Monday, November 17, 2014

LAPORAN HARI TERAKHIR KEJOHANAN PELAPIS ANTARA ZON PERINGKAT AKHIR 2014 BAGI SUKAN ANGKAT BERAT DAN TINJU

SUKAN TINJU
Tarikh : 16 November 2014 (Ahad)
Tempat : Gelanggang Tinju SUKPA MSN Pahang

Hari terakhir kejohanan dimulakan seperti biasa dengan sesi pemeriksaan kesihatan dan timbang berat. Sebanyak 18 bout bagi perlawanan akhir dijalankan mengikut kategori masing-masing. Pada perlawanan akhir, Pulau Pinang diwakili 3 pertinju bagi kategori umur 13-14 tahun. Perlawanan yang berlangsung pada pada jam 3.00 petang dan berakhir kira-kira 6.00 petang.

Secara keseluruhan pada kejohanan kali ini,  Pulau Pinang mendapat 1 emas ,2 perak dan 1 gangsa. Semua pingat diperolehi pada kategori umur 13-14 tahun.Berikut senarai atlet Pulau Pinang yang memperoleh pingat :-

UMUR 13-14 TAHUN

Kategori 36-38 kg
MOHD ZULHILMI ( EMAS )

Kategori 39-42 kg
DANIAL ZIKRI ( GANGSA)

Kategori 42-44 kg
RASDENAL HAIKAL ( PERAK )

Kategori 48-52 kg
SHEIKH RAMATULLAH ( PERAK )

SUKAN ANGKAT BERAT
Tarikh : 16 November 2014 (Ahad)
Tempat : Gelanggang Angkat Berat MSN Pahang
Masa : 7.00 pagi hingga 3.30 petang

Hari merupakan hari terakhir kejohanan dimana hanya 3 kategori sahaja dipertandingkan iaitu kategori 77kg, 85kg & +85kg lelaki bawah 15 tahun. Sesi bermula seawal jam 7.00 pagi dengan sesi timbang berat sebelum pertandingan bermula jam 9.00 pagi. Sebanyak 12 pingat menjadi rebutan hari terakhir kejohanan. Berikut keputusan rasmi kejohanan : -

Kategori 77kg Lelaki Bawah 15 Tahun
Snatch
1. Muhammad Syahmi (Zon Timur) - 85kg
2. Jesper Darell Jayer (Zon Borneo) - 81kg
3. Mohd Hanafi (Zon Timur) - 66kg
4. Muhammad Hazwan Wahab (Zon Utara) - 65kg

Clean & Jerk
1. Muhammad Syahmi (Zon Timur) - 105kg
2. Jesper Darell Jayer (Zon Borneo) - 95kg
3. Stephen Gasah Timbong (Zon Borneo) - 87kg
5. Muhammad Hazwan Wahab (Zon Utara) - 77kg

Kategori 85kg Lelaki Bawah 15 Tahun
Snatch
1. Mohd Aszrul Naharuddin (Zon Timur) - 73kg
2. Muhammad Nur Faezi (Zon Selatan) - 69kg
3. Jellery Jhonny (Zon Borneo) - 68kg
4. Ilman Ramadhan Shah (Zon Utara) - 68kg

Clean & Jerk
1. Mohd Aszrul Naharuddin (Zon Timur) - 90kg
2. Muhammad Nur Faezi (Zon Selatan) - 88kg
3. Jellery Jhonny (Zon Borneo) - 80kg
4. Ilman Ramadhan Shah (Zon Utara) - Tiada Angkatan

Kategori +85kg Lelaki Bawah 15 Tahun
Snatch
1. Muhammad Azman Anuar (Zon Timur) 90kg
2. Xavier Hendry (Zon Borneo) - 73kg
3. Muhammad Haikal (Zon Utara) - 68kg

Clean & Jerk
1. Xavier Hendry (Zon Borneo) - 95kg
2. Muhammad Daniel Hafiz (Zon Tengah) - 83kg
3. Muhammad Haikal (Zon Utara) - 81kg

Jumlah Pungutan Pingat Keseluruhan By Zone :-

Zon Timur : 67 Emas, 48 Perak, 55 Gangsa
Zon Selatan : 33 Emas, 28 Perak, 28 Gangsa
Zon Utara : 31 Emas, 34 Perak, 25 Gangsa
Zon Borneo : 21 Emas, 21 Perak, 17 Gangsa
Zon Tengah : 16 Emas, 35 Perak, 47 Gangsa

Jumlah Pungutan Pingat By State :-

Perlis : 2E, 3P, 4G
Kedah : 13E, 21P, 10G
Pulau Pinang : 14E, 10P, 10G
Perak : 7E, 11P, 18G
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur : 3E, 5P, 8G
Selangor : 4E, 17P, 17G
Negeri Sembilan : 8E, 5P, 8G
Melaka : 14E, 15P, 8G
Johor : 11E, 6P, 9G
Terengganu : 28E, 22P, 30G
Kelantan : 20E, 15P, 15G
Pahang : 17E, 6P, 10G
Sarawak : 8E, 3P, 4G
Sabah : 10E, 16P, 12G
Labuan : 2E, 2P, 1G

Secara keseluruhan Pasukan Angkat Berat Pulau Pinang membawa pulang 4 emas dan 2 perak pada temasya kali ini. Satu pencapaian yang membanggakan.

Sekalung tahniah kepada tuan rumah iaitu Pahang diatas penganjuran kejohanan kali ini. Tidak lupa pada Cawangan Pelapis MSN dan pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.

Sekian, Terima Kasih

Laporan dari Kuantan, Pahang.

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved