Saturday, July 30, 2011

KEJOHANAN SEPAKTAKRAW REMAJA BWH 20 TAHUN PULAU PINANG 2011

Tarikh : 30 Julai 2011
Masa : 8.30 am - 10.00 pm
Venue : Kompleks Belia & Sukan, Batu Uban, Pulau Pinang

Kejohanan Remaja ini adalah anjuran USPTN dengan kerjasama MSNegeri & Persatuan Sepaktakraw Negeri bagi mencari bakat serta atlet-atlet untuk diserap ke skuad latihan SUKMA 2012. Berikut adalah pasukan-pasukan yang mengambil bahagian dalam kejohanan ini ;

Kumpulan A
-Mutiara Impian
-Persas B
-GPMS C

Kumpulan B
-GPMS Mutiara Impian D
-SPT B
-USPTNK B

Kumpulan C
-Pauh Lekor
-Institut Teknologi Pulau A
-Kolej Komuniti B

Kumpulan D
-SPT C
-GPMS C
-Pelapis Perak B

Kumpulan E
-ICP Kepala Batas
-Pelapis Perak D
-USPTNK E

Kumpulan F
-Jelutong B
-GPMS A
-GPMS Tg. Tokong B

Kumpulan G
-Persas A
-GPMS Mutiara Impian A
-Pelapis Perak C

Kumpulan H
-Mutiara Impian B
-Persas C
-USPTNK D

Kumpulan I
-Institut Teknologi Pulau B
-GPMS Mutiara Impian F
-Pelapis Perak E

Kumpulan J
-GPMS B
-USPTNK C
-Tmn Saadon

Kumpulan K
-Pelapis Perak A
-GPMS Mutiara Impian A
-Jelutong C

Kumpulan L
-USPTNK A
-GPMS D
-Bukit Jambul Indah

Kumpulan M
-Kolej Komuniti A
-SMK Sri Balik Pulau
-Mahsuri

Kumpulan N
-Jelutong A
-Mutiara Impian A
-SPT A

Kumpulan O
-GPMS Mutiara Impian E
-GPMS Tanjung Tokong A
-Teluk Kumbar

Selamat bertanding..


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Read more...

Friday, July 29, 2011

PEMANTAUAN PPN KE PUSAT LATIHAN SKUASY - BUKIT DUMBAR

Tarikh : 27hb Julai 2011 [Rabu]
Masa : 6.45 petanag hinggan 7.45 malam
Tempat : PLN Negeri, Pusat Skuasy Antarabangsa Nicold David Bukit Dumbar, Pulau Pinang.
Kehadiran : 8 atlet, JPM Khoo Teng Hin, JSM Matthew Wong dan JL MSNPP Aaron Soyza

Laporan ringkas :

Setibanya di Pusat Latihan mendapati JPM Khoo Teng Hin sedang melatih 8 orang Atlet Pelapis Negeri/Skuad Latihan Sukan Malaysia XV 2012, Pahang di gelanggang yang berbeza bersama dengan JL MSNPP Aaron.

Pada masa yang sama mendapati JSM Matthew Wong sedang melatih Atlet Pembangunan seramai 5 orang. Selain dari melatih Atlet Pelapis Negeri, JSM Matthew Wong juga di beri tugasan oleh Persatuan Negeri untuk melatih Atlet Pembangunan pada hari yang berlainan dari jadual latihan Program Pelapis Negeri.
Berkesempatan menemubual dengan keluarga atlet [Celine Yeap] yang pada ketika itu sedang bermain skuasy. Mereka memaklumkan bermain skuasy sekadar untuk menjaga kesihantan diri dan memahami selok-belok permaianan untuk pengetahun. Syabas diucapkan kepada Mr. dan Mrs. Yeap.

Perjumpaan bersama JPM dan perkara yang dibincangkan :

PPN - Bertanyakan sebarang perubahan jadual latihan sepanjang bulan puasa. Jadual latihan waktu petang dari 3.00 petang hingga 9.00 malam dan membincangkan hari yang sesuai untuk mengadakan Mesyuarat JKK Bil : 2/2011.

JPM - Tiada perubahaan masa sepanjang bulan puasa dan tiada halangan bagi atlet yang berugama Islam untuk pulang awal. Bagi tarikh Mesyuarat JKK beliau mencadangkan selepas 15 Ogos 2011 kerana beliau bersama dengan 10 atlet akan ke Kejohanan "Hong Kong Junior Open" pada 10 - 14 Ogos 2011 di Cornwall St. Park Squash, Hong Kong. Beliau akan berangkat pada 9 Ogos 2011 dan dijangka pulang ke Pulau Pinang pada 15 Ogos 2011.

Tiada isu yang dibangkitkan semasa perbincangan dijalankan. Diakhir pemantauan kesempatan waktu diambil untuk beramah mesra dengan atlet dan keluarga yang hadir.

Sekian dilaporkan, terima kasih.

Fatimah Jamil



















Read more...

PEMANTAUAN PPN KE PUSAT LATIHAN BADMINTON - BUKIT DUMBAR

Tarikh : 27 Julai 2011 [Rabu]
Masa : 4.25 petang hingga 6.35 petang
Tempat : Pusat Latihan Negeri, Dewan PBA Bukit Dumbar, Pulau Pinang
Kehadiran : 4 atlet, JSM Tony Tan Gim Hin dan JPM Razlan.
Jenis Latihan : Serving and Smashing

Laporan ringkas :

Mendapati JPM Razlan dan JSM Tony Tan Gim Hin sedang melatih atlet yang hadir. Mendapati hanya 4 atlet yang hadir dan mendapatkan makluman dari JSM Tony Tan Gim Hin atas kekurangan kehadiran atlet menjalani latihan.

JSM : Memaklumkan kekurangan kehadiran atlet atas sebab persediaan Peperiksaan UPSR dan PMR

Perjumpaan bersama JPM dan JSM, perkara yang di bincangkan :

PPN - Bertanyakan adakah perubahan waktu Jadual Latihan bagi Bulan Ramadhan [Bulan Puasa]. Jadual latihan bermula 3.00 petang hingga 7.00 malam.

JPM & JSM - Tiada perubahan waktu latihan sepanjang bulan puasa. Bagi yang berugama islam akan dibenarkan pulang seawal 6.00 petang.

PPN - Bertanyakan kepada JSM Tony Tan Gim Hin selaku Setiausaha Kehormat Persatua Badminton Pulau Pinang [PBA] jadual latihan bagi JPM Razlan dan memohon dibenarkan pulang seawal 6.00 petang sepanjang bulan puasa.

JSM/Setiausaha Kehormat PBA - Memberikan jawapan, tiada halangan dari pihak Persatuan Badminton Pulau Pinang [PBA].

PPN - Meminta JSM Tony Tan Gim Hin selaku Setiausaha Kehormat Persatuan Badminton Pulau Pinang [PBA] memberikan kesemua resit-resit perbelanjaan Kejohanan Badminton "Interteam dan Kedah Open" bagi menyiapkan Laporan Penyelarasan. Pada masa yang sama membincangkan tarikh yang sesuai untuk mengadakan Mesyuarat JKK Bil : 2/2011.

JSM/Setiausaha Kehormat PBA - Mencadangkan Mesyuarat JKK Bil : 2/2011 diadakan selepas Kejohanan Badminton "Penang Individual Under 11, 13 and 15 years old" yang bakal diadakan pada 24 - 29 September 2011.

Di akhir pemantaun telah berjumpa dengan atlet dan bertanyakan khabar serta memberikan kata-kata semangat bagi meneruskan latihan.
Pemantauan diteruskan ke Pusat Latihan Sukan Skuasy yang terletak bersebelahan dengan PLN Sukan Badminton. Sekian dilaporkan, terima kasih

Laporan Oleh : Fatimah Jamil



















Read more...

Wednesday, July 27, 2011

LAPORANG RINGKAS PENYERTAAN KEJOHANAN ANGKAT BERAT ZON UTARA 1/2011

Tarikh : 22 Hingga 24 Julai 2011
Tempat : SMK Abi, Kangar , Perlis

Jurulatih : En. Jamil Hashim dan En. Mohd Faizulzalham Mohd Sazaly

Atlet : 13 Orang

Kejohanan Angkat Berat Zon Utara 2011 yang telah diadakan SMK Abi merupakan kejohanan yang pertama dianjurkan kategori umur 14 tahun dan 16 tahun kebawah. Kejohanan ini merupakan nadi untuk pembangunan sukan angkat berat yang memberi peluang kepada atlet baru untuk menunjukkan bakat dan prestasi sebenar.

Kejohanan ini terbahagi kepada 12 kategori iaitu 10 kategori lelaki dan 2 kategori wanita. Negeri Pulau Pinang hanya menyertai acara lelaki sahaja.

Laporan Oleh : Ahmad Firdaus Yusoff
























Read more...

Friday, July 22, 2011

PEMANTAUAN PPN - PLN SKUASY

Tarikh : 21 Julai 2011 [Khamis]
Masa Latihan : 6.00 petang hingga 8.00 malam
Masa Pemantauan : 6.50 petang hingga 8.00 malam
Tempat Latihan : Pusat Latihan Skuasy Tin Club, Butterworth.
Kehadiran : 4 atlet dan JSM Mohd Jalil

Laporan ringkas :

Sesampai di tempat latihan mendapati hanya 4 orang dari 16 orang yang hadir menjalani latihan. Dua orang atlet menjalani latihan sparring bersama dengan Ahli Tin Club.

PPN - Mendapatkan maklumanbalas dari JSM Mohd Jalil atas kekurangan kehadiran atlet.
JSM - Memaklumkan kebanyakan atlet menyertai Kejohanan SAP 3 yang sedang berlangsung dari 19 - 22 Julai 2011 di Pusat Skuasy Antarabangsa Nicol David, Bukit Dumbar, Pulau Pinang, anjuran Persatuan Negeri.

Perkara yang dibincangkan :

JSM - Bertanyakan status permohonan bantuan bola skuasy untuk menjalani latihan. Bantuan yang diberikan oleh Pihak Persatuan Negeri tidak mencukupi.

PPN - Memaklumkan kepada JSM Mohd Jalil, setelah perbincangan bersama Pihak Persatuan Negeri [En. Khoo Teng Hin] untuk membenarkan JSM Mohd Jalil untuk mengutip wang dari keluarga atlet yang berlatih di Tin Club Butterworth dan jawapan dari Pihak Persatuan Negeri adalah tiada halangan.

JSM - Memohon jasa baik dan bantuan dari Pihak USPTN untuk menghantar surat Permohonan Pengunaan Pusat Latihan Skuasy di Kolej Matrikulasi, Kepala Batas, Seberang Perai Utara setiap hari Sabtu dan Ahad memandangkan kehadiran atlet amat menggalakkan pada hari tersebut dan pada hari yang sama Gelanggan Skuasy Tin Club digunakan oleh ahli-ahli Tin Club.

PPN - Perkara ini akan di bawa berbincag dengan pihak KUN untuk tindakan selanjutnya.
Diakhir pemantauan kesempatan waktu diambil untuk beramah mesra dengan atlet dan keluarga atlet yang hadir. Sebelum meninggalkan Pusat Latihan Skuasy, telah menyerahkan cek pembayaran elaun JSM Mohd Jalil bagi bulan Mei dan Jun 2011.

Sekian dilaporkan, terima kasih

Fatimah Jamil















Read more...

Sunday, July 17, 2011

FESMAS 2011 - update

Sukan Dart, Karom & Lawn Bowls membuka gelanggang hari ini, disamping sukan badminton yang telah memasuki pusingan Suku Akhir pagi td. Berikut adalah keputusan semasa bagi kejohanan-kejohanan yang berlangsung di Kompleks Sukan Gong Badak ;

Badminton (Suku Akhir)

Perak 1 - Wilayah Persekutuan 2
P.Pinang 0 - Melaka 2
MSN 2 - Kedah 0
Pahang 2 - Johor 1

Badminton (Separuh Akhir)

Wilayah 0 - Melaka 2
MSN 2 - Pahang 0

Badminton (Final)
MSN vs Melaka

Sementara itu dalam Sukan Karom, pasukan MSN Pulau Pinang telah berjaya layak ke Suku Akhir petang ini setelah menewaskan MSN Johor 2-1, MSN Melaka 2-1 & MSN Wilayah Persekutuan 2-1. Perlawanan Suku Akhir MSN Pulau Pinang akan menantang pasukan MSN Selangor petang ini.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Read more...

Saturday, July 16, 2011

FESTIVAL SUKAN MSN SE-MALAYSIA (FESMAS) 2011

Festival Sukan MSN Se-Malaysia (FESMAS) 2011 kini sedang berlangsung di Kuala Terengganu, Terengganu. Festival Sukan yang menghimpunkan semua kakitangan Majlis Sukan Negeri-Negeri seluruh Malaysia bersama Majlis Sukan Negara Malaysia.

Festival pada kali ini mempertandingkan 5 jenis sukan iaitu Badminton, Dart, Karom, Tenpin Bowling & Boling Padang. Selain itu, acara karaoke juga turut dipertandingkan. Selain daripada sukan2 diatas, acara sukaneka & mencandat sotong juga turut diadakan. Ini sejajar dengan matlamat penganjuran Festival ini iaitu merapatkan sillaturrahim dikalangan kakitangan MSN seluruh Malaysia.

Sementara itu, dalam acara Badminton pagi & petang tadi, pasukan Pulau Pinang telah berjaya melayakkan diri ke pusingan suku akhir selepas menewaskan Selangor 3-0 dan Kedah 2-1 di peringkat kumpulan.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Read more...

Wednesday, July 13, 2011

PEMANTAUAN KUN KE PLN MEMANAH

Tarikh : 13 Julai 2011
Masa : 6.15 pm
Tempat : Kompleks Belia & Sukan, Batu Uban

Seramai 9 orang atlet turun menjalani latihan hari ini. JPM, Jaffery Low turut berada bersama atlet. Tiada sebarang isu @ masalah yang dikemukana oleh JPM dalam berbincangan ringkas yang dilakukan.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Read more...

PEMANTAUAN LATIHAN OLAHRAGA ASZU

Tarikh : 12 Julai 2011
Masa : 8.30 - 9.00 am
Tempat : Std MPSP, B.Mertajam

Latihan dikendalikan seperti biasa oleh Coach T.Krishnan. Enam (6) orang atlet dibawah beliau turun menjalani latihan. Latihan pada hari ini lebih kepada 'speed endurance'. Jurulatih memaklumkan semua atlet bebas dari kecederaan.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Read more...

Monday, July 11, 2011

PEMANTAUAN KUN KE PLN BADMINTON







Tarikh : 11 Julai 2011
Masa : 5.00 Petang
Tempat : Dewan Badminton PBA, Bukit Dumbar

Ketika pemantauan seramai 7 orang atlet sedang menjalani latihan bersama JPM En. Razlan & JSM En. Loh Bok Sheang.

Coach dilihat banyak memperbetulkan skill 'straight chop' yang dilakukan oleh atlet- atlet. Selain itu, sesi sparring persama atlet juga dilakukan di akhir latihan.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Read more...

Friday, July 8, 2011

LAPORAN KEJOHANAN MENEMBAK PELAPIS SIRKIT 2/2011 - 1st Day

Tarikh : 07.07.2011
Venue : Lapangsasar Menembak Batu Pahat, Johor

Pada hari pertama kejohanan menembak pelapis negeri sirkit ke-2, acara yang dipertandingkan adalah air rifle wanita individu dan pasukan.Cuaca dan keadaan dilapang sadar adalah amat baik pada hari ini dan tiada masalah dari segi teknikal.Kesemua atlet tiba dilapang sasar pada jam 8pg dan terus melakukan aktiviti senaman dan stretching.

Acara bermula tepat jam 9pg dan 3 atlet P.Pinang yang bertanding adalah Syaza Amirah, Nur Dayana Hijrah dan Gladys Fong.Ketiga-tiga atlet telah memberi yang terbaik untuk mempertahankan kejuaraan namun terpaksa berpuas hati dengan pingat perak,hanya 1 mata sahaja dibelakang negeri Pahang.Bagi acara individu pula,selepas pusingsn akhir Nur Dayana,Syaza Amirah dan Gladys Fong masing-masing berada ditempat ke 6,7 dan 8.

Namun begitu,saya amat berpuas hati dengan semangat juang yang mereka tunjukkan dan pasukan P.Pinang merupakan satu-satunya pasukan yang ketiga-tiga atlet telah masuk ke pusingan akhir.Acara tamat pada jam 6ptg dan syukur semuanya berjalan dengan lancar hari ini.

Laporan Oleh;
Ivarn Shazwan
Jurulatih Menembak



















Read more...

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved