Wednesday, October 31, 2012

LAPORAN RINGKAS KEM BAKAT OLAHRAGA PELAPIS NEGERI 2012 – Day 1

Tarikh : 30 Oktober 2012
Kem Bakat Olahraga PN 2012 ini akan berlangsung pada 30 Okt – 04 Nov 2012 bertempat di Kompleks MPSP, Jalan Betek, Bukit Mertajam. Tempat Penginapan adalah di Hotel Sri Indar, Bukit Mertajam.
Hari Pertama Kem Bakat ini berjalan dengan lancar. Semua aktiviti dijalankan di hotel penginapan. Seramai 57 orang atlet telah melapor diri. Aktiviti dimulakan dengan ucapan aluan & selamat datang oleh Ketua Unit USPTN Pulau Pinang dan diikuti taklimat ringkas perjalanan Kem Bakat oleh Puan Norishah dan Jurulatih En Manshahar.
Pada sebelah malam jam 8.30 malam pula telah diadakan perjumpaan ketua jurulatih bersama jurulatih-jurulatih PS dan PN yang terlibat pada hari esok bagi membantu program latihan yang telah diaturkan. 

Juga diadakan perjumpaan bersama SDO-SDO bagi pecahan tugas masing sepanjang kem berlangsung bagi memastikan perjalanan dan pengurusan kem berjalan dengan lancar dan berakhir jam 10.00 pada hari pertama.
Hamidi Lokman








Read more...

Monday, October 22, 2012

LAPORAN RINGKAS KEJOHANAN ANGKAT BERAT BAWAH 16 TAHUN KEBANGSAAN 2012

Tarikh   :   19hb Oktober 2012

Acara 44kg (Wanita)
Seramai tiga (3) atlet berdaftar untuk katergori diatas, hanya Loggeswary dari Pulau Pinang sahaja yang layak. Dua (2) atlet lagi telah bertanding di dalam katergori 48kg.

Loggeswary A/P Muniandy  - S : 38kg ,  C/J : 52kg, Keputusan : Emas

Acara 48kg (Wanita)
Seramai lima (5) atlet berdaftar bagi katergori yang di atas, hanya satu (1) atlet wakil dari Pulau Pinang.

Nurul Lia Shuhada Binti Zainal Abidin - S : 20kg , C/J : 33kg,  Keputusan : Ranking 5

Acara 50kg (Lelaki)
Seramai sebelas (11) atlet berdaftar bagi katergori yang diatas, hanya satu (1) atlet wakil dari Pulau Pinang.

Mohamad Harith Lutfie Bin Adnan - S : 60kg , C/J : 77kg,  Keputusan :  Gangsa

Acara 56kg (Lelaki)
Seramai sembilan (9) atlet berdaftar bagi katergori yang diatas, dua (2) atlet wakil dari Pulau Pinang.

Mohamad Asrul Bin Sabran - S : 60kg ,  C/J : 84kg,  Keputusan : Ranking 6
Arif Bin Abd Aziz   -  57kg , C/J : 73kg,  Keputusan : Ranking : 8


Tarikh   :   20hb Oktober 2012

Acara 62kg (Lelaki)
Seramai lapan (8) atlet berdaftar bagi katergori yang di atas, hanya satu (1) wakil dari Pulau Pinang.

Muhamad Hafiz Imran Bin Ahmad Fauzi  -  S : Tiada Angkatan , C/J : Tiada Angkatan

Pingat yang berjaya diperolehi oleh Pulau Pinang -  2 Emas dan 2 Gangsa. 







Read more...

LAPORAN RINGKAS KEJOHANAN LAWN BOWLS FOURS KEBANGSAAN TERBUKA PERLIS 2012 - HARI TERAKHIR

Berikut adalah keputusan kejohanan sepanjang kejohanan berlangsung bagi pasukan Pelapis Pulau Pinang

16 Oktober 2012
Pusingan Pertama / Lelaki
Penang A vs Melaka - 10/17 » kalah
Penang A vs Selangor - 06/14 » kalah
Penang A vs Lada - 09/13 » kalah
Penang A vs Unimap A - 13/09 » menang
Penang A vs PDRM - 04/22 » kalah

Pusingan Pertama / Wanita
Selangor vs Penang - 07/09 » menang
Penang vs Harimau A - 05/19 » kalah
K.Lumpur B vs Penang - 06/15 » menang
Usim B vs Penang - 08/05 » kalah

17 Oktober 2012
Pusingan Kedua / Lelaki
Penang A vs Msn Perlis - 10/11 » kalah

Pusingan Kedua / Wanita
Penang vs Oku Kelantan - 12/07 » menang

18 Oktober 2012
Top 12 / Lelaki
Tiada

Suku Akhir / Wanita
Selangor vs Penang - 16/10 » kalah

Keseluruhan, pasukan lelaki harus diambil serius kelemahan kerana keputusan perlawanan yang kurang dan rendah prestasi nya. Beberapa faktor telah dikenalpasti dan diharap jurulatih dapat memberi perhatian sewajarnya apakah kelemahan atlet dan memperbaiki nya apabila menjalani latihan kelak. Ini kerana,pendedahan kejohanan adalah sebagai satu ukuran untuk memastikan atlet menggunakan  segala teknik yang diajar semasa latihan. Diharap pasukan lelaki dapat meningkat prestasi di masa akan datang. Untuk pasukan wanita, pujian harus diberikan diatas pencapaian yang dikira boleh dibanggakan. Ini kerana,sebelum ini pasukan hanya layak bermain untuk pusingan ke-2 sahaja. Melangkah ke suku akhir merupakan pencapaian terbaik tahun ini. Sayangnya, pasukan tewas di pasukan Selangor di suku akhir tetapi pada peringkat pusingan awal,pasukan penang pernah mengalahkan pasukan ini. Nasib tidak menyebelahi dan dengan perbezaan 6 mata, Selangor telah berjaya ke separuh akhir. Diharap,pengalaman semasa kejohanan ini dapat digunakan sepenuhnya oleh atlet supaya perkara yang sama tidak berulang lagi dimasa akan datang.


Majlis penutupan telah disempurnakan oleh Tun Ahmad Sarji Bin Abdul Hamid selaku Presiden Persatuan Lawn Bowl Malaysia.

Dimaklumkan juga, kejohanan ini merupakan kejohanan yang terakhir untuk tahun 2012 bagi penyaluran bantuan kepada pasukan pelapis pulau pinang daripada pihak Cawangan Pelapis MSNegara. Cadangan daripada pihak kami adalah diharap selepas ini pihak PLBM dan MSNM dapat mempertimbangkan untuk menganjurkan satu kejohanan diantara pln2 yang berumur 21 tahun kebawah. Ini adalah supaya dapat memberi peluang kepada atlet bersaing sesama sendiri diantara negeri2.

Shasha Tarmuzi








Read more...

Friday, October 19, 2012

KEJOHANAN ANGKAT BERAT BAWAH 16 TAHUN KEBANGSAAN 2012

 Laporan ringkas hari pertama 18hb Oktober 2012 (Khamis) :

Bertolak dari Majlis Sukan Negeri pada jam 8.00 pagi. Sebelum itu perjumpaan ringkas atlet bersama KU USPTN diadakan. Sejurus sampai di Seremban & memasuki penginapan, tugasan seterusnya adalah menghadiri Mesyuarat Pengurus Pasukan. Kesemua negeri menghantar penyertaan kecuali Negeri Terengganu. Selepas tamat mesyuarat pengurus pasukan, perjumpaan jurulatih bersama atlet diadakan bagi memberi penerangan tentang jadual keesokan hari. 

Acara yang di pertandingkan pada 19hb Oktober 2012 :

1.  44kg (Wanita)
2.  48kg (Wanita)
3.  50kg (Lelaki)
4.  53kg (Wanita)
5.  56kg (Lelaki)

Fatimah Jamil








Read more...

LAPORAN RINGKAS KEJOHANAN LAWN BOWLS FOURS KEBANGSAAN TERBUKA PERLIS 2012

Berikut adalah laporan ringkas kejohanan yang disertai oleh pasukan pelapis Pulau Pinang sepanjang 4 hari berada di sini.

Pasukan bergerak ke Negeri Perlis pada 15hb dengan penyertaan 2 pasukan pelapis negeri iaitu 1 pasukan lelaki & 1 pasukan wanita. Pasukan telah menginap di homestay yang cukup memuaskan dan selesa untk didiami sepanjang 6 hari berada di sini. Sepanjang perjalanan menuju ke Perlis, ia berjalan lancar dan selamat tiba dengan baik. Petang nya,pasukan telah berlatih untuk mendapatkan keserasian untuk kejohanan keesokan hari nya.

Kumpulan Lelaki ada 4 kumpulan sahaja (A,B,C,D) dan Kumpulan Wanita ada 2 sahaja (E,F). Ini bermakna sebanyak 38 pasukan yang menyertai kejohanan ini dengan pecahan 25 pasukan lelaki dan 13 pasukan yang menyertai kejohanan fours kali ini. Penyertaan ini telah disertai sebanyak 8 negeri dan 8 kelab. Berikut adalah pecahan mengikut kumpulan yang telah diundi.

Pasukan Lelaki

Kumpulan A
1. Penang C
2. Johor
3. K.Lumpur B
4. MBSA
5. USIM A
6. Harimau A


Kumpulan B
1. Penang A
2. Melaka
3. Selangor
4. LADA
5. UNIMAP A
6. PDRM
7. MSN Perlis


Kumpulan C
1. Penang D
2. Perak
3. Labuan
4. Penang E
5. UNIMAP B
6. Harimau B


Kumpulan D
1. Penang B
2. Perlis
3. K.Lumpur A
4. OKU Kelantan
5. USIM B
6. DBKL


Pasukan Wanita

Kumpulan E
1. K.Lumpur B
2. USIM B
3. Selangor
4. Penang
5. OKU Kelantan
6. Harimau A

Kumpulan F
1. K.Lumpur A
2. USIM A
3. Perak
4. Melaka
5. LADA
6. Harimau B
7. MSN Perlis


Kejohanan kali ini akan/telah mengikut 'World Bowls' dan Persekutuan Lawn Bowls Malaysia (PLBM). Format pula telah diputuskan,setiap perlawanan akan berlangsung 13 ends atau 1 jam 1/2, Re-spotting the Jack dan First to Play. Sistem kejohanan akan menggunakan sistem 'round robin' dalam kumpulan dan 'qualification knock-out system'.


Pasukan wanita telah layak untuk bermain suku akhir dan bagi pasukan lelaki hanya bermain didalam kumpulan sahaja. Tetapi jumlah mata diantara pihak lawan tidak terlalu jauh seperti kejohanan2 sebelum ini. Maklumat penuh keputusan kejohanan pasukan pelapis pulau pinang akan dimaklumkan esok.

Shasha Tarmuzi








Read more...

Monday, October 15, 2012

PEMANTAUAN PPN KE PLN GIMNASTIK

Tarikh : 12 Oktober 2012 (Jumaat)
Masa Latihan : 3.00 pm - 7.00 pm
Tempat : PLN Akademi Gimnastik MSN Pulau Pinang

Kehadiran :
1. Jurulatih : JLN Liu Shunan
2. Atlet : 5 atlet (1 atlet sukma / 2 atlet pelapis / 2 atlet pembangunan)

Latihan
1. Floor Exercise (Row, Back Row & Cut Wheel)
2. Balance Beem (coreography)

Ujian

1. Tiada

Pertandingan
1. Tiada

Kecederaan
1. Tiada

Peralatan
1. Telah menerima magnesium carbonate dari caw.pelapis pada 20 September 2012

Program Binaan
1. Telah berbincang dengan JLN akan mengadakan TID di sekolah yang berhampiran PLN, sasaran untuk jalankan sebelum cuti sekolah.

Ulasan
1. JLN pulang ke China (bercuti) dari 12 Ogos sehingga 14 September 2012.
2. JLN pulang lewat kerana menjalani pemeriksaan kesihatan di Yunan Sport Injury Hospital dan telah maklumkan baki cuti akan dipotong sebanyak 20 hari kerana pulang lewat dari tarikh yang dimohon.
3. Kehadiran atlet kurang memuaskan. Perkara ini akan dibangkitkan didalam Mesyuarat JKK pada 24 Oktober 2012.
4. Penambahan atlet perlu. Akan menjalankan tid di beberapa sekolah untuk pelajar yang berumur 7 tahun sahaja.

Shasha Tarmuzi






Read more...

Wednesday, October 3, 2012

BAKAT BARU SUKAN TINJU TERUS DI CARI..

Tarikh       :   26hb September 2012 (Rabu)
Masa        :   8.00 pagi hingga 2.15 petang 
Tempat     :   SMK Permatang Tok Labu, Penang, Seberang Perai Utara.
Program   :    Ujian Kecergasan dan TID Sukan Tinju

Kehadiran :

En. Zainuddin Bin Zakaria - Jurulatih Sukan Tinju
En. Cheah Boon Chong - Ketua Pusat ISN Pulau Pinang
Pn. Sharina Haryani Binti Yaali – ISN Pulau Pinang
En. Sheikh Omar Bin Ibrahim – ISN Pulau Pinang

Murid-murid - 133 orang
Cik Fatimah Binti Jamil - SDO Sukan Tinju


Aturcara Program :

  9.30 pagi  -   9.45 pagi  :   Sarapan Pagi
  9.45 pagi  - 10.00 pagi  :   Pendaftaran
10.00 pagi  - 10.15 pagi  :   Taklimat AJK dan Ketua Pusat, Satelit ISN
10.15 pagi  - 11.30 pagi  :   Ujian Max Push-up
11.30 pagi  -   1.45 tgh   :   Ujian Yo-yo Endurance Level 1
  1.45 tgh    -  2.15 tgh   :   Jamuan tengahari dan bersurai  


Ulasan :

1.  Seawal 8.00 pagi telah keluar untuk menunggu Pegawai-Pegawai ISN yang akan  bersama ke SMK Permatang Tok Labu, Penaga, Seberang Perai Utara dan sampai pukul 9.25 pagi.  Kami semua di sajikan dengan sarapan pagi oleh pihak AJK Program sebelum program dimulakan.

2.  Program dimulakan dengan taklimat dari wakil AJK Program (En. Mohd Yusri Bin Omar) dan Ketua Pusat, Pusat Satelit ISN Pulau Pinang (En. Cheah Boon Chong)

3.  Seramai 97 murid-murid yang hadir semasa Sesi Taklimat Sukan Tinju yang berlangsung pada 19hb September 2012 dan terdapat penambahan murid-murid dari tingkatan empat yang ingin bersama-sama menjalani Sesi Ujian Kecergasan dan Pencarian Bakat Baru (TID) dijalankan.  Jumlah keseluruhan murid-murid yang hadir pada hari tersebut seramai 133 orang.

4.   Laporan yang diperolehi dari Pihak ISN menunjukkan hanya 128 murid sahaja yang menjalani Ujian Max. Push-up dan 112 murid sahaja yang menjalani Ujian Yo-yo Endurance Level 1.  

5.   Hasil dari Ujian Kecergasaan ini akan dibawa perbincangan bersama Jurulatih Sukan Tinju untuk tindakan Jurulatih membuat pemilihan dari segi fizikal murid-murid tersebut sebelum menjalani latihan yang akan dikendalikan oleh Jurulatih Zainuddin yang bertempat di SMK Permatang Tok Labu, Penaga, Seberang Perai Utara.  

6.   Sesi "Talent Scoting" keatas murid-murid yang terpilih akan berjalan sepanjang Oktober hingga Disember 2012 sebelum murid-murid tersebut di serapakan kedalam Program Pelapis Tahun 2013.

7.  Program Sesi Taklimat dan TID bagi Sukan Angkat Berat dan Tinju telah dilaksanakan pada 12hb September 2012, 19hb September 2012 dan 26hb September 2012.   

8.   Hari ini merupakan hari terakhir kepada Program yang telah dirancang dan Pengerusi Jawatan Kuasa Program telah merasmikan Majlis Penutupan Program Sesi Taklimat dan Pencarian Bakat Baru (TID) bagi Sukan Angkat Berat dan Tinju.  

9.   Pihak AJK Program berbesar hati dengan perlaksanaan program tersebut dan menyampaikan cenderahati kepada setiap Pegawai yang hadir pada hari teesebut.

10.   Bagi Pihak Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang, Cawangan Pelapis Negeri, Majlis Sukan Negara ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pihak AJK Program SMK Permatang Tok Labu, Penaga, SPU, Murid-murid, Jurulatih-jurulatih dan Pegawai-pegawai Pusat SatIelit ISN, Pulau Pinang yang telah memberikan kerjasama dan sokongan untuk menjayakan program yang dirancang.
  
11.   Tugasan diteruskan ke SMK Sri Muda Penaga untuk bertemu dengan Pengetua sekolah tersebut.

Sekian terima kasih

Fatimah Jamil








Read more...

LAPORAN RINGKAS KEJOHANAN OLAHRAGA TERBUKA PULAU PINANG 2012

Tarikh    : 30 September 2012
Tempat  : Stadium USM, Pulau Pinang

Kejohanan Olahraga Terbuka Pulau Pinang ke-81 Tahun 2012, telah dianjurkan oleh Persatuan Olahraga Amatur Pulau Pinang dengan kerjasama USM, MSNPP, MSSPP dan MILO ini telah berlangsung pada 30 September 2012 bertempat di Stadium USM, Pulau Pinang.
Kejohanan ini bermula pada pukul 7.30 pagi sehingga 6.30 petang.

Kejohanan ini telah menarik lebih kurang 150 orang atlet dari seluruh Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Serantau Zon Utara serta Kelab-Kelab Luar. Sebanyak 33 acara telah dipertandingkan.

Hamidi Lokman









Read more...

Tuesday, October 2, 2012

PENGENALAN SUKAN & TID SUKAN TINJU, ANGKAT BERAT DI SMK TOK LABU

Tarikh      :   19hb September 2012 (Rabu)
Masa       :   8.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat    :   SMK Permatang Tok Labu, Penaga SPU
Program   :   Sesi Taklimat Sukan Tinju dan TID Sukan Angkat Berat

Kehadiran  :

En. Zainuddin Bin Zakaria - Jurulatih Sukan Tinju
En. Mohd Faizulzalham Bin Mohd Sazaly - Jurulatih Sukan Angkat Berat
En. Jamil Bin Hashim - Jurulatih Sukan Angkat Berat

Murid-murid lelaki (Sesi Taklimat Sukan Tinju) - 97 orang  
Murid-murid perempuan (Program TID Sukan Angkat Berat) - 104 orang dan dikenalpasti - 32 orang

Sdr. Mohamed Ariffin Bin Mohamed Jainudeen - Atlet Pelapis Sukan Tinju
Cik Fatimah Binti Jamil - SDO Sukan Tinju dan Angkat Berat


Aturcara Program Sesi Taklimat Sukan Tinju :

  8.45 pagi   -   9.00 pagi   :  Sarapan pagi
  9.00 pagi   -   9.20 pagi   :  Pendaftaran Murid-murid
  9.20 pagi   -   9.30 pagi   :  Ucapan aluan Pen. Kanan Kokurikulum.
  9.30 pagi   -  10.00 pagi  :  Pembentangan SDO
10.00 pagi   -  10.40 pagi  :  Taklimat Jurulatih 
10.40 pagi   -  11.00 pagi  :  Waktu Rehat Murud-Murid
11.00 pagi   -  12.30 tgh    :  Sambungan Taklimat Jurulatih dan Sesi Demo
12.30 tgh     -    1.00 tgh    :   Makan Tengahari dan bersurai


Aturcara Program TID Sukan Angkat Berat  :
 
10.30 pagi - 12.30 tgh  :  Sesi TID 
12.30 tgh   -  1.00 tgh   :  Makan Tengahari dan bersurai


Ulasan :

1.  Berangkat dari Seberang Jaya bersama Jurulatih Sukan Tinju menuju ke SMK Permatang Tok Labu, Penaga, Seberang Perai Utara dan sesampai di sekolah tersebut telah berbincang bersama dengan AJK Program bagi program yang akan dijalankan pada hari tersebut sebelum memulakan sarapan pagi yang disediakan oleh Pihak AJK Program.

2.  Pada hari tersebut telah melaksanakan  dua program dengan serentak iaitu Sesi Taklimat Sukan Tinju dan Program TID Angkat Berat.  Sesi Taklimat bagi Sukan Agkat Berat telah dilaksanakan pada 12hb September 2012.  Program TID Sukan Angkat Berat dikendalikan oleh kedua-dua jurulatih dengan bantuan AJK Program.

3.  Kehadiran dan sokongan  murid-murid pada hari tersebut untuk kedua-dua sukan amat memuaskan.  Ucapan ribuan terima kasih atas kerjasama dan sokongan yang diberikan oleh Pihak AJK Program memudahkan perjalanan program yang dirancang.

4.  Program seterusnya bagi Sukan Tinju adalah Sesi Ujian Kecergasaan bersama Pihak ISN atas permintaan jurulatih bertujuan untuk membuat pemilihan atlet (TID) bagi Sukan Tinju yang akan berlangsung pada 26hb September 2012. 

5.  Diakhir program, kesemua yang hadir telah disajikan dengan makan tengahari oleh Pihak AJK Program.

6.  Meninggalkan kawasan sekolah pada 1.15 tengahari dan kembali ke Seberang Jaya untuk menghantar Jurulatih Sukan Tinju.

7.  Tugasan diteruskan dengan lawatan ke SMK Tasek, Simpang Empat, Seberang Perai Tengah dimana Program Pengenalan Sukan (Olahraga, Angkat Berat, Tinju dan Berbasikal) akan diadakan pada 22 September 2012 bersama-sama Ketua Unit, SDO dan Jurulatih Olahraga.

Fatimah Jamil













Read more...

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved