Thursday, November 30, 2017

LAPORAN PEMANTAUAN PPN BAGI SUKAN BADMINTON

Tarikh : 30 November 2017 (Khamis)
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Dewan Badminton Bukit Dumbar

KEHADIRAN
1. En Razlan Rajan - JPM (Lantikan BAM)
2. En Chew Keng - JPM (Lantikan BAM)
3. Atlet 8 orang

LATIHAN
1. Drill
2. Light Skill

UJIAN
-Tiada

PERTANDINGAN
-  Tiada

KECEDERAAN
- Tiada

PERALATAN
- Tiada

PROGRAM BINAAN
-Tiada

ULASAN RINGKAS
1.   Latihan berjalan lancar
2.  Jurulatih memaklumkan kehadiran atlet pada sesi pagi agak kurang dan kebanyakan atlet akan menjalani latihan pada sesi petang.
3.  Jurulatih memaklumkan terdapat pengurangan atlet dan akan mengemaskini maklumat atlet yang terbaru untuk tahun 2018. 
4. Atlet-atlet dapat menerima arahan dan teguran dari jurulatih dengan baik.

Sekian.

Laporan disediakan oleh
Akmal Bin Hashim

Read more...

LAPORAN PEMANTAUAN PPN BAGI SUKAN ANGKAT BERAT (PLN MACHANG BUBOK)

Tarikh : 29 November 2017 (Rabu)
Masa : 8.30 Malam
Tempat : Machang Bubuk Bukit Mertajam

KEHADIRAN
1. Arshad Bin Abu Seman (JSM)
2. 7 Atlet 

LATIHAN
1. Snacth Teknik
2. Teknik Clean & Jerk
3. Free Excercise

UJIAN
-Tiada-

PERTANDINGAN
- Kejohanan Angkat Berat Langkawi & International Weightlifting 2017 pada 14 - 17 Disember 2017 di Telaga Walk, Langkawi

KECEDERAAN
-Tiada-

PERALATAN
- Memerlukan platform latihan

PROGRAM BINAAN
- Menjalani latihan bersama Akademi Serantau pada hujung minggu.

ULASAN
1. Latihan berjalan seperti biasa.
2. Kehadiran atlet agak memuaskan dan terdapat beberapa atlet yang tidak menjalani latihan dan memohon jurulatih untuk menyenaraikan nama atlet tersebut untuk dikeluarkan dari porgram.
3. Pada Karnival Bakat Pelapis Negeri yang lepas atlet dari PLN ini telah membawa pulang 2 pingat gangsa kategori lelaki (14-15 tahun) acara 85 kg dan kategori lelaki (12-13 tahun) acara 56 kg.
4. Terdapat peralatan rosak iaitu platform latihan, ini adalah kerana tempat latihan agak terbuka dan terdedah kepada hujan dan panas.

Sekian.

Laporan disediakan oleh
Akmal Bin Hashim

Read more...

LAPORAN PEMANTAUAN PPN BAGI SUKAN ANGKAT BERAT (PLN SMK PERMATANG TOK LABU)

Tarikh : 29 November 2017 (Rabu)
Masa : 5.00 Petang
Tempat : SMK PermatangTok Labu, Penaga

KEHADIRAN
1. Jamil Bin Hashim (JSM)
2. Atlet 6

LATIHAN
1. Back Squat
2. Snacth / Clean & Jerk
3. Free Excercise

UJIAN
·      Tiada

PERTANDINGAN
·      Kejohanan Angkat Berat Langkawi & International Weightlifting 2017 pada 14 - 17 Disember 2017 di Telaga Walk, Langkawi

KECEDERAAN
·       Tiada

PERALATAN
·      Tiada

PROGRAM BINAAN
·      Latihan di Akademi Serantau pada hujung minggu.

ULASAN
1. Kehadiran atlet kurang memuaskan dan jurulatih akan mengambil tindakan berkaitan dengan perkara tersebut.
2. Makluman, pada Karnival Bakat Pelapis Negeri 2/2017 di Negeri Pahang atlet dari PLN SMK Permatang Tok Labu telah membawa pulang 1 pingat perak kategori wanita (14-15 Tahun) acara 53 kg dan 1 pingat gangsa kategori lelaki (14-15 tahun) acara 77 kg.
3.  Seramai 4 atlet dari PLN ini akan menyertai Kejohanan Angkat Berat di Langkawi pada 14-17 Disember 2017.
4. Akan menjalani latihan di Akademi Serantau Bukit Mertajam pada hujung minggu dan perkara ini akan dibincangkan bersama pihak Akademi untuk menjalani latihan bersama atlet-atlet Akademi.

Sekian.

Laporan disediakan oleh
Akmal Bin Hashim

Read more...

LAPORAN HARI KEDUA KEJOHANAN SIRKIT REMAJA KEBANGSAAN GIMRAMA SIRI 2/2017

Tarikh : 29 November 2017 (Rabu)
Tempat : Gimnasium 1, Majlis Sukan Negara Malaysia, Bukit Jalil.

Kejohanan Gimrama Sirkit Kebangsaan telah memasuki hari kedua kejohanan.

Pada hari kedua kejohanan, pasukan dari Negeri Pulau Pinang telah mengambil bahagian dalam 3 kategori iaitu gred 4 & 5 (freehand) dan U10 (freehand & rope). Latihan rasmi dijalankan pada jam 7.30 pagi hingga 8.50 pagi. Pertandingan pada sesi pagi bermula jam 9.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan pertandingan sesi petang bermula jam 2.00 petang hingga 6.00 petang.

Berikut merupakan keputusan rasmi pada hari kedua kejohanan bagi atlet-atlet dari pasukan Negeri Pulau Pinang :-

Kategori : G4 (Freehand)
Lee Jing Ying - 11.000 mata
Alicia Boon Yan Lin - 10.050 mata 
Iris Tan Yi Hong - 11.000 mata

Kategori : G5 (Freehand)
Ong Wei Yee - 11.450 mata
Evelyn Foo Yi Fei - 8.050 mata 
Nur Syaziana Soffia -  11.150 mata
Angie Tan En Qi - 9.850 mata

Kategori : U10 (Freehand)
Nicole Cheng Qi Ern - 10.30 mata

Kategori : U10 (Rope)
Nicole Cheng Qi Ern - 8.60 mata

Pasukan Pelapis Pulau Pinang berjaya membawa pulang 1 gangsa bagi acara U10-Freehand. Sekian sahaja laporan pada hari kedua Kejohanan Sirkit Remaja Kebangsaan Gimrama Siri 2/2017.

Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

Read more...

LAPORAN PEMANTAUAN PPN BAGI SUKAN AKUATIK RENANG

Tarikh : 28 November 2017 (Selasa)
Masa : 5.00 ptg – 7.00 ptg
Tempat : Chinese Swimming Club (CSC) Tanjung Bungah

KEHADIRAN
1. Lim Jun Ting - JSM
2. Mohd Suhaimi Bin Md Salleh - PPN

ATLET
1. 15 orang

LATIHAN
1. Warm Up
2. Breast Stroke drill & Kick
3. Backstroke drill

UJIAN
-Tiada-

PERTANDINGAN
​1. Atlet baru selesai menyertai 36th National Inter-Club Swimming Championships - President Cup pada 24 hingga 26 November 2017 di Pusat Akuatik Renang Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Keputusan keseluruhan masih belum diterima daripada pihak penganjur.

KECEDERAAN
-Tiada-

PERALATAN
-Tiada-

PROGRAM BINAAN
-Tiada-

ULASAN RINGKAS
1. Latihan dijalankan seperti biasa mengikut program yang telah disusun oleh jurulatih.
2. Kehadiran atlet memuaskan memandangkan cuti persekolahan dah bermula.
3. Pihak Unit telah mengeluarkan satu surat bertarikh 13 November 2017 kepada Persatuan Renang Amatur Pulau Pinang berkenaan permohonan tarikh baru Mesyuarat JKK USPTN Bil 2/2017. Namun Persatuan sudah membalas surat tersebut dan tidak menyatakan tarikh baru mesyuarat.
4. Untuk makluman, Pihak Persatuan tidak menggunakan semua kuota kejohanan yang telah diperuntukkan pada tahun ini. Kelulusan kuota kejohanan adalah sebanyak 3 kejohanan kepada Persatuan.

Sekian, Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

Read more...

Wednesday, November 29, 2017

LAPORAN HARI PERTAMA KEJOHANAN SIRKIT REMAJA KEBANGSAAN GIMRAMA SIRI 2/2017

Tarikh : 28 November 2017 (Selasa)
Tempat : Gimnasium 1, Majlis Sukan Negara Malaysia, Bukit Jalil

Majlis Sukan Negara Malaysia dengan kerjasama Persekutuan Gimnastik Malaysia telah menganjurkan Kejohanan Sirkit Remaja Kebangsaan Gimrama Siri 2/2017 pada 28 November hingga 2 Disember 2017 (Selasa hingga Sabtu) bertempat di Gimnasium 1, Majlis Sukan Negara Malaysia, Bukit Jalil

Mesyuarat pengurus pasukan bagi sukan Gimrama dijalankan pada 28 November 2017 bermula jam 7.30 malam dan pertandingan akan bermula pada keesokan hari. Atlet pelapis gimrama Pulau Pinang melakukan rehearsal pada pukul 5.00 petang.

Sebanyak 9 negeri dan 1 negara Singapura telah mengambil bahagian dalam kejohanan kali ini iaitu Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Johor, Selangor, Pahang, Perak,Sabah, Sarawak dan Kedah

Kejohanan pada kali ini pasukan dari Pulau Pinang telah mengambil bahagian bagi kategori U8 (group exercise), Gred 5, Gred 4 dan U10. Pendaftaran telah dilakukan seramai 15 orang gimnas iaitu Caitlin Cheah Pei Syuen, Ong Wei Yee, Evelyn Foo Yifei, Choong Shu Qi, Choong Shu Hui, Stephanie Lean Yen Er, Lim Yi Hui, Angel Chen En Rou, Gracia Kuan Han Yi, Angel Tan En Qi, Lee Jing Ying, Nicole Cheng Qi Ern, Lee Jing Ying, Alicia Boon, Angie Tan En Qi, Iris Tan Yi Hong dan Nur Syaziana Soffea, namun perkara yang tidak diingini berlaku kepada seorang gimnas Pulau Pinang iaitu Caitlin Cheah Pei Syuen mengalami kecederaan di buku lali semasa menjalani latihan bersama jurulatih beliau di Kuala Lumpur pada 24 November 2017 serta perlu menarik diri dan hal ini baru dimaklumkan kepada PPN dan persatuan semasa mesyuarat dijalankan.

Sekian, terima kasih.

Laporan disediakan oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

Read more...

LAPORAN HARI KEDUA KEJOHANAN GIMRAMA KEBANGSAAN KALI KE 28, 2017 & KEJOHANAN GIMRAMA SPORTEXCEL MSN-MILO-MGF SIRKIT 2/2017

 Tarikh : 28 November 2017 (Selasa)
Tempat : Gimnasium 1, Majlis Sukan Negara Malaysia, Bukit Jalil.

Kejohanan Gimrama Kebangsaan 2017 & Kejohanan Gimrama Sportexcel MSN-MILO-MGF Sirkit 2/2017 telah memasuki hari kedua dan hari terakhir bagi kedua-dua kejohanan yang berlangsung serentak.

Pada hari kedua kejohanan, pasukan dari Negeri Pulau Pinang telah mengambil bahagian dalam 8 apparatus bagi kategori Junior. Namun begitu atlet hanya dapat bertanding dalam kategori individu kerana tidak cukup penyertaan 4 gimnas bagi mengumpul markah satu kumpulan. Latihan rasmi dijalankan pada jam 7.30 pagi hingga 8.50 pagi. Pertandingan pada sesi pagi bermula jam 9.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan pertandingan sesi petang bermula jam 2.00 petang hingga 9.00 malam. 

Keputusan kejohanan kali ini tidak memuaskan kerana atlet tidak cukup masa untuk menjalani latihan bersama jurulatih separuh masa. Walaubagaimanapun atlet tetap berusaha untuk bertanding pada hari ini.

Berikut merupakan keputusan rasmi pada hari kedua kejohanan bagi atlet-atlet dari pasukan Negeri Pulau Pinang :-

KEJOHANAN GIMRAMA KEBANGSAAN 2017

Kategori : Junior (Riben)
Ong Wei Yee - 6.817 mata
Nur Syaziana Soffia Bt Mohd Faizal - 6.233 mata

Kategori : Junior (Clubs)
Ong Wei Yee - 6.950 mata
Evelyn Foo Yifei - 6.750 mata

Kategori : Junior (Ball)
Ong Wei Yee - 6.167 mata
Evelyn Foo Yifei - 6.234 mata

Kategori : Junior (Hoop)
Ong Wei Yee - 4.650 mata
Nur Syaziana Soffia Bt Mohd Faizal - 5.550 mata

KEJOHANAN GIMRAMA SPORTEXCEL MSN-MILO-MGF Sirkit 2/2017

Kategori : Junior (Riben)
Ong Wei Yee - 6.817 mata
Nur Syaziana Soffia Bt Mohd Faizal - 6.233 mata

Kategori : Junior (Clubs)
Ong Wei Yee - 6.950 mata
Evelyn Foo Yifei - 6.750 mata

Kategori : Junior (Ball)
Ong Wei Yee - 6.167 mata
Evelyn Foo Yifei - 6.234 mata

Kategori : Junior (Hoop)
Ong Wei Yee - 4.050 mata
Nur Syaziana Soffia Bt Mohd Faizal - 5.550 mata

Sekian sahaja laporan pada hari kedua dan terakhir Kejohanan Gimrama Kebangsaan 2017 & Kejohanan Gimrama Sportexcel-MSN-MILO-MGF Sirkit 2/2017.

Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

Read more...

LAPORAN HARI PERTAMA KEJOHANAN GIMRAMA KEBANGSAAN KALI KE 28, 2017

Tarikh : 27 November 2017 (Isnin)
Tempat : Gimnasium 1, Majlis Sukan Negara Malaysia, Bukit Jalil

Majlis Sukan Negara Malaysia dengan kerjasama Persekutuan Gimnastik Malaysia telah menganjurkan Kejohanan Gimrama Kebangsaan Kali Ke 28, 2017 pada 27 hingga 28 November 2017 (Isnin hingga Selasa) bertempat di Gimnasium 1, Majlis Sukan Negara Malaysia, Bukit Jalil

Mesyuarat pengurus pasukan bagi sukan Gimrama dijalankan pada 27 November 2017 bermula jam 5.00 petang dan pertandingan akan bermula pada keesokan hari. Atlet pelapis gimrama Pulau Pinang melakukan rehearsal pada pukul 1.30 hingga 3.30 petang. Sebanyak 6 negeri telah mengambil bahagian dalam kejohanan kali ini iaitu Pulau Pinang, Kuala Lumpur,Selangor, Pahang, Perak,Sabah dan Pelapis Kebangsaan.

Kejohanan pada kali ini pasukan dari Pulau Pinang telah mengambil bahagian bagi kategori Junior. Pendaftaran telah dilakukan seramai 4 orang gimnas iaitu Caitlin Cheah Pei Syuen, Ong Wei Yee, Evelyn Foo Yifei dan Nur Syaziana Soffea, namun perkara yang tidak diingini berlaku Caitlin Cheah Pei Syuen mengalami kecederaan di buku lali semasa menjalani latihan bersama jurulatih beliau di Kuala Lumpur pada 24 November 2017 dan hal ini baru dimaklumkan kepada PPN dan persatuan semasa mesyuarat dijalankan. Oleh itu, pasukan Pulau Pinang hanya dapat bertanding dalam kategori individu dan tidak dapat mengumpul markah bagi kategori berkumpulan disebabkan minimum apparatus diperlukan ialah 12 dan pasukan Pulau Pinang hanya melakukan 8 apparatus. Kejohanan kali ini memberi impak yang besar kepada gimnas kerana pertukaran jurulatih separuh masa yang berlaku dan tidak menjalani latihan yang cukup seperti negeri lain.

Sekian, terima kasih.

Laporan disediakan oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

Read more...

Monday, November 20, 2017

LAPORAN PEMANTAUAN PPN BAGI SUKAN TAEKWONDO

Tarikh : 19 November 2017 (Ahad)
Masa : 8.30 pagi - 10.30 pagi
Tempat : Dewan SMK Sg Nibong, Georgetown

KEHADIRAN
1. Master Rajaderan A/L Rengasamy - JSM
2. Master Gunasegaran Maniveloo – JPM MSNPP
3. Mohd Suhaimi Bin Md Salleh - PPN

ATLET
1. 20 atlet

LATIHAN
1. Grading Test (Stances, Blocks, Strike & Kicks)

UJIAN
-Tiada-

PERTANDINGAN
1. Atlet akan menyertai Kejohanan Taekwondo Antara Daerah negeri Pulau Pinang Fasa 2/2017 pada 25 November 2017 di Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang (MSNPP). Sebanyak 5 daerah akan terlibat sepaanjang kejohanan berlangsung.

KECEDERAAN
-Tiada-

PERALATAN
-Jurulatih ada memohon beberapa peralatan kecil seperti Kicking target, Body Target dan penimbang.
- Pihak Unit masih menunggu sebut harga daripada Persatuan bersama surat permohonan.

PROGRAM BINAAN
-Tiada-

ULASAN RINGKAS
1. Latihan dijalankan seperti biasa mengikut perancangan jurulatih.
2. Pihak Unit masih menunggu sebut harga daripada Persatuan bersama surat permohonan. PPN memaklumkan bahawa tarikh akhir permohonan tersebut adalah pada atau sebelum 30 November 2017. Kelewatan permohonan tidak akan dilayan.
3. PPN memaklumkan bahawa Persatuan masih mempunyai 1 kuota kejohanan bagi tahun ini. Kejohanan yang akan disertai adalah Kejohanan Taekwondo National Interclub yang dijangka pada 15 hingga 17 Disember 2017 di Negeri Sembilan.
4. Jurulatih akan membuat rombakan pada semua atlet yang berada di dalam program selepas kejohanan terakhir. Atlet yang melepasi kriteria akan dimasukkan dalam program bagi tahun 2018.

Sekian,Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

Read more...

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved