Thursday, February 26, 2015

LAPORAN PROGRAM PENCARIAN BAKAT BARU (TID) SUKAN GIMNASTIK ARTISTIK

Tarikh : 26 Februari 2015 (Khamis)
Masa : 8.30 Pagi hingga 11.30 Pagi
Tempat : SJK (C) Confucian A & B , SJK (C) Shang Wu
Kehadiran : 2 Pegawai, 1 Jurulatih

Program pencarian bakat baru (TID) sukan gimnastik telah dijalankan pada 26 Februari 2015. Seramai 150 pelajar telah hadir pada hari tersebut termasuk guru – guru dan murid-murid darjah 1 wanita sahaja. Dimulakan dengan penerangan program sukan gimnastik. Pelajar-pelajar dimaklum bagaimana cara untuk memulakan karier sebagai seorang atlet bermula dari bangku sekolah hingga ke peringkat Kebangsaan.

Setelah taklimat ringkas disampaikan oleh penyelaras, jurulatih mengambil tempat dengan memulakan penerangan latar belakang sukan gimnastik. Taklimat merangkumi pencapaian atlit, jadual latihan serta beberapa elemen yang perlu ada bagi seorang untuk menjadi atlet negeri.

Objektif TID dibuat untuk mencari bakat-bakat baru dalam sukan gimnastik bagi menambahkan lagi saingan sesama sendiri ketika menjalani latihan.Seramai 40 orang peserta dikenal pasti dan akan di panggil ke pusat latihan pada minggu hadapan untuk di saring sebelum diserap terus ke dalam program pelapis. Program tamat pada jam 11.30 pagi. Program akan disambung lagi pada minggu hadapan dimana melibatkan beberapa buah sekolah lagi di dalam Pulau Pinang.


Sekian, terima kasih.

Laporan disediakan oleh
Fazli Hisam Bin Mohd Zainol Abidin

Read more...

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN SUKAN TINJU

Tarikh : 25 Feb 2015 (Rabu)
Masa : 5.30 petang hingga 7.00 petang
Tempat : SMK Seri Muda, Penaga, Kepala Batas


KEHADIRAN
1. En. Zainuddin Bin Zakaria (JSM)
2. 8 Orang atlet pelapis


LATIHAN
1. Warm up & stretching
2. Tumbukan (punching)
3. Defending/covering
3. Shadow Boxing
4. Cooling down


PERALATAN
Masih menunggu peralatan daripada pembekal (skipping rope & glove).


UJIAN
Ujian kecergasan fasa 1/2015 akan dijalankan pada bulan Mac 2015.


PERTANDINGAN
Kejohanan Tinju Pelapis Zon Utara Siri 1/2015 pada 20 hingga 22 Mac 2015 di Perlis.


ULASAN
1. Latihan berjalan seperti biasa bermula dari pukul 5.00 petang hingga 7.00 petang.

2. Terdapat beberapa orang atlet yang tidak dapat turun latihan pada hari ini kerana menghadiri aktiviti sekolah.
3. Program Klinik dan TID sukan tinju dirancang untuk dilaksanakan pada bulan Mac atau April selepas mendapat tarikh yang sesuai dari pihak sekolah.
4. Atlet-atlet dipersiapkan untuk menghadapi Kejohanan Pelapis Zon Utara Siri 1/2015 pada bulan Mac depan.

Sekian,Terima Kasih

Disediakan Oleh
Mohamad Suhairi Bin Othman

Read more...

Tuesday, February 17, 2015

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN TAEKWONDO BERSAMA WORLD TAEKWONDO PEACE CORPS (KOREA)

Tarikh : 16 Februari 2015 (Isnin)
Masa : 7.00 malam hingga 10.45 malam
Tempat : Dewan Ria Butterworth

KEHADIRAN
1. En. Rajendran Rajoo - JSM
2. Master Park Yu Yuong - Jurulatih Korea
3. Master Kim So Young - Jurulatih Korea
4. Master Kim Hyeon Been - Jurulatih Korea
5. Cik Lee Jo Hee - Jurulatih Korea
6. Mohd Suhaimi B. Md Salleh - PPN

ATLET
1. 18 lelaki & 12 wanita - Pelapis
2. 15 lelaki & 11 wanita - Pembangunan Kelab

LATIHAN
1. Warming Up
2. Teknik Tendangan 
3. Teknik Tumbukan
4. Speed Endurance
5. Sparring

UJIAN
-Tiada-

PERTANDINGAN
-Tiada-

KECEDERAAN
-Tiada-

PERALATAN
1. Masih menunggu peralatan daripada pembekal (Kicking Target, Focus Mitt dan Body Target) yang akan dihantar selepas Hari Raya Cina.

PROGRAM BINAAN
1. Masih diperingkat perbincangan bersama pihak sekolah untuk mengadakan pencarian bakat baru di SMK Dato Onn Butterworth.

ULASAN RINGKAS
1. Untuk hari ini merupakan latihan khas dimana jalinan antara Pelapis Pulau Pinang bersama Korea World Peace Corps dapat diadakan.
2. Tujuan latihan ini diadakan bagi membantu jurulatih dan atlet dalam menyediakan program latihan khusus serta berkesan dengan teknik-teknik dan teknikal yang terkini. Selain itu juga, jurulatih dapat mencari bakat-bakat baru yang berpotensi untuk diserapkan dalam skuad Pelapis.
3. PPN juga memaklumkan bahawa jurulatih perlu menghantar maklumat atlet yang terbaru untuk diserap dalam program bagi tahun 2015.
4. Sukan ini masih dipangku oleh saya sehingga PPN baru masuk melapor diri. Makluman ini juga telah dimaklumkan kepada jurulatih.
5. Setinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada pihak Cawangan Pelapis bersama PSK diatas penganjuran jelajah TPC ke seluruh Malaysia untuk sesi latihan khas bersama Pelapis Negeri.
6. Di akhir latihan, sesi bergambar tanda kenang kenangan bersama jurulatih dan atlet dapat diadakan. 

Sekian,Terima Kasih

Laporan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

Read more...

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN GIMRAMA

Tarikh : 16 Februari 2015 (Isnin)
Masa : 8.00 pagi – 11.00 pagi (Sesi Pagi)
Tempat : Akademi Gimrama Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang.

KEHADIRAN

1. Cik Ulitina Mariia – JLN
2. Fazli Hisam Bin Mohd Zainol Abidin - PPN

ATLET

1. 10 Orang

LATIHAN
1. Sesi memanaskan badan.
2. Latihan aerobik.
3. Latihan reben.
4. Latihan langkah-langkah gimnastik.
5. Latihan langkah tarian.

UJIAN
1. Tiada

PERTANDINGAN
1. Tiada

KECEDERAAN
1. Tiada

PERALATAN
1. Semua dalam keadaan baik

PROGRAM BINAAN
1. Tiada

ULASAN RINGKAS
1. Latihan berjalan seperti biasa iaitu sesi pagi dan malam.
2. Terdapat kebocoran berlaku pada hari hujan dan karpet terpaksa ditutup menggunakan alas serta diletakkan baldi.Perkara ini akan dirujuk kepada penyelia bangunan MSN Pulau Pinang.
3. Jurulatih mengadu sakit lutut dan dirujuk kepada fisioterapi. Hasil pemeriksaan fisioterapi MSN Pulau Pinang,beliau perlu dirujuk kepada Hospital Pulau Pinang dan perkara ini telah dimaklumkan kepada Encik Giam.
4. Atlet akan membuat pertunjukan pada “INTERNATIONAL WOMEN’S DAY “yang akan diadakan pada 8 Mac 2015 di Beach Street Pulau Pinang.

Sekian, Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh
Fazli Hisam Bin Mohd Zainol Abidin

Read more...

Monday, February 16, 2015

LAPORAN PEMANTAUAN HARI TERAKHIR KEM LATIHAN SUKAN MEMANAH 2015

Tarikh : 15 Februari 2015 (Ahad)
Masa : 7.00 pagi hingga 6.00 petang
Tempat : Sek Keb Residensi, Georgetown

Hari terakhir kem bermula pada jam 7.00 pagi dengan semua atlet bersarapan pagi sebelum bergerak dari MSNPP ke venue latihan tepat jam 7.30 pagi. Untuk sesi latihan hari ini merupakan ujian "scoring" pada jarak 30 meter. Ujian ini dijalankan sebanyak 2 sesi iaitu pagi dan petang. Sebelum memulakan ujian, jurulatih telah memberi kata-kata perangsang dan cabaran pada semua atlet agar membuat catatan skor yang terbaik mengikut apa yang dipelajari sepanjang kem ini. Pemarkahan skor akan dilihat dan dinilai setiap atlet sama ada keberkesanan yang diajar mencapai objektif atau sebaliknya.

Setelah selesai ujian, atlet diberi beberapa tips untuk digunapakai semasa latihan mahupun kejohanan. Jurulatih juga ada memperingatkan agar setiap atlet mempunyai daya ketahanan mental dan fizikal yang kuat. 

Berikut dilampirkan keputusan skor yang dijalankan hari ini :-

RECURVE LELAKI 
1. Kar Hoe - 638
2. Khairul - 623
3. Ammar - 620
4. Kar Wei - 609
5. Edward - 600
6. Ying Sheng - 538
7. Hakimi - 536
8. Faris - 510
9. Syaamil - 454
10. Abdillah - 453
11. Iqbal - 443
12. Haziq - 425
13. Bhin - 404
14. Alif - 330

RECURVE WANITA 
1. Syarfa - 649
2. Audrey - 610
3. Priti - 610
4. Weng Zhing - 607
5. Kayal - 598
6. Nurin Sofea - 597
7. Rebecca - 577
8. Priya - 573
9. Divya - 402

COMPOUND LELAKI 
1. Logathasan - 701
2. Syarfi - 670
3. Khambeswaran - 669

COMPOUND WANITA 
1. Hurrunain - 633

Semoga setiap atlet tidak berputus asa untuk meningkatkan prestasi dari masa ke semasa dan tahniah kepada semua yang hadir kerana telah memberi komitmen dalam memajukan sukan yang diceburi. Ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Kem tamat dengan jayanya pada jam 6.00 petang. 

Sekian,Terima Kasih

Laporan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

Read more...

LAPORAN PEMANTAUAN HARI KEDUA KEM LATIHAN SUKAN MEMANAH 2015

Tarikh : 14 Februari 2015 (Sabtu)
Masa : 7.00 pagi hingga 10.00 malam
Tempat : Sek Keb Residensi Georgetown

Hari kedua kem latihan diteruskan seawal jam 7.00 pagi dengan semua jurulatih dan atlet bersarapan pagi sebelum bergerak menaiki bas MSNPP ke venue latihan (SK Residensi) pada jam 7.30 pagi.

Sesi latihan pagi bermula dengan perjumpaan ringkas jurulatih bersama atlet untuk memaklumkan perjalanan latihan pagi dan petang. Selesai perjumpaan atlet diarah untuk membuat regangan secara berkumpulan. Latihan pagi telah dipantau oleh jurulatih dengan menekankan kedudukan postur badan, kedudukan tangan dan cara tarikan yang betul pada jarak shooting 10 meter. Sesi latihan tamat pada jam 12.30 tengahari dan atlet balik ke MSNPP untuk berehat serta makan tengahari. 

Sesi latihan petang bermula jam 2.30 petang di padang SK Residensi dengan latihan shooting jarak 30 meter. Sebelum memulakan latihan, jurulatih telah membuat pemeriksaan peralatan dan seterusnya sesi regangan ringan. Menurut jurulatih ada beberapa atlet yang berpotensi serta memberi peningkatan semasa latihan. Sesi latihan tamat jam 6.00 petang dan atlet dibawa balik ke penginapan untuk berehat dan makan malam.

Hanya perjumpaan bersama atlet dapat dijalankan pada malam ini untuk memberi tips-tips  semasa "ujian scoring" keesokkan hari. Atlet diberi pelepasan awal untuk balik berehat bagi persediaan esok. Sesi tamat pada jam 9.30 malam.

Sekian, Terima Kasih

Laporan oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

Read more...

Saturday, February 14, 2015

LAPORAN HARI PERTAMA KEM LATIHAN SUKAN MEMANAH 2015

Tarikh : 13 Februari 2015 (Jumaat)
Masa : 3.00 petang hingga 10.00 malam
Tempat : Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang

Kem Latihan Sukan Memanah 2015 yang bertempat di Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang akan memulakan kem bermula pada 13 Februari dan akan berakhir 15 Februari 2015. Seramai 22 orang (12 lelaki & 10 wanita), 4 jurulatih dan 2 pegawai akan terlibat sepanjang kem ini berlangsung. 

Sepanjang 3 hari berkampung, jurulatih telah memilih Sekolah Kebangsaan Residensi, Georgetown sebagai pusat latihan. Sesi latihan akan dijalankan sebanyak 2 sesi iaitu pagi dan petang. Pada hari ini pendaftaran atlet telah dibuka pada jam 3.00 petang sehingga 4.00 petang.

Sesi taklimat daripada urusetia bermula jam 4.00 petang sehingga 5.00 petang bagi memaklumkan perjalanan program sehingga selesai kem ini. Pada sesi sebeleah petang, sesi bersama jurualatih dapat dijalankan untuk sesi perkenalan bersama atlet. Tepat jam 8.30 malam, sesi pengenalan sukan telah diadakan bagi menekankan para atlet pada teknik latihan yang betul, peralatan serta fokus sebelum,semasa dan selepas latihan.

Sesi malam tamat pada jam 10.00 malam dan akan bersambung program pada keesokkan hari bermula jam 7.00 pagi.

Sekian,Terima Kasih

Laporan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

Read more...

Friday, February 13, 2015

LAPORAN PEMANTAUAN NATIONAL EVALUTION SUKAN TENPIN BOLING 2015

Tarikh : 12 Februari 2015 (Khamis)
Masa : 5.00 pm - 7.00 pm
Tempat : Mega Bowling Centre, Seberang Perai
Kehadiran :
1. Encik George Tan - MTBC
2. Encik Ben Heng - Jurulatih Kebangsaan
3. Encik Albert Yeoh Seng Poh - JSM
4. Encik Cheah Teik Tatt - JSM
5. Pn Nooriani Abdul Rahman - JSM
6. Encik Suhaimi Md Salleh - PPN

Seramai 52 orang (34 lelaki & 18 wanita) telah hadir untuk sesi pemilihan sebelum diserap masuk ke program Pelapis Negeri tahun 2015. Program kali ini telah dikendalikan dan dinilai oleh Encik George Tan (MTBC) dan Encik Beng Heng (jurulatih kebangsaan). 

Objektif program ini adalah medan pemilihan serta menilai kemampuan setiap atlet yang berpotensi dan berkelayakan untuk diserap dalam program Pelapis Negeri Pulau Pinang bagi sukan Tenpin Boling. Kriteria pemilihan juga berdasarkan kepada teknik balingan.

Hasil perbincangan MTBC Bersama pihak Persatuan Negeri dan jurulatih, seramai 46 orang (31 lelaki & 15 wanita) telah terpilih mengikut kriteria yang telah ditetapkan. Daripada jumlah tersebut seramai 6 orang (Level AAA) dan 40 (Level AA).

Berikut senarai atlet yang terpilih untuk Program Pelapis Negeri 2015.

Level AAA (Lelaki)
1. Ong Seing Leing
2. Dennis Gan Chin Keat
3. Kelvin Tan Chun Shin
4. Muhammad Akif Afif Azman
5. Muhammad Hariz Adlan Azman

Level AAA (Wanita)
1. Anis Shalin Zulkhisham

Level AA (Lelaki)
1. Brandon Lau Tze How
2. Megat Zahrul Haiqal Megat Zairudin
3. Muhammad Syauqi Iman Shamsul Rijal
4. Muhammad Asyraf Basaruddin
5. Muhammad Danish Syukran Daziro
6. Muhammad Hafiz Darwisy Azhlan
7. Muhammad Irfan Danial Hafizan
8. Akmal Haziq Annas Goh
9. Mohamed Al Iman Mohamed Hifni
10. Muhammad Nor Hakimi Mohd Lok Pi
11. Chong Eu Gene
12. Wan Zuhairi Izlan Bin Wan Saiful Baharin
13. Muhammad Syafudin Jamaluddin
14. Muhammad Shafiy Zaim Mohd Noor Azam
15. Muhammad Nazri Shamsul Bahri
16. Muhammad Nazmi Shamsul Bahri
17. Muhammad Aiman Mohd Sharif
18. Mohamad Amir Imtiyaz Mohd Annuar
19. Mohamad Al Faiz Zainal Abidin
20. Justin Chan Xine Han
21. Fakhruddin Abu Bakar
22. Ernest Bavanick Kumar Tanabalan
23. Chuah Shan Yu
24. Tan Fang Sheen
25. Ariff Ahmad Faisal Ahmad
26. Muhammad Azim Fitri Zulamri

Level AA (Wanita)
1. Auni Mardhiah Anuar
2. Aina Alyaa Zulamri
3. Puteri Syamimi Ezzaty Megat Zairudin
4. Kelly Lau Suet Kei
5. Alyaa Addini Zulamri
6. Anis Hadirah Anuar
7. Iman Nur Qistina Mohd Lok Pi
8. Melissa Khong Xia Yi
9. Nur Amirah Farihah Azhlan
10. Nurul Eliana Mohamad Yaacob
11. Ong Eileen
12. Nurul Nadia Mohamad Yaacob 
13. Zaitun Faiqah Abu Bakar
14. Nur Alya Safiyya Shamsul Rijal

Pihak Unit mengucapkan ucapan terima kasih kepada MTBC dan Persatuan Tenpin Bowling Pulau Pinang serta pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung pada pemilihan petang ini. Diharap semua atlet yang terpilih akan memberi komitmen yang komited pada latihan serta kejohanan yang disertai. 

Sekian, Terima Kasih

Laporan oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

Read more...

Thursday, February 12, 2015

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN SUKAN TINJU

Tarikh : 10 Feb 2015 (Selasa)
Masa : 5.00 petang hingga 6.30 petang
Tempat : Gelanggang Tinju, Kompleks Sukan Titi Mukim

KEHADIRAN
1. En. Zainuddin Bin Zakaria (JSM)
2. En. Ibrahim (Pembantu Jurulatih)
3. 9 Orang Atlet

LATIHAN
1. Warm up & Stretching
2. Tumbukan (Padding & Punching Bag)
3. Shadow Boxing
4. Sparring
5. Cooling down

UJIAN
Tiada

PERTANDINGAN
Tiada

ULASAN
1. Jurulatih memaklumkan pertambahan atlet baru ke dalam skuad latihan dan akan mengemaskini maklumat atlet terkini. Selain itu, terdapat juga beberapa orang atlet yang berhenti dari program.
2. PPN dan jurulatih membincangkan perancangan program bagi tahun 2015 dan persediaan menghadapi Kejohanan Pelapis Zon Utara.
3. Atlet-atlet menunjukkan komitmen tinggi semasa latihan dijalankan.

Sekian,Terima Kasih

Disediakan Oleh
Mohamad Suhairi Bin Othman

Read more...

Friday, February 6, 2015

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN SUKAN GIMNASTIK ARTISTIK

Tarikh : 5 Februari 2015 (Khamis)
Masa : 3.00 Petang hingga 4.00 Petang
Tempat : Akademi Gimnastik Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang

KEHADIRAN
1. Tan Ai Ling – Jurulatih Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang

ATLET
1. 6 Orang (wanita)

LATIHAN
1. Senam Lantai
2. Latihan Fizikal
3. Batang Titian

UJIAN
1. Tiada

PERTANDINGAN
1. Tiada

KECEDERAAN
1. Tiada

PERALATAN
1. Kebanyakan peralatan koyak, berkarat dan rosak seperti :
      i. Batang balance beam– lapisan luar terkoyak
      ii. Pommel Horse – Tempat pemegang sudah patah
      iii. Uneven parllel bar – Berkarat dan tidak dapat diselaraskan lagi
      iv. Vault Table – Koyak dan berlubang

PROGRAM BINAAN
1. Tiada

ULASAN RINGKAS
1. Jurulatih Liu Shu Nan pulang ke China dan akan kembali selepas Tahun Baru Cina dan atlet dilatih oleh Jurulatih MSN Pulau Pinang iaitu Tan Ai Ling.
2. Peralatan latihan tidak berada dalam keadaan yang elok untuk digunakn pada sesi latihan.
3. Beberapa lampu dewan terbakar menyebabkan latihan pada sesi malam terganggu. Perkara ini telah dirujuk kepada penyelia bangunan MSN Pulau Pinang.
4. Seorang atlet wanita telah diserap ke Pelapis Kebangsaan iaitu Zarith Imaan Zubaidi Bt Khalid. Program TID hanya akan berjalan selepas Tahun Baru Cina atas permintaan jurulatih. 

Sekian, Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh
Fazli Hisam Bin Mohd Zainol Abidin

Read more...

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved