dayang Nor Fitri bt Zahrain pula ditempat kedua dan Nurul Shanfinas bt Moklas di tempat ketiga.

Perlumbaan terpaksa ditamatkan lebih awal kerana hujan dan keadaan jalan agak merbahaya kepada pelumba-pelumba. Perlumbaan dan majlis penyampaian hadiah selesai pada pukul 11.00 tengahari.

Disediakan oleh
Hamidi bin Lokman









Read more...

Tuesday, November 9, 2010

ATLET SILAT NEGERI & OLAHRAGA ASZU TERIMA ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR POLITEKNIK 2010

SALAM…

UNIT SUKAN DAN KOKURIKULUM BAGI PIHAK POLITEKNIK SEBERANG PERAI MENGUCAPKANTERIMA KASIH ATAS SOKONGAN DARI PIHAK MAJLIS SUKAN NEGARA KHUSUSNYA UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI ATAS MEMBANTU KECEMERLANGAN SUKAN YANG TELAH DITUNJUKKAN OLEH ATLIT-ATLIT PSP DALAM MENGHARUMKAN NAMA PSP DI PERSADA NEGARA.

BARU-BARU INI TELAH DIADAKAN MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR POLITEKNIK 2010 BERLANGSUNG DI D’VILLAGE MELAKA IAITU PADA 22 HINGGA 24 OKTOBER 2010. UNIT SUKAN PSP TELAH MENCALONKAN DUA ORANG ATLIT IAITU NORSYAFIQAH BT SUHAIMI PELAJAR DARI JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN YUVARAJ A/L PANERSELVAM PELAJAR JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT KOMPUTER UNTUK PENCALONAN OLAHRAGAWAN DAN OLAHRAGAWATI.

KEDUA-DUA PENCALONAN TERSEBUT BERJAYA MEMBAWA ANUGERAH OLAHRAGAWAN DAN OLAHRAGAWATI PERINGKAT ZON UTARA DAN LEBIH MEMBANGGAKAN OLAHRAGAWATI KEBANGSAAN JUGA DIMENANGI OLEH ATLIT DARI PSP IAITU NORSYAFIQAH BT SUHAIMI. YUVARAAJ A/L PANER SELVAM TIDAK HADIR KE MAJLIS BERKENAAN KERANA BERADA DI JAMAICA UNTUK PROGRAM LATIHAN.

SEKIAN TERIMA KASIH

Sumber : En. Abd. Majid Udin, Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang

Norsyafiqah..Atlet Silat Negeri Pulau Pinang





Read more...

Thursday, November 4, 2010

PEMANTAUAN & PERJUMPAAN ATLET BERBASIKAL

Sedikit masa diluangkan bagi meninjau atlet berbasikal pelapis menjalani latihan. Semasa pemantauan dimaklumkan ada beberapa buah basikal yang mengalami kerosakan.

Persediaan kini kepada menyertai Kejohanan Terbuka Daerah Barat Daya dan Seberang Perai. Ada dikalangan atlet ini juga akan menyertai Kejohanan Sirkit Pelapis kelak.






Read more...

Wednesday, November 3, 2010

SIDANG MEDIA KEJOHANAN MENEMBAK PIALA TYT & PENGHARGAAN KEJAYAAN ATLET MENEMBAK PELAPIS

Tarikh : 03 November 2010
Venue : Evergreem Hotel
Sempena penganjuran Pertandingan Menembak Piala Yang diPertua Negeri Pulau Pinang (TYT) yang akan berlangsung pada 27 Nov ini, satu sidang media bagi tujuan hebahan umum. Pertandingan ini adalah anjuran bersama Majlis Sukan Negeri dan Kelab Menembak Pulau Pinang.
Dalam sidang media ini, 4 atlet menembak yang berjaya memenangi pingat di Karnival Pelapis Negeri baru-baru ini juga dijemput hadir. Atlet & ibubapa yang hadir nyata gembira atas penghargaan ini. Ucapan tahniah juga diberi oleh YB Lydia Ong Exco Belia & Sukan Negeri dan Presiden Kelab Menembak Pulau Pinang, Dato' Kenny Ong.
Dengan kejayaan dan penghargaan ini diharap atlet akan terus berusaha dan berlatih bersunguh-sungguh untuk mencapai kejayaan pada kejohanan akan datang. Tahniah !!


















































Read more...

KARNIVAL PELAPIS NEGERI 2/2010 NS - LAPORAN SUKAN TINJU

27 Oktober 2010 -
Bertolak dari Pulau Pinang dan menghadiri Mesyuarat Pengurus Pasukan di Spanish Villa.

28 - 31 Oktober 2010 -
Timbang Berat di Spanish Villa dan Pertandingan di Pasaraya Centre Point, Seremban,
Negeri Sembilan.

Jumlah peninju 14 - 16 tahun seramai 69 atlet dan 17 - 20 tahun seramai 40 atlet.

31 Oktober 2010 -
Bertolak balik ke Pulau Pinang dan sampai di rumah pukul 2.00 pagi setelah selesai menguruskan atlet.


ATLET CAWANGAN PELAPIS NEGERI PULAU PINANG :

1. Muhammad Noor Hisham Bin Daud [PLN Titi Mukim]
2. Mohamad Harizwan Bin Zainuddin [PLN Titi Mukim]
3. Mohammad Shahirul Hadi Bin Khalid [PLN Titi Mukim]
4. Mohamed Ariffin Bin Mohamed Jainudeen [PLN Titi Mukim]
5. Thiruselvam A/L Letchumanan [Kelab India Star]
6. Gubendren A/L Selvaras [Kelab India Star]
7. Vuthayababu A/L Baskaran [Kelab India Star]
8. Mohamad Sharul Nizam Bin Azrudin [PL MSNPP]
9. Muhammad Syafiq Bin Mohamad Yusup [PL MSNPP]


KEPUTUSAN :

14 - 16 TAHUN :

2 EMAS - [Muhammad Syafiq dan Mohamad Sharul Nizam]
1 PERAK - [Vuthayababu]
2 GANGSA - [Thiruselvam dan Mohammad Shahirul Hadi]

17 - 20 TAHUN :

1 GANGSA - [Mohamed Ariffin]

28 Oktober 2010 : 14 - 16 tahun. Sebanyak 19 Bout.

1. Mohamad Harizwan [43kg] Vs Muhammad Ali Akhbar [Kedah] - Pg Kalah
2. Muhammad Syafiq [54kg] Vs Muhamad Suhaimi [Terengganu] - Pg Menang
3. Gubendren [60kg] Vs Jecky Tan Ching Had [Labuan] - Pg Menang

29 Oktober 2010 : 14 - 16 tahun. Sebanyak 12 Bout.

1. Muhammad Noor Hisham [40kg] Vs Mohamad Zulkhailane [Kelantan] - Pg Kalah
2. Thiruselvam [45kg] Vs Iskandar Fakaruddin [Labuan] - Pg Kalah
3. Mohammad Shahirul Hadi [51kg] Vs Muhamad Sapri Mazli [Perak] - Pg Menang

30 Oktober 2010 : 14 - 16 tahun. Sebanyak 18 Bout.

1. Mohammad Shahirul Hadi [51kg] Vs Nur Aidi Nazrin Aliyah [Terenggnu] - Pg Kalah
2. Muhammad Syafiq [54kg] Vs Mohamad Amirul Asyraf Ismai [Johor] - Pg Menang
3. Vuthayababu [57kg] Vs Muhammad Al Qayyum Othman [Kedah] - Pg Menang
4. Gubendren [60kg] Vs Hashmil Hashrin [Perak] - Pg Kalah
5. Mohamad Sharul Nizam [64kg] Vs Mohd Khairul Adha Anuar [Kelantan] - Pg Menang

30 Oktober 2010 : 17 - 20 tahun. Sebanyak 10 Bout.

1. Mohamed Ariffin [54kg] Vs Mohd Zulkarnain Zakaria [Pahang] - Pg Kalah


31 Oktober 2010 : 14 - 16 tahun. Sebanyak 9 Bout.

1. Muhammad Syafiq [54kg] Vs Amirul Ridzwan Ahmad Roslan [Perak] - Pg Menang
2. Vuthayababu [57kg] Vs Mohd Zaidi Zulkepli [Pelapis Serantau] - Pg Kalah
3. Mohamad Sharul Nizam [64kg] Vs Syazuan Shah Omar [Johor] - Pg Menang.

Sekian di maklumkan, terima kasih.

Laporan Oleh : Fatimah Jamil


















Read more...

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved