Friday, November 21, 2014

LAPORAN PEMANTAUAN KEJOHANAN SKUASY IJM LAND PENANG WOMEN'S OPEN 2014

Tarikh : 20 November  2014 (Khamis)
Masa : 4.00 petang hingga 7.00 petang
Tempat : Pusat Skuasy Antarabangsa Nicol David (NDISC), Bukit Dumbar

Persatuan Skuasy Pulau Pinang (SRAP) dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang (MSNPP) dan IJM Land  menganjurkan Kejohanan Skuasy IJM Land Penang Women's Open 2014 bermula pada 17 hingga 22 November 2014. Pertandingan berstatus WSA Tour 10 ini berlangsung di Pusat Skuasy Antarabangsa Nicol David (NDISC), Bukit Dumbar, Pulau Pinang. Pemain skuasy wanita ke 13 dunia iaitu Rachel Grinham turut mengambil bahagian di samping Delia Arnold (Malaysia), Nadine Shahin (Egy) dan Megan Craigh (NZL). 

Bagi atlet pelapis negeri Pulau Pinang, seramai 4 orang atlet telah mengambil bahagian iaitu Nur Aliah Izzati, Zetty Zawanah, Lee Jia Wei dan Nur Natasha Nabila. Walau bagaimanapun, atle-atlet remaja ini tewas di pusingan kelayakan kepada pemain yang lebih berpengalaman. Sementara wakil negara yang baru diserap ke program elit pada tahun ini iaitu Vanessa Raj mara ke peringkat suku akhir dan tunduk kepada pilihan ke 4 iaitu Nadine Shahin (Egy) 5-11,7-11,4-11 (0-3). 

Pada hari esok akan berlangsung pusingan separuh akhir yang akan menyaksikan persaingan antara Rachel Grinham vs Megan Craigh (5.00pm) dan Delia Arnold vs Nadine Shahin (6.00pm). Di gelanggang lain, sesi latihan atlet pelapis diteruskan seperti biasa sebagai persiapan menghadapi 2 kejohanan terdekat iaitu National Junior Inter State pada 26 hingga 30 November dan REDTONE KL Junior Open 2014 pada 7 hingga 12 Disember 2014.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh
Mohamad Suhairi Bin Othman

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved