Tuesday, January 31, 2017

LAPORAN PEMANTAUAN PPN BAGI SUKAN BOLING PADANG

Tarikh : 27 Januari 2017 (Jumaat)
Masa : 9.00 malam hingga 11.00 malam
Tempat : Kompleks Sukan Bertam, Pulau Pinang.

KEHADIRAN
1. Noor Aini Binti Ahmad - JSM USPTNPP
2. Nursyafiqah Binti Salamat - PPN

ATLET
1. 6 Orang

LATIHAN
1. Length & Weight Control
2. Mini Game 

UJIAN
1. Tiada

PERTANDINGAN
1. Tiada

KECEDERAAN
1. Tiada

PERALATAN
1. Bowls untuk latihan tidak mencukupi atlet terpaksa menggunakan bowls yang telah tamat tempoh dan meminjam daripada kawan semasa menjalani latihan.

PROGRAM BINAAN
1. Tiada

ULASAN RINGKAS
1. Seperti yang sediamaklum, pihak MSNPP tidak mempunyai jurulatih boling padang buat masa terdekat ini dan atlet pelapis perlu mneyewa ring bagi menjalani latihan. Hal ini juga telah dibincangkan dalam JKK Pelapis Siri 2/2016 dan JKK Sukma Siri 1/2017 yang lepas.
2. Pihak MSNPP akan cuba sedaya upaya untuk melantik jurulatih bermula March 2017 bagi menjalani latihan untuk SUKMA XIX Perak 2018. Oleh itu, pihak USPTNPP boleh menjalani latihan bersama dan sekiranya ingin memulakan latihan awal daripada bulan tersebut perlu menyewa sendiri.
3. Pihak PPN juga memaklumkan kepada MSNPP bahawa tiada peruntukan untuk sewaan ring seperti sebelum ini pasukan pelapis menumpang pusat latihan bersama negeri.
4. Pihak jurulatih juga cuba berhubung dengan wakil MPSP buat masa sekarang untuk menumpang latihan daripada pasukan MPSP iaitu setiap hari Jumaat bermula jam 9 malam hingga 11 malam.
5. Kehadiran atlet kurang memuaskan memandangkan cuti sambutan tahun baru cina yang akan berlangsung.
6. PPN memohon jurulatih untuk mengemaskini maklumata data atlet untuk memudahkan proses dokumentasi dan prestasi atlet yang berdaftar dibawah program pelapis.

Sekian, Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

Read more...

Friday, January 27, 2017

LAPORAN PEMANTAUAN PPN BAGI SUKAN SKUASY

Tarikh : 26 Januari 2017 (Khamis)
Masa : 3.00 pm hingga 5.00 pm
Tempat : Pusat Skuasy Antarabangsa Nicol David (NDISC), Bukit Dumbar.

KEHADIRAN
1. Khoo Teng Hin (JPM)
2. Yeap Boon Hui (JSM)
3. Aaron Soyza (JSM MSNPP)
4. Puan Nursyafiqah Bt Salamat - PPN

ATLET
1. 36 orang

LATIHAN
1. Tiada

UJIAN
1. Tiada

PERTANDINGAN
1. SAP Challenge 1/2017 yang berlangsung pada 23 hingga 26 Januari 2017 di NDISC, Penang.

PERALATAN
1. Peralatan latihan adalah hak milik atlet sendiri

PROGRAM BINAAN
1. Tiada

ULASAN
1. Hari ini merupakan hari terakhir kejohanan dalaman SAP Challenge 1/2017 yang dijalankan oleh pihak persatuan. Seramai 111 penyertaan daripada akademi dan beberapa sekolah. Atlet pelapis negeri yang terlibat adalah seramai 36 orang.
2. Kejohanan kali ini telah dibahagikan kepada 7 division dimana atlet yang baru dan dalam proses pengenalan dalam division 7 manakala bagi atlet yang mempunyai prestasi baik berada dalam divison 1. Setiap division ditentukan oleh jurulatih dari segi pemantauan mereka dalam kejohanan dan latihan yang dijalankan.
3. PPN juga memaklumkan kepada pihak persatuan dan jurulatih pada 22 Febuari 2017 (Rabu) jam 10.00 pagi akan dijalankan Mesyuarat JKK Pelapis Negeri bagi sukan skuasy di Bilik Cemerlang MSNPP. Kehadiran diwajibkan.

Sekian,Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

Read more...

Wednesday, January 25, 2017

LAPORAN PEMANTAUAN PPN BAGI SUKAN OLAHRAGA

Tarikh : 22 Januari 2017 (Ahad)
Masa : 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari
Tempat : Stadium MPSP, Jalan Betik, Bukit Mertajam, Pulau Pinang

Kejohanan Ujian Masa Pulau Pinang Siri 1/2017 telah berlangsung bermula pada pukul 8.00 pagi sehingga 12.00 tengahari bertempat Stadium MPSP Jalan Betek, Bukit Mertajam, SPT, Pulau Pinang. Sebanyak 9 acara telah dipertandingkan seperti berikut :-

1. 100 meter
2. 200 meter
3. 400 meter
4. 1500 meter
5. Lompat jauh
6. Lontar peluru
7. Lompat tinggi
8. 110 meter hurdles (terbuka) / 100 meter hurdles (terbuka)
9. Baling tukul besi (terbuka)

Kejohanan ini melibatkan melibatkan kategori umur seperti berikut :-

1. Bawah 12 tahun
2. Bawah 15 tahun
3. Bawah 18 tahun
4. Bawah 21 tahun

Turut hadir membantu dan menilai atlet semasa pertandingan adalah Jurulatih Ammar Ramadzan, Hazril Hassan, Rifat Artikov, Krishnan Thambusamy, Mazlan Mahmood dan Jurulatih PLN, PLD serta JPNPP. Pihak PPN masih menunggu keputusan rasmi dari penganjur iaitu persatuan negeri dan JPNPP.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh
Mohamad Suhairi Bin Othman

Read more...

LAPORAN BENGKEL PERIODISASI SUKAN USPTN 2017

Tarikh : 21 Januari 2017 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : Bilik Cemerlang Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang

KEHADIRAN
1. Pn.Mariani Binti Sanawi- ISNPP
2. 5 orang Kakitangan USPTNPP
3. 15 Jurulatih Separuh Masa USPTNPP

Pada 21 Januari 2017, pihak USPTN Pulau Pinang dengan kerjasama ISN Pulau Pinang telah mengadakan Bengkel Periodisasi bagi jurulatih Separuh Masa (JSM) USPTN Pulau Pinang. Pendaftaran jurulatih bermula pada pukul 8.00 pagi. Bengkel Periodisasi bermula pada pukul 8.30 pagi, program ini terbahagi kepada 2 sesi dimana ia dimulakan dengan sesi teori pada sebelah pagi dan diikuti sesi praktikal pada sesi petang. Seterusnya, Puan Mariani memulakan sesi pagi dengan menerangkan faktor dan impak pelan periodisasi terhadap kejurulatihan. Selain itu, beliau juga memperluaskan penerangan kepada pengenalan dan kepentingan "period" dalam pelan periodisasi kepada peserta. Bengkel diteruskan dengan beberapa aspek yang perlu ditekankan dalam pelan periodisasi antaranya aplikasi sains sukan dalam latihan yang diberikan oleh jurulatih kepada atlet. Sepanjang sesi teori, jurulatih memberikan kerjasama yang amat baik bersama Puan Mariani terutamanya semasa penerangan jadual pelan periodisasi antaranya microcycle, macrocycle, general phase preparation, specific phase preparation dan sebagainya.

Pada sebelah petang di dalam sesi praktikal, jurulatih diminta melakarkan plan periodisasi mereka untuk tahun 2017. Latihan penulisan pelan periodisasi oleh peserta turut dibantu oleh Puan Mariani dan PPN. Jurulatih juga berpeluang untuk berkongsi masalah dan cadangan untuk memantapkan lagi sukan yang dipertanggungjawabkan oleh mereka. Sesi ini juga membantu jurulatih mempelbagaikan elemen latihan dalam merancang program mengikut sukan masing-masing dalam fasa tertentu. Kefahaman dan kemahiran jurulatih dalam merancang pelan periodisasi amat dititikberatkan mengikut kejohanan dan "star" yang dipilih oleh mereka. Memandangkan masa terhad semasa bengkel ini, para jurulatih boleh menghadirkan diri ke  ISNPP selepas ini sekiranya ada pertanyaan ataupun untuk penerangan yang lebih lanjut. Bengkel berakhir pada jam 5.00 petang.

Sekian,Terima Kasih

Read more...

Saturday, January 21, 2017

LAPORAN PEMANTAUAN PPN BAGI SUKAN GIMRAMA

Tarikh : 20 Januari 2017 (Jumaat)
Masa : 8.00 pm - 10.00 pm
Tempat : Akademi Gimrama MSNPP

KEHADIRAN
1. Nursyafiqah Binti Salamat - PPN
2. Hamidi Bin Lokman - Ketua Unit USPTNPP
2. Mah Kah Yi - JSM MSNPP
3. Yeoh Beng Choo - MJAPP

ATLET
1. 12 Orang

LATIHAN
1. Leaps, Pivot & Flexibility
2. Ball
3. Clubs

UJIAN
1. Tiada

PERTANDINGAN

1. Tiada

KECEDERAAN
1. Tiada

PERALATAN
1. Kawasan warm up yang dimakan anai-anai masih menunggu pihak persatuan untuk menggantikan.

PROGRAM BINAAN

1. Tiada.

ULASAN
1. Seorang atlet pelapis iaitu Victoria Manalang Tan Fu Hur yang menjalani latihan di China pulang ke Malaysia dan jurulatih memaklumkan beliau disana hanya menjalani latihan untuk group exercise. Oleh itu, atlet tidak mempunyai elemen bagi setiap apparatus.
2. PPN memohon jurulatih dan MJAPP membantu atlet tersebut untuk memberikan elemen setiap apparatus bagi memudahkan belaiu menjalani latihan disana, Hal ini juga telah dimaklumkan kepada ibu bapa beliau untuk memaklumkan kepada jurulatih di China bagi memudahkan latihan kerana atlet ini merupakan atlet SUKMA 2018.
3. Kehadiran atlet yang lain memuaskan, namun prestasi mereka tidak memuaskan kerana latihan yang tidak mencukupi daripada pihak JSM sendiri.
4. PPN memohon MJAPP mencari jurulatih sepenuh masa dengan kadar segera untuk melatih atlett-atlet yang memberi komitmen yang tinggi dalam menjalani latihan.
5. Kerosakan lampu di dalam gimnasium gimrama telah dibaiki oleh pihak MSNPP, sekarang hanya menunggu pihak MJAPP untuk menggantikan board yang telah dimakan anai-anai di tempat warm up.

Sekian, Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

Read more...

LAPORAN PEMANTAUAN PPN BAGI SUKAN SEPAKTAKRAW

Tarikh : 20 Januari 2017 (Jumaat)
Masa : 3.30 ptg - 6.30 ptg
Tempat : SMK Mutiara Impian, Seberang Perai Selatan

KEHADIRAN
1. En. Hamidi Bin Lokman - Ketua Unit USPTNPP
2. En. Syed Roslan Bin Syed Khalid - JSM
3. En. Ahmad Rahimi Bin Azizan - JSM
4. En. Hafiszal Tukemin - Pengurus Sukan Sepaktakraw
5. En.Mohd Suhaimi Bin Md Salleh - PPN

ATLET
1. 50 orang

LATIHAN
1. Test Match antara Skuad Wanita Malaysia dengan Pelapis Pulau Pinang.

UJIAN
-Tiada-

PERTANDINGAN
-Tiada-

KECEDERAAN
-Tiada-

PERALATAN
-Tiada-

PROGRAM BINAAN
- USPTN akan menjalankan Bengkel Periodisasi 2017 pada 21 Januari 2017 (Sabtu) di MSNPP.

ULASAN RINGKAS

1. Latihan dijalankan seperti biasa mengikut perancangan awal jurulatih.
2. Keadaan hujan lebat tidak menghalang untuk perlawanan persahabatan dijalankan. Perlawanan tersebut hanya menggunakan 2 gelanggang sahaja.
3. Semasa pemantauan, satu perlawanan persahabatan sedang berlangsung di antara skuad wanita Malaysia dengan atlet Pelapis Negeri. Hasil penelitian, atlet Pelapis Negeri perlu memperbaiki kesalahan-kesalahan kecil seperti break ball dan selainnya.
4. PPN memaklumkan bahawa takwim kejohanan tahun ini ada perubahan dan akan dimaklumkan dari masa ke semasa.
5. PPN juga mengingatkan kepada jurulatih berkenaan Mesyuarat JKK Pelapis Negeri Bil 1/2017 pada 2 Februari 2017 (Khamis) di MSNPP.

Sekian, Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

Read more...

Friday, January 20, 2017

LAPORAN PEMANTAUAN PPN BAG SUKAN TENIS

Tarikh : 18 Januari 2017 (Rabu)
Masa : 4.30 pm - 6.30 pm
Tempat : Gelanggang Tenis CRC

KEHADIRAN
1. Nursyafiqah Binti Salamat - PPN
2. Pang Ti Hin - JSM

ATLET
1. 10 Orang

LATIHAN
1. Warm up
2. Forehand
3. Back hand
4. Game/Play
5. Cooling Down

UJIAN
1. Tiada

PERTANDINGAN
1. LTAM Junior Tour 2017 Leg 2 yang akan berlangsung pada 11 hingga 14 Februari 2017 di Perak

KECEDERAAN
1. Tiada

PERALATAN
1. Tiada

PROGRAM BINAAN
1. Tiada.

ULASAN
1. Jurulatih dan atlet menjalani latihan seperti biasa dan kehadiran agak memuaskan walaupun pada awal tahun.
2. PPN memperkenalkan diri kepada atlet pelapis dan memaklumkan sekiranya mempunyai apa-apa masalah ataupun maklumat mohon berhubung dengan PPN yang baru kerana terdapat rombakan oleh pengarah pada 2017.
3. PPN memohon jurulatih utuk mengemaskini semua maklumat terutama sekali biodata atlet untuk memudahkan urusan dokumentasi.
4. PPN juga memberi peringatan kepada jurulatih berkenaan Bengkel Periodisasi USPTNPP yang akan berlangsung pada hari Sabtu 21/1/2017 di Bilik Cemerlang MSNPP.


Sekian, Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

Read more...

LAPORAN PEMANTAUAN PPN BAGI SUKAN OLAHRAGA

Tarikh : 18 Januari 2017 (Rabu)
Masa : 4.30 petang hingga 6.30 petang
Tempat : Stadium MPSP, Jalan Betik, Bukit Mertajam, Pulau Pinang

KEHADIRAN
1. Krishnan Thambusamy - Jurulatih
2. Rifat Artikov - Jurulatih
3. Mohamad Suhairi Bin Othman - PPN
8. 15 Orang atlet

PROGRAM BINAAN
Tiada

UJIAN KECERGASAN
Tiada

PERTANDINGAN
Kejohanan Ujian Masa Pulau Pinang Siri 1/2017 pada 22 Januari 2017 di Stadium MPSP Jalan Betik, Bukit Mertajam.

ULASAN RINGKAS
1. Pada 11 Januari 2017 (Rabu) telah berlangsung perjumpaan antara semua jurulatih-jurulatih Olahraga di bawah program MSNPP dan JPNPP. Turut hadir adalah Pengarah MSNPP, wakil unit sukan JPNPP dan En. Govindasamy (Setiausaha Persatuan Olahraga Amatur Pulau Pinang). Antara yang dibincangkan adalah penyelarasan dan perancangan sukan olahraga bagi tahun 2017 dan persiapan menghadapi kejohanan  MSSM 2017.
2. Kejohanan Ujian Masa Pulau Pinang Siri 1/2017 pada 22 Januari 2017 di Stadium MPSP Jalan Betik, Bukit Mertajam. Pertandingan ini akan menjadi talent scouting pertama untuk pemilihan atlet ke dalam program.
3. PPN memaklumkan kepada jurulatih tentang pendaftaran atlet bagi sesi Januari - Jun 2017. Memohon jurulatih untuk mengenalpasti dan mencadangkan atlet-atlet berpotensi untuk didaftarkan.
4. Mesyuarat JKK Sukma XIX, Perak 2018 Bil. 1/2017 (Sukan Olahraga) telah dijalankan pada 16 Januari 2017. Perbincangan tentang perancangan program ke arah Sukma XIX, Perak 2018.
5. Jurulatih En. Ammar Ramadzan telah melatih atlet-atlet di SSN Mutiara Impian, Seberang Perai Selatan.

Sekian.

Laporan Disediakan oleh
Mohamad Suhairi Bin Othman

Read more...

Wednesday, January 18, 2017

LAPORAN PEMANTAUAN PPN BAGI SUKAN SEPAKTAKRAW

Tarikh : 17 Januari 2017 (Selasa)
Masa : 3.30 ptg - 6.30 ptg
Tempat : SMK Mutiara Impian, Seberang Perai Selatan

KEHADIRAN
1. Syed Roslan Syed Khalid - JSM
2. Mohd Suhaimi Bin Md Salleh - PPN

ATLET
1. 45 orang

LATIHAN
1. Perlawanan persabahatan antara skuad wanita Malaysia dengan atlet pelapis negeri.

UJIAN
-Tiada-

PERTANDINGAN
-Tiada-

KECEDERAAN
-Tiada-

PERALATAN
-Tiada-

PROGRAM BINAAN
- USPTN akan menjalankan Bengkel Periodisasi 2017 pada 21 Januari 2017 (Sabtu) di MSNPP.

ULASAN RINGKAS

1. Latihan dijalankan seperti biasa mengikut perancangan awal jurulatih.
2. Semasa pemantauan, satu perlawanan persahabatan sedang berlangsung di antara skuad wanita Malaysia dengan atlet pelapis negeri. Perlawanan kedua akan diadakan sekali lagi pada 20 Januari 2017 (Jumaat).
3. PPN memaklumkan bahawa takwim kejohanan tahun ini ada perubahan dan akan dimaklumkan dari masa ke semasa.
4. PPN juga mengingatkan kepada jurulatih berkenaan Mesyuarat JKK Pelapis Negeri Bil 1/2017 pada 2 Februari 2017 (Khamis) di MSNPP.
5. Jurulatih Rahimi tidak hadir sesi latihan atas urusan keluarga.

Sekian, Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

Read more...

Monday, January 16, 2017

LAPORAN PEMANTAUAN PPN BAGI SUKAN GIMRAMA

Tarikh : 10 Januari 2017 (Selasa)
Masa : 8.00 pm - 10.00 pm
Tempat : Akademi Gimrama MSNPP

KEHADIRAN
1. Nursyafiqah Binti Salamat - PPN
2. Mah Kah Yi - JSM MSNPP

ATLET
1. 10 Orang

LATIHAN
1. Leaps, Pivot & Flexibility
2. Ball
3. Clubs
4. Rope

UJIAN
1. Ujian Kecergasan Sukan Gimrama SUKMA Bil 1/2017 pada 5 Febuari 2017 jam 7.30 pagi

PERTANDINGAN
1. Tiada

KECEDERAAN
1. Tiada

PERALATAN
1. Kawasan warm up yang dimakan anai-anai masih menunggu pihak persatuan untuk menggantikan.

PROGRAM BINAAN
1. Tiada.

ULASAN
1. Jurulatih JSM MSNPP memaklumkan beliau akan menamatkan kontrak pada bila-bila masa sahaja kerana kekangan masa dam masalah pada kerja hakiki yang tidak dapat dielakkan.
2. Persatuan juga ingin memohon kerjasama Majlis Sukan Negara untuk mencari seorang JLN atau JPM kepada Pulau Pinang. PPN sekali lagi memaklumkan pada tahun 2017 penumpuan sepenuhnya diberikan kepada Sukan SEA 2017 dan tiada penambahan jurulatih.
3. Beberapa atlet pelapis Pulau Pinang akan menyertai pasukan SUKMA 2018 namun begitu masih banyak teknik yang perlu diperbaiki dan dengan adanya JSM masih tidak mencukupi atlet memerlukan latihan sepenuh masa bagi mendapat latihan yang baik.
4. Pihak persatuan akan membantu MSNPP dalam menggantikan board yang telah dimakan oleh anai-anai dan dalam proses semakan dan pembelian.

Sekian, Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

Read more...

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved