Saturday, August 31, 2013

LAPORAN HARI TERAKHIR KEJOHANAN SPORTEXCEL-NSC-MILO-MTBC JUNIOR CIRCUIT 2013 - PENANG LEG

Tarikh : 30 hingga 31 Ogos 2013
Tempat : Mega Bowling Center, Seberang Perai, Pulau Pinang.

Kejohanan Bowling Junior Circuit 2013 anjuran Malaysian Tenpin Bowling Council (MTBC) diteruskan lagi dengan pusingan ke 2 dimana kategori Boys Graded, Girls Graded, Boys Open dan Girls Open bermula jam 9.30 pagi manakala kategori Boys dan Girls U12 akan bermula pada jam 12.30 tengahari. 3 teratas untuk kategori Boys Graded, Girls Graded, Boys Open dan Girls Open akan layak ke pusingan step ladder untuk menentukan juara setiap kategori yang dipertandingkan.

Berikut keputusan rasmi pertandingan untuk hari kedua yang melibatkan penyertaan dari skuad Pulau Pinang

31 Ogos 2013 (9.30 pagi)

Girl Graded Round 2
1. Ainaa 'Alyaa Bt Zulamri - 990 jatuhan pin (12/avg 170.43)
- tidak menempatkan nama ke pusingan step ladder.

Girl Open Round 2
1. Nur Azreen Syahira Bt Hj Ahmad Rizal – 919 jatuhan pin (11/avg 154.43)
- tidak menempatkan nama ke pusingan step ladder.

Boys Open Round 2
1. Toh Yih Hong - 1194 jatuhan pin (9/avg 200.64)
- tidak menempatkan nama ke pusingan step ladder.

31 Ogos 2013 (12.30 pagi)

Girls U12 Round 2
1. Kelly Lau Suet Kei – 499 jatuhan pin (12/avg 133.30)
2. Nur Amirah Farihah Bt Azhlan - 642 jatuhan pin (7/avg 147.40)
3. Anis Hadirah Bt Anuar - 667 jatuhan pin (4/avg 153.50)

Boys U12 Round 2
1. Muhammad Hariz Adlan Bin Azman - 744 jatuhan pin (5/avg 175.50)
2. Mohamad Al-Faiz Bin Zainal Abidin - 756 jatuhan pin (3/avg 177.10)
3. Megat Zaqrul Haiqal Bin Megat Zairudin - 768 jatuhan pin (4/avg 176.30)


Sekalung ucapan tahniah kepada semua pemenang yang telah bersungguh-sungguh menunjukkan prestasi yang membanggakan dan kepada yang tewas jangan berputus asa. Anggap kejohanan ini sebagai pembakar semangat untuk kita berjaya pada masa yang akan datang. Ucapan tahniah kepada atlet-atlet yang layak ke Grand Final dimana akan berlangsung pada 14 hingga 15 September 2013 di Sunway Piramid, Selangor.

Sekian, Terima Kasih.

Laporan Disediakan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

Read more...

LAPORAN HARI PERTAMA KEJOHANAN SPORTEXCEL NSC-MILO-MTBC JUNIOR CIRCUIT 2013 - PENANG LEG

Tarikh : 30 hingga 31 Ogos 2013
Tempat : Mega Bowling Center, Seberang Perai, Pulau Pinang.

Pada hari ini Pulau Pinang telah menjadi tuan rumah untuk Kejohanan Bowling Junior Circuit 2013 anjuran Malaysian Tenpin Bowling Council (MTBC) yang bermula pada 30 Ogos 2013 dan berakhir esok hari 31 Ogos 2013. Secara keseluruhan jumlah atlet yang bertanding bagi kejohanan kali ini seramai 176 atlet dimana 119 atlet lelaki dan 57 atlet wanita. Ini adalah pusingan yang terakhir dijalankan sebelum atlet terbaik mengikut kategori dipilih untuk layak ke pusingan Grand Final yang dijangka akan berlangsung di Sunway Piramid, Selangor.

Penyertaan kali ini merosot disebabkan kebanyakan atlet dalam musim pembelajaran (Trial SPM). Dalam masa yang sama juga ada atlet yang sudah menempah nama ke pusingan Grand Final.

Skuad Pulau Pinang (Pelapis/Skuad SUKMA) telah membariskan atlet saeramai 20 orang yang merangkumi 11 atlet lelaki dan 9 atlet wanita. Kejohanan kali ini melibatkan 6 kategori yang dipertandingkan iaitu Boys Graded, Girls Graded, Boys Open, Girls Open, Boys U12 dan Girls U12.

1. Boys Graded - 55 atlet.
2. Girl Graded - 30 atlet.
3. Boys Open - 21 atlet.
4. Girls Open - 12 atlet.
5. Boys U12  - 43 atlet.
6. Girls U12   - 15 atlet.

Berikut keputusan rasmi pertandingan yang melibatkan penyertaan dari skuad Pulau Pinang.

30 Ogos 2013 (9.30 pagi)

Boy Graded Round 1
1. Muhammad Akif Afif Bin Azman - 1445 jatuhan pin (21/avg 180.63)
2. Shazril Idham Bin Shaharudin - 1153 jatuhan pin (50/avg 144.13)
3. Ong Siang Leing - 1375 jatuhan pin (32/avg 171.88)
4. Yair-Azraei Bin Ferooz Feizal - 1372 jatuhan pin (33/avg 171.50)

Girl Graded Round 1

1. Iman Nur Qistina Bt Mohd Lok Pi - 1287 jatuhan pin (16/avg 160.88)
2. Ainaa 'Alyaa Bt Zulamri - 1396 jatuhan pin (8/avg 174.50)
3. Nur Amirah Fakhira Bt Azhlan - 1131 jatuhan pin (28/avg 141.38)
4. Ummi Umaimah Bt Abdullah - 1134 jatuhan pin (27/avg 141.75)
- Ainaa ‘Alyaa layak ke pusingan 2.

Girl Open Round 1
1. Nur Azreen Syahira Bt Hj Ahmad Rizal – 1243 jatuhan pin (11/avg 155.38)
- layak ke pusingan 2.

Girls U12 Round 1
1. Kelly Lau Suet Kei – 834 jatuhan pin (10/avg 139.00)
2. Nur Amirah Farihah Bt Azhlan - 832 jatuhan pin (11/avg 138.67)
3. Nuralia Amanina Bt Mohd Roshidi – 805 jatuhan pin (13/avg 134.17)
4. Anis Hadirah Bt Anuar - 868 jatuhan pin (5/avg 144.67)
- Kelly Lau Suet Kei, Nur Amirah Farihah, Anis Hadirah layak ke pusingan 2.

Boys U12 Round 1
1. Muhammad Hariz Adlan Bin Azman - 1011 jatuhan pin (10/avg 168.50)
2. Mohamad Al-Faiz Bin Zainal Abidin - 1015 jatuhan pin (9/avg 169.17)
3. Megat Zaqrul Haiqal Bin Megat Zairudin - 995 jatuhan pin (11/avg 165.83)
4. Brandon Lau Tze How – 771 jatuhan pin (31/avg 128.50)
5. Shakril Izlan Bin Shaharudin – 678 jatuhan pin (37/avg 113.00)
6. Muhammad Nur Hakimi Bin Mohd Lok Pi – 730 jatuhan pin (35/avg 121.67)
- Hariz Adlan, Mohamad Al-Faiz, Megat Zaqrul layak ke pusingan ke 2.

Boys Open Round 1

1. Toh Yih Hong - 1615 jatuhan pin (7/avg 201.88)
- layak ke pusingan 2.

Pusingan kedua akan berlangsung keesokkan hari pada jam 9.30 pagi.

Sekian, Terima Kasih.

Laporan Disediakan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

Read more...

LAPORAN HARI KETIGA KEJOHANAN TC MALAYSIAN NATIONAL SQUASH CHAMPIONSHIPS 2013

Tempat : Pusat Skuasy Nasional, Bukit Jalil
Tarikh : 30hb Ogos 2013 (Jumaat)
Masa : 5:00 pm - 10.00 pm

Kejohanan 4th TC Malaysian National Squash Championships 2013 memasuki peringkat suku akhir hari ini. Prestasi memberangsangkan dari atlet pelapis negeri P.Pinang. Bagi kategori Lelaki Division 3 menyaksikan 2 wakil Pulau Pinang mara ke peringkat separuh akhir esok. Ong Sze Kuan (Penang) menewaskan Dheena Dharshan-11/8,11/6,9/11,11/5  dan Jonathan Chew turut mencatat kemenangan ke atas Muhammad Isa bin Zakaria dengan keputusan (12/10,11/7,5/11,11/5).

Bagi kategori wanita division 2,  Zetty Zawanah (Penang) terkandas di suku akhir kepada pemain pilihan pertama Noorshadira bt Othman ( 11/9, 6/11, 8/11, 12/10, 4/11). Nur Aliah (Penang) turut terkandas di suku akhir kepada pemain yang lebih berpengalaman iaitu Lee Ka Ern (5/11, 14/12, 4/11, 11/7, 6/11).

Lain-lain keputusan atlet pelapis negeri Pulau Pinang adalah seperti berikut:

Suku Akhir

Lelaki Division 2:
Aaron Chee (1) vs Ryan Pasqual (Penang)  - (11/6,11/6,10/12,1/11,12-10)

Lelaki Division 2 Plate (Suku Akhir)
Heng Kai Heng (Penang) vs Mohamad Noor Hamidon - (11/4, 11/8, 11/8)

Perempuan division 2 (plate) (Suku Akhir)
Alexander Ryanka vs Lee Jia Wei (Penang) - (17/15,9/11,11/7,11/6)

Sekian, Terima Kasih

Laporan Oleh
Mohamad Suhairi Bin Othman

Read more...

Friday, August 30, 2013

SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN YANG KE-56 TAHUN

Kami dari seluruh warga sukan ingin mengucapkan "SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN YANG KE - 56 TAHUN"

Read more...

LAPORAN TALEND ID SUKAN MENEMBAK

Tarikh : 28 Ogos 2013 (Rabu)
Masa : 9.00 Pagi hingga 1.00 Petang.
Tempat : SMK Convent Green Lane dan SMK Penang Free.
Jurulatih : Muhammad Ivarn Syazwan.
Pegawai : PPN Azira Binti Azizan & PPN Fazli Hisam Bin Mohd Zainol.

Program pencarian bakat baru (TID) sukan Menembak telah dijalankan pada 28 Ogos 2013. Jurulatih Muhammad Ivarn Syazwan mengadakan sesi pencarian bakat baru (TID) di SMK Convent Green Lane dan SMK Penang Free.

Sambutan yang diberikan oleh para pelajar sangat menggalakkan dan pihak sekolah juga memberi sepenuh kerjasama terutamanya Penolong Kanan Kokurikulum yang juga turun padang untuk membantu pihak USPTN supaya program yang dijalankan berjalan dengan lancar.

Jurulatih memberi taklimat kepada pelajar berkaitan sukan menembak, disiplin pelajar dan jurulatih juga menekankan tentang hari dan masa latihan yang para pelajar perlu patuhi sekira dipilih. Selepas jurulatih selesai memberi taklimat, para pelajar telah diuji dengan ujian mata. Jurulatih membuat pemilihan dan memilih pelajar yang mempunyai penglihatan dominan di sebelah kanan. Jurulatih juga memilih pelajar yang menulis dan menggunakan tangan kanan.

Hasil daripada program ini, seramai 49 orang pelajar perempuan daripada SMK Convent Green Lane dan 21 orang pelajar lelaki daripada SMK Penang Free telah terpilih untuk menjalani ujian peringkat kedua di SMK Convent Green Lane yang akan dijalankan pada 01 September 2013 pukul 10.00 pagi hingga 1.00 petang. Pada sesi ujian peringkat kedua, jurulatih akan bekerjasama dengan pihak ISN Pulau Pinang untuk membuat ujian fizikal dan kecergasan para pelajar.

Sekian, terima kasih.


Laporan disediakan oleh
Azira Binti Azizan

Read more...

LAPORAN HARI KEDUA KEJOHANAN TC MALAYSIAN NATIONAL SQUASH CHAMPIONSHIPS 2013

Tempat: Pusat Skuasy Nasional, Bukit Jalil
Tarikh: 29hb Ogos 2013 (Khamis)
Masa: 6:00pm - 10.00pm

Hari kedua Kejohanan 4th TC Malaysian National Squash Championships 2013 menyaksikan perhatian tertumpu kepada kategori Wanita Primier di mana Datuk Nicol David turun beraksi. Ratu Skuasy Negara itu mudah untuk mara ke pusingan kedua selepas menundukkan Teh Min En (11/4, 11/7, 11/5).

Bagi kategori wanita division 2, Nur Aliah (Penang) menempah tempat di suku akhir selepas menumpaskan rakan senegeri Nur Natasha Nabila 11/3, 11/4, 11/9. Zetty Zawanah (Penang) turut mara selepas mengenepikan saingan Nisreen dengan 3 set (11/9, 11/7, 11/7).

Lain-lain keputusan atlet pelapis negeri Pulau Pinang adalah seperti berikut:

Pusingan Kedua

Lelaki Division 2:
Ryan Pasqual (pen) vs Samuel Chan - 11/7,8/11,11/8,6/11,11/9 

Lelaki Division 3:
Ong Sze Kuan (Pen) vs Eugene Heng - 11/6,11/1,10/12,11/1  

Lelaki Division 2 Plate (Pusingan pertama)
Heng Kai Heng (Pen) vs Mohd Syawal Shamsuddin - 11/6,3/11,11/4,11/8 

Perempuan division 2 (plate) (Pusingan pertama)

Lee Jia Wei (Pen) - bye

Sekian, Terima Kasih

Laporan Oleh
Mohamad Suhairi Bin Othman

Read more...

Thursday, August 29, 2013

LAPORAN HARI PERTAMA KEJOHANAN TC MALAYSIAN NATIONAL SQUASH CHAMPIONSHIPS 2013

Tempat: Pusat Skuasy Nasional, Bkt Jalil
Tarikh: 28hb Ogos 2013 (Rabu)
Masa: 6:00 pm - 10.00 pm

Kejohanan 4th TC Malaysian National Squash Championships 2013 membuka tirai bermula hari ini sehingga 1 September 2013. Edisi kali ini diserikan lagi dengan penampilan pemain-pemain skuasy terbaik negara. Antara yang mengesahkan penyertaan ialah ratu skuasy negara Datuk Nicol David, Low Wee Wern, Ong Beng Hee, Mohd Azlan Iskandar dan Mohd Nafiizwan Adnan.

Kejohanan ini telah dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Khairy Jamaluddin. Turut hadir pada upacara perasmian ialah Pengarah Majlis Sukan Negara, Datuk Zulkeples Embong, Datuk Nicol David dan Ong Beng Hee.

Berikut disertakan laporan hari pertama prestasi pasukan Skuasy Negeri Pulau Pinang:

Pusingan 1

Lelaki Division 2:
Ryan Pasqual (Penang) vs Mohd Nor Bin Hamidon - 11/3, 11/1, 11/3
Aaron Chee vs Heng Kai Heng (Pen) - 11/8, 11/5, 11/4

Lelaki Division 3:
Ong Sze Kuan (Penang) vs Hong Jie - walkover

Wanita Division 2:
Nur Natasha Nabila (Penang) vs Lee Jia Wei (Penang) - 11/5,11/4, 11/6
Zetty Zawanah (Penang) vs Norazlina Hassan - 11/0, 11/0, 11/0

Nur Aliah Izzati (bye)
 
Sekian, Terima Kasih

Laporan Disediakan oleh
Mohamad Suhairi Bin Othman 

Read more...

Tuesday, August 27, 2013

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN TENPIN BOWLING

Tarikh : 26 Ogos 2013 (Isnin)
Masa : 5.00 ptg - 8.00 mlm
Tempat : Mega Bowling Center, Seberang Perai, Pulau Pinang

Kehadiran
1. Jurulatih
- Kim Eun Jung
- Nooriani Bt Abdul Rahman

2. Atlet
- 1 atlet lelaki & 3 atlet wanita (Pelapis & Sukma)

Latihan
1. Target Fokus.
2. Spare.
3. First Bowl.
4. Games Simulation.

Ujian

Tiada

Pertandingan
1. Kebanyakan atlet baru sahaja selesai mengikuti kejohanan Piala Remaja MILO Ranking Master - 4rd Leg di Mega Bowling Center pada 24 Ogos 2013 yang lalu.

2. Kejohanan yang akan datang adalah Kejohanan Sportexcel Junior Circuit - Penang Leg 2013 pada 29 hingga 31 Ogos 2013 di Mega Bowling Center,Seberang Perai.

Kecederaan
Tiada

Peralatan
Keperluan atlet sendiri

Program Binaan
Masih di peringkat perbincangan bersama pihak sekolah dan Setiausaha Persatuan.

Ulasan Ringkas
1. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya 1434H dan menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 56 tahun.

2. Semua atlet pelapis mahupun skuad SUKMA telah bertukar venue latihan di Mega Bowling Center dimana sebelum ini dijalankan di Penang Bowl. Tarikh latihan rasmi atlet bermula pada 8 Julai 2013.
3. Kebanyakan atlet masih mencari rentak serta teknik yang betul untuk dibiasakan suasana pada venue yang baru.
4. Pada masa yang sama, sesetengah atlet diberi cuti rehat sehari memandangkan baru sahaja selesai kejohanan.
5. Di akhir pemantauan, sesi perbincangan ringkas telah dibuat dimana saya memaklumkan bahawa pada bulan berikut akan diadakan kem latihan pusat bagi atlet SUKMA XVI Perlis.


Sekian, Terima Kasih.

Laporan Dari
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

Read more...

Monday, August 26, 2013

PROGRAM PENCARIAN BAKAT BARU (TID) SUKAN SKUASY

Program : Program TID Sukan Skuasy
Tarikh : 25 Ogos 2013 (Ahad)
Masa : 8.30 pagi hingga 12.00  tengahari
Tempat : Pusat Skuasy Antarabangsa Nicol David (NDISC) Bukit Dumbar, P.Pinang
Kehadiran : En. Khoo Teng Hin (JPM), En. Aaron Soyza (JPM MSNPP),Mathew Wong Kee Hing (JSM), Jurulatih Akademi Skuasy P.Pinang (SAP), dan Atlet- Atlet Pelapis.

OBJEKTIF     
Program ini dijalankan dengan tujuan untuk mencari bakat-bakat baru yang boleh digilap sekaligus untuk diketengahkan di peringkat. Pihak Persatuan Skuasy Pulau Pinang dan USPTN dengan kerjasama Jurulatih telah mengambil inisiatif dengan mengadakan satu siri pencarian bakat/talent ID.  Peserta yang berjaya untuk sesi ini akan diserap ke Akademi Skuasy Pulau Pinang (SAP) di bawah seliaan Persatuan Skuasy Pulau Pinang (SRAP) dan Program Pelapis Negeri Pulau Pinang.

PENYERTAAN
Penglibatan ke dalam program mencari bakat baru ini melibatkan beberapa pelajar dari sekolah di sekitar Pulau Pinang yang berminat menceburi sukan Skuasy. Seramai 50 orang peserta telah melalui ujian mengenalpasti bakat pada kali ini. Rata-rata umur peserta yang terlibat dapat dipecahkan kepada beberapa kategori umur seperti bawah 12 tahun, 10 tahun, dan 8 tahun.

UJIAN PENILAIAN
Barisan kejurulatihan telah melaksanakan 5 ujian penilaian ke atas semua peserta. Ujian ini akan menilai kebolehan dan bakat setiap peserta dan menjadi kriteria utama pemilihan. 5 ujian ini adalah:
1. Tennis ball throwing
2. Squash ball throwing 
3.Ladder exercise
4. Running on court
5. Hitting

Di samping ujian penilaian ini, di awal sesi telah diadakan penerangan ringkas berkaitan sukan skuasy secara teori. Sebelum setiap ujian penilaian dijalankan, demonstrasi atau panduan akan ditunjukkan oleh atlit-atlit pelapis.

Akhir sekali, terima kasih kepada semua yang turut sama terlibat bagi menjayakan program ini. Semoga program ini mendapat sokongan dari ibubapa sekaligus menjadi pemangkin untuk melahirkan jaguh baru sukan skuasy pada masa hadapan.

Sekian, terima kasih

Mohamad Suhairi Bin Othman

Read more...

LAPORAN KEJOHANAN PIALA REMAJA MILO RANKING MASTER - 4rd LEG 2013

Tarikh : 24 Ogos 2013 (Sabtu)
Masa : 10.00 pagi hingga 7.00 malam
Tempat : Mega Bowling Center, Seberang Perai, Pulau Pinang.

Kejohanan Piala Remaja MILO Ranking Master – 4rd Leg 2013 adalah kejohanan peringkat remaja Negeri bagi Zon Utara yang melibatkan 4 buah negeri iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak. Kejohanan ini adalah kejohanan dwi tahunan yang dianjurkan oleh pihak Persatuan Tenpin Bowling Negeri Pulau Pinang. Sebanyak 5 sirkit akan dijalankan sebelum memilih peserta yang layak untuk ke Grand Final.

Kejohanan kali ini mempertandingkan 4 kategori iaitu Bawah 12 Tahun, Bawah 16 Tahun, Boys Open dan Girls Open. Penyertaan kali ini amat memberangsangkan walaupun saingan sirkit terakhir akan berlangsung di Ampang Superbowl Bukit Mertajam pada 5 Oktober 2013 sebelum ke Grand Final.

Berikut disertakan keputusan terbaik bagi sirkit ketiga :-

Bawah 12 Tahun
1. Emas – Anis Hadirah Binti Anuar (PNG) - total 996 /ave 161.00
2. Perak - Megat Zahrul Haiqal (PNG) - total 973/ave 162.17
3. Gangsa – Muhd Irdzuan Azzamullah Bin Azman (KDH) - total 966/ave 161.00

Bawah 16 Tahun

1. Emas - Muhd Haziq Mohd Ridzuan (KDH) - total 1543/ave 192.88
2. Perak – Ong Seing Leing (PNG) - total 1512/ave 189.00
3. Gangsa – Kelvin Tan Chun Shin (PNG) - total 1472/ave 184.00

Girls Open

1. Emas - Nur'ain Mustaffa (NS) - total 1573/ave 196.63
2. Perak – Nur Ameera Husna - total 1463/ave 182.88
3. Gangsa – Nur Syahirah Shahidi (PER) - total 1382/ave 172.75

Boys Open
1. Emas - Ahmad Zulkarnian Ahmad Mazlan (KED) - total 1575/ave 196.88
2. Perak – Euguen Oh Chern Yu (PNG) - total 1561/ave 190.13
3. Gangsa – Mohd Nazmi Bin Mohd Mazli (PNG) - total 1527/ave 190.88

Sekian, Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

Read more...

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved