Tuesday, November 25, 2014

LAPORAN PERINGKAT PERTAMA PROGRAM PENCARIAN BAKAT (TID) SUKAN AKUATIK – RENANG

Tarikh : 21 November 2014 (Jumaat)
Masa : 9.00 Pagi hingga 12.00 Tengahari
Tempat : SJK (C) Hun Bin dan SJK (C) Poay Wah
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang dan Persatuan Renang Amatur Pulau Pinang (PASA) telah mengadakan satu Program Pencarian Bakat (TID) Sukan Akuatik – Renang Pelapis Negeri Pulau Pinang yang melibatkan beberapa sekolah rendah sekitar lokasi Chinese Swimming Club, Pulau Pinang.

Antara sekolah yang dijemput melalui kebenaran Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang ialah SJK (C) Hun Bin, SJK (C) Poay Wah dan SK Tanjong Tokong tetapi hanya 2 buah sekolah sahaja yang telah bersetuju untuk terlibat dalam program ini iaitu SJK (C) Hun Bin dan SJK (C) Poay Wah. Jumlah keseluruhan murid yang telah terlibat dalam program ini di 2 buah sekolah rendah tersebut ialah seramai 107 orang dan membabitkan murid darjah 1 hingga darjah 4.

Program ini dimulakan dengan penerangan jurulatih tentang Sukan Akuatik – Renang. Jurulatih juga memaklumkan murid yang tidak pandai berenang juga digalakkan menyertai program ini asalkan murid tersebut tidak takut untuk masuk ke dalam kolam renang kerana jurulatih akan memberi latihan berenang kepada murid yang terpilih.

Murid-murid yang terpilih akan menjalani pemilihan peringkat kedua di Chinese Swimming Club, Pulau Pinang pada 23 November 2014 (Ahad), jam 10.00 pagi hingga 1.00 petang.
Sekian, terima kasih.

Laporan disediakan oleh
Azira Binti Azizan

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved