Saturday, November 15, 2014

LAPORAN HARI PERTAMA KEJOHANAN PELAPIS ANTARA ZON PERINGKAT AKHIR 2014 BAGI SUKAN TINJU, SEPAKTAKRAW. OLAHRAGA, MEMANAH & ANGKAT BERAT

SUKAN TINJU
Tarikh : 13 November 2014 (Jumaat)
Tempat : Gelanggang Tinju SUKPA MSN Pahang.

Hari pertama kejohanan dimulakan dengan sesi timbang berat dan pemeriksaan kesihatan bagi kesemua petinju pada waktu pagi. Sesi diteruskan dengan undian dan tamat pada jam 11.00 pagi.

Perlawanan dimulakan pada jam 3.00 petang dengan jumlah bout pada hari ini sebanyak 15 bout. Seramai 4 orang petinju Pulau Pinang terlibat pada hari pertama dimana melibatkan acara suku akhir dan separuh akhir. Perlawanan tamat pada jam 6.30 petang. Berikut keputusan perlawanan melibatkan petinju Pulau Pinang.

Bawah 13-14 Tahun
Kategori 33-36kg
Mohd Qayyum (PEN) vs MOHD ISMA (KEL)

Kategori 42-48 kg
MOHD RASDENAL HAIKAL (PEN) vs Mohd Zulkifli (KEL)

Kategori 36-38 kg
MOHD ZULHILMI (PEN) vs Mohd Shamie (PRK)

Bawah 15-16 tahun
Kategori 50-52 kg
Mohd Hakim Aziz (PEN) vs MOHD ISMA DANIAL (KEL)

SUKAN SEPAK TAKRAW
Tarikh : 14 November 2014 (Jumaat)
Tempat : Dewan Badminton Pahang

Kejohanan Sepak Takraw telah bermula pada hari ini yang berlangsung di Dewan Persatuan Badminton Negeri Pahang. Perlawanan yang berlangsung pada hari ini ialah Regu U12 tahun, U14 tahun dan U16 tahun. Bagi pasukan Pulau Pinang kategori U12 tahun layak di pusingan suku akhir manakala kategori U14 kandas pusingan pertama sahaja. Bagi kategori U16 tahun pula akan disambung pada esok hari 15 November 2014.

SUKAN OLAHRAGA
Tarikh : 14 November 2014 (Jumaat)
Tempat : Stadium Darul Makmur, Kuantan

Kejohanan Olahraga telah berlangsung di Stadium Darul Makmur. Untuk makluman pada hari ini hanya 2 atlet Pulau Pinang yang bertanding iaitu acara 400M kategori umur 15-16 tahun Nur Dayana Binti Superdi dengan catatan masa 70.8s di tempat ke-4. Bagi kategori umur 13-14 tahun acara Lompat Jauh Nur Liyana Izzati menduduki tempat ke 4 dengan jarak 4.18M. Pada 15 November 2014, 9 atlet lagi akan turun bertanding dengan acara masing-masing. Semoga hari esok akan menyumbang pingat kepada Pasukan Olahraga Zon Utara.

SUKAN MEMANAH
Tarikh : 14 November 2014 (Jumaat)
Tempat : Padang SK Sungai Talam

Hari pertama pertandingan memanah bermula dengan sesi latihan rasmi (sight test) pada pukul 8.00 pagi. Pada awalnya jadual pertandingan pada hari ini dijangka tamat pada jam 12.30 tengahari. Walaubagaimanapun, pertandingan terpaksa dilanjutkan sehingga sesi petang disebabkan hujan lebat dan kawasan padang yang bertakung. Pertandingan yang dilangsungkan pada hari ini adalah melibatkan jarak 70m, 60m (L16), 60m, 50m (W16) dan 25m (L12 & W12).

Berikut adalah keputusan rasmi atlet-atlet Pelapis Pulau Pinang yang mewakili Zon Utara :

Bawah 16 Tahun
Lelaki
1. Muhammad Ammar Ajmir - 484 (24)
2. Khambeswaran Mohanraja - 497 (16)

Wanita
3. Audrey Wong - 424 (13)
4. Maiheeshadevi Sivanesan - 378 (23)

Bawah 12 Tahun
Lelaki
5. Syafi Masri - 604 (2)
6. Muhammad Izzul - 579 (7)

Wanita
7. Pritiswary Muniswaran - 648 (1)
8. Rubyinee Murugan - 566 (9)
9. Priyaswary Muniswaran -608 (2)

Pertandingan akan bersambung esok bermula pada jam 8.00 pagi. Diharap atlet-atlet dapat mengekalkan momentum dan terus konsisten bersaing.

SUKAN ANGKAT BERAT
Tarikh : 14 November 2014 (Jumaat)
Tempat : Gelanggang Angkat Berat MSN Pahang

Hari ini bermula Kejohanan Angkat Berat Pelapis Antara Zon Peringkat Akhir 2014 yang bermula dari 13 hingga 16 November 2014. Hari ini hanya 7 kategori dipertandingkan yang melibatkan kategori lelaki dan wanita bawah 12 tahun. Bagi Pasukan Angkat Berat Pulau Pinang, seramai 4 orang (3 lelaki & 1 wanita) turun ke gelanggang untuk masing-masing. Sesi timbang berat untuk semua badang-badang bermula seawal jam 7.00 pagi sebelum pertandingan rasmi pada jam 9.00 pagi. Berikut merupakan keputusan kejohanan hari pertama :-

Kat 40kg wanita Bawah 12 Tahun
Snatch
1. Logassree Thanabalasingam -  Zon Utara
2. Siti Barirah -  Zon Utara
3. Nor Adlina - Zon Tengah

Clean & Jerk
1. Logassree Thanabalasingam - Zon Utara
2. Siti Barirah - Zon Utara
3. Nor Adlina - Zon Tengah

Kategori 48 kg Bawah 12 Tahun
Snatch
1. Siti Nor Hidayah - Zon Timur
2. Farah Najiha - Zon Timur
3. Siti Alyaa -  Zon Timur

Clean & Jerk
1. Siti Alyaa - Zon Timur
2. Siti Norhidayah - Zon Timur
3. Farah Najiha - Zon Timur

Kat 45kg lelaki Bawah 12 Tahun
Snatch
1. Muhammad Elan - Zon Tengah
2. Kiran Raj - Zon Utara
3. Muhammad Elvin Hidayat - Zon Tengah
Clean & Jerk
1. Kiran Raj - Zon Utara
2. Syed Ajmal - Zon Utara
3. Muhammad Amirul - Zon Timur

Kat 50kg lelaki Bawah 12 Tahun
Snatch
1. Mohd Fikri - Zon Tengah
2. Khairul Ikmal - Zon Utara
3. Calvitus Daunis - Zon Borneo

Clean & Jerk
1. Khairul Ikmal - Zon Utara
2. Mohd Fikri - Zon Tengah
3. Mohd Syafiq - Zon Utara

Kat 56kg lelaki Bawah 12 Tahun
Snatch
1. Mohd Izan - Zon Timur
2. Muhamad Darwis - Zon Selatan
3. Mohd Khairul Yusri - Zon Tengah

Clean & Jerk
1. Muhamad Darwis - Zon Selatan
2. Mohd Izan - Zon Timur
3. Mohd Khairul Yusri - Zon Tengah

Kat +56kg Lelaki Bawah 12 Tahun
Snatch
1. Mohd Hakim - Zon Timur
2. Mohd Johan - Zon Tengah
3. Azam Azlee - Zon Selatan

Clean & Jerk
1. Mohd Hakimie - Zon Timur
2. Mohd Johan - Zon Tengah
3. Azam Azlee - Zon Selatan

Pasukan Pulau Pinang membawa pulang pingat hari pertama sebanyak 5 emas & 4 Perak.

Sekian, Terima Kasih

Laporan Dari Kuantan Pahang

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved