Thursday, April 30, 2015

LAPORAN KEJOHANAN DALAMAN SUKAN ANGKAT BERAT

Tarikh : 25 April 2015 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi hingga 6.00 petang
Tempat : Dewan Latihan Angkat Berat MSN Pulau Pinang

Kejohanan Dalaman Sukan Angkat Berat telah diadakan pada 25 April 2015 bertempat di Dewan Latihan Angkat Berat Majlis Sukan Negeri, Pulau Pinang. Pada kali ini 5 Daerah telah mengambil bahagian dengan penglibatan seramai 108 peserta berumur dari 7 tahun hingga 16 tahun. Kejohanan ini berlangsung dengan kerjasama dari Unit MSSD Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang.

Objektif kejohanan ini diadakan adalah untuk mencari bakat-bakat baru terutama peserta dibawah umur 15 tahun. Ia juga dapat menilai prestasi setiap peserta yang bertanding. Jurulatih dibawah program juga telah mengenalpasti beberapa peserta untuk dibuat pemilihan sebelum terpilih masuk di dalam program.

Kejohanan ini telah mendapat sokongan daripada pelbagai semua pihak. Antaranya Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang, Unit Sukan Prestasi Tinggi Pulau Pinang, Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang, ibu bapa, peserta. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan kejohanan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Sekian, terima kasih

Laporan Oleh
Akmal Bin Hashim

Read more...

Monday, April 27, 2015

LAPORAN PEMANTAUAN KEJOHANAN OLAHRAGA TERBUKA KEDAH 2015

Tarikh : 23 hingga 25 April 2015
Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat: Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah


KEHADIRAN
1. En. Mohd Nadri Bin Mahmood - JSM
2. En. Mohamad Suhairi Bin Othman - PPN
3. 11 Orang Atlet


Kejohanan Olahraga Terbuka Kedah 2015 anjuran Persatuan Olahraga Amatur Kedah (POAK) telah berlangsung pada 23 hingga 25 April 2015 di Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah.

Pasukan Pelapis Pulau Pinang menghantar seramai 11 orang atlet terdiri daripada 8 wanita dan 3 orang lelaki.

Berikut adalah keputusan rasmi bagi kejohanan ini membabitkan atlet Pelapis Pulau Pinang:

Lelaki
1. Ahmad Syawal Bin Azahari (02:08.0 s) - 800 Meter (saringan 1)
2. Mohd Thabari B. Marzuki (4.39 meter) - Lompat Jauh (Akhir)
3. Mohd Aiman Bt. Rozali (25.61 s) - 200 meter (Saringan 3)


Wanita
1. Nur Liyana Izzati Bt Khairuddin (9.62 meter) - Lompat Kijang (Akhir)
2. Puteri Farhana bt. Mohd Farid (75.2 s) - 400 Meter (Separuh Akhir)
3. Puteri Amirah Bt Nursuperdi (28.89 s) - 200 meter (Separuh Akhir)
4. Nur Fadhlin Qistina (03:07.3 s) - 800 meter (Separuh Akhir 1)
5. Nur Asyatul Azra (02:51.6 s) - 800 meter (Separuh Akhir 1)
6. Nor Dayana bt Nor Superdi (82.42 s) - 400 meter Berpagar Akhir
7. Nor Sahirah Bt Mahazir (71.21 s) - 400 meter Berpagar Akhir (Pingat Perak)
8. Aini Nabila bt Suzaini (18.92 s) - 100 meter berpagar (Akhir)


Pelapis Pulau Pinang berjaya mengutip satu pingat perak bagi acara 400 meter berpagar wanita melalui Nor Sahirah Mahazir.

Sekian,Terima Kasih

Disediakan Oleh
Mohamad Suhairi Bin Othman

Read more...

LAPORAN PEMANTAUAN LATIHAN SUKAN PELAYARAN

Tarikh : 25 April 2015 (Sabtu)
Masa : 2.00 petang hingga 6.30 petang
Tempat : Pusat Latihan Pelayaran Bagan Ajam, Butterworth

KEHADIRAN
1. Mohamad Shah Bin Ismail - JSM
2. Roy Chin - jurulatih kelab Budimanis
2. Mohd Suhaimi Md Salleh - PPN

ATLET
1. 8 lelaki & 2 wanita

LATIHAN
1. Streching
2. Reaching
3. Beating
4. Close Hold

UJIAN
-Tiada-

PERTANDINGAN
- Sebahagaian atlet akan menyertai Kejohanan Perahu Layar KFC 17th Tunku Laxamana NSC-PD Open Regatta 2015 pada 7 hingga 11 Mei 2015 di Batu 1, Jalan Pantai, Port Dickson, Negeri Sembilan.

KECEDERAAN
-Tiada-

PERALATAN
1. Kekurangan bot untuk latihan dan atlet terpaksa menunggu giliran untuk turun berlatih.
2. Keadaan peralatan yang kurang baik sedikit menjejaskan sesi latihan seperti beberapa layar koyak, center board patah dan lain-lain.

PROGRAM BINAAN
1. Telah berbincang bersama jurulatih dan pihak ISN untuk menjalankan 1 pencarian bakat baru (TID). Perbincangan bersama pihak sekolah juga telah dibuat.

ULASAN RINGKAS
1. Kehadiran atlet memuaskan kerana ada sebahagian atlet yang baru juga turut serta menjalani latihan.
2. Jurulatih memaklumkan bahawa senarai nama untuk ke kejohanan awal bulan Mei akan diputuskan secepat mungkin.
3. Seramai 9 orang (7 optimist & 2 laser) layak ke Majlis Sukan Sekolah-Sekolah  Malaysia (MSSM) pada 6 hingga 12 Jun 2015  di Port Dickson, Negeri Sembilan.
4. Jurulatih juga bercadang untuk mengadakan klinik ikatan tali pada semua atlet memandangkan ada sebahagian atlet yang kurang mahir dalam ikatan pada bot.

Sekian,Terima Kasih

Laporan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

Read more...

Wednesday, April 22, 2015

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN TENIS

Tarikh : 21 April 2015 (Selasa)
Masa : 4.00 petang hingga 7.00 petang
Tempat : Gelanggang Tenis Jabatan Belia & Sukan (JBS) Pulau Pinang

KEHADIRAN
1. Francis Su Kok Eng - JSM
2. 8 Orang atlet Pelapis

LATIHAN
1. On Court Drills
2. Serve training
3. Match play

UJIAN
Tiada

KECEDERAAN
Tiada

PERTANDINGAN
1. Penang Closed Championships 2015 pada 8 hingga 9 Mei 2015 di Chinese Recreation Club Pulau Pinang dan Penang Sport Club.

PERALATAN
1.Jaring pada gelanggang koyak dan sudah dimaklumkan pada pihak pengurusan Kompleks Belia & Sukan Pulau Pinang.

PROGRAM BINAAN
Tiada

ULASAN RINGKAS
1.Latihan berjalan seperti biasa mengikut jadual latihan harian. 
2.Kejohanan Penang Closed 2015 akan dijalankan pada 8 hingga 10 Mei 2015 di Chinese Recreation Club dan Penang Sport Club.
3.Mesyuarat JKK Bil 1/2015 akan dijalankan pada Mei 2015.

Sekian, Terima Kasih.

Disediakan oleh
Fazli Hisam Bin Mohd Zainol Abidin

Read more...

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN TENPIN BOLING

Tarikh : 21 April 2015 (Selasa)
Masa : 5.00 petang hingga 8.00 malam
Tempat : Mega Bowling Centre, Seberang Perai.

KEHADIRAN
1. En. Albert Yeoh Seng Poh - JSM
2. En. Cheik Teik Tatt – JSM
3. Pn. Nooriani Abdul Rahman - JSM
4. En. Randy Wong - JPM MSNegeri
5. Atlet - 30 lelaki & 12 wanita

LATIHAN
1. Warm Up & Streching
2. Sparring Practise 5 & 8
3. Sparring Practise 5 & 9

UJIAN
-Tiada-

PERTANDINGAN
1. Akan menyertai Kejohanan Tenpin Boling Sportexcel NSC-MILO-MTBC Malaysian Junior Circuit 2015 – Pahang Leg pada 23 hingga 27 April 2015 di Kuantan Megalanes, Kuantan, Pahang.

KECEDERAAN
1. Seorang atlet iaitu Nurul nadia mengalami kecederaan ringan di pergelangan tangan dan akan mendapatkan khidmat fisioterapi dari Institut Sukan Negara Cawangan Pulau Pinang.

PERALATAN
1. Hak milik persendirian

PROGRAM BINAAN

-Tiada-

ULASAN

1. Atlet Skuad Sukma akan menyertai 38th Malaysian International Open Bowling Championships 2015 pada 29 Mei hingga 7 Mei 2015 di Sunway Megalanes, Sunway Piramid, Selangor.
2. Latihan berjalan seperti biasa dan mengikut jadual latihan yang disusun oleh jurulatih.
3. Komitmen latihan daripada atlet sangat memuaskan. Sokongan dan dorongan daripada ibubapa juga terjalin bersama.
4. Atlet Skuad Sukma 2016 turut menjalani latihan bersama dengan dipantau oleh JPM MSNegeri Encik Randy Wong.

Sekian,Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

Read more...

Tuesday, April 21, 2015

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE GIMNASIUM MSNPP BAGI SUKAN MEMANAH

Tarikh : 21 April 2015 (Selasa)
Masa : 3.00 petang hingga 5.30 petang
Tempat : Gymnasium Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang (MSNPP)

KEHADIRAN
1. JSM - Kan Kar Inn
2. Kakitangan ISNPP - Encik Azizi Bin Shafie
3. Atlet – 6 orang

LATIHAN
1. Warm up & Strething
2. Strength training
3. Upper & lower body exercises
4. Cooling down 

UJIAN
-Tiada-

PERTANDINGAN
- Baru selesai menyertai Kejohanan Memanah Terbuka UUM Sintok pada 15 hingga 19 April 2015 di UUM Sintok, Kedah.

PERALATAN
1. Gymnasium MSNPP

KECEDERAAN
-Tiada-

PROGRAM BINAAN
-Tiada-

ULASAN
1.Sesi latihan ini dikendalikan oleh kakitangan ISNPP iaitu Encik Azizi Bin Shafie dan dipantau oleh jurulatih sendiri.
2.Jurulatih memaklumkan telah mengadakan perbincangan Ujian Kecergasan bersama Institut Sukan Negara (ISN) Pulau Pinang dalam masa terdekat.
3.Jurulatih juga berbincang berkenaan Pencarian Bakat Baru (TID) bersama pihak ISNPP dan masih di peringkat perbincangan.
4. Masih menunggu maklumbalas daripada pihak Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang berkenaan penggunaan padang latihan memanah.

Sekian,Terima Kasih

Disediakan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

Read more...

Monday, April 20, 2015

LAPORAN UJIAN KECERGASAN SUKAN BERBASIKAL

Tarikh : 18 April 2015 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi hingga 11.30 tengahari
Tempat : Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang

KEHADIRAN
1. En. Zaidy - ISNPP
2. En. Azizi - ISNPP
3. En. Munir - SU Persatuan Berbasikal Pulau Pinang
4. En. Syukri Bin Ishak – Pelajar Praktikal
5. En. Ibtisam Bin Jamil – Pelajar Praktikal
6. Cik. Nurfahana Binti Harun - Pelajar Praktikal
7. Cik. Nor Hidayah Binti Abd Rahim - Pelajar Praktikal
8. En. Meisheelan - JSM USPTNPP
9. En. Akmal Bin Hashim – PPN USPTNPP
10. Atlet – 24 orang

OBJEKTIF
Ujian kecergasan ini diadakan bagi mengetahui kepentingan kecergasan fizikal, menganalisis,menginteprestasi dan menyimpan rekod kecerhgasan fizikal sendiri,melakukan tindakan susulan untuk meningkatkan kecergasan fizikal sendiri melalui perancangan aktiviti kecergasan terancang.

Unit Sukan Prestasi Tinggi Pulau Pinang dengan kerjasama Pusat Satelit Institut Sukan Negara Malaysia Cawangan Pulau Pinang dan Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang telah mengadakan Ujian Kecergasan untuk atlet Berbasikal Program Pelapis Pulau Pinang (USPTN) dan atlet SUKMA bertempat di Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang. Seorang pegawai dari Institut Sukan Negara Pulau Pinang (ISNPP) dengan bantuan pelajar praktikal telah terlibat dengan diketuai oleh En. Zaidy selaku ketua Penguji untuk ujian kali ini.

Atlet yang terlibat telah diuji oleh pihak ISNPP melalui ujian seperti berikut :-

1. Antropometric Measures
- Height 
- Body Weight
- In Body

2. Power
- Standing Broad Jump

3. Speed
- 20 Meter Sprints

4. Agility
- lllinois Agility Test ( Right & Left Turn )

5. Muscular Strength
- Hand Grip test ( Right & Left )

6. Aerobic Capasity
- Yo-yo Endurance 

Ujian berakhir dengan jayanya dan disusuli dengan rumusan ringkas daripada ketua penguji. Keputusan bagi Ujian Kecergasan ini akan diberi oelh pihak ISNPP dalam masa 3 minggu dari tarikh ujian dibuat. Pihak USPTN Pulau Pinang merakamkan jutaan terima kasih kepada Pihak ISNPP, Jurulatih, persatuan yang telah terlibat secara langsung mahupun tidak langsung bagi menjayakan ujian tersebut. 

Sekian, Terima Kasih

Laporan Oleh
Akmal Bin Hashim

Read more...

Sunday, April 19, 2015

LAPORAN HARI TERAKHIR KEJOHANAN MEMANAH TERBUKA UUM 2015

Tarikh : 19 April 2015 (Ahad)
Masa : 7.00 pagi hingga 6.00 petang
Tempat : Lapang Sasar Memanah Pusat Sukan UUM Sintok

Kejohanan Memanah telah memasuki hari terakhir pertandingan dengan hanya tinggal kategori Olimpik Round Recurve dan Compound (lelaki & wanita). Kejohanan dimulakan dengan latihan rasmi selama 30 minit sebelum saingan sebenar untuk semua pemanah bermula tepat jam 9.00 pagi. Jumlah keseluruhan pemanah yang turun bertanding pada hari ini seramai 256 pemanah melibatkan kategori Recurve dan Compound (lelaki & wanita). Bagi atlet Pulau Pinang, seramai 17 pemanah (10 recurve & 7 compound) layak bertanding hari ini.

Berikut disertakan keputusan yang melibatkan pemanah Pulau Pinang :-

RECURVE LELAKI OLIMPIK ROUND
Pusingan 1/32 

Arrifuddin Nur (PK) vs Khairul Aizat (PEN)
- Arrifuddin Nur layak ke pusingan 1/16 selepas menewaskan Khairul Aizat dengan kiraan mata 6-0.

Norhairul Nizam (ELIT) vs Quak Ting Shing (PEN)
- Norhairul Nizam layak ke pusingan 1/16 selepas menewaskan Quak Ting Shing dengan kiraan mata 7-1.

Iskandar (PEN) vs Noor Aiman (PK)
- Iskandar layak ke pusingan 1/16 selepas menewaskan Noor Aiman dengan kiraan mata 6-2.

Dennis Koay Tin Fan (PEN) vs Nazir Omar (PK)
- Nazir Omar layak ke pusingan 1/16 dengan menewaskan Dennis dengan kiraan mata 7-1.

Aiman Amran (PEN) vs Haziq Kamarudin (ELIT)
- Haziq layak ke pusingan 1/16 selepas menewaskan Aiman Amran dengan kiraan mata 6-2.

Peringkat 1/16 

Norhairul Nizam (ELIT) vs Iskandar (PEN)
- Norhairul Nizam layak ke pusingan 1/8 selepas menewaskan iskandar dengan kiraan mata 6-2.

RECURVE WANITA OLIMPIK ROUND
Peringkat 1/32

Audrey Wong Li Ying (PEN) vs Roslinda (ATM GEM)
- Audrey layak ke pusingan 1/16 selepas menewaskan Roslinda dengan kiraan mata 6-2.

Norika Nazeri (MSN MEL) vs Nurin Sofiya (PEN)
- Norika layak ke pusingan 1/16 selepas menewaskan Nurin dengan kiraan mata 6-5. Kemenangan selepas seri pada end yang terakhir dengan shoot off.

Nur Alia Amira (PEL KED) vs Kayalvilly (PEN)
- Kayalvilly layak ke pusingan 1/16 dengan menewaskan Nur Alia dengan kiraan mata 6-0.

Aina Syamimi (ATM) vs Pritiswary (PEN)
- Pritiswary layak ke pusingan 1/16 selepas menewaskan Aina dengan kiraan mata 6-0.

Norhayati Ramli (ATM GEM) vs Priyaswary (PEN)
- Norhayati layak ke pusinga 1/16 selepas menewaskan Priyaswary denga kiraan mata 6-4.

Peringkat 1/16

Audrey Wong Li Ying (PEN) vs Farah Amalina (ELIT)
- Farah Amalina layak ke pusingan 1/8 selepas menewaskan Audrey dengan kiraan mata 6-2.

Kayalvilly (PEN) vs Nurul Ain (MSN MEL)
- Nurul Ain layak ke pusingan 1/8 selepas menewaskan kayalvilly dengan kiraan mata 6-0.

Pritiswary (PEN) vs Nor Aqilah (UNISZA)
- Pritiswary layak ke pusingan 1/8 selepas menewaskan Nor Aqilah dengan kiraan mata 6-5.

Peringkat 1/8

Pritiswary (PEN) vs Siti Nor Sofea (PKS)
- Pritiswary layak ke pusingan 1/4 selepas menewaskan Siti dengan kiraan mata 6-2.

Peringkat 1/4

Pritiswary (PEN) vs Nur Afisa (ELIT)
- Pritiswary tewas pada pemanah Elit dengan kiraan mata 0-6.

COMPOUND LELAKI OLIMPIK ROUND
Peringkat 1/32

Mohd Syazwan (PEN) vs Mohd Hilmi (MSNT)
- Mohd Syazwan tewas pada pemanah Mohd Hilmi dengan kiraan mata 128-140.

Khambeswaran (PEN) vs Norshuhaidi (ATM PEL)
- Khambeswaran tewas pada pemanah Norshuhaidi dengab kiraan mata 134-136.

Syafi Masri (PEN) vs Azrul (PARA)
- Syafi Masri tewas pada pemanah Azrul  dengan kiraan mata 123-125.

Norhisham Ismail (WPKL) vs Logathasan (PEN)
- Logathasan tewas pada pemanah Norhisham denga  kiraan mata 126-136.

COMPOUND WANITA OLIMPIK ROUND
Peringkat 1/32

Hurrunain (PEN) vs Noor Saadah (PARA)
- Hurruain layak ke pusingan 1/16 selepas menewaskan Noor Saadah dengan kiraan mata 123-122.

Syarfa Zulaikha (PEN) vs Umi Syeda Nadia (SBH)
- Umi Syeda layak ke pusingan 1/16 selepas menewaskan Syarfa dengan kiraan mata 131-126.

Nur Syakirah (PRK) vs Teoh Wen Zhing (PEN)
- Nur Syakirah layak ke pusingan 1/16 selepas menewaskan Teoh Wen Zhing dengan kiraan mata 140-112.

Peringkat 1/16

Hurrunain (PEN) vs Norizatul Hanim (MSNT)
- Norizatul Hanim layak ke pusingan 1/8 selepas menewaskan Hurruain dengan kiraan mata 130-128.

Kejohanan tamat dengan jayanya pada jam 6.00 petang dan seterusnya majlis penyampaian hadiah kepada semua para pemenang mengikut kategori yang dipertandingkan. Majlis Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Encik Shafie Rejab Pengarah Pusat Sukan UUM sintok.

Secara keseluruhannya, Pasukan Pulau Pinang telah menunjukkan prestasi yang  memuaskan walaupun tewas pada lawan yang lebih berpengalaman. Pengalaman yang atlet terima akan digunapakai pada kejohanan yang akan datang.

Sekian, Terima Kasih

Laporan dari UUM Sintok

Read more...

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved