Wednesday, May 29, 2013

LAPORAN KEJOHANAN BERBASIKAL TREK REMAJA KEBANGSAAN MSNM-PKBM-DBKL-PBKL-MILO SIRKIT 1/2013.

Tarikh : 22 - 26 Mei 2013
Masa : 9.00 pagi hingga 7.00 petang.
Tempat : Velodrome Cheras Kuala Lumpur.

Kejohanan Berbasikal Trek Remaja Kebangsaan Siri 1/2013 ini telah bermula pada 22 Mei 2013 bertempat di Velodrome Cheras dan  berakhir pada 26 Mei 2013. Pasukan Berbasikal Pulau Pinang telah menghantar seramai 10 orang pelumba untuk kejohanan kali ini. Turut mengiringi mereka seorang Pegawai Pembangunan Negeri dan 2 orang jurulatih (En. Zahari dan En. Shukor) Berikut acara yang disertai pelumba Pulau Pinang mengikut kategori.

Kategori lelaki 16-18 tahun
1)    200m sprint
2)    1km Time trial
3)    10km Point race
4)    Team sprint
5)    Individu persuit
6)    Keirin

Kategori Lelaki 15 tahun kebawah
1)    200m sprint
2)    500m Time trial
3)    Scratch race 5km
4)    Individu persuit
5)    Elimination race

Kategori Wanita 15 tahun kebawah
1)    200m sprint
2)    500m Time trial
3)    Individu persuit 3km
4)    Elimination race

Pencapaian pelumba Pulau Pinang khususnya pelumba-pelumba baru amat memuaskan berikutan hampir sebahagian daripada mereka berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir. Faktor pengalaman dan cara latihan sedikit sebanyak mempengaruhi pencapaian mereka pada peringkat akhir. Antara pelumba muda Pulau Pinang yang berpotensi untuk menaikkan kembali pasukan Pulau Pinang seperti Muhammad Danish, Mohd Elias, Muhammad Azmeer dan 2 orang pelumba wanita iaitu Nur Atikah dan Fatin Najiha. Untuk kategori lelaki 16-18 tahun, pencapaian Skuad Pulau Pinang  kurang memuaskan apabila hanya beberapa acara sahaja yang berjaya mara ke peringkat akhir berikutan saingan sengit dari pasukan-pasukan yang bertanding. Secara keseluruhan banyak lagi yang perlu diperbaiki khususnya dari segi teknikal dan taktikal pasukan untuk menghadapi kejohanan seterusnya.

Sekian, terima kasih.

Laporan Disediakan Oleh
Fazli Hisam Bin Mohd Zainol Abidin



Read more...

LAPORAN HARI TERAKHIR KEJOHANAN ANGKAT BERAT KEBANGSAAN BAWAH 16 & 12 TAHUN TERBUKA KELANTAN.

Tarikh : 29 Mei 2013 (Rabu)
Masa : 8.00 pagi hingga 2.00 petang.
Tempat : Dewan Wisma Sukan MSNK, Jalan Telipot, Kota Bharu.

Hari terakhir pertandingan diteruskan bagi acara wanita bawah 16 tahun kategori 53 kg, 58 kg, 63 kg, 69 kg, +69 kg dengan sesi timbang berat pada jam 8.00 pagi sebelum pertandingan sebenar bermula jam 10.00 pagi.

Tepat jam 10.00 pagi acara lelaki bawah 16 tahun lelaki kategori 85 kg, 94 kg, +94 kg dimula dengan sesi timbang berat. Acara terakhir bagi kategori ini akan bermula jam 12.00 tengahari dan dijangka tamat pada jam 2.00 petang.

Seramai 4 orang atlet tersenarai dalam acara lelaki dan wanita bawah 16 tahun.

Berikut pencapaian atlet dalam kategori yang dipertanding hari ini :

Kategori 53 kg wanita bawah 16 tahun
1. Nurul Lia Shuhada Binti Zainal Abidin
Snatch : 34 kg (Gangsa)
Clean n Jerk : tiada angkatan
Jumlah angkatan : 34 kg

Kategori 69 kg wanita bawah 16 tahun
1. Nurliana Binti Mohd Khalid
Snatch : 27 kg (Perak)
Clean n Jerk : 35 kg (Perak)
Jumlah angkatan : 62 kg

Kategori 85 kg lelaki bawah 16 tahun
1. Jagennathan a/l Sivapragasam
Snatch : 70 kg
Clean n Jerk : 85 kg
Jumlah angkatan : 155 kg

Kategori +94 kg lelaki bawah 16 tahun
1. Mohd Amirul Bin Azhar
Snatch : 65 kg
Clean n Jerk : 82 kg
Jumlah angkatan : 147 kg

Kilauan 2 pingat perak dan 1 pingat gangsa untuk hari terakhir menjelma hari ini dan keseluruhan pingat untuk skuad Pulau Pinang adalah 3 emas 2 perak 4 gangsa. Secara keseluruhan atlet Pulau Pinang telah menunjukkan prestasi yang baik. Cuma sesetengah atlet perlu diberi perhatian lebih dari segi teknik dan angkatan.

Jutaan terima kasih kepada pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung diatas penganjuran kejohanan Angkat Berat Kebangsaan Bawah 16 & 12 Tahun Terbuka Kelantan. 

Sekian,Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh




Read more...

Tuesday, May 28, 2013

LAPORAN HARI KEDUA KEJOHANAN ANGKAT BERAT KEBANGSAAN BAWAH 16 & 12 TAHUN TERBUKA KELANTAN.

Tarikh : 28 Mei 2013 (Selasa)
Masa : 8.00 pagi hingga 6.15 petang
Tempat : Dewan Wisma Sukan MSNK, Jalan Telipot, Kota Bahru.

Seawal jam 8.00 pagi kejohanan untuk hari kedua diteruskan dengan timbang berat bagi lelaki bawah 12 tahun kategori 40 kg. Seramai 4 orang atlet Pulau Pinang bertanding untuk kategori ini dimana pertandingan akan bermula jam 10.00 pagi. 

Bagi wanita bawah 12 tahun kategori 40 kg, 44 kg, 48 kg, +48 kg bermula pada jam 10.30 pagi dengan sesi timbang berat sebelum pertandingan rasmi bermula jam 12.30 tengahari. kategori ini telah melibatkan atlet Pulau Pinang seramai 2 orang.

pada sebelah petang, pertandingan diteruskan dengan acara lelaki bawah 16 tahun bagi kategori 69 kg. Untuk kategori ini hanya seorang atlet sahaja yang terlibat.

Tamat pertandingan hari kedua dimana Pasukan Pulau Pinang berjaya mengutip 2 emas dan 2 gangsa bagi lelaki dan wanita bawah 12 tahun.

Berikut pencapaian atlet Pulau Pinang untuk acara yang dipertandingkan hari ini :

Kategori 40 kg Lelaki Bawah 12 Tahun
1. Surya a/l Sivapragasam
Snatch : 26 kg (Gangsa)
Clean n Jerk : 32 kg
Jumlah Angkatan : 58 kg 

2. Kiran Raj a/l Sivapragasam
Snatch : 19 kg
Clean n Jerk : 24 kg
Jumlah Angkatan : 43 kg

3. Kevin Raj a/l Thomas
Snatch : 18 kg
Clean n Jerk : 20 kg
Jumlah Angkatan : 38 kg

4. Mohamad Fais Bin Che Pi
Snatch : 16 kg
Clean n Jerk : 25 kg
Jumlah Angkatan : 41 kg

Kategori 40 kg Wanita Bawah 12 Tahun
1. Logasree a/p Thanabalasingam
Snatch : 24 kg (Emas)
Clean n Jerk : 32 kg (Emas)
Jumlah Angkatan : 56 kg

2. Thurgashree a/p Thanabalasingam
Snatch : 13 kg (Gangsa)
Clean n Jerk : 16 kg
Jumlah Angkatan : 29 kg

Kategori 69 kg Lelaki Bawah 16 Tahun
1. Muhamad Hazwan Bin Abdul wahab
Snatch : 42 kg
Clean n Jerk : 50 kg
Jumlah Angkatan : 92 kg

Hari terakhir akan bersambung esok dengan wanita bawah 16 tahun kategori 53 kg, 58 kg, 63 kg, 69 kg , +69 kg pada jam 10.00 pagi dengan diikuti acara lelaki bawah 16 tahun kategori 85 kg, 94 kg & +94 kg pada jam 12.00 tengahari.

Sekian, Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh





Read more...

Monday, May 27, 2013

LAPORAN HARI PERTAMA KEJOHANAN ANGKAT BERAT KEBANGSAAN BAWAH 16 & 12 TAHUN TERBUKA KELANTAN.

Tarikh : 27 Mei 2013 (Isnin)
Masa : 8.00 pagi hingga 6.00 petang.
Tempat : Dewan Wisma Sukan MSNK, Jalan Telipot, Kota Bharu.

Pada kejohanan kali ini Pasukan Pulau Pinang telah membariskan atlet seramai 18 orang. Pecahan atlet adalah 9 lelaki & 3 wanita bawah 16 tahun dan 4 lelaki & 2 wanita bawah 12 tahun.

Hari pertama Kejohanan Angkat Berat Kebangsaan Bawah 16 & 12 Tahun Terbuka Kelantan bermula seawal jam 8.00 pagi dengan timbang berat mengikut kategori 50 kg, 56 kg, 62 kg lelaki bawah 16 tahun serta 40 kg, 48 kg wanita bawah 16 tahun.

Pada jam 2.00 petang kategori 44 kg & 48 kg wanita bawah 16 tahun diteruskan dimana seorang atlet Pulau Pinang berjaya memenangi satu pingat emas dan satu pingat gangsa bagi kategori 48 kg.

Ybhg. Dato’ Seri Zolkples Embong Ketua Pengarah MSNM serta Encik Jefri Bin Ngadirin Pengarah Cawangan Pelapis, Encik Ariffin Bin Mohd Ghani Pengarah Cawangan Elit, Encik Ahmad Zawawi Bin Zakaria Pengarah Cawangan Kejurulatihan, Encik Mohd Safrushahar Bin Md Yusof Pengarah Cawangan Paralimpik turut hadir untuk menyaksikan dan memberi sokongan kepada bakat-bakat muda bertanding di kejohanan Kebangsaan peringkat umur yang julung-julung kali dianjurkan.

Tamat pertandingan hari pertama, dimana Pasukan Pulau Pinang berjaya mengutip 1 emas dan 1 gangsa bagi wanita bawah 16 tahun kategori 48 kg. Untuk makluman atlet-atlet yang dibawa pada kejohanan kali ini adalah untuk memberi pendedahan pertandingan.

Kejohanan hari kedua akan diteruskan esok dengan kategori 40 kg, 44 kg, 48 kg, +48 kg lelaki & wanita bawah 12 tahun.

Berikut disenaraikan pencapaian atlet untuk hari pertama pertandingan :-

Kategori 50 kg lelaki bawah 16 tahun
1. Mohd Amirul Irfan Bin Asrar
Snatch : 30 kg
Clean n Jerk : 40 kg
Jumlah Angkatan : 70 kg

2. Muhammad Ariff Zikri Bin Mohd Khasim
Snatch : 20 kg
Clean n Jerk : 27 kg
Jumlah Angkatan : 47 kg

Kategori 56 kg lelaki bawah 16 tahun
1. Mohd Syakir Bin Khosim
Snatch : 55 kg
Clean n Jerk : 82 kg
Jumlah Angkatan : 137 kg

2. Thirilohgan a/l Thanabalasingam
Snatch : 50 kg
Clean n Jerk : 65 kg
Jumlah Angkatan : 115 kg

Kategori 62 kg lelaki bawah 16 tahun
1. Muhamad Amirul Asraf Bin Hazki
Snatch : 25 kg
Clean n Jerk : 40 kg
Jumlah Angkatan : 65 kg

Kategori 48 kg wanita bawah 16 tahun
1. Loggeswary a/p Muniandy
Snatch : 38 kg (Gangsa)
Clean n Jerk : 60 kg (Emas)
Jumlah Angkatan : 98 kg

Sekian, Terima Kasih

Laporan disediakan
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh






Read more...

Tuesday, May 21, 2013

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN SUKAN SEPAK TAKRAW

Tarikh : 20 Mei 2013 (Isnin)
Masa : 4.00 petang
Tempat : Sek Men Keb Mutiara Impian, Simpang Ampat.

KEHADIRAN
1. Jurulatih
- Encik Ahmad Rahimi Bin Azizan dan 2 orang guru.

2. Atlet  
- 22 Atlet.

LATIHAN
1. Latihan Kecergasan
2. Short Ball (Rejaman)
3. 1 step short ball (Rejaman)

UJIAN
Tiada

PERTANDINGAN
1. Atlet baru sahaja menyertai Kejohanan Sepak Takraw KPM/SPORTEXCEL/MSN/MILO Sirkit 3/2013 di SSTMI, Johor.
2. Pasukan Pulau Pinang mendapat tempat pertama pada kejohanan ini dimana pasukan Pulau Pinang menang pada setiap perlawanan.

PERALATAN
Tiada

PROGRAM BINAAN
Tiada

ULASAN
1. Latihan berjalan lancar.
2. Kehadiran atlet memuaskan walaupun baru pulang menyertai kejohanan Sportexcel.
3. Jurulatih memaklumkan atlet 13 tahun menunjukkan peningkatan dari segi teknik seperti rejaman, umpanan dan break ball.
4. Jurulatih juga memaklumkan pada cuti sekolah akan datang atlet-atlet akan menjalani latihan pusat di SMK Mutiara Impian untuk kejohanan MSSM.
5. Atlet menunjukkan kesungguhan menjalani latihan dan menerima segala arahan daripada jurulatih.

Sekian, Terima Kasih

Laporan disediakan oleh
Akmal Bin Hashim




Read more...

Monday, May 20, 2013

JAWATAN KOSONG - PEMBANTU TADBIR (N17) DI AKADEMI SERANTAU MAJLIS SUKAN NEGARA

Kelayakan yang diperlukan bagi mengisi jawatan di Akademi Serantau Majlis Sukan Negara seperti berikut :

SYARAT LANTIKAN

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut;
a) Warganegara Malaysia;

b) Lelaki berstatus bujang dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

c) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf oleh kerajaan; 

d) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia@kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

e) Keutamaan diberi kepada calon yang mempunyai lesen memandu kelas : D dan boleh membawa van.  

f)  Kebolehan mengendalikan komputer, Microsoft Office dan/atau berpengalaman dalam bidang ICT

Terima kasih. 
  
Sila hantar resume anda kepada;
Pemangku Ketua Unit
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang
d/a Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang
Jalan Sultan Azlan Shah
11700 Batu Uban
Pulau Pinang


Tarikh Tutup : 27 Mei 2013

Read more...

Wednesday, May 15, 2013

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN SUKAN GIMNASTIK ARTISTIK

Tarikh : 13 Mei 2013 (Isnin)
Masa : 3.00 petang hingga 6.00 petang.
Tempat : Akademi Gimnastik Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang.

Kehadiran
1. Jurulatih - JLN Liu Shu Nan 

2. Atlet - 6 atlet (Pelapis)

Latihan
1. Floor Exercise (Row, Back Row & Cut Wheel)

Ujian
Tiada

Pertandingan
Tiada

Kecederaan
Tiada

Peralatan
1. Setakat ini beberapa peralatan masih boleh digunakan lagi dan ada juga beberapa peralatan perlu dibaiki atau diganti kerana rosak.

Program Binaan
Tiada

Ulasan Ringkas
1. Kehadiran atlet kurang memuaskan kerana minggu peperiksaan.

2. Perlu penambahan atlet dan perlu jalankan TID di beberapa sekolah.

3. Jurulatih Liu Shu Nan (JLN) mengusulkan supaya menambah seorang jurulatih wanita sambilan.


Sekian, Terima Kasih.

Laporan disediakan
Azira Binti Azizan





Read more...

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved