Tuesday, November 25, 2014

LAPORAN PENCARIAN BAKAT BARU TID SUKAN SEPAK TAKRAW

Tarikh : 21 November 2014
Masa : 8.30 Pagi hingga 3.30 Petang
Tempat : Sek Men Keb. Mutiara Impian
Kehadiran : 1 Pegawai, 2 Jurulatih, 20 Atlet Sepak Takraw dan 153 orang pelajar.

Program pencarian bakat baru (TID) sukan Sepak Takraw telah dijalankan pada 21 November 2014 di Pusat Latihan Sepak Takraw iaitu di gelanggang Sepak Takraw SMK Mutiara Impian. Seramai 153 pelajar dari Sekolah sekitar Pulau Pinang. Ibu bapa turut hadir pada hari tersebut untuk melihat program TID tersebut. Program ini ditumpukan kepada atlet umur 13 tahun dan 14 tahun.

Program dimulakan dengan taklimat dan penerangan berkaitan dengan sukan Sepak Takraw. Ibu bapa juga di beri penerangan berkaitan dengan Program Pelapis Negeri. Didalam sesi taklimat itu juga jurulatih juga menerangkan serba sedikit berkaitan dengan sukan Sepak Takraw.

Program diteruskan dengan sesi demontrasi dari atlet yang sedia ada seperti menimbang bola takraw, libasan dan beberapa teknik yang berkaitan dengan Sepak Takraw.

Seterusnya program diteruskan dengan ujian fizikal dan ujian menimbang bola takraw. Peserta diberikan dengan beberapa ujian oleh jurulatih untuk melihat bakat-bakat baru yang boleh diketengahkan. 

Hasil dari program ini terdapat 10 peserta yang berbakat telah disenaraikan untuk menjalani latihan dibawah Program Pelapis. Peserta-peserta ini akan diletakkan di asrama bagi memudahkan mereka menjalani latihan. Pihak sekolah akan mengeluarkan surat tawaran kepada peserta yang terpilih untuk menjalani latihan serta bersekolah di sekolah tersebut. Peserta-peserta yang terpilih akan diserapkan ke dalam Program Pelapis dan akan memulakan latihan pada Januari 2015. Program tamat pada jam 3.30 petang.

Sekian, Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Akmal Bin Hashim

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved