Sunday, November 30, 2014

LAPORAN HARI TERAKHIR KEJOHANAN SIRKIT REMAJA KEBANGSAAN SUKAN GIMRAMA SIRI 2/2014

Tarikh : 28 November 2014 (Jumaat)
Tempat : Dewan Gimnastik Kompleks SUKPA, Kuantan Pahang

Kejohanan Sirkit Remaja Kebangsaan sukan Gimrama Siri 2/2014 telah memasuki hari terakhir kejohanan. Pada hari terakhir kejohanan, pasukan dari Negeri Pulau Pinang telah mengambil bahagian dua acara iaitu kategori LG (Bola) dan kategori Gred 2 (Free hand). Latihan rasmi dijalankan pada jam 8.00 pagi hingga 8.50 pagi. Pertandingan pada sesi pagi bermula jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang dan pertandingan sesi petang bermula jam 2.00 petang hingga 5.00 petang. Sesi penyampaian hadiah berakhir jam 6.00 petang. Pada hari terakhir kejohanan pasukan Pulau Pinang telah berjaya memenangi pingat gangsa (tempat ke- 5).

Berikut merupakan keputusan rasmi pada hari terakhir kejohanan bagi atlet-atlet dari pasukan Negeri Pulau Pinang :-

Kategori : LG (Bola)
Nicole Cheng Qi Ern - 7.000 mata (9/22)
Fong Lee Ann - 6.800 mata (11/22)
Ho Jay Meen - 5.350 mata (22/22)

Kategori : Gred 2 (Free Hand)
Ong Wei Yee - 6.600 mata

Kategori : LG
Acara Berpasukan
Tempat ke - 5 : Jumlah mata 56.482
Nicole Cheng Qi Ern - 19.899 mata
Fong Lee Ann - 19.200 mata
Ho Jay Meen - 17.383 mata

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan kepada yang kalah jangan berputus asa untuk mencuba lagi di kejohanan yang akan datang. Sekian sahaja laporan pada hari terakhir Kejohanan Sirkit Remaja Kebangsaan sukan Gimrama Siri 2/2014.

Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh
Azira Binti Azizan

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved