Thursday, June 22, 2017

LAPORAN PEMANTAUAN PPN BAGI SUKAN SEPAKTAKRAW

Tarikh : 21 Jun 2017 (Rabu)
Masa : 4.00 petang hingga 6.00 petang
Tempat : SMK Mutiara Impian Seberang Perai Selatan

KEHADIRAN
1. Ahmad Rahimi Bin Azizan - JSM
2. Syed Roslan Bin Syed Khalid - JSM
3. Mohd Suhaimi Bin Md Salleh - PPN

ATLET
1. 30 orang

LATIHAN
1. Warm Up
2. Latihan Tubi mengikut posisi
3. latihan Quadrant / Regu & Double
4. Permainan Kecil
5. Warm Down

KECEDERAAN
-Tiada-

PERTANDINGAN
- Kejohanan akan bermula pada Julai 2017.

KECEDERAAN
-Tiada-

PERALATAN
1. Memerlukan beberapa peralatan seperti bola dan jaring.
2. Jurulatih memohon bumbung untuk menutup tepi gelanggang supaya tidak dimasuki air sekiranya hujan lebat.

PROGRAM BINAAN
-Tiada-

ULASAN RINGKAS
1. Latihan dijalankan seperti biasa mengikut perancangan jurulatih dan kehadiran atlet dan jurulatih amat memuaskan.
2. Jurulatih memaklumkan bahawa atlet akan bercuti selama seminggu mengikut cuti persekolahan. Namun atlet akan balik awal ke sekolah untuk menjalani latihan pusat sebelum ke kejohanan pada 6 hingga 9 Julai ini.
3. Permohonan Kejohanan Sepaktakraw Remaja Kebangsaan Sirkit 3 telah dihantar kepada pihak kewangan untuk urusan kelulusan.
4. Jurulatih memaklumkan satu pertandingan papan kenyataan mengikut sukan telah dijalankan dan keputusan akan dimaklumkan selepas hari raya.
5. Jurulatih memaklumkan bahawa beliau tidak dapat bersama pada Kejohanan Sepaktakraw Remaja Kebangsaan 2017 – Sirkit 3 pada 6 hingga 9 Julai nanti. Isteri beliau sedang sarat mengandung dan menunggu hari untuk bersalin. Pertukaran jurulatih masih meunggu persetujuan daripada Persatuan Sukan Negeri.

Sekian,Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

Read more...

Tuesday, June 20, 2017

LAPORAN PEMANTAUAN PPN BAGI SUKAN GIMNASTIK ARTISTIK

Tarikh : 19 Jun 2017 (Isnin)
Masa : 3.00 Petang hingga 5.00 Petang
Tempat: Akademi Gimnastik Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang.

KEHADIRAN
1. Fazli Hisam Bin Mohd Zainol Abidin – PPN USPTN Pulau Pinang
2. Liu Shu Nan – JLN USPTN Pulau Pinang
3. Tan Ai Ling – JPM MSN Pulau Pinang

ATLET
1. 12 Orang ( wanita )

LATIHAN
1.   Senam Lantai
2.    Vault
3.    Balance beam
4.   Uneven Bar

UJIAN
1. Tiada

PERTANDINGAN
1. Tiada

KECEDERAAN
1. Tiada

PERALATAN
1. Beberapa peralatan latihan telah koyak,akan dimaklumkan kepada pihak Persatuan untuk menghantar surat kepada MSN tentang pembaikan peralatan yang telah rosak. Perkara ini juga telah dimaklumkan kepada tuan Pengarah ketika mesyuarat bulanan bersama tuan Pengarah.

PROGRAM BINAAN
1. Tiada

ULASAN RINGKAS
1. Program latihan berjalan seperti biasa mengikut jadual latihan. Kehadiran memuaskan
2. Jurulatih Liu Shu Nan akan bercuti ke China pada 3 Julai hingga 7 Ogos 2017.Sepanjang beliau bercuti coach Tan Ai Ling akan mengambil alih sesi latihan.
3. Secara keseluruhan,semua dalam keadaan baik.

Sekian, Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh
Fazli Hisam Bin Mohd Zainol Abidin

Read more...

Monday, June 19, 2017

LAPORAN PEMANTAUAN PPN BAGI SUKAN SKUASY

Tarikh : 16 Jun 2017 (Jumaat)
Masa : 9.00 am hingga 11.00 am
Tempat : Gimnasium MSNPP

KEHADIRAN
1. Khoo Teng Hin (JPM)
2. Encik Ahmad Zaidi Bin Muhammad Rosdi - Pegawai Belia dan Sukan ISNPP
3. Encik Mohd Azizi Bin Shafie - Pembantu Tadbir ISNPP
4. Puan Nursyafiqah Bt Salamat - PPN
5. Seorang pelajar praktikal

ATLET
1. 2 orang

LATIHAN
1. Strength exercise
2. Power Exercise
3. Specific - Trigger point 

UJIAN
1. Tiada

PERTANDINGAN
1. Kejohanan Squash PBA 15th Penang Junior Open 2017 yang akan berlangsung pada 30 Jun 2017 hingga 5 Julai 2017 di Pusat Skuasy Antarabangsa Nicol David (NDISC), Bukit Dumbar.

PERALATAN
1. Tiada

PROGRAM BINAAN
1. Tiada

ULASAN
1. Kehadiran atlet tidak memuaskan dan jurulatih memaklumkan untuk latihan gimnasium yang dijalankan pada sesi pagi hanya ditumpukan kepada atlet pelapis yang akan ke SUKMA 2018 manakala atlet pembangunan yang lain akan melakukan latihan bebanan  di pusat latihan.
2. Pegawai ISN memaklumkan pada hari ini lebih fokuskan latihan bebanan untuk kekuatan dan kuasa berkaintan dengan sukan skuasy, selepas tamat latihan yang dijalankan beliau melakukan trigger point untuk melancarkan saluran darah atlet serta kurangkan muscle stress yang dihadapi oleh atet selepas latihan.
3. PPN memohon jurulatih menyediakan laporan kejohanan selepas menyertai kejohanan tanpa mengira menggunakan bajet negeri atau USPTN bagi memudahkan PPN melihat prestasi atlet dan laporan yang dimohon oleh pihak Pengarah.

Sekian,Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

Read more...

LAPORAN PEMANTAUAN PPN BAGI SUKAN AKUATIK RENANG

Tarikh : 17 Jun 2017 (Sabtu)
Masa : 4.30 ptg – 7.00 ptg
Tempat : Chinese Swimming Club (CSC) Tanjung Bungah

KEHADIRAN
1. Lim Jun Ting - JSM
2. Ho Heen Ming - Jurulatih Chinese Swimming Club (CSC)
3. Mohd Suhaimi Bin Md Salleh - PPN

ATLET
1. 15 orang

LATIHAN
1. Land Exercise
2. Warm Up
3. Kick – 12 x 100M
4. Swim – 30 x 50M
5. Pull – 3 x 400M
6. Warm Down

UJIAN
-Tiada-

PERTANDINGAN
-Tiada-

KECEDERAAN
-Tiada-

PERALATAN
1. Persatuan ada memohon beberapa peralatan kecil seperti stopwatch dan lain-lain.

PROGRAM BINAAN
-Tiada-

ULASAN RINGKAS
1. Latihan telah dijalankan seperti biasa mengikut program jurulatih.
2. Kehadiran atlet memuaskan.
3. Pihak Unit masih menunggu 1 tarikh yang sesuai daripada Persatuan baru untuk menjalankan perbincangan serta halu tuju program yang melibatkan MSNPP, USPTNPP dan MSD.
4. Jurulatih telah memaklumkan bahawa senarai atlet terbaru telah dimasukkan ke dalam laporan jurulatih. Senarai tersebut juga akan didaftarkan pada fasa kedua pendaftaran iaitu Julai hingga Disember 2017.
5. Sehingga bulan Jun, Persatuan masih belum memohon sebarang permohonan aktiviti kejohanan. Makluman berkenaan perkara tersebut telah dipanjnagkan kepada jurulatih semasa pemantauan dibuat.

Sekian, Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

Read more...

LAPORAN PEMANTAUAN PPN BAGI SUKAN TINJU

Tarikh : 16 Jun 2017 (Jumaat)
Masa : 5.00 petang hingga 6.30 petang
Tempat : Gelanggang Tinju PLN Titi Mukim, Penaga, Kepala Batas

KEHADIRAN
1. Zainuddin Bin Zakaria (JSM)
2. Mohamad Suhairi Bin Othman (PPN)

ATLET
1. 6 Orang atlet

LATIHAN
1. Warm up & stretching
2. Shadow boxing (Pairs)
3. Tumbukan (Punching bag)
4. Cooling down

UJIAN
· Tiada

PERTANDINGAN
· Tiada

KECEDERAAN
· Tiada

PERALATAN
· Memerlukan peralatan latihan glove dan skipping rope

PROGRAM BINAAN
· Latihan bersama Akademi Serantau Majlis Sukan Negara, tarikh bergantung kepada kegunaan pengangkutan coaster MSN P.Pinang untuk membawa atlet dari PLN Titi Mukim ke Akademi Serantau atau MSNPP.

ULASAN
1. Semasa pemantauan dibuat, seramai enam orang atlet hadir menjalani latihan. Atlet-atlet menunjukkan komitmen yang baik ketika menjalani latihan. Jurulatih memaklumkan kehadiran atlet tidak konsisten dan kurang memuaskan pada bulan ramadhan.
2. PPN masih tidak dapat mengesahkan status tawaran atlet ke Akademi Serantau. PPN memaklumkan kepada jurulatih untuk menunggu surat tawaran rasmi sekiranya terdapat atlet yang terpilih. 
3. Lantai gelanggang tinju akan diperbaiki dan dinaik taraf oleh pihak MSN P.Pinang. Pihak kontraktor hanya menunggu LO dari MSN Pulau Pinang untuk memulakan proses naik taraf gelanggang tinju.

Sekian.

Laporan disediakan oleh
Mohamad Suhairi Bin Othman

Read more...

Thursday, June 15, 2017

LAPORAN PEMANTAUAN PPN BAGI SUKAN TAEKWONDO

Tarikh : 14 Jun 2017 (Rabu)
Masa : 4.00 petang hingga 6.00 petang
Tempat : Dewan SMK Sg Nibong, Georgetown

KEHADIRAN
1. Rajaderan A/L Rengasamy - JSM
2. Mohd Suhaimi Bin Md Salleh - PPN

ATLET
1. 8 atlet

LATIHAN
1. Warm up
2. Chopping Kcik
3. Side Kick
4. Cooling Down

UJIAN
1. Ujian Kecergasan akan dijalankan pertengahan bulan Julai 2017. Persatuan akan menghantar surat permohonan secepat mungkin.

PERTANDINGAN
-Tiada-

KECEDERAAN
-Tiada-

PERALATAN
-Jurulatih ada memohon beberap peralatan kecil seperti Kicking target, Body Target dan penimbang.

PROGRAM BINAAN
-Tiada-

ULASAN RINGKAS
1. Latihan dijalankan seperti biasa mengikut perancangan jurulatih.
2. Kehadiran pada sesi latihan memuaskan dan jurulatih menjalani latihan lebih awal bagi memberi ruang kepada atlet beragama islam balik awal untuk persiapan berbuka puasa.
3. Ujian Kecergasan akan dijalankan pertengahan bulan Julai 2017. Persatuan akan menghantar surat permohonan secepat mungkin.
4. Jurulatih masih dalam perbincangan bersama ibubapa dan Pengerusi JKKK kawasan Sungai Nibong untuk mendapatkan 1 dewan serbaguna bagi kemudahan latihan .

Sekian,Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh
https://ssl.gstatic.com/ui/v1/icons/mail/images/cleardot.gif

Read more...

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved