Saturday, November 15, 2014

LAPORAN MESYUARAT PENGURUS PASUKAN SUKAN MENEMBAK DAN GIMNASTIK ARTISTIK

Tarikh : 13 November 2014 (Khamis)
Masa : 8.00 Malam
Tempat : Bilik Mesyuarat Lapang Sasar Menembak Kompleks SUKPA dan Bilik Mesyuarat ISN Gimnasium SUKPA.  

Majlis Sukan Negara Malaysia dengan kerjasama Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pahang telah mengelolakan Kejohanan Pelapis Antara Zon Peringkat Akhir 2014 pada 13 hingga 16 November 2014 bertempat di Lapang Sasar Menembak Kompleks SUKPA dan Gimnasium SUKPA, Kuantan Pahang.

Pengelolaan kejohanan ini juga merupakan program pihak Majlis bagi menilai prestasi atlet-atlet baru yang menjalani latihan di Pusat Latihan Negeri (PLN) di bawah program Pelapis Negeri seluruh negara. Di samping itu juga, kejohanan ini turut memberikan peluang tambahan dan pendedahan pertandingan yang lebih kepada atlet-atlet.  

Atlet menembak telah membuat latihan menembak pada pukul 4.00 petang di Lapang Sasar Menembak Kompleks SUKPA sebagai persediaan kejohanan. Taklimat dan mesyuarat pengurus pasukan bagi Sukan Menembak dan Gimnastik Artistik berlangsung sekitar jam 8.00 malam. Sebanyak 5 Zon telah mengambil bahagian dalam kejohanan kali ini iaitu Zon Utara, Zon Tengah, Zon Selatan, Zon Timur dan Zon Borneo.  

Bagi sukan Menembak Pulau Pinang telah mengambil bahagian 3 acara iaitu 10M Air Pistol-Men, 10M Air Pistol-Woman dan 10M Air Rifle-Woman. Bagi Sukan Gimnastik Artistik Pulau Pinang pula telah mengambil bahagian FIG Class 1 (Lelaki).

Diharap atlet-atlet daripada pasukan Pulau Pinang dapat mempersembahkan prestasi yang terbaik sepanjang kejohanan berlangsung.  

Sekian, terima kasih.  

Laporan disediakan oleh
Azira Binti Azizan

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved