Sunday, November 16, 2014

LAPORAN HARI KEDUA KEJOHANAN PELAPIS ANTARA ZON PERINGKAT AKHIR 2014 BAGI SUKAN MENEMBAK

Tarikh : 15 November 2014 (Sabtu)
Tempat : Lapang Sasar Menembak Kompleks SUKPA, Kuantan Pahang.  


Kejohanan Pelapis Antara Zon Peringkat Akhir 2014 bagi sukan Menembak telah memasuki hari kedua kejohanan. Acara yang dipertandingkan pada hari kedua kejohanan ialah acara 10M Air Rifle - Wanita dan 10M Air Pistol - Lelaki. Latihan rasmi untuk acara 10M Air Rifle - Wanita dan 10M Air Pistol - Lelaki telah dijalankan pada pukul 9.00 pagi. Pada hari kedua kejohanan bagi sukan menembak pertandingan dijalankan selepas latihan rasmi berakhir.

Berikut merupakan keputusan rasmi bagi acara 10M Air Rifle - Wanita dan 10M Air Pistol - Lelaki yang dipertandingkan pada hari pertama pertandingan :-

Acara 10M Air Rifle - Wanita (Individu)
Emas: Nurul Athirah Binti Huzaimi (Perak) - Zon Tengah
Perak : Nur Aqasha Damia Binti Abdullah (Terengganu) - Zon Timur
Gangsa : Nur Taqiyqh Alya Binti Nor Rahim (Terengganu) - Zon Timur
Tempat keenam : Vernicia Hor Synn Yi (P.Pinang) - Zon Utara


Acara 10M Air Pistol - Lelaki (Individu)
Emas : Wan Muhammad Shafiq Bin Wan Mutalib (Pahang) - Zon Timur
Perak : Raja Danish Aiman Bin Raja Sallehudin (Selangor) - Zon Tengah
Gangsa : Sim Jia Hong (Johor) - Zon Selatan
Tempat Kelima : Lee Her Jun Jonathan (P.Pinang) - Zon Utara
Tempat Ke-15 : Lim Weng Hong (P.Pinang) - Zon Utara


Esok (16 November 2014) merupakan hari terakhir kejohanan dan penyampaian hadiah kepada pemenang akan dijalankan esok pagi.

Sekian sahaja laporan pada hari kedua Kejohanan Pelapis Antara Zon Peringkat Akhir 2014 bagi sukan Menembak.

Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh
Azira Binti Azizan

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved