Monday, February 29, 2016

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN SEPAK TAKRAW

Tarikh : 27 Februari 2016 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari
Tempat : SMK Mutiara Impian, Simpang Ampat

KEHADIRAN
1. En. Syed Roslan Syed Khalid
2. En. Ahmad Rahimi Bin Azizan
3. En. Mohd Suhaimi Md Salleh

ATLET
1. 24 orang

LATIHAN
1. Penyesuaian latihan dan regu untuk kejohanan MSSPP. Latihan ini adalah persiapan untuk peringkat separuh akhir & akhir kejohanan MSSPP di SMK Desa Murni, Sungai Dua pada 29 Februari 2016.

UJIAN
-Tiada-

PERTANDINGAN
1. Atlet terlibat untuk kejohanan MSSPP (separuh akhir & akhir) yang berlangsung dari 29 Februari 2016 di SMK Desa Murni Sungai Dua.

KECEDERAAN
-Tiada-

PERALATAN
1. Masih memerlukan beberapa peralatan seperti bola takraw, jaring, punching bag.
2. Bola untuk latihan kebanyakan pecah dan tidak boleh digunakan lagi.

PROGRAM BINAAN
-Tiada-

ULASAN RINGKAS
1. Telah menerima surat penyambungan kontrak dari jurulatih untuk tahun 2016.
2. Semasa pemantauan dibuat atlet sedang menjalani latihan penyesuaian regu untuk persiapan kejohanan MSSPP pusingan separuh akhir dan akhir pada 29 Februari 2016 di SMK Desa Murni Sungai Dua. Kejohanan ini melibatkan 3 peringkat umur iaitu bawah 12 tahun, 15 tahun dan 18 tahun.
3. Jurulatih ada memohon bola takraw untuk latihan memandangkan bola yang sedia ada kebanyakan pecah dan tidak boleh digunakan lagi.
4. PPN juga memaklumkan pada jurulatih bahawa pembelian bola takraw dan lain-lain akan dibuat secepat mungkin menggunakan peruntukan dari peralatan kecil.

Sekian,Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh
https://ssl.gstatic.com/ui/v1/icons/mail/images/cleardot.gif

Read more...

Friday, February 26, 2016

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN OLAHRAGA

Tarikh : 25 Februari 2016 (Khamis)
Masa : 5.00 petang hingga 7.00 petang
Tempat: SMK Dato Kailan, SPU, Pulau Pinang


KEHADIRAN
1. En. Mohd Nadri Bin Mahmood - JSM
2. Mohamad Suhairi Bin Othman - PPN
3. Atlet - 11 Orang

LATIHAN

1. Warm up & stretching
2. Latihan bebanan
3. Plyometric training
3. Cooling down

UJIAN
Tiada

PERTANDINGAN

Kejohanan Olahraga Perak All Comers 1/2016 pada 19 hingga 20 Mac 2016 di Ipoh, Perak

ULASAN

1. Jurulatih memaklumkan tidak akan menyertai Kejohanan Olahraga Pahang Open 2016 kerana atlet-atlet terlibat dengan peperiksaan sekolah.
2. Jurulatih mencadangkan nama Nur Liyana Izzati bagi menyertai Kem Bakat Olahraga (Lompatan) yang dijadualkan pada 12 hingga 18 Mac 2016 di SSM Gambang.
3. Pihak USPTN menyerahkan bantuan peralatan yang diterima dari Bahagian Atlet, Majlis Sukan Negara untuk PLN Olahraga.

Sekian, terima Kasih

Disediakan Oleh
Mohamad Suhairi Bin Othman

Read more...

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN TENPIN BOLING

Tarikh : 25 Februari 2016 (Khamis)
Masa : 5.00 petang hingga 7.00 petang
Tempat : Penang Bowl Lebuh Farquhar, Pulau Pinang

KEHADIRAN
1. Albert Yeoh Seng Poh - JSM
2. Cheah Teik Tatt - JSM
3. Nooriani Abdul Rahman - JSM
4. Randy Wong - JPM Negeri
5. Mohd Suhaimi Md Salleh - PPN

ATLET
1. 18 atlet

LATIHAN
1. Roll Off

UJIAN
-Tiada-

PERTANDINGAN
1. atlet akan menyertai kejohanan Piala Remaja Milo Ranking Masters pada 27 Februari 2016 di Mega Bowling Centre, Seberang Perai

KECEDERAAN
-Tiada-

PERALATAN
1. Hak milik pensendirian

PROGRAM BINAAN
-Tiada-

ULASAN RINGKAS
1. Pemilihan roll off dibuat bagi memilih atlet yang layak untuk mewakili Pulau Pinang ke kejohanan Astro 40th Malaysian National & Astro 29th Interstate Bowling Championships pada 11 hingga 19 Mac 2016 di Sunway Megalanes, Sunway Piramid, Kuala Lumpur.
2. Tarikh mesyuarat JKK Bil 1/2016 sukan Tenpin Boling masih belum diterima dari pihak Persatuan.
3. PPN juga telah menerima maklumat atlet bagi tahun 2016 untuk direkod dan dihantar kepada pihak Bahagian Atlet.

Sekian,Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

Read more...

LAPORAN KEJOHANAN GIMRAMA MSSPP 2016

Tarikh : 23 hingga 25 Februari 2016
Tempat : Akademi Gimrama MSNPP


Kejohanan Gimrama MSSPP 2016 telah diadakan pada 23 hingga 25 Februari 2016 di Akademi Gimrama MSN Pulau Pinang. Kejohanan 3 hari itu melibatkan seramai 50 gimnas dari seluruh sekolah Pulau Pinang melibatkan kumpulan PreJunior, Junior, G2 dan Gred 3, manakala kategori Senior akan dijalankan pada 3 Mac 2016. Bagi atlet pelapis seramai 10 orang dari kumpulan prejunior dan junior telah menyertai pertandingan ini. Atlet yang terpilih akan menjalani latihan pusat di akademi sebelum menyertai Kejohanan Gimrama MSSM 2016 yang dijadual berlansung pada 13 hingga 16 Mac di Bukit Jalil.
Kejohanan kali ini berakhir pada 25 Februari 2016. Majlis penutup serta penyampaian hadiah turut dihadiri Tuan Haji Izmi Bin Ismail (Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan), Mohamed Ali Bin Mohamed Jelani (Penyelaras Sukan Gimrama JPNPP), Puan Noraini Abu Seman (Pengerusi jawatan Kuasa Pengelola), Puan Wong Chiew Lee selaku (Naib Pengerusi jawatan Kuasa Pengelola) dan PPN. Acara berakhir pada jam 4.00 petang.

Berikut merupakan keputusan rasmi kejohanan bagi atlet Pelapis Pulau Pinang :

KATEGORI: PREJUNIOR- CLUB
PREJUNIOR- ROPE
PREJUNIOR- FREEHAND
PREJUNIOR- KESELURUHAN
KATEGORI: JUNIOR- BALL
JUNIOR- ROPE
JUNIOR- HOOP
JUNIOR- CLUBS
JUNIOR- KESELURUHAN

Sekian, Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

Read more...

LAPORAN KEJOHANAN GIMNASTIK ARTISTIK MSSPP 2016

Tarikh : 23 hingga 24 Februari 2016
Tempat : Akademi Gimnastik Artistik Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang

Kejohanan Gimnastik Artistik MSSPP 2016 berlangsung pada 23 hingga 24 Februari 2016. Kejohanan yang dijalankan selama 2 hari telah dikelolakan oleh Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Pulau Pinang (MSSPP). Jumlah penyertaan peserta tahun ini adalah 61 orang pelajar (29 perempuan dan 32 lelaki). Seramai 18 orang atlet pelapis Pulau Pinang turut menyertai MSSPP pada tahun ini.  Kejohanan ini dijalankan mengikut undang-undang Persekutuan Gimnastik Antarabangsa (FIG), Undang-Undang Gimnastik Malaysia (PGM), Undang-Undang Gimnastik MSSM, dan Peraturan-Peraturan Am MSSM. Kejohanan ini dijalankan untuk menilai prestasi atlet antara sekolah-sekolah dalam negeri Pulau Pinang.

Berikut merupakan keputusan rasmi kejohanan membabitkan atlet pelapis Pulau Pinang bawah 12 tahun :-

MAG - Bawah 12 Tahun
WAG - Bawah 12 Tahun

Sekian sahaja laporan Kejohanan Gimnastik Artistik MSSPP 2016 pada 23 hingga 24 Februari 2016 bertempat di Akademi Gimnastik Artistik Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang.

Sekian, terima kasih

Laporan Disediakan Oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

Read more...

Wednesday, February 24, 2016

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN SEPAK TAKRAW

Tarikh : 23 Februari 2016 (Selasa)
Masa : 5.00 petang hingga 7.00 petang
Tempat : SMK Mutiara Impian, Simpang Ampat

KEHADIRAN
1. En. Syed Roslan Syed Khalid
2. En. Mohd Suhaimi Md Salleh

ATLET
1. 24 orang

LATIHAN
1. Penyesuaian latihan dan regu untuk kejohanan MSSPP.

UJIAN
-Tiada-

PERTANDINGAN
1. Atlet terlibat untuk kejohanan MSSPP yang berlangsung dari 23 hingga 25 Februari 2016 di SMK Desa Murni Kepala Batas.

KECEDERAAN
-Tiada-

PERALATAN
1. Masih memerlukan beberapa peralatan seperti bola takraw, jaring, punching bag.
2. Bola untuk latihan kebanyakan pecah dan tidak boleh digunakan lagi.

PROGRAM BINAAN
-Tiada-

ULASAN RINGKAS
1. Telah dapat menjalankan Mesyuarat JKK Bil 1/2016 pada 15 Februari 2016 di Bilik Mesyuarat MSNPP. Dalam Mesyuarat tersebut, Pihak Unit telah mendapat kelulusan untuk lantikan jurulatih bagi tahun 2016.
2. JSM Ahmad Rahimi terlibat sebagai Pegawai Pertandingan sepanjang kejohanan MSSPP berlangsung.
3. Jurulatih ada memohon bola takraw untuk latihan memandangkan bola yang sedia ada kebanyakan pecah dan tidak boleh digunakan lagi.
4. Dari pemantauan dibuat, jurulatih sedang persiapan regu untuk menghadapi kejohanan pada minggu ini.

Sekian,Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

Read more...

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved