Wednesday, July 31, 2013

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN TINJU

Tarikh : 30 Julai 2013 (Selasa)
Tempat : Gymnasium MSNPP.
Masa : 5.00 petang - 6.30 petang.

KEHADIRAN
1. Johnny Kasiran - Jurulatih 
2. Atlet - 3 orang (Pembangunan dan Pelapis Negeri) & Petinju dari Kem Askar Batu Uban.
3. Fazli Hisam Zainol Abidin - PPN Sukan Tinju

LATIHAN
1. Latihan Gymnasium
- Warm Up
- Bench Press
- Leg press
- Dumble Front raise
- Bench Jump

UJIAN
Tiada

PERTANDINGAN
1. Seramai 3 atlet akan menyertai Kejohanan jemputan yang akan diadakan di Taiwan pada 14 hingga 20 Ogos 2013. Atlet berkenaan dibawah Program Pelapis Negeri manakala seorang lagi status tidak pasti berikutan menyertai tentera.

Berikut nama-nama atlet terkini yang akan menyertai Kojahanan Jemputan Taiwan.

 1) Shurein a/l Arumugam (Pelapis Negeri)
 2) Mohd Amirul Asraf Bin Mohd Salleh (Pelapis Negeri)  
 3) Rafael Mikail Bin Rahman (KIV)

PERALATAN
Pusat Latihan Negeri akan menerima 2 Punching Bag & 2 Speed Ball.

PROGRAM BINAAN
Tiada

ULASAN
1.Latihan berjalan lancar.
2.Atlet yang akan ke kejohanan masih terlibat dalam sesi sparring bagi persediaan sebelum ke   sana.
3.Jurulatih memaklumkan kejohanan yang bakal disertai dalam masa terdekat iaitu Jemputan Taiwan dan Kejohanan di Perlis selepas Aidil Fitri nanti.
4. Kehadiran atlet beragama Islam kurang memuaskan kerana rata-rata berpuasa.

Sekian, Terima Kasih

Laporan disediakan oleh
Fazli Hisam Bin Mohd Zainol Abidin

Read more...

Friday, July 26, 2013

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN MENEMBAK

Tarikh : 25 Julai 2013 (Khamis)
Masa : 2.30 petang hingga 5.30 petang.
Tempat : Kelab Menembak Pulau Pinang.

Kehadiran
1. Muhammad Ivarn Syazwan – JSM

Atlet
1. 5 orang
- 3 orang atlet SUKMA
- 2 orang atlet Pelapis

Latihan
1. Air Rifle Men
2. Air Rifle Woman
3. Air Pistol Woman
4. Air Pistol Men

Ujian
1. Tiada

Pertandingan
1. Telah menyertai Kejohanan Tun Tan Siew Sin Trophy/4th Malaysian Junior Shooting Championship 2013 pada 3 hingga 7 Julai 2013 bertempat di Lapang Sasar Menembak Subang, Selangor.
2. Atlet Pelapis Kebangsaan Nur Dayana Hijrah telah memenangi pingat emas acara 10M Air Rifle Wanita – Junior dan pingat gangsa acara 10M Air Rifle Wanita – Senior.

Kecederaan
1. Tiada

Peralatan
1. Air Pistol tidak mencukupi dan perkara ini telah dibincangkan didalam Mesyuarat JKK yang lepas dan pihak USPTNPP sedang menunggu surat rasmi untuk membeli senjata daripada pihak Kelab Menembak Pulau Pinang.

Program Binaan
1. Tiada

Ulasan Ringkas
1. Kehadiran atlet kurang memuaskan kerana atlet menghadiri aktiviti kokurikulum disekolah masing-masing.
2. Cheryll Anne Augustine atlet Air Pistol Woman sedang menjalani latihan pusat di Bukit Jalil dari 22 Julai hingga 5 Ogos 2013.
2. Sebelum menjalani latihan menembak, atlet baru akan menjalani latihan fizikal terlebih dahulu untuk membina kekuatan tangan dan badan.
3. Latihan amat memuaskan terutamanya bagi Mohamad Ashraf kerana Air Rifle Mohamad Ashraf yang rosak sudah dibaiki dan berfungsi dengan amat baik sekali.

Sekian, Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh
Azira Binti Azizan

Read more...

Wednesday, July 24, 2013

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN MEMANAH

Tarikh : 22 Julai 2013 (Isnin)
Masa : 4.30 pm hingga 6.30 pm
Tempat : PLN Batu Uban

 KEHADIRAN
1. Jaffery Low Wei Loon (JPM)
2. Mohamad Suhairi Bin Othman (PPN)
3. Atlet  - 4 Orang

 LATIHAN
1. Shooting – 50 meter & 30 meter
2. Free shooting training
3. Latihan pengukuhan kemahiran (skill)

 UJIAN
-Tiada-

 PERTANDINGAN
-Tiada-

 PERALATAN
1. Peralatan latihan adalah hak milik atlet sendiri.

 PROGRAM BINAAN
-Tiada-

 ULASAN
1.Latihan berlangsung dari pukul 4.30 petang hingga 6.30 petang.
2.Kehadiran atlet kurang memuaskan berikutan beberapa orang atlet menumpukan persediaan peperiksaan dan kekangan masa Jurulatih iaitu En. Jaffery Low yang turut melatih atlet-atlet Akademi Serantau MSN.
3.Jurulatih memaklumkan perancangan untuk mengadakan sesi ‘Psychology’ atlet bersama Institut Sukan Negara (ISN) dan latihan gymnasium selepas Hari Raya Aidilfitri.

Sekian,Terima Kasih

 Laporan Disediakan Oleh
 Mohamad Suhairi Bin Othman

Read more...

Monday, July 15, 2013

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN GIMNASTIK ARTISTIK

Tarikh : 12 Julai 2013 (Jumaat)
Masa : 3.00 petang hingga 6.00 petang.
Tempat : Akademi Gimnastik Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang.

Kehadiran
1. Liu Shunan – JLN

Atlet
1. 9 atlet – Pelapis (Wanita)

Latihan
1. Warm Up
2. Floor Choreography
3. Acro Element

Ujian
1. Tiada

Pertandingan
1. Tiada

Kecederaan
1. Tiada

Peralatan
1. Masih boleh digunakan tetapi ada beberapa peralatan perlu dinaiktaraf dan diganti.

Program Binaan
1. Tiada

Ulasan Ringkas
1. Kehadiran atlet sangat memuaskan dan prestasi atlet semakin baik dengan latihan konsisten.
2. Untuk makluman cuti jurulatih Liu Shunan telah ditunda dan beliau akan mula bercuti pada 17 Julai hingga 24 Ogos 2013.
3. Sepanjang jurulatih Liu Shunan bercuti, atlet dibawah jagaan beliau akan menjalani latihan pada sebelah malam (7.00 petang hingga 10.00 malam) bersama jurulatih Foong Kok Seng seperti yang telah dibincangkan dan dipersetujui oleh kedua-dua jurulatih.

Sekian, Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh
Azira Binti Azizan

Read more...

Monday, July 8, 2013

LAPORAN KEJOHANAN SPORTEXCEL-NSC-MILO-MTBC TENPIN BOWLING JUNIOR CIRCUIT 2013 - MELAKA LEG.

Tarikh : 5 hingga 7 Julai 2013.
Tempat : Melaka International Bowling Centre (MIBC), Melaka.

Kejohanan Bowling Junior Circuit 2013 anjuran Malaysian Tenpin Bowling Council (MTBC) telah bermula pada 5 Julai yang lalu dan akan berakhir pada 7 Julai 2013. Secara keseluruhan jumlah atlet yang bertanding bagi kejohanan ini seramai 314 atlet dimana 203 atlet lelaki dan 111 atlet wanita. Sehingga hari ini sebanyak 6 pusingan telah dijalankan sebelum atlet terbaik mengikut kategori dipilih untuk layak ke pusingan Grand Final yang dijangka akan berlangsung di Sunway Piramid, Selangor.

Skuad Pulau Pinang (USPTN/Skuad SUKMA) telah membariskan atlet saeramai 13 orang yang merangkumi 10 atlet lelaki dan 3 atlet wanita. Kejohanan kali ini melibatkan 6 kategori yang dipertandingkan iaitu Boys Graded, Girls Graded, Boys Open, Girls Open, Boys U12 dan Girls U12.

1. Boys Graded - 97 atlet.
2. Girl Graded - 57 atlet.
3. Boys Open - 53 atlet.
4. Girls Open - 26 atlet.
5. Boys U12  - 53 atlet.
6. Girls U12   - 28 atlet.

Berikut keputusan rasmi pertandingan yang melibatkan penyertaan dari skuad Pulau Pinang.

5 Julai 2013 (5.00 petang)

Girl Graded Round 1

1. Iman Nur Qistina Bt Mohd Lok Pi - 1288 jatuhan pin (31/avg 161.00)
2. Ainaa 'Alyaa Bt Zulamri - 1202 jatuhan pin (43/avg 150.25)

6 Julai 2013 (9.00 pagi)

Boy Graded Round 1

1. Muhammad Akif Afif Bin Azman - 1428 jatuhan pin (36/avg 178.50)
2. Kelvin Tan Chun Shin - 1408 jatuhan pin (43/avg 176.00)
3. Ong Siang Leing - 1384 jatuhan pin (44/avg 173.00)
4. Dennis Gan Chin Keat - 1328 jatuhan pin (62/avg 166.00)
5. Yair-Azraei Bin Ferooz Feizal - 1230 jatuhan pin (77/avg 153.75)

6 Julai 2013 (1.30 petang)

Boys Open Round 1

1. Toh Yih Hong - 1608 jatuhan pin (15/avg 201.00)
- layak ke pusingan 2 pada 7 Julai 2013.

6 Julai 2013 (5.30 petang)

Boys U12 Round 1

1. Muhammad Hariz Adlan Bin Azman - 1068 jatuhan pin (4/avg 178.00)
2. Mohamad Al-Faiz Bin Zainal Abidin - 1016 jatuhan pin (8/avg 169.33)
3. Megat Zaqrul Haiqal Bin Megat Zairudin - 859 jatuhan pin (31/avg 143.17)
4. Muhammad Hafiz Darwisy Bin Azhlan - 589 jatuhan pin (50/avg 98.17)

Girls U12 Round 1

1. Nur Amirah Farihah Bt Azhlan - 864 jatuhan pin (6/avg 144.00)

7 Julai 2013 (9.00 pagi)

Boys Open Round 2

1. Toh Yih Hong - 2801 jatuhan pin (15/avg 200.07)

7 Julai 2013 (12.30 tengahari)

Boys U12 Round 2

1. Muhammad Hariz Adlan Bin Azman - 1826 jatuhan pin (4/avg 182.60)
2. Mohamad Al Faiz Bin Zainal Abidin - 1777 jatuhan pin (5/avg 177.70)

Girls U12 Round 2
1. Nur Amirah Farihah Bt Azhlan - 1337 jatuhan pin (11/avg 133.70)

Sekalung ucapan tahniah kepada semua pemenang yang telah bersungguh-sungguh menunjukkan prestasi yang membanggakan dan kepada yang tewas jangan berputus asa. Anggap kejohanan ini sebagai pembakar semangat untuk kita berjaya pada masa yang akan datang.

Sekian, Terima Kasih.

Laporan Disediakan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

Read more...

Sunday, July 7, 2013

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN BERBASIKAL

Tarikh : 6 Julai 2013 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi – 12.00 Tengah Hari.
Tempat : MSN Batu Uban, Pulau Pinang.

Kehadiran
1. Encik Shukor - Jurulatih. 
2. Encik Munir – Setiausaha Persatuan Berbasikal Pulau Pinang.
3. Atlet – 7 orang.
4. Fazli Hisam Zainol Abidin - PPN Sukan Berbasikal.

Latihan
1. Road Training (Round Island) - 76 KM.
2. Latihan Pendakian di Balik Pulau & Sekitar Batu Feringgi.
3. Cooling Down.

Ujian
1. Tiada.

Pertandingan
1. Tiada.

Kecederaan
1. Tiada.

Peralatan
1. Kelengkapan latihan dalam keadaan baik.
2. Jurulatih memohon tambahan Roller untuk latihan.

Program Binaan
1. Tiada.

Ulasan Ringkas
1.Latihan dimulakan jam 8.00 pagi dan berakhir 12.00 tengahari.
2.Kedatangan atlet sebelum menjelang bulan ramadhan memuaskan. Hanya pelumba lelaki sahaja yang hadir manakala pelumba wanita hadir sesi petang.
3.Latihan bagi pelumba wanita masih diadakan di sekitar Kompleks Batu Uban kerana masih dalam fasa permulaan.
4.Jurulatih juga memaklumkan latihan pada bulan puasa hanya akan tertumpu pada sesi gimnasium dan kayuhan atas Roller.

Sekian, Terima Kasih

Laporan disediakan oleh
Fazli Hisam Bin Mohd Zainol Abidin

Read more...

Thursday, July 4, 2013

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN MEMANAH

Tarikh : 3 Julai 2013 (Rabu)
Masa : 4.00 pm hingga 6.30 pm
Tempat : SMK (P) St. George, Georgetown, Penang

KEHADIRAN
2. Shamani A/P Ganesan (JSM)
2. Atlet  - 14 orang atlet Pelapis & Pembangunan (5 lelaki & 9 perempuan)

LATIHAN
1. Scoring 30 meter shooting.
2. Free shooting training.
3. Latihan kemahiran (skill training) - untuk atlet pembangunan/baru.

UJIAN
-Tiada-

PERTANDINGAN
-Tiada-

PERALATAN
1. Peralatan latihan adalah kepunyaan atlet sendiri.

PROGRAM BINAAN
-Tiada-

ULASAN
1. Latihan  berlangsung dari pukul 4.00 petang hingga 6.30 petang.

2. Jurulatih memaklumkan atlet-atlet terdiri daripada program pelapis negeri dan pembangunan/baru. Atlet-atlet ini menjalani latihan bersama bagi memudahkan penyusunan latihan. 

3. Jadual waktu latihan pada bulan puasa akan disusun semula dan dijangka sesi latihan akan berakhir pada jam 5.00 petang.

4. Kehadiran atlet agak memuaskan. Walau bagaimanapun terdapat seorang atlet iaitu Darshini Ravichandran terpaksa berhenti dari program berikutan masalah kesihatan iaitu asma. 

5. Selain itu, Jurulatih juga memohon bantuan untuk membeli arrow yang telah rosak bagi kegunaan sesi latihan harian.


Sekian,Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Mohamad Suhairi Bin Othman

Read more...

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN TAEKWONDO

Tarikh : 3 Julai 2013 (Rabu)
Masa : 6.30 petang - 9.00 malam.
Tempat : Dewan Mawar,Air Itam, Pulau Pinang.

Kehadiran
1. Maniam a/l Krishnan - Jurulatih.
2. 8 orang atlet lelaki & 10 orang atlet wanita (Pelapis & Pembangunan).

Latihan
1. Stamina Training.
2. Speed Training.
3. Fokus Target Kick.
 
Ujian
1. Tiada.

Pertandingan
1. Atlet baru balik dari kejohanan Ipoh Mayor International Open Taekwondo Championship yang berlangsung pada 28 hingga 30 Jun 2013 di Agromall Mydin, RTC Gopeng, Perak. Skuad Pelapis & Pembangunan telah mengumpul pingat sebanyak 10 emas, 7 perak dan 5 gangsa.

Kecederaan
1. Tiada.

Peralatan
1. Jurulatih ada memohon peralatan tambahan seperti Punching Bag.

Program Binaan
1. Tiada.

Ulasan Ringkas
1. Latihan hari ini dipecah kepada 2 kumpulan dimana skuad senior menjalani latihan di luar dewan dan skuad junior di dalam dewan.
2. Hasil pemantauan kehadrian atlet senior dan junior amat memberangsangkan dan sambutan daripada ibu bapa juga memberi impak positif walaupun ada beberapa kekangan dari segi masa atau sebaliknya.
3. Di akhir pemanatauan sesi beramah mesra dan ucapan tahniah diucapkan kepada semua yang berjaya pulang membawa pingat pada kejohanan lepas.

Sekian, Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

Read more...

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved