Friday, November 14, 2014

LAPORAN MESYUARAT PENGURUS PASUKAN KEJOHANAN PELAPIS ANTARA ZON PERINGKAT AKHIR 2014

SUKAN MEMANAH
Tarikh : 13 November 2014 (Khamis)
Tempat : Bilik Mesyuarat SK Sungai Talam, Kuantan, Pahang
Masa : 3.00 Petang

Pada petang ini telah berlangsung mesyuarat pengurus pasukan bagi Kejohanan Memanah Pelapis Antara Zon 2014 Grand Final. Pasukan Memanah Pelapis Negeri Pulau Pinang akan mewakili pasukan Zon Utara bersama-sama Perlis dan Kedah. Setiap pasukan dikehendaki mengesahkan penyertaan atlet masing-masing semasa mesyuarat ini dijalankan.

Pertandingan bagi sukan memanah melibatkan 2 kategori iaitu Bawah 16 tahun (Lelaki & Wanita) dan Bawah 12 tahun Lelaki & Wanita). Atlet Pulau Pinang yang akan mewakili Pasukan Zon Utara terdiri daripada :

Bawah 16 Tahun
Lelaki - 2 orang
Wanita - 2 orang

Bawah 12 Tahun
Lelaki - 2 orang
Wanita - 3 orang

Hari ini juga telah berlangsung sesi pendaftaran dan latihan penyesuaian padang (sight test). Esok akan bermula pertandingan pada pukul 8.00 pagi dan dijangka tamat pada jam 12.30 tengahari.

SUKAN ANGKAT BERAT
Tarikh : 13 November 2014 (Khamis)
Tempat : Bilik Mesyuarat Majlis Sukan Pahang.
Masa : 8.00 malam - 9.00 malam

Kejohanan Pelapis Antara Zon Peringkat Akhir 2014 membuka tirai kejohanan pada 13 November 2014 yang mana melibatkan Mesyuarat Pengurus Pasukan dan seterusnya secara rasmi kejohanan akan bermula 14 hingga 16 November 2014. Kejohanan kali ini melibatkan penglibatan dari 5 zon iaitu Zon Selatan, Zon Tengah, Zon Timur, Zon Utara dan Zon Borneo. Pasukan Angkat Berat Pelapis Negeri Pulau Pinang akan mewakili pasukan Zon Utara bersama-sama Perlis dan Kedah. Mesyuarat Pengurus Pasukan bagi sukan Angkat Berat telah diadakan yang mana dipengerusi oleh Ahmad Janius Abdullah Naib Presiden Persekutuan Angkat Berat Malaysia.

Mesyuarat bertujuan untuk membuat pengesahan pendaftaran atlet yang bertanding. Sebanyak 2 kategori dipertandingkan kali ini iaitu bawah 12 dan 15 tahun. Cuma ada beberapa isu berbangkit iaitu jurulatih negeri memohon pertukaran kategori mengikut zon sahaja. Hanya kategori bawah 12 tahun boleh bertukar kategori. Mesyuarat tamat pada jam 9.00 malam. Esok hanya kategori bawah 12 tahun lelaki dan wanita sahaja yang memulakan pertandingan. Atlet Pulau Pinang yang akan mewakili Pasukan Zon Utara terdiri daripada :

Bawah 15 Tahun
Lelaki - 6 orang
Wanita - 3 orang

Bawah 12 Tahun
Lelaki - 3 orang
Wanita - 1 orang

SUKAN TINJU
Tarikh : 13 November 2014 (Khamis)
Tempat : Dewan Sukan Rekreasi Majlis Sukan Negeri Pahang
Masa : 8.00 malam - 9.00 malam

Kejohanan Zon Peringkat Akhir dimulakan dengan mesyuarat pengurus pasukan. Untuk kejohanan kali ini, bilangan penyertaan seramai 64 orang melibatkan 5 zon. Pulau Pinang menghantar seramai 6 petinju untuk kejohanan kali ini. Terdapat pengurangan bilangan penyertaan berikutan beberapa petinju menghadapi peperiksaan.

Kejohanan dijangka berlangsung selama 3 hari bermula pada jumaat pagi dengan sesi timbang dan dijangka berakhir pada hari Ahad petang. Tiada isu berbangkit semasa mesyuarat dijalankan. Mesyuarat berakhir kira-kira jam 9.00 malam. Kepada semua atlet,selamat maju jaya dalam pertandingan. Atlet Pulau Pinang yang akan mewakili Pasukan Zon Utara terdiri daripada :

Bawah 13-14 Tahun
Lelaki - 5 orang

Bawah 15-16 Tahun
Lelaki - 1 orang

SUKAN OLAHRAGA
Tempat : Stadium Darul Makmur
Masa : 5.00 pm

Mesyuarat Pengurus Pasukan di dipengerusikan oleh Datuk Anamalai Setiausaha Persatuan Olahraga Pahang. Pertandingan akan bermula pada 14 November 2014 pada jam 8.00 pagi. Semua atlet yang disenaraikan oleh pihak cawangan hadir pada kejohanan pada kali ini. Seramai 14 atlet dari Pulau Pinang terlibat dan 2 orang Jurulatih. Tiada perubahan peraturan pertandingan dan tiada isu berbangkit.

Bawah 13-14 Tahun
Lelaki - 3 orang
Wanita – 8 orang

Bawah 15-16 Tahun
Lelaki - 1 orang
Wanita – 2 orang


SUKAN SEPAK TAKRAW
Tempat : Kompleks SUKPA
Masa : 8.00 malam

Mesyuarat berjalan lancar. Pertandingan akan bermula pada 14 November 2014 pada jam 8.30 pagi. Undian juga dibuat semasa mesyuarat pengurus. Semua atlet Pulau Pinang hadir seperti yang disenaraikan. Tiada isu berbangkit.

Bawah 12 Tahun
Lelaki – 4 orang

Bawah 14 Tahun
Lelaki - 7 orang

Bawah 16 Tahun
Lelaki - 7 orang

Sekian, Terima Kasih

Laporan dari Kuantan, Pahang

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved