Wednesday, August 29, 2018

LAPORAN PEMANTAUAN PPN BAGI SUKAN AKUATIK RENANG

Tarikh : 28 Ogos 2018 (Selasa)
Masa : 4.30 ptg – 6.30 ptg
Tempat : Chinese Swimming Club (CSC), Tanjung Bungah

KEHADIRAN
1. Lim Jun Ting – JSM
2. Mohd Suhaimi Bin Md Salleh - PPN

ATLET
1. 20 orang

LATIHAN
1. Land Drill
2. Fly Swim
3. Breast Stroke Drill & Kick
4. Backstroke drill

UJIAN
-Tiada-

PERTANDINGAN

1. Beberapa atlet yang terpilih ke SUKMA XIX, Perak 2018 dalam persiapan terakhir sebelum bergerak ke Ipoh Perak yanag akan berlangsung pada 14 hingga 22 September 2018.

KECEDERAAN
-Tiada-

PERALATAN
-Tiada-

PROGRAM BINAAN
-Tiada-

ULASAN RINGKAS
1.
Latihan telah dijalankan seperti biasa dan mengikut program yang telah disusun oleh jurulatih.
2. Seramai 4 orang telah terpilih untuk mewakili negeri Pulau Pinang ke Temasya Sukan Malaysia XIX, Perak 2018.
3. Jurulatih memaklumkan bahawa beliau tidak terlibat sepanjang SUKMA XIX, Perak 2018 berlangsung di Perak.
4. Kem Fasa Akhir SUKMA XIX, Perak 2018 akan berlangsung dari 30 Ogos hingga 2 September 2018 di Kem PLKN White Resort, Balik Pulau, Pulau Pinang

Sekian, Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

Read more...

LAPORAN PEMANTAUAN PPN "CONTROL TEST" SUKAN GIMRAMA

Tarikh : 25 Ogos 2018 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi hingga 2.00 petang
Tempat : Gimnasium 1, Majlis Sukan Negara

Pada Sabtu yang lepas bertarikh 25 Ogos 2018, Control Test telah dijalankan di kalangan 3 orang gimnas iaitu Caitlin Cheah Pei Syuen, Evelyn Foo Yifei dan Ong Wei Yee sebagai persediaan ke temasya Sukan Malaysia XIX, Perak 2018 yang bakal berlangsung pada 8 hingga 13 Ogos 2018. Prestasi gimnas amat memuaskan namun seorang gimnas tidak menghadiri control test tersebut kerana menyertai Taiwan, Longtan Sports Rhytmic Gymnastic Friendship International Competition bermula 19 Ogos 2018 hingga 4 September 2018.

Sesi latihan bermula pada waktu pagi bersama pasukan Johor yang akan menjalani control test bersama pasukan Pulau Pinang. Control test kali ini telah diketuai oleh Puan Petrina Low bersama beberapa juruhakim FIG untuk menilai prestasi gimnas sebelum ke temasya SUKMA PERAK.

Setelah selesai control test, Puan Petrina telah menerangkan kekurangan gimnas dari segi elemen yang perlu diperbaiki dan sebagainya kepada jurulatih untuk pembetulan sebelum ke SUKMA. Catatan markah untuk setiap apparatus dalam "difficulty" yang dijalankan juga dibezakan diantara satu sama lain untuk menentukan penyertaan yang akan diambil oleh setiap gimnas.

Namun begitu, bagi pasukan Pulau Pinang tidak dapat membuat keputusan untuk apparatus yang bakal diambil oleh setiap gimnas kerana Victoria Manalang masih di Taiwan. Oleh itu, beliau akan menjalani control test bersama Puan Petrina Low sebelum ke SUKMA. Secara keseluruhan, bagi 3 gimnas yang telah menjalani control test mendapat teguran secara terus daripada juruhakim dan jurulatih. Semoga mereka dapat mempertingkatkan prestasi sebelum ke temasya SUKMA XIX, PERAK 2018

Sekian, Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

Read more...

Monday, August 27, 2018

LAPORAN PEMANTAUAN PPN BAGI SUKAN GIMNASTIK ARTISTIK

Tarikh : 23 Ogos 2018 (Khamis)
Masa : 9.00 am - 11.00 am
Tempat : Akademi Gimnastik Artistik Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang.

KEHADIRAN
1. Jessica Tan Ai Ling - JPM MSNPP
2. Nursyafiqah Binti Salamat - PPN

ATLET
1. 16 Orang

LATIHAN
1. Flexibility
2. Routine

UJIAN
1. Tiada

PERTANDINGAN
1. Kejohanan SUKMA Perak XIX, 2018 pada 14 hingga 19 September 2018 di Kompleks Sukan MBI Ipoh

KECEDERAAN
1. Tiada

PERALATAN

1. Tiada

PROGRAM BINAAN
1. Tiada.

ULASAN RINGKAS
1. Gimnasium dalam keadaan bocor di bahagian paip yang telah dimaklumkan kepada pihak MSNPP, mereka memerlukan masa yang panjang untuk membaiki paip tersebut kerana di bawah gimnasium memerlukan pengubahsuaian besar-besaran.
2. Jurulatih memaklumkan bahawa beliau menghadapi masalah dalam latihan melombol kerana gimnas hanya landing di atas pitt berbanding atas landing mat yang baik semasa kejohanan. Hal ini amat berbeza dan merisaukan jurulatih.
3. PPN memohon jurulatih untuk menjaga kesihatan dan dari segi kecederaan gimnas kerana temasya SUKMA PERAK 2018 akan datang tidak lama lagi.

Sekian, Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

Read more...

LAPORAN PEMANTAUAN KEJOHANAN DALAMAN MJAPP 2018

Tarikh : 18-19 Ogos 2018 (Sabtu & Ahad)
Masa : 10.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : Akademi Gimrama MSN Pulau Pinang

Kejohanan Dalaman Sukan Gimrama 2018 telah diadakan pada 18 dan 19 Ogos 2018 di Akademi Gimrama MSN Pulau Pinang. Kejohanan ini juga melibatkan ujian klasifikasi untuk atlit. Pada kejohanan ini melibatkan 52 orang atlit daripada Pelapis dan kelab gimrama Pulau Pinang. Pertandingan bermula pada jam 10.00 pagi dan berakhir pada 5.00 petang. Penyampaian hadiah majlis ini disempurnakan oleh Presiden MJAPP, Dato' Tan Gin Soon, PPN dan juru hakim. Seramai 8 orang atlit pelapis Pulau Pinang menyertai kejohanan ini bagi menilai prestasi mereka. Seramai 5 orang juruhakim dijemput oleh pihak persatuan untuk memberi kerjasama dalam menjayakan kejohanan ini iaitu Puan Goo Chin Lee, Puan Chen Siau Wei, Puan Yeo Mei Lin, Puan Azizah Jaafar dan Puan Annie Liew Lo Fuen.

Berikut merupakan keputusan kejohanan bagi atlit pelapis Pulau Pinang :
Sekian, terima kasih.

Laporan disediakan oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

Read more...

Thursday, August 23, 2018

LAPORAN PEMANTAUAN PPN BAGI SUKAN TINJU

Tarikh : 21 Ogos 2018 (Selasa)
Masa : 5.00​ petang hingga 7.00 petang
Tempat : Gelanggang Tinju Titi Mukim, Penaga, Kepala Batas

KEHADIRAN
1. Zainuddin Bin Zakaria - JSM USPTN
2. Mohamad Suhairi Bin Othman - PPN

ATLET
8 Orang  Atlet

LATIHAN
1. Warm Up
2. Strength training
3. Punching
5. Cooling down

KECEDERAAN
-Tiada-

PERTANDINGAN
​-Tiada​-

PROGRAM BINAAN
-Tiada-

ULASAN RINGKAS
1. 
​Latihan berjalan seperti biasa. Terdapat atlet yang telah burcuti semperna katibaan hari raya aidiladha.
2. Dua orang atlet Pelapis Serantau dan seorang atlet Pelapis Negeri telah menyertai Kejohanan Tinju "8th Taipei City Cup International Boxing Tournament 2018" pada 13 hingga 17 Ogos 2018 di Taipei, Taiwan. Keputusan pertandingan adalah seperti berikut :-

A) Muhammad Rasdenal Haikal - Perak (52 kg)
B) Sheikh Rahmatullah Ibrahim - Perak (49 kg)
C) Mohamad Asuad bin Mohd Halim - Gangsa (69 kg)

3. Sesi latihan pada petang kelmarin turut dihadiri oleh Muhammad Rasdenal dan Sheikh Rahmatullah yang bercuti sempena hari raya aidiladha. Kehadiran mereka mampu memberi motivasi kepada atlet-atlet pelspis Pulau Pinang.

Sekian, Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Mohamad Suhairi Bin Othman
https://ssl.gstatic.com/ui/v1/icons/mail/images/cleardot.gif

Read more...

Tuesday, August 21, 2018

LAPORAN PEMANTAUAN PPN BAGI SUKAN MEMANAH

Tarikh : 21 Ogos 2018 (Selasa)
Masa : 9.00 pg - 12.00 tghari
Tempat : Padang JBSN Pulau Pinang

KEHADIRAN
1. Kan Kar Inn - JSM
2. Shamani a/p Ganesan - JPM Negeri
3. Salina Putriana Erierpius - JPM Negeri
4. Mohd Suhaimi Bin Md Salleh – PPN

ATLET
1. 5 Atlet Recurve & 7 Atlet Compound

LATIHAN
1. Warm Up
2. Shooting Form
3. Shooting Skill 
4. Warm Down

UJIAN
-Tiada-

PERTANDINGAN
1. Jurulatih dan atlet baru selesai menyertai Kejohanan Memanah Remaja Kebangsaan dan Pra Sukma 2018 pada 16 hingga 19 Ogos 2018 di Universiti Teknologi Petronas, Tronoh, Perak. Pasukan Memanah membawa balik 2 emas, 3 perak dan 5 gangsa.

PERALATAN
1. Permohonan berkaitan peralatan kecil telah dihantar kepada kewangan negeri untuk tindakan selanjutnya.

PROGRAM BINAAN
1. Kem Latihan Insentif pada 20 hingga 29 Ogos 2018 di Padang JBSN Pulau Pinang.
2. Kem Fasa Akhir SUKMA XIX, Perak 2018 pada 30 Ogos hingga 2 September 2018 di Kem PLKN White Resort, Balik Pulau.

ULASAN RINGKAS
1. Latihan dijalankan seperti biasa selepas selesai kejohanan yang disertai.
2. Hasil pemantauan dibuat, target butt yang sedia ada untuk sesi latihan mengalami kerosakan yang teruk. Pihak Unit berharap Bahagian Atlet Majlis Sukan Negara Malaysia dapat membantu untuk peralatan tersebut.
3. Permohonan berkaitan peralatan kecil telah dihantar kepada kewangan negeri untuk tindakan selanjutnya.
4. Bermula hari ini sehingga Sukma Perak 2018, jurulatih akan menjalankan Kem Latihan Pusat / Insentif bertempat di Padang JBSN Pulau Pinang.

Sekian,Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

Read more...

LAPORAN PEMANTAUAN PPN BAGI SUKAN PELAYARAN

Tarikh : 19 Ogos 2018 (Ahad)
Masa : 8.00 pg hingga 10.00 mlm
Tempat : Pusat Kegiatan Sukan Air (PKSA), Tanjung Bungah

KEHADIRAN
1. Md Shah Bin Ismail - JSM
2. Ismail Bin Abd Ghani - JPM Negeri
3. Geh Cheow Lin - Jurulatih Sukma
4. Mohd Suhaimi Md Salleh - PPN

ATLET
1. 15 orang atlet

LATIHAN
1. Kem Latihan Insentif bermula 17 hingga 19 Ogos 2018 di Pusat Kegiatan Sukan Air (PKSA), Tanjung Bungah.

UJIAN
-Tiada-

PERTANDINGAN
1. Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XIX, Perak 2018 pada 11 hingga 22 September 2018 di Lumut Perak.

KECEDERAAN
-Tiada-

PERALATAN
1. Persatuan telah menyerahkan surat permohonan dan 3 sebut harga untuk tindakan selanjutnya.

PROGRAM BINAAN
1. Jurulatih dan atlet yang tersenarai dalam skuad Sukma Perak 2018 akan menyertai Kem Fasa Akhir SUKMA XIX, Perak 2018 pada 30 Ogos hingga 2 September 2018 di Kem PLKN White Resort, Balik Pulau.

ULASAN RINGKAS
1. Semasa pemantauan, Kem Latihan Insentif sedang berlangsung bermula 17 hingga 19 Ogos 2018 di Pusat Kegiatan Sukan Air (PKSA), Tanjung Bungah.
2. Jurulatih memaklumkan bahawa 7 atlet telah terpilih ke Temasya Sukan Malaysia XIX, Perak 2018.
3. Jurulatih berharap pungutan pingat semasa SUKMA Sarawak 2016 iaitu 1 emas 1 perak & 3 gangsa dapat ditambah koleksi untuk SUKMA Perak 2018. 
4. Jurulatih memaklumkan bahawa sepanjang kem, satu pertandingan mini turut dibuat melibatkan atlet dalaman antara kelab sahaja.

Sekian,Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

Read more...

LAPORAN PEMANTAUAN PPN BAGI SUKAN WUSHU

Tarikh : 18 Ogos 2018 (Sabtu)
Masa : 5.00 petang hingga 7.00 malam
Tempat : Dewan Silat Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang 

KEHADIRAN
1. JSM Soon Ghew Keng
2. Atlet : 14 orang atlet

LATIHAN
1. Warm Up
2. Latihan formasi persembahan
3. Cooling Down

UJIAN
1. Tiada

PERTANDINGAN
1. Tiada.

PERALATAN 
1. Semua dalam keadaan baik.

ULASAN RINGKAS
1. Latihan berjalan lancar dan baik di bawah kendalian JSM Soon Ghew Keng. Sesi latihan asal pada jam 3.00 petang terpaksa dilewatkan kerana memberi laluan kepada Kem Latihan Sukma di gelanggang yang sama.
2. Atlet-atlet telah menyertai Kejohanan 4th Malaysia International Wushu Tournament 2018 pada 3 hingga 5 Ogos 2018 di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur.
3. Jurulatih memaklumkan bahawa tiada kejohanan terdekat buat masa ini.

Sekian, Terima Kasih.

Disediakan oleh
Mohamad Suhairi Bin Othman

Read more...

Monday, August 20, 2018

LAPORAN PEMANTAUAN PPN BAGI SUKAN BERBASIKAL

Tarikh : 16 Ogos 2018 (Khamis)
Masa : 5.00 ptg – 7.00 ptg
Tempat : Perkarangan MSNPP

KEHADIRAN
1. Munir Ismail - Setiausaha Persatuan
2. Meisheelan A/L Ganesan – JPM Negeri
3. Mohd Suhaimi Bin Md Salleh - PPN

ATLET
1. 9 Orang Atlet

LATIHAN
1. Warm Up
2. Latihan Roller
3. Endurance Training
4. Warm Down

UJIAN
-Tiada-

PERTANDINGAN
1. Kejohanan Road Race Series 4 / Criteriums Series 5 pada 17 hingga 19 Ogos 2018 di Ipoh, Perak.

KECEDERAAN
-Tiada-

PERALATAN
1. Persatuan telah membeli peralatan kecil seprti yang dipohon.

PROGRAM BINAAN
1. Program Latihan Tindik USPTN di Majlis Sukan Negara Malaysia pada 24 Ogos hingga 6 September 2018. Permohonan telah dihantar melalui email.

ULASAN RINGKAS
1. Latihan berjalan lancar mengikut perancangan jurulatih.
2. Program Latihan Tindik USPTN di Majlis Sukan Negara Malaysia pada 24 Ogos hingga 6 September 2018.
3. Untuk makluman, Kejohanan Road Race Series 4 / Criteriums Series 5 akan menggunakan peruntukan dari Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang.
4. Atlet menjalani latihan dengan baik dan menerima arahan dari jurulatih.

Sekian, terima kasih.

Laporan Disediakan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh
https://ssl.gstatic.com/ui/v1/icons/mail/images/cleardot.gif

Read more...

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved