Thursday, October 31, 2013

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN MEMANAH

Tarikh : 29 Oktober 2013 (Selasa)
Masa : 4.00 pm hingga 7.00 pm
Tempat : SMK (P) St. George

KEHADIRAN
1. G. Shamani - JSM
2. Cik Salina Putriana - Pembantu Jurulatih/Jurulatih MSD
2. Atlet  - 11 Orang Atlet Pelapis dan Pembangunan

LATIHAN
1. Shooting – 50 meter & 30 meter
2. Basic Target Shooting 
3. Free Shooting

UJIAN
Tiada

PERTANDINGAN
1. Kejohanan Memanah Sirkit Kebangsaan 1/2013 pada 23 hingga 27 Oktober 2013 di UNISZA Kampus Gong Badak, Terengganu.

PERALATAN
1. Peralatan latihan adalah hak milik atlet sendiri.

PROGRAM BINAAN
Tiada

ULASAN
1. Sesi latihan bermula dari 4.00 petang hingga 7 petang di PLN SMK (P) St George.
2. JSM G.Shamani berpuas hati dengan prestasi atlet pada Kejohanan Memanah Sirkit Kebangsaan 1/2013 baru-baru ini.
3. Pasukan Memanah Pulau Pinang  memperoleh 1 pingat Emas Recurve Wanita Individu (Pusingan Olimpik) dan satu pingat Gangsa acara Recurve Wanita Individu (Double 70 Meter). Kedua-dua pingat diperoleh melalui Syarfa Zulaikha bt Shabudin. Secara keseluruhan menduduki tempat ke 6 dari 51 pasukan yang mengambil bahagian.
4. Juga dimaklumkan Kejohanan Memanah Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Pulau Pinang (MSSPP) akan berlangsung dari 8 hingga 10 November 2013 di SMK Kampung Selamat.
5. Satu mesyuarat bersama pihak Institut Sukan Negera (ISN) Pulau Pinang dengan jurulatih memanah telah dijadualkan pada 1 September 2013 (Jumaat).

Sekian,Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Mohamad Suhairi Bin Othman

Read more...

Tuesday, October 29, 2013

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN TENPIN BOLING

Tarikh : 28 Oktober 2013 (Isnin)
Masa : 5.00 pm hingga 7.00 pm 
Tempat : Mega Bowling Center, Seberang Perai, Pulau Pinang.

KEHADIRAN
1. Nooraini Abdul Rahman - JSM
2. Kim Eun Jung - JPM MSNPP
4. Atlet  - 10 Atlet Pelapis & Negeri.

LATIHAN
1. Target & Sparing Training.
2. First Ball.
3. Games Simulation.

UJIAN

Tiada

KECEDERAAN
Tiada

PERTANDINGAN
1. Seramai 7 orang atlet akan menyertai Kejohanan Tenpin Boling pembangunan MSSPP 2013 yang akan diadakan pada 29 hingga 31 Oktober 2013 di Mega Bowling Center, Seberang Perai. Sebanyak 3 kategori dijalankan iaitu bawah 11 tahun, 14 tahun dan 16 tahun.

PERALATAN
1. Peralatan latihan adalah hak milik atlet sendiri.

PROGRAM BINAAN
1. Telah berbincang bersama jurulatih untuk mengadakan klinik dan TID pada 7 November 2013 di Mega Bowling Center.

ULASAN
1. Sesi latihan bermula pada pukul 5.00 petang sehingga 7.00 petang.

2. Untuk hari ini skuad pelapis tidak menjalani latihan dan hanya atlet sukma sahaja.
3. Jurulatih memaklumkan bahawa 2 orang atlet dari skuad Pelapis hadir menjalani latihan untuk menilai prestasi serta percubaan sebelum diserap masuk dalam senarai skuad Sukma Perlis.
4. Atlet-atlet menunjukkan komitmen dan kesungguhan yang tinggi semasa sesi latihan. Kehadiran atlet juga memuaskan.
5. Untuk makluman, Nur Amirah Auni Binti Azman telah tersenarai dan menerima sijil penghargaan bagi Olahragawati Harapan 2012 pada Majlis Anugerah Sukan 2012 anjuran MSNegeri Pulau Pinang semalam.

Sekian,Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

Read more...

Monday, October 28, 2013

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN SEPAK TAKRAW

Tarikh : 25 Oktober 2013 (Jumaat)
Masa : 4.30 pm
Tempat : SMK Mutiara Impian

KEHADIRAN
1. Jurulatih - Ahmad Rahimi Bin Azizan
2. Atlet - 17 atlet

LATIHAN
1. Latihan Servis
2. Break Ball

UJIAN
Tiada

PERTANDINGAN
Tiada

KECEDERAAN
1. Terdapat seorang pemain (killer) mengalami kecederaan di bahagian lutut.

PERALATAN
Tiada

PROGRAM BINAAN
Tiada

ULASAN
1. Latihan berjalan lancar.
2. Kehadiran memuaskan.
3. Berkaitan dengan kecederaan pemain, Pihak USPTNPP telah membuat permohonan kepada Unit Satelit  ISNPP untuk mendapatkan rawatan di General Hospital Pulau Pinang.
4. Memaklumkan kepada jurulatih terdapat 7 pemain telah disenaraikan untuk Kem Latihan Sepak Takraw pada 16-21 Disember 2013 di Pusat Sukan UiTM Shah Alam, Selangor.
5. Jurulatih memaklumkan beberapa pemain boleh diserapkan dalam skuad SUKMA.

Sekian.

Laporan Oleh
Akmal Bin Hashim

Read more...

Sunday, October 27, 2013

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN GIMNASTIK ARTISTIK

Tarikh : 25 Oktober 2013 (Jumaat)
Masa : 7.00 malam hingga 10.00 malam.
Tempat : Akademi Gimnastik Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang.

Kehadiran
1. Foong Kok Seng – JSM
2. Zhang Jin Quan – JLN (Majlis Sukan Negeri)

Atlet
1. Pelapis - Lelaki 7 Orang.

Latihan
1. Latihan Senam Lantai.
2. Latihan Rutin.
3. Latihan Fizikal.

Ujian
1. Tiada

Pertandingan
1. Kejohanan Gimnastik Artistik SportExcel 2013 akan diadakan pada 15-16 November 2013 bertempat di Gimnasium 3, Majlis Sukan Negara Malaysia, Kuala Lumpur.

2. Kejohanan Gimnastik Artistik Kebangsaan 2013 akan diadakan pada 16-17 November 2013 bertempat di Gimnasium 3, Majlis Sukan Negara Malaysia, Kuala Lumpur.

Kecederaan
1. Tiada

Peralatan
1. Kebanyakan peralatan kurang memuaskan seperti koyak, berkarat dan rosak.

Program Binaan
1. Tiada

Ulasan Ringkas
1. Kebanyakan atlet sudah mahir dengan cara pendaratan sempurna.

2. Jurulatih juga sentiasa mempertingkatkan latihan kemahiran pergerakan seperti melentur, meregang, mengimbang, memusing dan mengguling badan.

3. Atlet sangat berdisiplin dan berlatih dengan bersungguh-sungguh.


Sekian, Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh
Azira Binti Azizan

Read more...

Saturday, October 26, 2013

KEJOHANAN PENANG INTER SCHOOL TAEKWONDO CHAMPIONSHIP (TM/WTF) 2013

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Kejohanan Penang Inter School Taekwondo Championship 2013 telah diadakan pada hari ini (26 Oktober 2013) bertempat di Dewan Badminton Kompleks Belia dan Sukan Batu Uban, Pulau Pinang. Seramai 250 peserta berumur dari 7 tahun hingga 18 tahun telah mengambil bahagian yang terdiri daripada wakil setiap kelab yang bertanding. Pada kali ini sebanyak 6 kelab yang berdaftar telah mengambil bahagian dan antara kelab adalah Kelab Bravo, Kelab A & Z, Kelab Ultimate, Kelab Seberang Perai Tengah, Kelab Sport Tkd Dojang dan Kelab Seri Mutiara.

Kejohanan ini bermula pada sesi pagi dengan kategori boys & girls 7 - 8 tahun dan kategori boys & girls 9 - 12 tahun. Kejohanan ini dihenti sementara untuk memberi laluan kepada majlis perasmian yang akan disempurnakan oleh Pegawai Belia dan Sukan Daerah Timur Laut Encik Vijayan Kumar Nambiar. Turut hadir juga pada majlis ini Encik Hamidi Bin Lokman Pemangku Ketua Unit USPTN. Selepas upacara perasmian, majlis diteruskan dengan upacara penyerahan hadiah untuk kategori pada sebelah pagi. Pada sebelah petang pula akan diadakan bagi kategori boys & girls 13 - 18 tahun.

Objektif kejohanan ini diadakan adalah untuk mencari bakat-bakat baru terutama peserta dibawah umur 15 tahun. Ia juga dapat menilai prestasi setiap peserta yang bertanding. Jurulatih dibawah program juga telah mengenalpasti beberapa peserta untuk dibuat pemilihan sebelum terpilih masuk di dalam program.

Kejohanan ini telah mendapat sokongan daripada pelbagai semua pihak. Antaranya Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang, Unit Sukan Prestasi Tinggi Pulau Pinang, Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang, ibu bapa, peserta. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan kejohanan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Sekian, terima kasih

Laporan disediakan oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

Read more...

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN SKUASY

Tarikh : 25 Oktober 2013 (Jumaat)
Masa : 5.00 petang hingga 7.00 petang
Tempat : Tin Club, Butterworth

KEHADIRAN
1. Mohd Jalil Bin Ibrahim (JSM)
2. Atlet  - 4 Orang Atlet Pelapis Negeri

LATIHAN
1. Match play
2. Back hand and forehand stroke drills
3. Court Run

UJIAN
Tiada

PERTANDINGAN
1. 15th Ong Beng Hee & Nicol David Trophy 2013 bermula dari 22 hingga 27 Oktober 2013 di Gelanggang Skuasy MSSK, Kota Bharu, Kelantan.

PERALATAN
1. Peralatan latihan adalah hak milik atlet sendiri.

PROGRAM BINAAN
Tiada

ULASAN
1. Sesi latihan bermula pada pukul 5.00 petang sehingga 7.00 petang.
2. Kedatangan atlet kurang memuaskan berikutan penyertaan di Kejohanan Trofi Ong Beng Hee & Nicol David di Kota Bharu, Kelantan.
3. Jurulatih menfokuskan latihan kemahiran asas kepada atlet baru. 
4. Juga dimaklumkan PLN Tin Club, Butterworth tidak menghadapi sebarang masalah berhubung kemudahan gelanggang, peralatan dan bola skuasy.
5. JSM En. Mohd Jalil Ibrahaim telah menghadiri Kursus Kejurulatihan Sukan Skuasy Tahap 2 di Pusat Skuasy Nasional, Bukit Jalil pada 30 September hingga 6 Oktober 2013.

Sekian,Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Mohamad Suhairi Bin Othman

Read more...

Friday, October 25, 2013

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN TINJU

Tarikh : 24 Oktober 2013 (Khamis)
Tempat : Gymnasium MSNPP.
Masa : 5.00 petang - 6.30 petang.

KEHADIRAN

1. Pakianathan A/L Sabastin - Jurulatih 
2. Atlet - 6 orang (Pembangunan dan Pelapis Negeri)
3. Fazli Hisam Zainol Abidin – PPN USPTN

LATIHAN
1. Latihan Gymnasium

- Warm Up
- Bench Press
- Leg press
- Dumble Front raise
- Bench Jump
- Lateral raise

UJIAN
Tiada

PERTANDINGAN
1. Kejohanan Tinju Sirkit Remaja Kebangsaan Siri 2/2013 akan berlangsung pada 27 hingga 30 November 2013 di Kompleks Sukan Keramat.

PERALATAN
1. Permohonan alatan akan dibuat melalui pecahan peruntukan RM 5000 yang diberi kepada setiap USPTN.Untuk makluman,kita akan memohon punching bag serta glove sebagai tambahan untuk pusat latihan.

PROGRAM BINAAN
Tiada

ULASAN
1.Latihan berjalan lancar.
2.Kehadiran kurang memuaskan berikutan ada petinju terlibat dengan peperiksaan.
3.Jurulatih di setiap pusat latihan sudah dimaklum mengenai kejohanan yang akan berlangsung dan diminta menyediakan para petinju untuk sesi pemilihan seminggu sebelum kejohanan berlangsung.

Sekian, Terima Kasih

Laporan disediakan oleh
Fazli Hisam Bin Mohd Zainol Abidin

Read more...

MAJLIS PERASMIAN KEJOHANAN MENEMABK AIR GUN PIALA KETUA PENGARAH MAJLIS SUKAN NEGARA

Tarikh : 23 Oktober 2013 (Rabu)
Masa : 8.30 Pagi hingga 4.00 Petang
Tempat : Lapang sasar Menembak Gym 3 Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil Kuala Lumpur.


Majlis Sukan Negara dengan kerjasama Persatuan Menembak Kebangsaan Malaysia telah menganjurkan Kejohanan Menembak Air Gun Piala Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara yang berlangsung pada 23 hingga 26 Oktober 2013 dan kejohanan ini merupakan kejohanan pertama kali yang dianjurkan di Lapang sasar Menembak Gym 3, Majlis Sukan Negara selepas Majlis Sukan Negara (MSN) secara rasminya menerima kunci Lapangsasar Menembak Gym 3, Majlis Sukan Negara pada 2 Oktober yang lalu daripada kontraktor projek Syarikat Ruffntuff Sdn.Bhd dan projek ini bernilai RM 8.8 juta.

Lapang Sasar Menembak Gym 3 Majlis Sukan Negara juga telah mendapat pengiktirafan dan mengikut spesifikasi International Sports Shooting Federation (ISSF) yang membenarkan penganjuran kejohanan diadakan di sini. Kejohanan Menembak Air Gun Piala Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara akan dimasukkan ke dalam kalendar rasmi sebagai kejohanan dwi tahunan yang akan diadakan pada setiap tahun.

Lapang Sasar menembak tersebut dilengkapi dengan tiga kelas jarak sasaran iaitu 10 meter, 25 meter dan 50 meter serta mempunyai kemudahan-kemudahan lain seperti ruang pejabat, bilik mesyuarat, bilik kebal untuk penyimpanan senjata dan bilik persalinan atlet. Lapang Sasar menembak ini akan dijadikan sebagai pusat latihan utama para atlet negara yang sebelum ini berlatih di Lapang Sasar Subang, Selangor.

Pada kejohanan kali ini, sebanyak 4 acara yang dipertandingkan iaitu acara 10M Air Rifle Lelaki, 10M Air Rifle Wanita, 10M Air Pistol Lelaki dan 10M Air Pistol Wanita. Sebanyak 13 negeri atau pasukan telah menyertai kejohanan ini iaitu ATM, PDRM, Johor, Kedah, Kuala Lumpur, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Pulau Pinang, Sabah, Selangor dan Terengganu. Jumlah peserta yang menyertai kejohanan ini sebanyak 90 orang, 43 lelaki dan 47 wanita.

Majlis Perasmian Kejohanan Menembak Air Gun Piala Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, YBhg Dato’ Seri Zolkples Embong. Majlis Perasmian telah diadakan pada 23 Oktober 2013 jam 2.30 petang hingga 3.30 petang. Selepas YBhg. Dato’ Seri Zolkples Embong selesai memberi ucapan perasmian, satu gimik perasmian telah dilancarkan oleh beliau sempena kejohanan yang diadakan itu.

Diucapkan sekalung tahniah kepada Majlis Sukan Negara Malaysia kerana telah memiliki satu lagi kemudahan pusat latihan yang baru iaitu Lapangsasar Menembak Gym 3 Majlis Sukan Negara dan dengan terbinanya lapang sasar menembak di Bukit Jalil akan lebih memudahkan para atlet sukan menembak untuk menjalani latihan menembak disana. Sekian sahaja laporan Majlis Perasmian Kejohanan Menembak Air Gun Piala Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara.

Sekian, terima kasih.

Laporan disediakan oleh
Azira Binti Azizan

Read more...

Wednesday, October 23, 2013

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN OLAHRAGA

Tarikh : 22 Oktober 2013 (Selasa)
Masa : 4.30 petang
Tempat : SMK Paya Keladi, Bertam

KEHADIRAN

1. Jurulatih : En. Mohd Nadri Bin Mahmood (JSM)
2. Atlet : 10 atlet wanita, 11 Lelaki.

LATIHAN

1. Drill ABC
2. Parlauf
3. Speed Work

UJIAN

- Tiada - 

PERTANDINGAN

1. Akan menyertai Kejohanan Olahraga Terbuka Pahang pada 9 hingga 10 November 2013 di Stadium Darul Makmur, Kuantan.

KECEDERAAN

-Tiada-

PERALATAN

1. Pihak USPTN telah menghantar peralatan yang telah dibekalkan oleh Majlis Sukan Negara kepada JSM Encik Nadri dan pihak MSN PP telah membantu memberi 2 batang bar untuk latihan bebanan.

2. JSM memohon medicine ball untuk latihan kerana medicine ball pihak sekolah telah pecah.

PROGRAM BINAAN

-Tiada-

ULASAN

1. Latihan berjalan lancar.
2. Kehadiran atlet memuaskan dan bagi atlet yang akan menduduki peperiksaan SPM diberi kelonggaran menjalani latihan.
3. Perbincangan bersama jurulatih untuk menjalani latihan di Kompleks Sukan Bertam setiap hari selasa kerana terdapat trek disana dan pihak USPTN akan membuat permohonan kepada pihak MPSP berkaitan penggunaan trek tersebut.
4. Dari pemerhatian dibuat atlet-atlet dapat menerima arahan jurulatih dengan baik dan jurulatih juga membuat demo latihan kepada atlet supaya atlet dapat memahami dengan lebih cepat.

sekian.

Laporan Disediakan Oleh
Akmal Bin Hashim

Read more...

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved