Tuesday, December 27, 2016

LAPORAN KEJOHANAN TINJU REMAJA KEBANGSAAN SIRI 3/2016

Tarikh : 12 – 16 Disember  2016
Tempat : Dewan Al Hana, Sik Kedah
Masa : 8.00 Pagi – 10.00 Malam

Pada 12 – 16 Disember 2016 telah diadakan Kejohanan Tinju Remaja Kebangsaan Siri 3/2016.Kejohanan anjuran Majlis Sukan Negeri Kedah dan kerjasama beberapa pihak lain ini telah disertai pasukan seluruh Malaysia.Pulau Pinang telah menghantar 21 petinju mewakili Pulau Pinang & Kelab Indian Star Pulau Pinang. Bermula dengan sesi timbang berat dan pemeriksaan kesihatan bagi semua petinju seawal jam 8.00 pagi dan berakhir kira-kira 10.00 pagi pada hari pertama diikuti hari-hari berikutnya.Proses undian dijalankan pada hari pertama.Acara bermula pada jam 2.30 petang dan berakhir kira-kira jam 11 malam.

Secara keseluruhan,pasukan Pulau Pinang memperoleh 3 Emas,2 Perak, 2 Gangsa bagi kategori umur 13-15 tahun manakala bagi kategori umur 16-17 tahun berjaya membawa pulang 1 emas ,1 perak,2 gangsa. Dengan pencapaian yang ditunjukkan bagi kategori 13-15 tahun Pulau Pinang dinobatkan Johan Keseluruhan untuk kali ketiga berturut-turut setelah meraih juara di Selangor dan Kelantan.Ini merupakan sejarah dan  pencapaian membanggakan pasukan Pulau Pinang.Terima kasih kepada barisan jurulatih yang sentiasa berusaha untuk terus mencipata kejayaan.Diharap dengan kemenangan ini,ia menjadi motivasi jurulatih & atlit untuk terus berjaya.

HARIA PENANG HARIA !!!

Sekian.

Laporan Disediakan Oleh
Fazli Hisam Bin Mohamad Zainol Abidin

Read more...

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN BADMINTON

Tarikh : 22 Disember 2016 (Khamis)
Masa : 3.00 petang hingga 5.00 petang
Tempat : Dewan Badminton Buah Pala

KEHADIRAN
1. En Razlan Rajan - JPM (Lantikan BAM)
2. En Chin Loon - JPM (Lantikan MSNPP)
3. Cik Nursyafiqah Bt Salamat - PPN

ATLET
1. 18 orang

LATIHAN
1. Latihan Plyometric
2. Mini Game (Single & Mix Doubles)

UJIAN
-Tiada

PERTANDINGAN

- Tiada

KECEDERAAN
- Tiada

PERALATAN
- Tiada

PROGRAM BINAAN
-Tiada

ULASAN RINGKAS
1. Kehadiran atalet agak memuaskan memandangkan cuti sekolah yang sedang berlangsung.
2. Jurulatih mencari inisiatif yang baik dengan melihat lathan physical court fitness melalui internet dan mendapat nasihat daripada pihak ISNPP lalu menjalankan aktiviti kepada atlet.
3. Jurulatih juga memaklumkan kepada phak PPN atlet tidak mempunyai strength yang baik dan telah berbincang dengan ISNPP untuk menjalankan aktiviti pada tahun hadapan.

Sekian, Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

Read more...

Monday, December 19, 2016

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN PELAYARAN

Tarikh : 18 Disember 2016 (Ahad)
Masa : 10.00 pagi hingga 3.00 petang
Tempat : Pusat Kegiatan Sukan Air Tanjung Bunga​h 
KEHADIRAN
1. En Ismail Bin Abd Ghani - JPM Negeri
2. En. Mohd Suhaimi Bin Md Salleh - PPN
ATLET
1. 10 ora​ng
 ​ 
LATIHAN
1. Warm Up & Streching
2. Reaching & Beating
3. Close Hold
4. Mini Game (2 race)
UJIAN
-Tiada-
PERTANDINGAN
-Tiada-

KECEDERAAN
-Tiada-
PERALATAN
1. Keadaan layar yang kurang baik sedikit menjejaskan sesi latihan.
2.Memerlukan beberapa alat ganti seperti center board, tali dan lain2 lagi.

PROGRAM BINAAN
1. Akan menjalankan Klinik dan Kejohanan Dalaman Sukan Pelayaran pada 23 hingga 25 Disember 2016 di PKSA Tanjung Bungah
ULASAN RINGKAS
1. Latihan dijalankan seperti biasa mengikut jadual jurulatih yang ditetapkan.
2. Jurulatih memaklumkan bahawa klinik dan kejohanan dalaman akan dijalankan pada 23-25 Disember 2016 di PKSA Tanjung Bungah.
3. Mesyuarat JKK Bil 2/2016 bagi sukan Pelayaran telah selesai diadakan pada 8 Disember 2016 di MSNPP.
4. PPN memaklumkan bahawa tahun 2017 akan ada rombakan sukan dan akan diketahui pada awal tahun hadapan.

Sekian, Terima Kasih
Laporan Disediakan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

Read more...

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN TENPIN BOWLING

Tarikh : 17 Disember 2016 (Sabtu)
Masa : 4.00 ptg - 7.00 ptg
Tempat : Mega Bowling Centre, Seberang Perai

KEHADIRAN
1. Albert Yeoh Seng Poh – JSM
2. Cheah Teik Tatt - JSM
3. Nooriani Abdul Rahman - JSM
4. Mohd Suhaimi Bin Md Salleh - PPN

ATLET
1. 30 orang

LATIHAN
1. Warm Up & Streching
2. Mid Monthly Roll Off
3. Cooling Down

UJIAN
-Tiada-

PERTANDINGAN
- Jurulatih dan Atlet akan menyertai Kejohanan Sportexcel NSC-MILO-MTBC National Junior Circuit Championships 2016 – MTBC Leg pada 19 hingga 22 Disember 2016 di Sunway Megalanes, Sunway Piramid, Kualau Lumpur.

KECEDERAAN
-Tiada-

PERALATAN
1. Hak milik pensendirian

PROGRAM BINAAN
-Tiada-

ULASAN
1. Latihan dijalankan seperti biasa mengikut jadual jurulatih yang ditetapkan.
2. Beberapa atlet baru selesai menyertai Kejohanan 44 th Penang Pesta International Championships 2016 pada 7 hingga 15 Disember 2016 di Mega Bowling Centre, Seberang Perai.
3. Beberapa atlet telah mencapai kejayaan yang membanggakan pada Kejohanan 44th Penang Pesta International Championships 2016. Berikut pencapaian yang dimenangi oleh setiap atlet yang bertanding :-
          3.1 Muhammad Hariz Adlan Azman – Champion Men Graded “B”
          3.2 Nur Alya Safiyya Shamsul Rijal – Champion Youth Girls U16
          3.3 Alyaa Addini Zulamri – 1st Runner Up Youth Girls U16
          3.4 Ong Eileen – 1st Runner Up Youth Girls U12
          3.5 Anis Shazlin – 2nd Runner Up Youth Girls Open & 2nd Runner Up Womens Open
4.
Mesyuarat JKK Bil 2/2016 bagi sukan Tenpin Bowling telah selesai diadakan pada 6 Disember 2016 (Selasa) di MSNPP.

Sekian, Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

Read more...

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN GIMRAMA

Tarikh : 16 Disember 2016 (Jumaat)
Masa : 8.00 pm - 10.00 pm
Tempat : Akademi Gimrama MSNPP

KEHADIRAN
1. Nursyafiqah Binti Salamat - PPN
2. En. Ahmad Zaidi Bin Muhamad Rosdi - Pegawai Belia & Sukan Pusat Satelit ISNPP
3. En. Mohd Azizi Bin Shafie - Pembantu Belia & Sukan ISNPP
4. Mah Kah Yi - JSM MSNPP

ATLET
1. 12 Orang

LATIHAN
1. Ujian Kecergasan Bil 2/2016
2. Leaps, Pivot & Flexibility

UJIAN
1. Ujian Kecergasan Sukan Gimrama Pelapis Negeri Siri 2/2016 pada 16 Disember 2016 jam 8.00 malam

PERTANDINGAN
1. Tiada

KECEDERAAN
1. Tiada

PERALATAN
1. Kawasan warm up yang dimakan anai-anai masih menunggu pihak persatuan untuk menggantikan.

PROGRAM BINAAN

1. Tiada.

ULASAN
1. Kehadiran atlet memuaskan, memandangkan cuti sekolah telah berlangsung terdapat beberapa atlet telah pergi bercuti bersama keluarga serta beberapa orang atlet telah berhenti dan beralih ke sukan lain.
2. Jurulatih memaklumkan beliau masih dalam pertimbangan untuk melanjutkan kontrak jsm pada tahun hadapan kerana kekangan komitmen pekerjaan hakiki yang perlu ditanggung. Hal ini pihak persatuan telah mengambil maklum.
3. Jurulatih juga memaklumkan atlet beliau masih tidak mempunyai kekuatan dalam elemen yang diberikan oleh beliau. Pihak PPN menasihatkan beliau untuk berurusan terus dengan pihak ISN bagi mendapatkan exercise menggunakan body weight bagi membina kekuatan kepada atlet, dalam masa yang sama pihak jurulatih boleh berjumpa nutritionist untuk mendapatkan supplemen yang disediakan dan bersesuaian.
4. Keputusan ujian kecergasan 2/2016 akan dibuat perbandingan daripada ujian pertama yang lepas. Pihak ISN akan memaklumkan kepada jurulatih setelah siap analisis
yang dijalankan.

Sekian, Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

Read more...

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN GIMNASTIK ARTISTIK

Tarikh : 15 Disember 2016 (Khamis)
Masa : 3.00 pm - 5.00 pm
Tempat : Akademi Gimnastik Artistik Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang.

KEHADIRAN
1. Liu Shu Nan - JLN
2. Nursyafiqah Binti Salamat - PPN
3. En. Ahmad Zaidi Bin Muhamad Rosdi - Pegawai Belia & Sukan Pusat Satelit ISNPP
4. En. Mohd Azizi Bin Shafie - Pembantu Belia & Sukan ISNPP

ATLET
1. 14 Orang

LATIHAN
1. Physical Test 2/2016 oleh ISNPP
2. Balance Beam

UJIAN
1. Ujian Kecergasan Bil 2/2016 yang dijalankan hari ini 15 Disember 2016 jam 3.00 petang untuk WAG. 

PERTANDINGAN
1. Tiada

KECEDERAAN
1. Tiada

PERALATAN
1. Lampu - Masih dalam proses pembaikan 

PROGRAM BINAAN
1. Tiada.

ULASAN RINGKAS
1. Atlet yang dibawah program Pelapis Pulau Pinang wajib menghadirkan diri untuk Ujian Kecergasan pada kali ini, 

2. Pihak ISNPP telah menjalankan "battery test" seperti berikut:
i. Anthropometric
 - Weight
 - Height

ii. Power
 - Standing Long Jump

iii. Speed
 - 10m sprint
 - 20m sprint

iv. Flexibility
 - Shoulder Flexibility Test
 - Split Test

v. Strength
 - Hanging Pike
 - Over grip pull ups
 - Max Push Ups
 - Back Extension

3. Keputusan serta perbandingan ujian kecergasan siri 1 dan siri 2 akan dibentangkan dari pihak ISNPP kepada jurulatih.
4. Atlet dan jurulatih menjalani latihan seperti biasa selepas ujian kecergasan WAG selesai dijalankan.
5. Zarith Iman, atlet Pulau Pinang menjalani latihan di PLN Negeri buat masa sekarang (cuti sekolah) sehingga dimaklumkan kelak. Beliau juga memaklumkan buat masa sekarang pasukan junior di SSBJ tidak mempunyai jurulatih. Zarith Iman juga baru pulih dari kecederaan tangan yang dialamina semasa menjalani latihan di SSBJ.

Sekian, Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

Read more...

Tuesday, December 13, 2016

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN BOLING PADANG

Tarikh : 11 Disember 2016 (Ahad)
Masa : 3.00 petang hingga 7.00 malam
Tempat : Kompleks Sukan Bertam, Pulau Pinang.

KEHADIRAN
1. Noor Aini Binti Ahmad - JSM USPTNPP
2. Nursyafiqah Binti Salamat - PPN

ATLET
1. 16 Orang

LATIHAN
1. Tiada

UJIAN
1. Ujian Kecergasan Sukan Boling Padang Siri 2/2016 dicadangkan untuk dijalankan pada 20 Disember 2016

PERTANDINGAN
1. Kejohanan Piala Mutiara Open 2016, yang sedang berlangsung pada 16 hingga 18 Disember 2016 dikelola oleh Persatuan Lawn Bowls Pulau Pinang

KECEDERAAN
1. Tiada

PERALATAN

1. Satu quotation untuk pembelian bowls telah diterima dan dalam proses pembelian.
2. Pihak MPSP telah memberi maklumbalas kepada MSNPP berkenaan kos yang diperlukan untuk membaiki green lawn bowls sebanyak RM12,000.00. Namun pihak MPSP masih tidak mengambil apa-apa tindakan disebabkan kekangan bajet yang perlu dikeluarkan.

PROGRAM BINAAN
1. Tiada

ULASAN RINGKAS
1. Sebanyak 36 pasukan menyertai kejohanan pada kali ini dan pasukan pelapis Pulau Pinang menghantar 8 pasukan untuk bertanding.
2. Prestasi atlet pada kali ini agak terganggu apabila mereka dan jurulatih perlu mengeringkan green yang banjir setelah hujan lebat pada 12 Disember 2016 lalu pertandingan lewat bermula pada jam 12.00 tengah hari.
3. Sebanyak 3 pasukan pelapis berjaya berada dalam kedudukan terbaik. Pasukan Pulau Pinang B mendapat kedudukan 4/36, Pasukan Pulau Pinang D mendapat kedudukan 10/36 dan Pasukan Pulau Pinang E mendapat kedudukan 15/36.
4. Pihak persatuan telah mencuba yang terbaik untuk menganjurkan pertandingan pada kali ini namun faktor luaran seperti cuaca tidak dapat dielakkan.

Sekian, Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

Read more...

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN GIMNASTIK ARTISTIK

Tarikh : 9 Disember 2016 (Jumaat)
Masa : 8.00 pm - 10.00 pm
Tempat : Akademi Gimnastik Artistik Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang.

KEHADIRAN

1. Foong Kok Seng - JPM MSNPP
2. Nursyafiqah Binti Salamat - PPN
3. Mariani Bt Sanawi - Ketua Unit ISNPP

ATLET
1. 13 Orang

LATIHAN
1. Physical Test 2/2016 oleh ISNPP
2. Floor Exercise

UJIAN
1. Ujian Kecergasan Bil 2/2016 yang dijalankan hari ini 9 Disember 2016 jam 8.00 malam untuk MAG. 

PERTANDINGAN
1. Tiada

KECEDERAAN
1. Tiada

PERALATAN
1. Lampu - Masih dalam proses pembaikan 

PROGRAM BINAAN

1. Tiada.

ULASAN RINGKAS
1. Atlet yang dibawah program Pelapis Pulau Pinang wajib menghadirkan diri untuk Ujian Kecergasan pada kali ini, cuma Liew Kai Jack mendapat pengecualian diatas sebab persekolahan yang perlu hadir.

2. Pihak ISNPP telah menjalankan "battery test" seperti berikut:
i. Anthropometric
 - Weight
 - Height

ii. Power
 - Standing Long Jump

iii. Speed
 - 10m sprint
 - 20m sprint

iv. Flexibility
 - Shoulder Flexibility Test
 - Split Test

v. Strength
 - Hanging Pike
 - Over grip pull ups
 - Max Push Ups

3. Keputusan serta perbandingan ujian kecergasan siri 1 dan siri 2 akan dibentangkan dari pihak ISNPP kepada jurulatih.
4. Atlet dan jurulatih menjalani latihan seperti biasa selepas ujian kecergasan MAG selesai dijalankan.

Sekian, Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

Read more...

Friday, December 9, 2016

LAPORAN PEMANTAUAN SESI SPARRING DAN PEMILIHAN ATLIT KE KEJOHANAN TINJU REMAJA KEBANGSAAN 2016

Pada  8 Disember 2016 satu sesi sparring telah diadakan di Pusat Latihan Tinju Batu Uban. Ia disertai petinju dari Pusat LatihanTinju Batu Uban, Pusat Latihan Tinju Titi Mukim dan Kelab Indian Star Pulau Pinang. Hampir 20 petinju menyertai sesi sparring kali ini. Selain sesi sparring, turut berlangsung sesi pemilihan petinju bagi atlet Pulau Pinang ke Kejohanan Remaja Kebangsaan siri 3/2016 pada 12 hingga 16 Disember 2016 di Pusat Latihan Tinju Negeri Kedah,Pekan Sik,Kedah Darul Aman 

Seramai 20 peserta telah terpilih dari sparring yang telah dijalankan. Mereka dipilih melalui  penilaian 3 orang jurulatih iaitu Johny Kasiran, Zainuddin dan Arumugam.Selain itu juga Jurulatih Pak Johnny berkongsi tip-tip berkenaan tinju kepada atlit sebagai ilmu tambahan bagi memantapkan teknik masing-masing. Sesi berakhir kira-kira 6.30 petang.

Tahniah kepada yang terpilih, semoga dapat menunjukkan semangat juang yang tinggi ketika Kejohanan nanti.

Sekian, Terima Kasih

Laporan disediakan oleh
Fazli Hisam Bin Mohd Zainol Abidin

Read more...

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN SEPAKTAKRAW

Tarikh : 7 Disember 2016 (Rabu)
Masa : 4.00 ptg - 7.00 ptg
Tempat : SMK Mutiara Impian, Simpang Ampat

KEHADIRAN
1. Ahmad Rahimi Azizan - JSM
2. Syed Roslan Syed Khalid - JSM
3. Mohd Suhaimi Bin Md Salleh - PPN

ATLET
1. 32 orang

LATIHAN
1. Warm Up & Streching
2. Kawalan gelanggang (rejaman, umpanan & hadangan)
3. Cooling Down

UJIAN
-Tiada-

PERTANDINGAN
-Tiada-

KECEDERAAN
-Tiada-

PERALATAN
1. Jurulatih ada memohon jaring tahanan bola memandangkan yang sedia ada telah koyak.

PROGRAM BINAAN
-Tiada-

ULASAN RINGKAS
1. Latihan dijalankan seperti biasa mengikut jadual jurulatih yang ditetapkan.
2. PPN ada berbincang bersama jurulatih untuk mencadangkan nama jurulatih yang akan ditempatkan di Pusat Latihan Daerah yang dipilih. Nama tersebut akan dipanjangkan kepada pihak Persatuan untuk persetujuan bersama.
3. Jurulatih dan atlet baru selesai menyertai kejohanan Karnival Bakat Pelapis Negeri Siri 3/2016 pada 30 November hingga 3 Disember 2016 di Melaka. Pencapaian pada kejohanan tersebut memenangi 1 pingat perak dan 1 pingat gangsa untuk kategori regu 15 tahun.
4. PPN memaklumkan kepada jurulatih untuk menghantar surat penyambungan kontrak bagi tahun 2017.

Sekian, Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

Read more...

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved