Friday, November 28, 2014

LAPORAN HARI PERTAMA KEJOHANAN SIRKIT REMAJA KEBANGSAAN GIMRAMA SIRI 2/2014

Tarikh : 25 November 2014 (Selasa)
Tempat : Dewan Gimnastik Kompleks SUKPA, Kuantan Pahang


Majlis Sukan Negara Malaysia dengan kerjasama Persekutuan Gimnastik Malaysia telah menganjurkan Kejohanan Sirkit Remaja Kebangsaan Gimrama Siri 2/2014 pada  25 hingga 29 November 2014 (Selasa hingga Sabtu) bertempat di Dewan Gimnastik Kompleks SUKPA, Kuantan Pahang.

Mesyuarat pengurus pasukan bagi sukan Gimrama dijalankan pada 25 November 2014 bermula jam 3.00 petang dan pertandingan bermula jam 6.00 Petang bagi U10 (Free Hand), Grade 5 (Club), Pre Junior (Ball) dan Grade 4 (Club dan Ribbon).

Sebanyak 11 negeri telah mengambil bahagian dalam kejohanan kali ini iaitu Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Perlis, Kelantan, Selangor, Johor, Melaka, Perlis, Pahang, Perak dan Negeri Sembilan.

Kejohanan pada kali ini pasukan dari Pulau Pinang telah mengambil bahagian bagi kategori LG, Gred 1, dan Gred 2.

Sekian, terima kasih.

Laporan disediakan oleh
Azira Binti Azizan

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved