Friday, December 21, 2018

LAPORAN PEMNTAUAN PPN BAGI SUKAN BERBASIKAL

Tarikh : 1 Disember 2018 (Sabtu)
Masa : 7.00 pg – 11.00 pg
Tempat : MSNPP – Teluk Bahang – Balik Pulau – Pulau Betong

KEHADIRAN
1. Munir Ismail - Setiausaha Persatuan
2. Meisheelan A/L Ganesan – JPM Negeri
3. Mohd Suhaimi Bin Md Salleh - PPN

ATLET
1. 6 Orang Atlet

LATIHAN
1. Warm Up
2. Endurance Training – 85 KM
3. Warm Down

UJIAN
-Tiada-

PERTANDINGAN

1. Baru selesai menyertai Kejohanan CIMBxJCM (Track) Siri 3 & CIMBxJCM Nilai (Criterium Siri 7) pada 22 hingga 25 November 2018 di Velodrom Nasional Malaysia, Nilai, Negeri Sembilan. Keputusan kejohanan masih belum diterima daripada jurulatih.


KECEDERAAN
-Tiada-

PERALATAN
-Tiada-

PROGRAM BINAAN
-Tiada-

ULASAN RINGKAS
1. Latihan dijalankan seperti biasa mengikut perancangan jurulatih.
2. Pihak Unit memaklumkan bahawa status program Pelapis Negeri dan Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri (USPTN) masih menunggu surat rasmi daripada Bahagian Atlet Majlis Sukan Negara Malaysia.
3. Makluman penutupan USPTN telah dimaklumkan secara lisan kepada semua jurulatih dibawah program Pelapis Negeri. 
4. PPN berharap jurulatih dapat merangka semula jadual latihan serta beberapa program bagi sukan Berbasikal untuk tahun 2019.

Sekian, terima kasih.

Laporan Disediakan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh
https://ssl.gstatic.com/ui/v1/icons/mail/images/cleardot.gif

Read more...

Tuesday, December 4, 2018

LAPORAN HARI TERAKHIR KEJOHANAN SIRKIT REMAJA KEBANGSAAN GIMRAMA SIRI 2/2018

Tarikh :   30 November 2018
Tempat : Gimnasium 1, Majlis Sukan Negara

Hari ini merupakan hari terakhir bagi Kejohanan Gimrama Sirkit Remaja Kebangsaan Siri 2/2018. Acara yang dipertandingkan pada hari ini ialah kategori U11, U12 dan group exercise.

Pada hari ini 7 orang atlet pelapis Pulau Pinang bertanding bagi kategori U11 dan U12. Berikut disertakan keputusan penuh hari terakhir kejohanan yang melibatkan atlet Pelapis Pulau Pinang.

Kategori : U11
NICOLE CHENG QI ERN
Belantan – 5.467
Riben – 6.634

IRIS TAN YI HONG
Belantan – 6.700
Riben – 4.384

NURALYNN
Belantan – 5.784
Riben – 4.100

LEE JING YING
Belantan – 2.067
Riben – 5.067

Kategori : U12 
TAN EN QI
Belantan – 2.700
Riben – 2.517

VICTORIA MANALANG TAN FU HUI
Belantan – 5.284
Riben – 6.917

CAITLIN CHEAH PEI SYUEN
Belantan – 9.234
Riben – 6.650

Kejohanan ini telah melibatkan gimnas kebangsaan serta memberi pendedahan yang baik kepada atlet Pelapis Pulau Pinang yang menyertai. Mereka dapat menilai prestasi diri sendiri dengan gimnas yang lain sebagai contoh. Jurulatih Separuh Masa iaitu Cik Lee Xin Ee turut memberi komitmen yang baik sepanjang kejohanan ini. Akhir sekali pasukan Pelapis Pulau Pinang berjaya membawa pulang 1 pingat gangsa bagi KATEGORI U11 Berkumpulan.

Sekian, terima kasih

Laporan disediakan oleh
Nursyafqah Binti Salamat

Read more...

Friday, November 30, 2018

LAPORAN HARI KEEMPAT KEJOHANAN SIRKIT REMAJA KEBANGSAAN GIMRAMA SIRI 2/2018

Tarikh : 29 November 2018 (Khamis)
Tempat : Gimnasium 1, Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil

Hari ini merupakan hari ke-4 kejohanan diteruskan lagi dengan beberapa acara iaitu U10 (FREEHAND), U11 (BALL, FREEHAND) dan U12 (FREEHAND).

Berikut disertakan keputusan penuh hari keempat yang melibatkan atlet Pelapis Pulau Pinang:-

U10 (FREEHAND)
Tan Fanny - 5.567 mata

U11 (BALL & FREEHAND)
Ball
Iris Tan Yi Hong - 4.384
Lee Jing Ying - 4.850
Nicole Cheng Qi Ern - 10.95

Freehand
Iris Tan Yi Hong - 9.067
Lee Jing Ying - 8.034
Nuralynn - 7.284
Nicole Cheng Qi Ern - 10.067

U12 (FREEHAND)
Tan En Qi - 7.617
Victoria Manalang Tan Fu Hui - 8.58
Caitlin Cheah Pei Syuen - 9.55

Penyampaian hadiah tamat pada jam 8.00 malam dan pasukan pelapis Pulau Pinang hanya berjaya meraih tempat keempat bagi kategori U11 Bola & tempat kelima U11 Freehand.

Sekian, Terima Kasih

Laporan disediakan oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

Read more...

Thursday, November 29, 2018

LAPORAN HARI KETIGA KEJOHANAN SIRKIT REMAJA KEBANGSAAN GIMRAMA SIRI 2/2018

Tarikh : 28 November 2018 (Rabu)
Tempat : Gimnasium 1, Majlis Sukan Negara Malaysia, Bukit Jalil 

Pada hari ini 3 orang gimnas dari pasukan Pulau Pinang melakukan apparatus clubs dan hoop dalam kategori U9 dan under 10 melakukan acara clubs. 

Dalam kategori under 9 apparatus club, Lim Yi Hui mendapat 3.484 dan Choong Shu Qi memperoleh 2.984 .  Seterusnya bagi kategori yang sama dalam acara hoop,  Lim Yi Hui mendapat 3.017 dan Choong Shu Qi memperoleh 3.250.

Dalam kategori under 10 clubs, Fanny Tan hanya berjaya memperoleh 3.784  mata.

Sekian, terima kasih.

Laporan disediakan oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

Read more...

LAPORAN HARI KEDUA KEJOHANAN SIRKIT REMAJA KEBANGSAAN GIMRAMA SIRI 2/2018

Tarikh : 27 November 2018 (Selasa)
Tempat : Gimnasium 1, Majlis Sukan Negara Malaysia, Bukit Jalil

Pada hari ini hanya 3 orang gimnas akan bertanding bagi kategori U9 (freehand & rope) dan U12 (hoop). Bagi gimnas yang tidak bertanding mereka menjalani latihan pada sesi pagi dan petang di gimnasium.

Berikut merupakan keputusan gimnas Pelapis Pulau Pinang yang bertanding pada hari ini:

U9 (FREEHAND)
Lim Yu Hui - 5.334 mata
Choong Shu Qi - 5.967 mata

U9 (ROPE)
Lim Yu Hui - 3.450 mata
Choong Shu Qi - 3.717 mata

U12 (HOOP)
Victoria Manalang Tan Fu Hui - 8.284 mata

Sekian, terima kasih.

Laporan disediakan oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

Read more...

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved