Friday, April 25, 2014

LAPORAN HARI KETIGA SUKAN ANGKAT BERAT KARNIVAL REMAJA KEBANGSAAN 1/2014

Tarikh : 25 April 2014 (Jumaat)
Tempat : Dewan Utama IKBN, Kuala Perlis
Masa : 9.00 pagi - 5.50 petang

Hari ini telah memasuki hari ketiga dimana sebanyak 9 kategori dipertandingkan iaitu kategori 44 kg, 48 kg, 53 kg, 58 kg, 63 kg, 69 kg & +69 kg bagi kategori wanita bawah 17 tahun dan kategori 94 kg & +94 kg lelaki bawah 17 tahun.

Berikut disertakan keputusan bagi kategori wanita bawah 17 tahun : -

Kategori 44 kg wanita 17 tahun

Snatch
1. Nur Syafiqah Athirah (KLTN) - 43 kg
2. Logassree Thanabalasingam (PP) - 32 kg
3. Flidia Vinsis (Labuan) - 30 kg

Clean & Jerk
1. Nur Syafiqah Athirah (KLTN) - 50 kg
2. Flidia Vinsis (Labuan) - 45 kg
3. Nur Izzati Shahirah (KLTN) - 44 kg
4. Logassree Thanabalasingam (PP) - 43 kg

Kategori 48 kg wanita 17 tahun

Snatch
1. Elly Cassandra (PS) - 55 kg
2. Nurul Nazira (KLTN) - 48 kg
3. Noor Nisha Izzureen (KDH) - 48 kg

Clean & Jerk
1. Elly Cassandra (PS) - 67 kg
2. Nurul Nazira (KLTN) - 60 kg
3. Noor Nisha Izzureen (KDH) - 60 kg

Kategori 53 kg wanita 17 tahun
Snatch
1. Marceeta Marylyne Marcus (PS) - 53 kg
2. Elian Elianna John (WPKL) - 50 kg
3. Nur Zaiedatul Akma (TRG) - 42 kg

Clean & Jerk
1. Marceeta Marylyne Marcus (PS) - 65 kg
2. Elian Elianna John (WPKL) - 60 kg
3. Nur Zaiedatul Akma (TRG) - 52 kg

Kategori 58 kg wanita 17 tahun
Snatch
1. Farhana Nabila (KDH) - 58 kg
2. Nor Sofia (KLTN) - 48 kg
3. Nurul Izzati (PS) - tiada angkatan

Clean & Jerk
1. Farhana Nabila (KDH) - 71 kg
2. Nurul Izzati (PS) - 61 kg
3. Nor Sofia (KLTN) - 58 kg

Kategori 63 kg wanita 17 tahun
Snatch
1. Jocquline Elma Fidilis (PS) - 50 kg

Clean & Jerk
1. Jocquline Elma Fidilis (PS) - 65 kg

Kategori 69 kg wanita 17 tahun
Snatch
1. Lyana Azwanis (PS) - 59 kg
2. Letchumy Ganesar Vijaya (WPKL) - 40 kg

Clean & Jerk
1. Lyana Azwanis (PS) - 70 kg
2. Letchumy Ganesar Vijaya (WPKL) - 50 kg

Kategori +69 kg wanita 17 tahun

Snatch
1. Nur Afikal Nadhrah (SLGR) - 46 kg
2. Nurul Huda (KLTN) - 45 kg
3. Mimi Syazwani (JHR) - 42 kg

Clean & Jerk
1. Nur Afikal Nadhrah (SLGR) - 60 kg
2. Nurul Huda (KLTN) - 57 kg
3. Mimi Syazwani (JHR) - 56 kg

Berikut dilampirkan kategori lelaki bawah 17 tahun :-

Kategori 94 kg lelaki bawah 17 tahun
Snatch
1. Richell Ronaldo (PS) - 96 kg
2. Abdul Fatah Ikram (KDH) - tiada angkatan

Clean & Jerk
1. Richell Ronaldo (PS) - 118 kg
2. Abdul Fatah Ikram (KDH) - tiada angkatan

Kategori +94 kg lelaki bawah 17 tahun
Snatch
1. Iman Giman Mohd Zarul (SLGR) - 93 kg
2. Megat Nasrollah (KDH) - 85 kg
3. Mohd Akmal Shazren (KLTN) - 80 kg

Clean & Jerk
1. Iman Giman Mohd Zarul (SLGR) - 116 kg
2. Mohd Akmal Shazren (KLTN) - 110 kg
3. Megat Nasrollah (KDH) - 105 kg

Kejohanan bagi kategori lelaki dan wanita bawah 17 tahun tamat pada jam 5.50 petang. Esok akan bersambung acara 48 kg, 53 kg, 58 kg, 63 kg, 69 kg, 75 kg & +75 kg bagi kategori wanita terbuka manakala acara 94kg, 105 kg & +105 kg bagi kategori lelaki terbuka. Esok merupakan hari terakhir kejohanan.

Sekian,Terima Kasih

Laporan dari IKBN, Kuala Perlis
\

Read more...

LAPORAN HARI PERTAMA DAN KEDUA KARNIVAL REMAJA KEBANGSAAN 1/2014 BAGI SUKAN MENEMBAK

Tarikh   : 23 April 2014 (Rabu) dan 24 April 2014 (Khamis)
Tempat : Lapang Sasar Menembak Sungai Batu Pahat, Perlis.

Kejohanan Menembak Karnival Remaja Kebangsaan Siri 1/2014 membuka tirai pada 23 April 2014 (Rabu). Acara yang dipertandingkan pada hari pertama kejohanan ialah 10M Air Rifle Lelaki dan pasukan Pulau Pinang tidak mengambil bahagian dalam acara ini.

Acara yang dipertandingkan pada hari kedua kejohanan 24 April 2014 (Khamis) ialah 10M Air Rifle Wanita. Pada hari kedua kejohanan pasukan pelapis Pulau Pinang tidak meraih sebarang pingat.

Berikut adalah keputusan rasmi atlet Pulau Pinang pada hari kedua kejohanan :-

Acara   : 10M Air Rifle Wanita
Vernicia Hor Synn Yi - 385.2 x-7 (20/27)
Nur Fatihah Binti Md Amin - 369.6 x-2 (23/27)
Clarissa Cheam Hui Ying - 361.5 x-5 (25/27)
Sekian sahaja laporan pada hari pertama dan kedua Kejohanan Menembak Karnival Remaja Kebangsaan Siri 1/2014. Diharap pasukan pelapis Pulau Pinang dapat menunjukkan prestasi yang lebih baik pada hari ketiga kejohanan.

Sekian, Terima kasih.

Laporan disediakan oleh
Azira Binti Azizan

Read more...

LAPORAN HARI KEDUA SUKAN OLAHRAGA KARNIVAL REMAJA KEBANGSAAN 1/2014

Tarikh : 24 April 2014 (Khamis)
Tempat : Stadium Utama Kangar, Perlis

Untuk makluman Karnival Remaja Kebangsaan Siri 1/2014 bagi sukan Olahraga bermula pada 24 April 2014. Semua atlet di peringkat negeri mahupun kelab turut serta memeriahkan bagi sukan Olahraga pada kali ini.

Berikut disertakan keputusan bagi atlet Pulau Pinang pada hari ini :-

LOMPAT JAUH
1. Ke-6 - Nurfarhana Bt Mohamad Jalil (PP) – 4.01 meter

LONTAR PELURU
2. Ke-6 - Yee Jong Kun – 7.36 meter
3. Ke-7 - Rssags Rages Kanna – 7.24 meter

Hanya 3 atlet yang bertanding pada hari pertama dan bagi acara 100m atlet Pulau Pinang tidak layak ke final.

Sekian.

Laporan Oleh
Akmal Bin Hashim

Read more...

LAPORAN HARI KEDUA SUKAN MEMANAH KARNIVAL REMAJA KEBANGSAAN 1/2014

Tarikh : 24 April 2014 (Khamis)
Tempat : Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS), Arau, Perlis

Kejohanan Memanah Karnival Remaja Kebangsaan Siri 1/2014 membuka tirai pada hari ini. Pertandingan kali ini melibatkan kategori bawah 21 tahun (KAT 1) dan kategori bawah 16 tahun (KAT 2). Pasukan Pelapis Negeri Pulau Pinang membariskan seramai 14 orang atlet terdiri daripada 8 orang lelaki dan 6 orang wanita. Hari ini mempertandingkan pusingan FITA bagi 4 jarak bagi setiap kategori. 2 Jarak setiap sesi iaitu sesi pagi dan sesi petang. Berikut adalah keputusan rasmi atlet Pulau Pinang pada hari pertama kejohanan:

LELAKI KAT 1
1. Dennis Koay Ting Fan - 1128/2
2. Quak Ting Sheng - 1008/11
3. Khor Gui Tang - 967/13

WANITA KAT 2
1. Syarfa Zulaikha Bt Shabuddin - 1156/1
2. Teoh Wen Zhing - 1110/4
3. Hurunain Bt Abdul Aziz - 847/14

LELAKI KAT 2
1. Lim Kar Hoe - 955/33
2. Tan Chin Wei - 869/42
3. Teoh Yi Bhin - 837/47
4. Ahmad Abdillah - 811/53

WANITA KAT 2
1. Kayalvhilly Partiben - 1114/4
2. Pritiswary Muniswaran - 936/20
3. Nurin Sofiya - 695/39

Pada hari kedua esok bakal mempertandingkan acara pusingan olimpik. Sekian laporan hari pertama dari sukan memanah.

Terima kasih.

Disediakan oleh
Suhairi Othman

Read more...

LAPORAN HARI KEDUA SUKAN TINJU KARNIVAL REMAJA KEBANGSAAN 1/2014

 Tarikh : 24 April 2014 ( Khamis)
Tempat : Arena Futsal Kompleks Sukan Kangar Perlis.
Masa: 8.00 pagi - 6.00 petang

Hari ke-2 bermula seperti biasa dimana sesi timbang dan pemeriksaan kesihatan diadakan pada sebelah pagi untuk kesemua petinju yang layak ke pusingan seterusnya. Perlawanan bermula pada sebelah petang bermula pada jam 2.00 petang. Pada hari ini seramai 6 petinju dari Pulau Pinang bertanding mengikut kategori berat masing-masing. 3 petinju kategori umur 13-14 tahun telah melayakkan diri ke perlawanan Akhir Berikut keputusan perlawanan hari ini.

(13 -14 Tahun)

Kategori 38 kg
1. Muhammad Qayyum Abid (PNG) vs Danish Thaqif Bin Zainal (KDH)

Kategori 40 kg
2. Muhammad Rasdenal Haikal (PNG) vs Muhammad Fitri Aiman Bin Azuan (KDH)

Kategori 44 kg
3. Shekh Ramatullah Ibrahim (PNG) vs Muhammad Akmar Farhan Bin Mohammad Pauzi ( KDH)

Kategori 42kg
4. Emi Nur Zamani Bin Eddy Zulkifli (PNG) vs Mohd Nasiruddin Bin Yahya (PNG)

(15 – 16 Tahun)

Kategori 46kg
5. Izzul Iman Asari (PNG) vs Mohd Hadri Bin Kudrad (JHR)

(17 – 18 Tahun)

Kategori 52kg
6. Mohammad Harizwan Zainuddin (PNG) Vs Arfiqanie Mohd Asnsohari (PK)

Sekian, Terima Kasih

Laporan disediakan oleh
Fazli Hisam Bin Mohd Zainol Abidin

Read more...

LAPORAN HARI KEDUA SUKAN ANGKAT BERAT KARNIVAL REMAJA KEBANGSAAN 1/2014

Tarikh : 24 April 2014 (Khamis)
Tempat : Dewan Utama IKBN, Kuala Perlis
Masa : 9.00 pagi - 5.45 petang

Karnival Remaja Kebangsaan 1/2014 bagi Sukan Angkat Berat diteruskan lagi pada hari kedua dengan kategori 56 kg, 62 kg, 69 kg, 77 kg & 85 kg bagi kategori Terbuka. Kejohanan bermula seawal jam 7.00 pagi dengan timbang berat bagi kategori 56 kg. Kategori yang dipertandingkan hari ini adalah medan pemilihan kelayakan untuk layak ke Sukan Komanwel 2014 di Glasgow Scotland.

Disertakan keputusan untuk hari ini : -

Kategori 56 kg Kategori Terbuka
Snatch
1. Mohd Faizal Baharom (PHG) - 112 kg
2. Mohd Azroy Hazal Wafie (PHG) - 110 kg
3. Mohd Aznil Bidin (KDH) - 107 kg

Clean & Jerk
1. Mohd Faizal Baharom (PHG) - 135 kg
2. Zulhiemie Md Fisol (MAL) - 132 kg
3. Mohd Aznil Bidin (KDH) - 130 kg

Kategori 62 kg Kategori Terbuka
Snatch
1. Naharudin Mahayudin (SLGR) - 117 kg
2. Mohd Hisyam Nadmi (TRG) - tiada angkatan
3. Amirul Hamizan Ibrahim (PHG) - tiada angkatan

Clean & Jerk
1. Naharudin Mahayudin (SLGR) - 142 kg
2. Amirul Hamizan Ibrahim (PHG) - 135 kg
3. Mohd Hisyam Nadmi (TRG) - tiada angkatan

Kategori 69 kg Kategori Terbuka
Snatch
1. Mohd Azrul Huzairi Ramli (PHG) - 131 kg
2. Safuan Saniey Khadry (ATM) - 110 kg
3. Mohd Hafizi Adzman (PRK) - 107 kg

Clean & Jerk
1. Mohd Azrul Huzairi Ramli (PHG) - 155 kg
2. Safuan Saniey Khadry (ATM) - 135 kg
3. Mohd Hafizi Adzman (PRK) - 115 kg

Kategori 77 kg Kategori Terbuka
Snatch
1. Mohd Hafifi Mansor (TRG) - 141 kg
2. Abdul Mubin Rahim (TRG) - 140 kg
3. Loro Wellkinson (PK) - 134 kg
9. Abdul Haris Che Pi (PP) - tiada angkatan
- untuk makluman Mohd Hafifi & Abdul Mubin telah memecahkan rekod lama iaitu 136 kg yang dipegang oleh Zulkifli Che Rose.

Clean & Jerk
1. Mohd Hafifi Mansor (TRG) - 177 kg
2. Abdul Mubin Rahim (TRG) - 177 kg
3. Loro Wellkinson (PK) - 160 kg
9. Abdul Haris Che Pi (PP) - tiada angkatan
- Mohd Hafifi & Abdul Mubin telah memecahkan rekod lama iaitu 171 kg yang dipegang oleh Abdul Mubin sendiri.

Kategori 85 kg Kategori Terbuka
Snatch
1. Mohd Faerul Talib (ATM) - 128 kg
2. Mohd Fazrul Azrie (PHG) - 127 kg
3. Muhd Hisyamuddin (TRG) - 127 kg

Clean & Jerk
1. Mohd Faerul Talib (ATM) - 152 kg
2. Mohd Yusof Azmi (KDH) - 150 kg
3. Arief Azwan Zulkifli (SLGR) - 147 kg

Kategori 56 kg & 77 kg pada hari ini yang melibatkan atlet Pulau Pinang agak mengecewakan dari segi angkatan.

Kejohanan tamat pada jam 5.45 petang dan akan bersambung pada esok hari dengan kategori 44 kg, 48 kg, 53 kg, 58 kg, 63 kg, 69 kg, +69 kg (wanita bawah 17 tahun) dan kategori 94 kg, +94 kg lelaki bawah 17 tahun)

Sekian, Terima Kasih

Laporan dari Perlis Indera Kayangan

Read more...

Thursday, April 24, 2014

LAPORAN HARI PERTAMA KARNIVAL REMAJA KEBANGSAAN 1/2014 BAGI SUKAN TINJU

Tarikh : 23 April 2014 (Rabu)
Tempat : Arena Futsal Kompleks Sukan Kangar Perlis.
Masa : 8.00 pagi - 6.00 petang

Hari pertama Kejohanan Tinju Remaja Kebangsaan yang melibatkan 3 kategori umur bermula pada pukul 8.00 pagi melibatkan sesi timbang berat dan pemeriksaan kesihatan. Setelah selesai,sesi undian bermula pada pukul 10.00 pagi dan perlawanan bermula pada pukul 2.00 petang.

Pada perlawanan sebelah petang, seramai 8 petinju Pulau Pinang terlibat mengikut kategori umur dan berat masing-masing.Keputusan perlawanan sebelah petang menunjukkan seramai 6 petinju layak ke pusingan seterusnya dan 2 orang lagi kandas di pusingan pertama. Baki perlawanan pusingan awal akan disambung pada keesokan hari. Perlawanan tamat pada pukul 6.00 petang.

Berikut keputusan perlawanan hari pertama :-

(13 -14 Tahun)

Kategori 38 kg

1. Muhammad Qayyum Abid (Penang) vs Muhammad Abdul Qayyum (Perak)

Kategori 40 kg

2. Muhammad Rasdenal Haikal (Pen) vs Mohd Fairuz Nazri (Selangor)

Kategori 44 kg

3. Shekh Ramatullah Ibrahim (Penang) vs Muhammad Khirramadhan (Felda)

Kategori 46 kg

4. Muhammad Zulhairee Bin Zuraimi (Penang) vs Mohd Azri Zairolzazly (Terengganu)

(15 – 16 Tahun)

6. Izzul Iman Asari (Penang) vs Muhammad Irfan Mohd Radziff (Negeri Sembilan)

7. Fakhrul Naim Mahadi (Penang) vs Amir Hamzah Zainuddin (Johor)

8. Sarewin Kumar (Penang) vs Muhd Amirullah Bin Bujang (Johor)

Sekian, Terima Kasih

Laporan dari Perlis 

Read more...

LAPORAN HARI PERTAMA KARNIVAL REMAJA KEBANGSAAN 1/2014 BAGI SUKAN ANGKAT BERAT

Tarikh : 23 April 2014 (Rabu)
Masa : 9.00 pagi hingga 6.00 petang.
Tempat : Dewan Utama, Institut Kemahiran Belia Negara, Kuala Perlis.

Karnival Remaja Kebangsaan 1/2014 bagi sukan Angkat Berat telah membuka tirai pertandingan dengan acara 50 kg, 56 kg, 62 kg, 69 kg, 77 kg dan 85 kg bagi kategori lelaki bawah 17 tahun sahaja. Pertandingan ini bermula dengan timbang berat pada jam 7.00 pagi sebelum kejohanan bermula jam 9.00 pagi. Seramai 4 orang atlet dari skuad Pulau Pinang bertanding pada hari ini.

Kejohanan ini juga adalah sebagai medan pendedahan kepada semua negeri untuk menampilan atlet terbaik setiap negeri sebelum menjelang temasya sebenar iaitu SUKMA XVII 2014 Perlis. Kejohanan pada kali ini melibatkan 2 kategori iaitu kategori bawah 17 tahun dan kategori terbuka.

Berikut keputusan penuh kejohanan pada hari ini:-

Kategori 50 kg Bawah 17 Tahun
Snatch
1. Syed Ajwad Alqadree (Perlis) - 71 kg
2. Matin Velerick (Sabah) - 65 kg
3. Matin Elfrado Roy (WPKL) - 61 kg
9. Muhammad Syahmi Zahin (Pulau Pinang) - tiada angkatan

Clean & Jerk
1. Syed Ajwad Alqadree (Perlis) - 90 kg
2. Matin Velerick (Sabah) - 78 kg
3. Matin Elfrado Roy (WPKL) - 61 kg
9. Muhammad Syahmi Zahin (Pulau Pinang) - 65 kg

Kategori 56 kg Bawah 17 Tahun
Snatch
1. Fredy Gregory (Sabah) - 80 kg
2. Aemin Nurhakim Rani (WPKL) - 77 kg
3. Syazani Rosli (WPKL) - 76 kg
9. Thirilohgan (Pulau Pinang) - 60 kg

Clean & Jerk
1. Aemin Nurhakim Rani (WPKL) - 100 kg
2. Muhd Fahmi Irfan (NS) - 98 kg
3. Fredy Gregory (Sabah) - 95 kg
9. Thirilohgan (Pulau Pinang) - 75 kg

Kategori 62 kg Bawah 17 Tahun
Snatch
1. Oliver Elton Avan (WPKL) - 83 kg
2. Muhamad Sialiman Rahamad (Selangor) - 76 kg
3. Muhamad Redwan (Kedah) - 75 kg

Clean & Jerk
1. Muhd Amirul Arif Zahir (NS) - 105 kg
2. Oliver Elton Avan (WPKL) - 105 kg
3. Muhamad Redwan Hussin (Kedah) - 100 kg

Kategori 69 kg Bawah 17 Tahun
Snatch
1. Alexander Francis (Pelapis Serantau) - 92 kg
2. Muhammad Hazwan Muhammad Yunus (Kedah) - 87 kg
3. Muhd Noor Ifzan Dedi Shuhairi (Melaka) - 85 kg

Clean & Jerk
1. Muhammad Hazwan Muhammad Yunus (Kedah) - 116 kg
2. Alexander Francis (Pelapis Serantau) - 113 kg
3. Muhd Noor Ifzan Dedi Shuhairi (Melaka) - 100 kg

Kategori 77 kg Bawah 17 Tahun
Snatch
1. Elson Edward (Pelapis Serantau) - 80 kg
2. Muhammad Syamil Iqmal (Kedah) - 77 kg
3. Mohamad Fahmi Zainal (Selangor) - 76 kg
5. Mohd Hazwan Abdul Wahab (Pulau Pinang) - tiada angkatan

Clean & Jerk
1. Muhammad Syamil Iqmal (Kedah) - 105 kg
2. Mohammad Syahmi Zulkiflee (Kelantan) 95 kg
3. Mohamad Fahmi Zainal (Selangor) - 93 kg
5. Mohd Hazwan Abdul Wahab (Pulau Pinang) - tiada angkatan

Kategori 85 kg Bawah 17 Tahun
Snatch
1. Wan Khairul Ridhuan (Kelantan) - 100 kg
2. Howard Cliff (Pelapis Serantau) - 100 kg
3. Nik Mohd Hazim (Kelantan) - 91 kg
4. Jagenathan Sivapragasam (Pulau Pinang) - tiada angkatan

Clean & Jerk
1. Howard Cliff (Pelapis Serantau) - 125 kg
2. Wan Khairul Ridhuan (Kelantan) - 120 kg
3. Nik Mohd Hazim (Kelantan) - 115 kg
4. Jagenathan Sivapragasam (Pulau Pinang) - tiada angkatan

Kejohanan tamat pada jam 6.00 petang dan sesi penyampaian hadiah untuk para pemenang disampaikan oleh Dato' Ong Poh Eng Presiden Persekutuan Angkat Berat Malaysia. Esok akan bersambung bagi acara 56 kg, 62 kg, 69 kg, 77 kg & 85 kg untuk kategori Terbuka Lelaki.

Sekian,Terima Kasih

Laporan disediakan oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

Read more...

Wednesday, April 23, 2014

MESYUARAT PENGURUS PASUKAN BAGI SUKAN MENEMBAK, ANGKAT BERAT & TINJU KARNIVAL REMAJA KEBANGSAAN 1/2014

Tarikh : 22 April 2014 (Selasa)
Masa : 5.00 Petang - 6.30 Petang
Tempat : Lapang Sasar Menembak Sungai Batu Pahat, Perlis.
SUKAN MENEMBAK

Majlis Sukan Negara Malaysia dengan kerjasama Persatuan Sukan Kebangsaan serta Sekretariat Sukan Malaysia XVII, Perlis 2014 telah mengelolakan Karnival Remaja Kebangsaan Perlis Siri 1/2014 pada 22 hingga 26 April 2014 bertempat di Lapang Sasar Menembak Sungai Batu Pahat, Perlis.

Kejohanan ini adalah sebagai 'try run' kepada persiapan pengelolaan Sukan Malaysia XVII, Perlis 2014. Pengelolaan kejohanan ini juga merupakan program pihak majlis bagi menilai prestasi atlet-atlet terbaik yang menjalani latihan di Pusat Latihan Negeri (PLN) di bawah program Pelapis Negeri seluruh negara yang melibatkan para atlet berumur 7 hingga 21 tahun. Di samping itu juga, kejohanan ini turut memberikan peluang tambahan dan pendedahan pertandingan yang lebih kepada atlet-atlet.

Sesi pendaftaran dan pemeriksaan peralatan telah dijalankan. Atlet juga telah membuat latihan rasmi menembak sebagai persediaan kejohanan. Taklimat dan mesyuarat pengurus pasukan berlangsung sekitar jam 5.00 petang. Sebanyak 10 negeri telah mengambil bahagian dalam kejohanan kali ini iaitu Perak, Melaka, Selangor, Wilayah Persekutuan, Pahang, Negeri Sembilan, Terengganu, Johor, Sarawak dan Pulau Pinang. Jumlah atlet yang mengambil bahagian dalam kejohanan ini ialah sebanyak 92 orang. Atlet lelaki 42 orang dan atlet wanita 50 orang.
Sebanyak 4 acara yang dipertandingkan iaitu 10M Air Pistol-Men (23 orang atlet), 10M Air Pistol-Woman (22 orang atlet), 10M Air Rifle-Men (19 orang atlet) dan 10M Air Rifle-Woman (28 orang atlet). Setiap atlet perlu membuat tembakan sebanyak dua (2) kali iaitu bagi individu dan final bagi setiap acara yang dipertandingkan. Sesi penyampaian hadiah akan diadakan pada 26 April 2014 (Sabtu). Diharap atlet-atlet daripada pasukan Pulau Pinang dapat mempersembahkan prestasi yang terbaik sepanjang kejohanan berlangsung.

SUKAN ANGKAT BERAT

Tarikh : 22 April 2014 (Selasa)
Masa : 5.00 Petang - 6.30 Petang
Tempat : Bilik Mesyuarat Majlis Sukan Negeri Perlis
Mesyuarat Pengurus Pasukan bagi Karnival Remaja Kebangsaan 01/2014 telah dapat diadakan hari ini dengan dipengerusikan oleh En. Khairun Haled dari Cawangan Pengurusan Acara,Majlis Sukan Negara Malaysia. Tujuan mesyuarat ini diadakan bagi mengesahkan penyertaan pasukan serta atlet yang akan bertanding pada kejohanan kali ini. Melalui mesyuarat ini, sebanyak 17 negeri dan kelab telah mengesahkan penyertaan. Antara negeri dan kelab yang mengambil bahagian adalah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan, Johor, Kelantan, Terengganu, Pahang, ATM, Labuan, Sabah, Sarawak, Pelapis Serantau dan Pelapis Kebangsaan. Pengesahan atlet adalah seramai 50 atlet lelaki dan 15 atlet wanita bagi kategori bawah 17 tahun dan manakala kategori terbuka belum disahkan lagi jumlah penyertaan. Makluman dari mesyuarat ini, kejohanan ini merupakan medan kelayakan atlet ke Temasya Sukan Komanwel 2014. Kejohanan ini akan bermula pada 23 hingga 26 April 2014 dan bertempat di Institut Kemahiran Belia Negara, Kuala Perlis. Wakil dari pihak ISN turut hadir bagi menerangkan penggunaan bahan terlarang dalam sukan dan akan mengadakan perjumpaan ringkas pada petang esok untuk atlet bawah 17 tahun. Esok akan bermula kejohanan melibatkan peringkat umur bawah 17 tahun bagi kategori lelaki 50 kg, 56 kg (9.00 pagi), 62 kg, 69 kg (11.00 pagi), 77 kg (2.00 petang) dan 85 kg (4.00 petang). Mesyuarat ditangguhkan jam 6:30 petang.

SUKAN  TINJU

Tarikh : 22 April 2014 (Selasa)
Masa : 8.30 malam - 9.30 malam
Tempat : Bilik Mesyuarat Majlis Sukan Negeri Perlis

Pada sebelah malam, hanya Mesyuarat Pengurus bagi sukan Tinju telah diadakan dimana dipengerusikan oleh Encik Ridwan dari Cawangan Pengurusan Acara,Majlis Sukan Negara Malaysia. Mesyuarat Pengurus Pasukan hari ini akan membincangkan tentatif kejohanan serta mendapatkan statistik penyertaan atlet dari setiap negeri yang bertanding. Seramai 140 orang atlet telah mengesahkan penyertaan yang melibatkan 12 negeri dan 3 kelab dimana 3 peringkat umur dipertandingkan iaitu peringkat umur 13-14 tahun, 15-16 tahun dan 17-18 tahun. Pada esok hari secara rasminya akan bermula pertandingan dimana sebelah pagi hanya timbang berat dan pemeriksaan kesihatan dijalankan. Acara dijangka bermula pada jam 2 petang dan pihak penganjur menjangkakan akan tamat sebelum 6.30 petang. Turut dibangkitkan isu segelintir negeri yang masih tidak melakukan pemeriksaan kesihatan sebelum ke kejohanan. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 9.30 malam.

Sekian, terima kasih.

Laporan dari Perlis Indera Kayangan

Read more...

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE GIMNASIUM MSNPP BAGI SUKAN MENEMBAK

Tarikh : 21 April 2014 (Isnin)
Masa : 3.00 Petang hingga 5.00 Petang
Tempat : Gimnasium Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang

KEHADIRAN
1. Puan Mariani Binti Sanawi – Pegawai Belia & Sukan, Suaian Fizikal ISNPP
2. Encik Ahmad Faizal Bin Nazari - Pelajar Praktikal ISNPP
3. Muhammad Ivarn Syazwan – JSM
4. Puan Falissa Shabudin - Penyelaras MSNPP
5. Azira Binti Azizan - PPN USPTNPP

ATLET
1. 9 orang atlet.

LATIHAN
1. Warm up and stretching
2. Berlari tiga pusingan
3. Regangan Dinamik
4. Latihan Litar (10 Stesen)
5. Strength Endurance
6. Senaman Jari

UJIAN
1. Ujian Kecergasan Fizikal telah dijalankan pada 18 April 2014 (Jumaat) di Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang.

PERTANDINGAN
1. Menyertai  Karnival Remaja Kebangsaan Siri 1/2014 pada 22 hingga 26 April 2014 bertempat di Lapang Sasar Menembak Sungai Batu Pahat, Perlis.

KECEDERAAN
1. Tiada

PERALATAN
1. Gimnasium Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang.

PROGRAM BINAAN
1. Talent ID (TID) akan dijalankan selepas Sukan Malaysia XVII, Perlis 2014 kerana kekangan masa dan tarikh untuk jalankan Talent ID (TID) belum diputuskan lagi. Bagi Talent ID (TID) untuk tahun 2014 jurulatih memfokuskan akan mengambil atlet lelaki sahaja kerana kekurangan atlet lelaki.

ULASAN RINGKAS
1. Sesi latihan ini dikendalikan oleh Pegawai ISNPP iaitu Puan Mariani Binti Sanawi dan Encik Ahmad Faizal Bin Nazari (Pelajar Praktikal ISNPP).
2. Latihan fizikal yang dijalankan pada hari tersebut ialah Strength Endurance dan latihan litar. Latihan litar ini mempunyai 10 stesen dan masa yang diperuntukkan selama 1 minit dan perlu dilakukan sebanyak 3 set.
3. Latihan litar tersebut ialah :-
          i - Squat
          ii - Wall Sit
          iii - Push Up
          iv - Militarry Sit Up
          v - Star Jump
          vi - Front and Lateral Raise
          vii - Triceps Dip
          viii - Wrist Curl
          ix - Hold Push Up
          x - Skipping

Sekian, Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh
Azira Binti Azizan

Read more...

LAPORAN PEMANTAUAN UJIAN KECERGASAN ATLET SUKMA 2014 BAGI SUKAN MENEMBAK

Tempat : Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang (MSNPP)
Tarikh : 18 April 2014 (Jumaat)
Masa : 3:30 petang - 5:30 petang

KEHADIRAN
1. Encik Cheah Boon Chong – Ketua Unit ISNPP
2. Puan Loo Lean Hiong - Pegawai Belia dan Sukan ISNPP
3. Puan Mariani Sanawi - Pegawai Belia Dan Sukan, Suaian Fizikal ISNPP
4. Puan Shahrina Haryani Binti Yaali - Penolong Pegawai Belia Dan Sukan ISNPP
5. Puan Intan Suliana Binti Sulaiman - Pembantu Tadbir ISNPP
6. Encik Muhammad Ivarn Syazwan - JSM USPTNPP
7. Puan Falissa Shabudin - Penyelaras MSNPP
8. Cik Azira Binti Azizan - PPN USPTNPP
9. Pelajar Praktikal ISNPP - 2 Orang

OBJEKTIF
Ujian kecergasan ini diadakan bagi menilai kecergasan atlet-atlet Pulau Pinang yang akan menghadapi Sukan Malaysia (SUKMA) XVII, Perlis 2014. Ujian pada kali ini melibatkan atlet-atlet bagi sukan menembak yang terpilih menyertai Sukan Malaysia (SUKMA) XVII, Perlis 2014.

PENYERTAAN
1. 11 Orang atlet (5 Lelaki dan 6 Wanita)
2. Kesemua atlet yang terlibat merupakan atlet di bawah program Pelapis Negeri.

UJIAN KECERGASAN
1. BMI Test
2. Sit and Reach Test
3. Standing Broad Jump
4. Agility Test
5. Speed Test
6. Hand Grip Test
7. Bleep Test

KECEDERAAN
Tiada

ULASAN
1.Ujian pada kali ini merupakan medan bagi menguji kecergasan fizikal atlet-atlet yang bakal menghadapi Temasya Sukan Malaysia (SUKMA), Perlis  2014.
2.Ujian ini dikendalikan sepenuhnya oleh pihak Pusat Satelit ISN Pulau Pinang. 
3.Atlet-atlet yang terlibat menunjukkan komitmen yang tinggi sepanjang sesi ujian dijalankan. 
4.Tahniah kepada atlet yang dapat menghadiri ujian pada kali ini.

Sekian, Terima kasih.

Laporan disediakan oleh
Azira Binti Azizan

Read more...

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved