Thursday, April 28, 2016

LAPORAN HARI KETIGA KEM BAKAT SUKAN GIMNASTIK ARTISTIK SIRI 1/2016

 Tarikh : 27 April 2016 (Rabu)
Tempat : Gimnasium Kompleks SUKPA, Kuantan
Masa : 7.30 pagi hingga 10.00 malam

Seperti biasa, hari ketiga kem diteruskan dengan semua atlet berkumpul di lobi hotel untuk bergerak ke gimnasium dengan menaiki bas yang disediakan. Sebelum bergerak, atlet diminta berkumpul untuk perhimpunan pagi dan menyanyikan lagu negaraku pada jam 8.15 pagi. 

Sesi latihan pagi ini mengambil masa dua jam setengah dan setiap jurulatih memberi penekanan terhadap "basic elements" yang telah dipelajari oleh atlet di setiap negeri dalam memperbaiki elemen di setiap apparatus. Antara apparatus yang diberi penekanan pada sebelah pagi ialah kekuda berpelana, senam lantai, dan batang titian. Selepas latihan atlet telah diberikan pelepasan untuk makan tengah hari dan solat.

Sesi sebelah petang yang bermula pada 3.30 petang hingga 5.30 petang diteruskan lagi dengan sesi latihan dengan apparatus seterusnya seperti melombol, palang sejajar, palang bertingkat, dan basic element yang masih perlu diperbaiki.

Setelah selesai sesi latihan sebelah petang, atlet diminta berkumpul untuk diberi taklimat oleh Encik Giam Fook Pang antara perkara yang ditekankan kepada atlet dan jurulatih ialah memohon atlet minum air secukupnya disebabkan cuaca panas dan boleh menyebabkan atlet demam, mengutamakan keselamatan dalam bas serta hotel dan sebagainya. Atlet diberi pelepasan selepas taklimat dan terus pulang ke hotel serta active rest.

Sekian, Terima Kasih

Laporan disediakan oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

Read more...

Wednesday, April 27, 2016

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN MENEMBAK

Tarikh: 25 April 2016 (Isnin)
Tempat: Gymnasium MSNPP
Masa: 3.30 petang hingga 5.00 petang

KEHADIRAN
1. En. Ahmad Zaidi Bin Muhamad Rosdi – ISNPP
2. En. Mohd Azizi Bin Shafie – ISNPP
3. Mohamad Suhairi Bin Othman - PPN
4. 7 orang atlet

LATIHAN
1. Warm up & stretching
2. Strength training
3. Cooling down

UJIAN KECERGASAN
Tiada

PERTANDINGAN
Tiada

ULASAN RINGKAS
1. Atlet-atlet menembak menjalani latihan di gymnasium MSNPP pada setiap hari isnin.
2. Sesi latihan fizikal ini dikendalikan oleh pegawai ISNPP iaitu En. Ahmad Zaidi Bin Muhamad Rosdi dan En. Mohd Azizi Bin Shafie.
3. Atlet-atlet masih tidak dapat menyertai mana-mana kejohanan sehingga proses permohonan permit membawa senjata diluluskan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Sekian, terima kasih.

Laporan disediakan oleh
Mohamad Suhairi Bin Othman

Read more...

LAPORAN HARI KEDUA KEM BAKAT SUKAN GIMNASTIK ARTISTIK SIRI 1/2016

Tarikh : 26 April 2016 (Selasa)
Tempat : Gimnasium Kompleks SUKPA, Kuantan
Masa : 7.30 pagi hingga 10.30 malam

Hari kedua Kem Bakat Gimnastik Artistik diteruskan dengan semua atlet berkumpul di lobi pada jam 8.30 pagi untuk bergerak ke Gimnasium Kompleks SUKPA bagi sesi ujian kecergasan. Ujian Kecergasan ini dikelola sepenuhnya oleh pihak ISN Pahang. Antara ujian yang dijalankan adalah antropometrik (berat badan, tinggi, tinggi duduk & panjang depa), kuasa (lompat menegak), kepantasan (20m lari pecut), flexibility (depth of slope & side split), kekuatan (maksimum tekan tubi & bangkit tubi 1 minit) dan keseimbangan (balance stork test).

Setelah selesai Ujian Kecergasan pada jam 11.30 pagi, atlet berkumpul dan bergerak semula ke hotel untuk makan tengahari dan active rest sebelum bersambung pada sebelah malam.

Sesi malam diteruskan dengan aktiviti "Ice Breaking". Pada sesi ini dikendalikan oleh Encik Hairie dari ISN Pahang, pelbagai aktiviti yang dijalankan bagi mengeratkan silaturahim dan semangat sepasukan untuk setiap atlet gimnastik artistik. Kreativiti dan penglibatan atlet dalam setiap aktiviti amat memberangsangkan dan terdapat beberapa orang atlet yang mendapat hadiah daripada penceramah diatas penglibatan yang aktif. Sesi ice breaking tamat pada jam 10.30 malam.

Sekian, Terima Kasih

Laporan disediakan oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

Read more...

LAPORAN HARI PERTAMA KEM BAKAT SUKAN GIMNASTIK ARTISTIK SIRI 1/2016

 Tarikh : 25 April 2016 (Isnin)
Tempat : Hotel City Times, Kuantan
Masa : 4.00 petang hingga 10.30 malam

KEHADIRAN
1. En. Giam Fook Pang - Pegawai USPTN
2. En. Sha'if Bin Baharuddin - Pengurus Sukan Gimnastik Artistik
3. En. Mohd Saffuan Bin Abd Razak - PPN Sarawak
4. Cik Nursyafiqah Binti Salamat - PPN Pulau Pinang
5. Puan Norsuhaini Binti Ibrahim - PPN Pahang
6. En. Ng Shu Liang  - Jurulatih (Program Senior)
7. En. Lachezar - Jurulatih (Pelapis Serantau)
8. Puan Dai Yu Ying - Jurulatih (Program Senior)
9. Puan Liu Jia -  Jurulatih (Program Senior)
10. Muhammad Syazrul Azim Subri - JSM Kedah
11. Jasrizal Saad - JSM Perak
12. Muhd Khairudin Selamat - JPM Johor
13. Zulkarnain Majid - JPM Pahang
14. Che Ku Khairul Anuar Che Ku Jusoh - JSM Terengganu
15. Zailani Daud - JPM Kelantan
16. Maria Grinkina - JLN Pahang
17. Daria Grinkina - JLN Pahang
18. Zamri Din - JSM Sabah
19. Wan Mohamad Akmal Hakim - JSM Selangor

Hari ini bermula kem bakat sukan Gimnastik Artistik Siri 1/2016 yang berlangsung bermula dari 25 hingga 30 April 2016 di Gimnasium Kompleks SUKPA, Pahang. Kem kali ini mengumpulkan atlet-atlet pelapis negeri seluruh Malaysia yang terpilih berumur 15 tahun ke bawah sebagai pengenalan dan pendedahan awal berlatih di bawah bimbingan jurulatih pelapis kebangsaan dan lain- lain jurulatih yang berpengalaman. 

Pelapis Negeri Pulau Pinang menghantar seramai 4 orang gimnas terdiri daripada 2 orang lelaki dan 2 orang wanita iaitu Soon Khye Ze, Wilson Yeoh Wei Sin, Esther Teh Yi Ying dan Julia Loke Chen Ni. Secara keseluruhan jumlah peserta kem ini seramai 38 orang atlet melibatkan 21 lelaki dan 17 wanita. 

Pada hari pertama kem bermula dengan sesi pendaftaran bermula dari jam 8.00 pagi hingga 4.00 petang. Seterusnya pada jam 4.30 petang para peserta diberi taklimat kem oleh En. Giam Fook Pang dan beliau melakukan beberapa perbincangan berkenaan aktiviti yang akan dijalankan sepanjang kem bersama jurulatih serta ppn. Sebelah petang atlet diberi pelepasan untuk berehat sebelum dilepaskan untuk makan malam. Sesi sebelah malam diteruskan dengan sesi motivasi yang dikendalilan oleh Pegawai ISN iaitu Cik Afzan Mahadi. Pelbagai aktiviti dijalankan serta objektif yang disampaikan kepada atlet antaranya target yang perlu ada pada seorang gimnas, mental fitness, aktiviti komunikasi dalam kumpulan dan banyak lagi. Sesi motivasi tamat pada pukul 10.30 malam.

Sekian, terima kasih. 

Laporan disediakan oleh 
Nursyafiqah Binti Salamat

Read more...

Tuesday, April 26, 2016

LAPORAN HARI TERAKHIR KEJOHANAN SPORTEXCEL MILO-NSC-MILO TENPIN BOWLING JUNIOR CIRCUIT 2016 - PAHANG LEG

 Tarikh : 24 April 2016 (Ahad)
Masa : 9.30 pagi hingga 8.00 malam
Tempat : Kuantan Megalanes, Kuantan, Pahang

Hari terakhir kejohanan diteruskan lagi dengan semua kategori yang melibatkan 3 skuad iaitu Boys Open & Girls Graded (9.30 pagi), Girls Open & Boys Graded (12.30 tengahari) dan Boys & Girls U12 (3.00 petang). Pada hari ini juga merupakan kelayakan pusingan kedua sebelum 3 pemain teratas bagi kategori Boys & Girls Open dan Boys & Girls Graded layak ke acara Step Ladder pada sebelah petang.

Bagi kategori Boys & Girls Open dan Boys & Girls Graded pemain perlu bermain sebanyak 6 games untuk menentukan pemain yang layak ke step ladder. Manakala bagi kategori Boys & Girls U12 hanya bermain 4 games setiap seorang. Acara Step Ladder (Boys & Girls Open dan Boys & Girls Graded) akan memulakan balingan pada jam 5.00 petang.

Berikut disertakan keputusan rasmi pada hari terakhir kejohanan yang melibatkan atlet Pelapis Pulau Pinang :-

BOYS OPEN (ROUND 2)
1. Muhammad Akif Afif Bin Azman - 2802 jatuhan pin (13/avg 200.14)
2. Muhammad Shafiy Zaim Bin Mohd Noor Azam - 2749 jatuhan pin (22/avg 196.36)

GIRLS GRADED (ROUND 2)
1. Anis Hadirah Binti Anuar - 2426 jatuhan pin (14/avg 173.29)
2. Nur Alya Safiyya Binti Shamsul Rijal - 2418 jatuhan pin (15/avg 172.71)
3. Melissa Khong Xia Yi - 2272 jatuhan pin (24/avg 162.29)

GIRLS OPEN (ROUND 2)
1. Anis Shazlin Zulkhisham - 2944 jatuhan pin (2/avg 210.29)

BOYS GRADED (ROUND 2)
1. Muhammad Hariz Adlan Bin Azman - 2932 jatuhan pin (1/avg 209.43)
2. Muhammad Al-Faiz Bin Zainal Abidin - 2839 jatuhan pin (4/avg 202.79)
3. Megat Zaqrul Haiqal Bin Megat Zairudin - 2815 jatuhan pin (5/avg.  201.07)
4. Muhammad Syauqi Iman Bin Shamsul Rijal - 2755 jatuhan pin (11/avg 196.79)

GIRLS U12 (ROUND 2)
1. Ong Eillen - 1657 jatuhan pin (3/avg 165.70)
2. Auni Mardhiah Binti Anuar - 1616 jatuhan pin (5/avg 161.60)
3. Sofea Najwa Binti Abu Bakar - 1532 jatuhan pin (13/avg 153.20)

Disertakan keputusan pemenang bagi Step Ladder untuk kategori Boys Open, Girls Open, Boys Graded dan Girls Graded :-

BOYS OPEN (STEP LADDER)
1. Emas - Muhammad Alif Syafiq Bin Halim (TRG)
2. Perak - Mohammad Hafiz Zainuddin (KUL)
3. Gangsa - Alif Muqri Bin Hazmi (KEL)

GIRLS OPEN (STEP LADDER)
1. Emas - Alia Nadira Binti Azmi (PAH)
2. Perak - Puteri Nurshahira Binti Ahmad (MEL)
3. Gangsa - Anis Shazlin Zulkhisham (PEN)

BOYS GRADED (STEP LADDER)
1. Emas - Muhammad Hariz Adlan Bin Azman (PEN)
2. Perak - Lee Wan Chai (KED)
3. Gangsa - Muhammad Faiz Fakrullah Bin Bakri (PAH)

GIRLS GRADED (STEP LADDER)
1. Emas - Nur Atikah Binti Abdul Rahim (TRG)
2. Perak - Durriyah Binti Ibrahim (PTJ)
3. Gangsa - Noratiqah Syauqinah Hasmidii (PRK)

BOYS U12 (FINAL)
1. Emas - Ilman Nazim Bin Roslim (SEL) - 1947 jatuhan pin (avg 194.70)
2. Perak - Shaqeem Izwan Teh (PTJ) - 1882 jatuhan pin (avg 188.20)
3. Gangsa - Mohd Danial Abu Samah (PAH) - 1818 jatuhan pin (avg 181.80)
4. Keempat - Mohamad Zaref Syahmi Bin Zamri (PAH) - 1815 jatuhan pin (avg 181.50)
5. Kelima - Megat Muaz Bin Megat Muhd Munir (PTJ) - 1814 jatuhan pin (avg 181.40)
6. Keenam - Muhammad Hannan Bin Nor Sham (KUL) - 1723 jatuhan pin (avg 172.30)

GIRLS U12 (FINAL)
1. Emas - Nurhani Yasmin Binti Mihd Saad (PER) - 1808 jatuhan pin (avg 180.80)
2. Perak - Nur Aisya Nadhirah Binti Azudin (PAH) - 1716 jatuhan pin (avg 171.60)
3. Gangsa - Ong Eileen (PEN) - 1657 jatuhan pin (avg 165.70)
4. Keempat - Putry Asfa Shauqiena (SEL) - 1643 jatuhan pin (avg 164.30)
5. Kelima - Auni Mardhiah Binti Anuar (PEN) - 1616 jatuhan pin (avg 161.60)
6. Keenam - Nor Aireen Sophielia Shahrulnizam (PAH) - 1611 jatuhan pin (avg 161.10)

Pertandingan melabuhkan tirai pada jam 8.00 malam dan diteruskan dengan majlis penyampaian hadiah yang disempurnakan oleh Encik Rusli Bin Mustaffa Presiden Persatuan Tenpin Bowling Negeri Pahang kepada semua pemenang mengikut kategori masing-masing.

Jawatankuasa pengelola merakamkan setinggi-tinggi perhargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan kejohanan sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Skuad Pelapis Pulau Pinang membawa pulang 1 Emas & 2 Gangsa. Semoga kerjasama yang erat ini dapat diteruskan pada masa akan datang. Jumpa lagi di Kejohanan Sportexcel NSC-MILO-MTBC Tenpin Bowling National Junior Circuit 2016 - Johor Leg pada 27 hingga 29 Mei 2016 di Ampang Superbowl, Kluang, Johor.

Sekian, Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

Read more...

Sunday, April 24, 2016

LAPORAN HARI KETIGA KEJOHANAN SPORTEXCEL MILO-NSC-MILO TENPIN BOWLING JUNIOR CIRCUIT 2016 - PAHANG LEG

Tarikh : 23 April 2016 (Sabtu)
Masa : 9.30 pagi hingga 10.30 malam
Tempat : Kuantan Megalanes, Kuantan, Pahang

Hari ketiga kejohanan diteruskan lagi dengan kategori Boys Open (9.30 pagi), Girls U12 (1.30 petang) & Boys U12 (5.30 petang. Sebanyak 8 games perlu dihabiskan owlh seyiap pemain untuk mencari tempat layak ke pusingan kedua. Untuk hati ketiga, Skuad Pelapis Pulau Pinang menurunkan pemain seramai 6 orang mengikut kategori masing-masing.

Berikut disertakan keputusan penuh hari ketiga yang melibatkan atlet Pelapis Pulau Pinang :-

BOYS OPEN (ROUND 1)
1. Muhammaf Akif Afif Bin Azman - 1635 jatuhan pin (12/avg 204.38)
2. Muhammad Shafiy Zaim Bin Mohd Noor Azam - 1594 jatuhan pin (18/avg 199.25)

GIRLS U12 (ROUND 1)
1. Auni Mardhiah Binti Anuar - 987 jatuhan pin (3/avg 164.50)
2. Ong Eileen - 976 jatuhan pin (4/avg 162.67)
3. Sofea Najwa Binti Abu Bakar - 974 jatuhan pin (5/avg 162.33)

BOYS U12 (ROUND 1)
1. Phea Jian Feng - 843 jatuhan pin (30/avg 140.50)

Dilampirkan senarai skuad Pelapis Pulau Pinang yang layak ke pusingan kedua pada hari terakhir kejohanan (24 April 2016)

GIRLS GRADED
1. Nur Alya Safiyya Binti Shamsul Rijal

2. Anis Hadirah Binti Anuar
3. Melissa Khong Xia Yi

BOYS GRADED
1. Muhammad Al-Faiz Zainal Abidin
2. Muhammad Hariz Adlan Bin Azman
3. Megat Zaqrul Haiqal Bin Megat Zairudin
4. Muhammad Syauqi Iman Bin Shamsul Rijal

GIRLS OPEN
1. Anis Shazlin Binti Zulkhisham

BOYS OPEN
1. Muhammad Akif Afif Bin Azman
2. Muhammad Shafiy Zaim Bin Mohd Noor Azam

GIRLS U12
1. Ong Eillen
2. Auni Mardhiah Binti Anuar
3. Sofea Najwa Binti Abu Bakar

Pada hari terakhir, pusingan kedua akan diteruskan dengan kategori Boys Open & Girls Graded akan membuat balingan rasmi pada jam 9.30 pagi, Boys Graded & Girls Open pada jam12.30 tengahari dan Boys & Girls U12 tepat jam 3.00 petang.

Pertandingan hari ketiga tamat pada jam 10.30 malam.

Sekian, Terima Kasih.

Laporan Disediakan Oleh 
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

Read more...

LAPORAN HARI KEDUA KEJOHANAN SPORTEXCEL MILO-NSC-MILO TENPIN BOWLING JUNIOR CIRCUIT 2016 - PAHANG LEG

Tarikh : 22 April 2016 (Jumaat)
Masa : 10.00 pagi hingga 11.30 malam
Tempat : Kuantan Megalanes, Kuantan, Pahang

Hari kedua kejohanan diteruskan dengan 3 kategori iaitu Girls Graded (10.00 pagi), Girls Open (2.30 petang) dan Boys Graded (6.30 petang). Hari ini juga, skuad Pelapis Pulau Pinang menurunkan atlet seramai 7 orang mengikut kategori masing-masing. Pada kejohanan kali ini atlet perlu menghabiskan permainan sebanyak 8 games untuk mencari tempat layak ke pusingan kedua pada hari terakhir kejohanan (24 April 2016).

Berikut dilampirkan keputusan penuh bagi Skuad Pulau Pinang yang bertanding hari ini :- 

GIRLS OPEN (ROUND 1) 
1. Anis Shazlin Zulkhisham - 1691 jatuhan pin (1/avg 211.38)
2. Nurul Eliana Mohamed Yaakob - 1313 jatuhan pin (26/avg 164.13)
- Anis Shazlin layak ke pusingan kedua pada hari terakhir kejohanan.

GIRLS GRADED (ROUND 1) 
1. Nur Alya Safiyya Binti Shamsul Rijal - 1447 jatuhan pin (6/avg 180.88)
 2. Anis Hadirah Binti Anuar - 1419 jatuhan pin (10/avg 177.38)
3. Melissa Khong Xia Yi - 1397 jatuhan pin (15/avg 174.63)
4. Zaitun Faiqah Binti Abu Bakar - 1339 jatuhan pin (28/avg 167.38)
5. Kelly Lau Suet Kei - 1232 jatuhan pin (56/avg 154.00)
- Nur Alya Safiyya, Anis Hadirah & Melissa Khong layak ke pusingan kedua pada hari terakhir kejohanan.

Pertandingan tamat pada jam 11.30 malam dan akan bersambung pada keesokan hari (23 april 2016) dengan acara Boys Open (9.30 pagi), Girls U12 (1.30 petang) & Boys U12 (5.30 petang).

Sekian, Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

Read more...

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved