Friday, April 22, 2011

PEMANTAUAN PPN KE PLN MENAMBAK

Tarikh : 21 April 2011
Venue : Kelab Menembak Pulau Pinang
Masa : 4.00 petang
Atlet : 4 atlet wanita, 4 atlet lelaki

Jurulatih : En Ivarn Syazwan


KEHADIRAN

Kehadiran pada hari ini seramai 8 orang. Pecahan kehadiran adalah 4 wanita dan 4 lelaki


LATIHAN

Atlet Rifle menjalani latihan ”3 Position” dengan 10 butir peluru R50


DISIPLIN

Jurulatih memaklumkan tiada masalah disiplin dikalangan atlet.


ISU-ISU BERBANGKIT

PPN memaklumkan kepada jurulatih bahawa pihak Majlis Sukan Negara telah memberi kelulusan geran bantuan peluru untuk tahun 2011.



Hamidi Lokman































Read more...

Thursday, April 21, 2011

PEMANTAUAN PPN KE PUSAT LATIHAN TINJU

Tarikh : 20hb April 2011 [Rabu]
Masa : 5.15 petang - 6.45 petang
Tempat : Komplek Sukan Titi Mukim, SPU
Kehadiran : 6 Atlet dan JSM Zainuddin


Jumlah atlet yang berlatih di PLN Titi Mukim bawah selian JSM Zainuddin seramai 13 orang. JSM Zainuddin memaklumkan latihan pada hari ini dijalankan seawal pukul 4.30 petang dan mendapati kehadiran atlet amat berkurangan. 3 orang atlet telah pulang seawal 6.00 petang untuk menghadiri kelas tambahan.


Di akhir pemantauan telah berjumpa JSM Zainuddin dan perkara yang dibincangkan seperti berikut :


1. Memaklumkan kepada JSM Zainuddin Sesi Akhir Pemilihan Atlet untuk ke Kejohanan Karnival Pelapis 1/2011 Negeri Kelantan akan diadakan pada 22hb April 2011, pukul 5.30 petang di PL Tinju MSNPP Batu Uban, Pulau Pinang.


2. Mendapatkan makluman tentang kekurangan kehadiran atlet.
JSM Zainuddin memaklumkan bahawa 2 atlet terlibat dengan kejohanan bola sepak mewakili sekolah, 1 atlet terlibat kemalangan dan terpaksa berehat, 3 atlet yang telah bekerja dan 1 atlet tiada memaklumkan kepada jurulatih.


3. Membincangkan program sesi latihan asas yang akan dijalankan di SMK Perai, SPU seperti perbincangan bersama pihak sekolah semasa Sesi TID disekolah tersebut.
JSM Zainauddin memaklumkan, beliau hanya boleh memberikan latihan asas kepada pelajar-pelajar di Sekolah tersebut pada hari Ahad pagi sahaja memandangkan beliau bekerja dari Isnin hingga Sabtu.


PPN akan berbincang dengan pihak sekolah dan keputusannya akan dimaklumkan kepada JSM Zainuddin. Sekian dilaporkan, terima kasih.


Fatimah Jamil








































Read more...

KEJOHANAN BADMINTON MSSPP - update

Tarikh : 21hb April 2011 [Khamis]
Masa : 9.30 pagi - 10.45 pagi
Tempat : Dewan Badminton PBA, Bukit Dumbar, Pulau Pinang.



Sesampai ke tempat kejohanan telah disambut oleh salah seorang AJK Kejohanan [Cikgu Heng]. Beliau telah memperkenalkan kepada Guru-Guru yang hadir dan Pegawai Teknilkal JPNPP [Mr. Gooi] bagi Sukan Badminton.



Kejohanan pada hari ini telah bermula seawal 9.00 pagi dengan Kategori Perseorangan Lelaki dan Perempuan Bawah 12 Tahun. Berkesempatan memantau perlawanan Kategori Perseorangan Perempuan Bawah 18 Tahun. Semasa pemantauan sempat berjumpa dengan Atlet Pelapis Negeri Bawah 12 dan 18 Tahun seramai 12 orang dan mengucapkan semuga berjaya kepada mereka.



Diakhir pemantauan bertemu dengan PK KOKU SMK Datuk Hj. Mohd Nor Ahmad dan membincangkan tindakan selanjutnya untuk murid-murid yang menghadiri Sesi Taklimat dan TID yang telah diadakan disekolah tersebut. Sebelum meninggalkan tempat kejohanan, telah berjumpa dengan Mr. Gooi dan guru-guru yang lain.


Sekian di laporkan, terima kasih.




Fatimah Jamil
















































Read more...

LAWATAN PPN KE PUSAT LATIHAN GIMNASTIK


Tarikh : 20 April 2011
Tempat : Akademi Gimnastik MSNPP
Masa : 8.00 malam
Atlet : 12 atlet wanita, 4 atlet lelaki
Jurulatih : En Liu Shu Nan, En Foong Kok Seng

Kehadiran Atlet : 16 orang. Pecahan kehadiran adalah 12 wanita dan 4 lelaki


Latihan

Hari kedua JLN Liu Shu Nan melatih atlet-atlet wanita Pulau Pinang. Latihan berjalan lancar.


Disiplin

Jurulatih memaklumkan tiada masalah disiplin dikalangan atlet.


Isu2 Berbangkit

JLN Liu Shu Nan meminta untuk mengadakan sesi TID dalam masa terdekat dan akan diuruskan dengan segera.


Hamidi Lokman




















Read more...

Wednesday, April 20, 2011

PEMANTAUAN PPN - PUSAT LATIHAN SKUASY

Tarikh : 19hb April 2011 [Selasa]
Masa : 3.45 petang - 4.30 petang
Tempat : Pusat Skuasy Antarabangsa Nicold David, Bukit Dumbar, Pulau Pinang.
Kehadiran Atlet : 8 lelaki dan 7 perempuan


Kehadiran Jurulatih :

JPM Mr. Khoo Teng Hin, JSM Mr. Matthew Wong dan JL MSNPP Mr. Aroon.


Laporan Pemantaun :


Mendapati beberapa atlet sedang menunggu untuk memulakan sesi latihan yang bermula dari pukul 4.00 petang dan masa terakhir 9.00 malam. Kehadiran Atlet untuk menjalani latihan adalah secara berperingkat. Jumlah Atlet Pelapis Negeri yang menjalani latihan di PLN Bukit Dumbar di bawah selian JPM Mr. Khoo Teng Hin dan JSM Mr. Matthew Wong seramai 22 orang. Kesempatan waktu diambil untuk beramah-mesra dengan atlet yang hadir dan bertanyakan khabar.


Pulau Pinang selaku tuan rumah untuk Kejohanan "16th Asian Individual Championship 2011" yang akan berlangsung pada 26 - 30 April 2011 dan mendapati kerja-kerja membaik-pulih gelanggan sedang dilakukan. Memaklumkan kepada JPM Mr. Khoo Teng Hin tidak dapat bersama dan membantu semasa kejohanan dijalankan kerana menghadiri "Bengkel" di Johor anjuran Majlis Sukan Negara.


Latihan dijalankan di tiga gelanggang dibawah selian JPM Mr. Khoo Teng Hin, JSM Mr. Matthew Wong dan JL MSNPP Mr. Aroon. Mendapati seramai 15 atlet yang hadir pada masa tersebut.
Pemantauan diakhiri dengan perjumpaan bersama ketiga-tiga jurulatih dan tiada perkara yang dibangkitkan. Sekian dilapurkan,terima kasih.

FATIMAH BINTI JAMIL
































Read more...

KEJOHANAN BADMINTON MSSPP 2011 - 1st Day

Tarikh : 19hb April 2011 [Selasa]
Masa : 2.00 petang - 3.40 petang
Tempat : Dewan Badminton PBA Bukit Dumbar, Pulau Pinang.


Tujuan Pemantaun :


1. Untuk berjumpa dengan Pegawai Teknikal JPNPP Sukan Badminton "Mr. Gooi" dan guru-guru yang terlibat dengan Kejohanan MSSPP. Dengan cara ini dapat mengiratkan lagi perhubungan yang baik antara pihak sekolah dan Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang. Dimaklumkan oleh guru yang hadir, Mr. Gooi hanya akan hadir pada keesokan harinya.
Mendapatkan jadual kejohanan dari JPM En. Razlan. Mendapati sebanyak 47 buah Sekolah Kebangsaan, 78 buah Sekolah Menengah dan di jangkakan seramai 344 murid-murid akan mengambil bahagian di dalam Kejohanan MSSPP pada tahun 2011. Tarikh dan tempat kejohanan seperti berikut :



Tarikh : 19 - 21 April 2011 dan 25 - 28 April 2011
Tempat : Dewan Badminton PBA Bukit Dumbar, Pulau Pinang.


Atlet dari Program Pelapis Negeri mula bertanding pada keesokan harinya.


2. Perjumpaan bersama SU PBA/JSM Mr. Tony Tan dan JPM En. Razlan untuk mendapatkan resit-resit perbelanjaan ke Kejohanan Sirkit Remaja Kebangsaan Zon A [Peringkat Kedua] di Ipoh, Perak dan membincangkan bajet untuk ke Kejohanan Sirkit Remaja Kebangsaan [Peringkat Akhir] di Kuala Lumpur.


Menjelaskan dan memaklumkan kepada SU PBA/JSM Mr. Tony Tan dan JPM En. Razlan untuk mengelakan dari kelewatan menghantar pelarasan dan permohonan bajet kerana PPN [Fatimah Binti Jamil] akan bercuti rehat pada 25hb April 2011. Pada 26 - 28 April 2011 PPN akan menghadiri "Bengkel" di Johor anjuran Majlis Sukan Negara dan akan meneruskan cuti rehat pada 29hb April 2011, hanya akan kembali bertugas pada 3hb Mei 2011.


Perbincangan berjalan dengan lancar dan PPN memperolehi apa yang diperlukan. Sebelum mengakhiri perbincangan PPN mengucapkan ribuan terima kasih kepada SU PBA/JSM Mr. Tony Tan dan JPM En. Razlan atas kerjasama yang diberikan.


Pemantauan seterusnya ke PLN Sukan Skuasy yang bersebelahan dengan PLN Sukan Badminton di Bukit Dumbar, Pulau Pinang. Sekian dilaporkan, terima kasih.


FATIMAH BINTI JAMIL

























Read more...

Tuesday, April 19, 2011

BADMINTON REMAJA KEBANGSAAN ZON A - PP JUARA LAGI

Tarikh : 16 - 17 April 2011

Tempat : Dewan Akademi Badminton Perak Jelapang, Perak

Program : Kej.Badminton Sirkit Remaja Kebangsaan Peringkat Kedua [Zon] A

Jumlah atlet : 55 orang Jurulatih : 4 orang

Kejohanan tersebut diatas telah bermula dari 14hb April 2011 dan berakhir pada 17hb April 2011. Pada Kejohanan Peringkat Pertama di Negeri Kedah, pasukan Negeri Pulau Pinang telah menjadi Juara Keseluruhan dan sekali lagi pasukan Negeri Pulau Pinang telah di umumkan sebagai Juara Keseluruhan Peringkat Kedua di Negeri Perak.

Keputusan yang diperolehi oleh Pasukan Negeri Pulau Pinang adalah :

EMAS - 9 PINGAT

PERAK - 6 PINGAT


EMAS :

1. GOH JIN WEI - GIRLS U12 "SINGLE"

2. NG ENG CHEONG & SIM FONG HAU - BOYS U12 "DOUBLE"

3. GOH JIN WEI & LIM MING HUI - GIRLS U12 "DOUBLE"

4. TAN JIA WEI - BOYS U14 "SINGLE"

5. CHNG JAKIE & TEE YONG JIE - BOYS U14 "DOUBLE"

6. CHUA CHEAH LIN - GIRLS U16 "SINGLE"

7. LEE TENG HAU - BOYS U18 "SINGLE"

8. ENG SUK CHENG - GIRLS U18 "SINGLE"

9. ENG SUK CHENG & CHEW HUAY HAN - GIRLS U18 "DOUBLE"

6 PERAK :

1. SIM GONG HAU - BOYS U12 "SINGLE"

2. LEE SHUN MEI & TENG YEN LIN - "GIRLS U12 "DOUBLE"

3. KELVIN NG - BOYS U14 "SINGLE"

4. KELVIN NG & TAN JIA WEI - BOYS U14 "DOUBLES"

5. HEE YONG KAI & LIM MING CHUEN - BOYS U16 "DOUBLE"

6. CHEW HUAY HAN - GIRLS U18 "SINGLE"

Tidak lupa ucapan tahniah juga kepada Jurulatih-Jurulatih yang telah melatih mereka sehingga berjaya. Kepada keluarga atlet terima kasih atas sokongan dan kerjasama yang diberikan kepada Pasukan Pulau Pinang di sepanjang kejohanan. Sekian dimaklumkan, terima kasih.

FATIMAH BINTI JAMIL










Read more...

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved