Wednesday, February 28, 2018

LAPORAN PEMANTAUAN PPN BAGI SUKAN AKUATIK RENANG

Tarikh : 26 Februari 2018 (Isnin)
Masa : 8.00 pg – 10.00 pg
Tempat : Chinese Swimming Club (CSC) Tanjung Bungah

KEHADIRAN
1. Lim Jun Ting - JSM
2. Mohd Suhaimi Bin Md Salleh - PPN

ATLET
1. 2 orang

LATIHAN
1. Warm Up
2. Breast Stroke drill & Kick
3. Backstroke drill

UJIAN
-Tiada-

PERTANDINGAN
​1. Seramai 6 orang atlet akan menyertai Kejohanan Karnival Bakat Pelapis Negeri 2018 pada 7 hingga 10 Mac 2018 di Pusat Akuatik Paroi Negeri Sembilan.


KECEDERAAN
-Tiada-

PERALATAN
-Tiada-

PROGRAM BINAAN
-Tiada-

ULASAN RINGKAS
1. Latihan dijalankan seperti biasa iaitu Isnin hingga Ahad kecuali Jumaat (Sebelah pagi) jam 7.30 pagi hingga 9.30 pagi manakala sebelah petang hari Isnin hingga Khamis pada jam 4.30 petang hingga 7.00 petang
2. Kehadiran atlet tidak memuaskan memandangkan atlet selebihnya bersekolah pagi akan menjalani latihan pada sebelah petang.
3. Jurulatih memaklumkan bahawa jumlah atlet bagi tahun 2018 adalah seramai 23 orang.
4. Seramai 6 orang atlet akan menyertai Kejohanan Karnival Bakat Pelapis Negeri 2018 pada 7 hingga 10 Mac 2018 di Pusat Akuatik Paroi Negeri Sembilan.
5. Lantikan jurulatih untuk USPTNPP akan berkuatkuasa bermula Mac hingga Disember 2018.

Sekian, Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

Read more...

Monday, February 26, 2018

LAPORAN PEMANTAUAN PROGRAM MENGENALPASTI BAKAT (TID) SUKAN GIMNASTIK ARTISTIK SIRI 1/2018

Tarikh: 26 Februari 2018 (Isnin)
Tempat:  
1) SRJKC CHUNG HWA CONFUCIAN A
2) SRJKC CHUNG HWA CONFUCIAN B
3) SRJKC MIN SIN
Masa: 8.00 pagi hingga 11.00 pagi

KEHADIRAN
1) Encik Foong Kok Seng - JPM MSNPP
2) Encik Tan Teik Jin - JSM USPTNPP
3) Puan Nursyafiqah Bt Salamat - PPN

Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri (USPTN) dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang (MSNPP) telah menjalankan Program Mengenalpasti Bakat (TID) bagi sukan Gimnastik Artistik. Bagi fasa pertama ini melibatkan 3 buah sekolah rendah sesi pagi iaitu SJK (C) Min Sin,  SJK (C) Chung Hwa A dan SJK (C) Chung Hwa B. Program TID sesi pertama ini hanya melibatkan pelajar lelaki (MAG) kerana jurulatih WAG masih belum bersedia mencari atlet baru. Program TID ini menfokuskan kepada murid-murid tahun 1 di kesemua sekolah yang terlibat, penyertaan yang diterima ialah seramai 164 orang murid lelaki.

Tapisan pertama pemilihan telah dijalankan oleh Encik Foong Kok Seng dan Encik Tan Teik Jin dengan menilai beberapa aspek fizikal murid secara spesifik bagi sukan gimnastik artistik. Seramai 19 orang murid daripada tiga buah sekolah telah terpilih untuk menjalani ujian peringkat seterusnya pada 2 Mac 2018 dimana mereka perlu menjalani latihan di Gimnasium MSNPP selama sebulan sebelum pemilihan seterusnya dijalankan. Program TID ini diharap dapat dijadikan platform bagi jurulatih untuk mendapatkan bakat-bakat barusukan Gimnastik Artistik bagi negeri Pulau Pinang.

Sekian, terima kasih.

Laporan disediakan oleh,
Nursyafiqah Binti Salamat

Read more...

LAPORAN PEMANTAUAN STATE EVALUATION SUKAN TENPIN BOWLING

Tarikh : 25 Februari 2018 (Ahad)
Masa : 10.00 pagi hingga 1.00 tengah hari
Tempat : Mega Mall Bowling Centre, Seberang Prai 

KEHADIRAN
1. Albert Yeoh Seng Poh - JSM
2. Nooriani Abdul Rahman - JSM
3. Nursyafiqah Bt Salamat - PPN

ULASAN
State Evaluation Sukan Tenpin Bowling ini diadakan pada 25 Februari 2018 (Ahad) di  Mega Mall Bowling Centre, Seberang Prai. Program ini bermula pada jam 10.00 pagi dan berakhir pada 1.00 tengah hari. Seramai 12 orang atlet pelapis dan 37 orang atlet yang menyertai state evaluation. Setiap atlet yang menyertai state evaluation perlu membayar yuran penyertaan sebanyak RM 50.00. Jurulatih USPTNPP memantau atlet yang berpotensi dari pelbagai aspek untuk dimasukkan ke dalam program USPTNPP. Setelah pemantauan dijalankan semasa atlet menjalankan sesi tersebut jurulatih USPTNPP telah memilih 20 terbaik untuk berada dalam program pelapis negeri Pulau Pinang.

Seterusnya, pihak jurulatih telah mengadakan taklimat bersama ibu bapa dan PPN bagi menerangkan dengan lebih lanjut hala tuju program serta objektif yang ingin dicapai. Antaranya dari segi latihan yang dijalankan, kejohanan, pemilihan atlet untuk ke kejohanan, pembelian bola dan kasut persendirian dan sebagainya.

Pihak jurulatih juga mengucapkan tahniah kepada yang berjaya bagi yang tidak berjaya boleh cuba pada masa akan datang.

Sekian, Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

Read more...

LAPORAN KEJOHANAN PIALA REMAJA MILO RANKING MASTER - 1st LEG 2018

Tarikh : 24 Februari 2018 (Sabtu)
Masa : 10.00 pagi hingga 4.00 petang
Tempat : Mega Mall Bowling Centre, Seberang Prai 

Kejohanan Piala Remaja MILO Ranking Master - 1st Leg 2018 membuka tirai pada tahun ini. Kejohanan ini adalah kejohanan peringkat Remaja Negeri bagi Zon Utara yang melibatkan 4 buah negeri iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak. Kejohanan ini adalah kejohanan dwi tahunan yang dianjurkan oleh Persatuan Tenpin Bowling Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Unit Sukan Prestasi Tinggi Pulau Pinang (USPTN) dan Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang (MSNPP). Sebanyak 5 sirkit akan dijalankan sebelum memilih peserta yang layak untuk ke Grand Final mengikut jumlah jatuhan pin.

Kejohanan kali ini mempertandingkan 5 kategori iaitu Bawah 12 Tahun, Bawah 16 Tahun Lelaki dan Wanita, Boys Open dan Girls Open. Jumlah penyertaan untuk kesemua kategori adalah 84 orang.

1) Bawah U12 Mixed - 26 orang
2) Bawah U16 Lelaki - 24 orang
3) Bawah U16 Wanita - 12 orang
4) Boys Open - 15 orang
5) Girls Open - 7 orang

JUMLAH - 84 orang

Berikut disertakan keputusan 3 teratas mengikut kategori yang dipertandingkan:-

Bawah 12 Tahun
1. Emas – Syed Amsyar Ghazie (PNG) - total 1083/ave 177.5
2. Perak - Muhammad Hafiz Darwisy (PNG) - total 1031/ave 171.8
3. Gangsa – Nik Rifdhi Baihaqy Bin Nik Noorfadhly (KED) - total 1031/ave 171.8

Bawah 16 Tahun Lelaki

1. Emas - Brandon Lau Tze How (PNG) - total 1754/ave 216.3
2. Perak – Megat Zaqrul Haikal (PNG) - total 1731/ave 213.4
3. Gangsa – Muhd Fareez Aiman (KED) - total 1607/ave 200.9

Bawah 16 Tahun Wanita
1. Emas - Ong Eileen (PNG) - total 1536/ave 184.0
2. Perak – Anis Hadirah Bt Anuar (PNG) - total 1490/ave 186.3
3. Gangsa – Auni Mardhiah Bt Anuar (PNG) - total 1486/ave 182.8

Girls Open
1. Emas - Alyaa Addini Bt Zulamri (PRK) - total 1622/ave 199.8
2. Perak – Melissa Khong Xia Yi (PNG) - total 1558/ave 191.8
3. Gangsa – Nurul Nadia Bt Mohamad Yaacob (PNG) - total 1419/ave 177.4

Boys Open
1. Emas - Mohamad Al Faiz (PNG) - total 1660/ave 204.5
2. Perak – Muhammad Haziq Bin Mohd Ridzuan (KED) - total 1651/ave 203.4
3. Gangsa – Muhammad Syazirol Bin Shamsudin (KED) - total 1630/ave 200.8

Sekian, Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

Read more...

LAPORAN PEMANTAUAN PPN BAGI SUKAN BADMINTON

Tarikh : 23 Februari 2018 (Jumaat)
Masa : 3.30 petang hingga 6.30 petang
Tempat : Dewan Badminton Bukit Dumbar

KEHADIRAN
1. En Razlan Rajan- JPM (Lantikan BAM)
2. En. Cheow Keng - JPM (Lantikan BAM)
3. Mohamad Suhairi Bin Othman - PPN

ATLET
1. 29 Orang

LATIHAN
1. Servis
2. Shadow
3. Game Play

UJIAN
1. Tiada

PERTANDINGAN
1. Kejohanan Badminton Remaja Kebangsaan 1 Zon A pada 7 hingga 11 Mac 2018 di Kuantan, Pahang.

KECEDERAAN
1. Tiada

PROGRAM BINAAN
1. Tiada.


ULASAN RINGKAS
1. Latihan berjalan lancar dibawah kendalian JPM Razlan dan JPM Cheow Keng serta seorang jurulatih sambilan lantikan persatuan negeri.
2. PPN memaklumkan status permohonan menggunakan bas MSN P. Pinang ke Kejohanan Badminton Remaja Kebangsaan 1 Zon A di Kuantan, Pahang.
3. PPN menyerahkan surat permohonan pelepasan pelajar sekolah kepada jurulatih bagi kejohanan yang yang akan disertai pada bulan Mac akan datang.

Sekian, Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh
Mohamad Suhairi Bin Othman

Read more...

Friday, February 23, 2018

LAPORAN PEMANTAUAN UJIAN KECERGASAN SUKAN PELAYARAN

Tarikh : 23 Februari 2018 (Jumaat)
Masa : 3.00 ptg – 5.00 ptg
Tempat : Dewan Kompleks Belia & Sukan Negeri Pulau Pinang

KEHADIRAN
1. Pn. Mariani Binti Sanawi - ISNPP
2. En. Mohd Azizi Bin Shafie – MSNPP
3. En. Mohd Fadil Bin Mohamad – MSNPP
4. En. Mohamad Shazwan Bin Abd Ghani - MSNPP
5. Cik Siti Sharina Ahmad - MSNPP
6. En. Ismail Bin Abd Ghani – Jurulatih Perahu Layar
7. En. Mohd Suhaimi Bin Md Salleh - PPN

PENYERTAAN
1. 10 orang

OBJEKTIF
Ujian kecergasan ini adalah menilai prestasi kepada fungsi dan keupayaan individu untuk bertanding dalam aktiviti sukan dengan bertenaga, berdaya kuasa, kekuatan, berdaya tahan, berkemahiran dan sebagainya. Ia juga dapat menganalis, mengintepretasi dan menyimpan rekod kecergasan fizikal. Seramai seorang pegawai dari Institut Sukan Negeri Pulau Pinang (ISNPP) dan 4 orang urusetia MSNPP telah terlibat yang diketuai oleh Puan Mariani Sanawi selaku ketua penguji untuk sesi ujian ini.

UJIAN
1. Antropometric Measures
- Height
- Body Weight

2. Power
- Standing Broad Jump
- Vertical Jump

3. Flexibility
- Sit And Reach

4. Muscular Strength
- Hand Grip Test

5. Speed 
- 10 & 20 Meter Sprint

6. Aerobic Capacity
- Yo-yo Endurance

ULASAN RINGKAS
Sekalung tahniah kepada semua atlet yang telah memberi komitmen sepanjang ujian ini dijalankan. Tidak lupa juga penghargaan buat Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang (MSNPP), Institut Sukan Negeri Pulau Pinang (ISNPP), Unit Sukan Prestasi Tinggi Pulau Pinang (USPTNPP) diatas pelaksanaan ujian ini.

Sekian, Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

Read more...

LAPORAN KEJOHANAN PELAYARAN MAJLIS SEKOLAH-SEKOLAH PULAU PINANG (MSSPP) 2018

Tarikh : 20 hingga 21 Februari 2018
Tempat : Pusat Latihan Sukan Air Teluk Kumbar

Kejohanan Pelayaran MSSPP 2018 anjuran Sekretariat Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Pulau Pinang (MSSPP) telah berlangsung bermula dari 20 hingga 21 Februari 2018 di Pusat Latihan Sukan Air, Teluk Kumbar, Pulau Pinang. Pada edisi kali ini telah menampilkan penyertaan seramai 30 pelayar (18 pelayar lelaki & 12 pelayar wanita) yang melibatkan pelajar-pelajar di peringkat sekolah rendah mahupun menengah. Kejohanan kali ini hanya melibatkan 4 kategori sahaja iaitu Optimist 12TKB, Optimist 15TKB, Laser Radial Open dan Laser 4.7 Open. Objektif kejohanan dwi tahunan ini untuk mencari bakat-bakat baru yang terpilih mewakili Pasukan Pulau Pinang ke Kejohanan MSSM 2018 pada 19 hingga 24 Mac 2018 di Kedah. Di samping itu juga, jurulatih dapat mencari bakat-bakat baru untuk disenaraikan ke dalam program Pelapis Negeri. Majlis penutup dan penyampaian hadiah kepada pemenang telah disempurnakan oleh Gurubesar Sek Keb Seri Bayu Encik Azizan Bin Omar diiringgi Pengetua Sek Men Keb Teluk Kumbar 2 Encik Ibrahim Bin Kasa. Pihak Pengajur mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung.

Berikut disertakan senarai pemenang mengikut kategori yang dipertandingkan :

OPTIMIST 12TKB
1. Nur Iffah Darwisyah – Sek Keb Dato Keramat
2. Teoh Yin Yue – SJK (C) Pei Yu
3. Izzat Naufal – Sek Keb Teluk Bahang
4. Muhd Danial – Sek Keb Dato Keramat
5. Aliff Taquidin – Sek Keb Teluk Bahang

OPTIMIST 15TKB
1. Zarif Humaidi – SMK Teluk Kumbar 2
2. Nur Hasina – SMK Permatang Tok Jaya
3. Adri Afdhal – SMK Bandar Baru Perda
4. Muhd Asyraff – SMK Tanjung Bungah
5. Muhd Hakimi – SMK Teluk Air Tawar

LASER RADIAL OPEN
1. Sofia Alisha – SMK Teluk Air Tawar
2. Muhd Amar Hazman – SMK Teluk Air Tawar

LASER 4.7 OPEN
1. Siti Nor Al’Nisaa – SMK Teluk Bahang
2. Faris Haniff – SMK Teluk Air Tawar

Sekian, Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

Read more...

Thursday, February 22, 2018

LAPORAN PEMANTAUAN PPN BAGI SUKAN GIMRAMA

Tarikh : 21 Februari 2018 (Rabu)
Masa : 7.00 pm - 8.10 pm
Tempat : Akademi Gimrama MSNPP

KEHADIRAN
1. Nursyafiqah Binti Salamat - PPN
2. Lee Xin Ee- JSM MSNPP

ATLET
1. 12 orang

LATIHAN
1. Leaps, Pivot & Flexibility
2. Ball
3. Hoop
4. Ribbon

UJIAN
1. Tiada

PERTANDINGAN
1. Kejohanan MSSPP 2018 yang akan berlangsung pada 5 hingga 7 Mac 2018 di Akademi Gimrama Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang.
2. Karnival Bakat Sukan Gimrama Pelapis Negeri Siri 1/2018 yang akan berlangsung pada 7 hingga 11 Mac di Seremban

KECEDERAAN

1. Tiada

PERALATAN
1. Tiada

PROGRAM BINAAN
1. Tiada.

ULASAN
1. PPN telah berbincang dengan pihak JPNPP untuk melakukan perubahan pada tarikh Kejohanan MSSPP 2018 kerana ia akan bertindih dengan tarikh keberangkatan kontinjen ke Seremban Negeri Sembilan bagi Karnival Bakat.
2. Jurulatih memaklumkan beliau akan bercuti bermula 4 hingga 7 Mac 2018 untuk ke luar negara.
3. Pihak MSNPP, USPTNPP dan Persatuan amat optimis dan berusaha bagi mendapatkan jurulatih sepenuh masa dengan pelbagai usaha yang dijalankan.

Sekian, Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

Read more...

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved