Wednesday, May 31, 2017

LAPORAN PEMANTAUAN PPN BAGI SUKAN OLAHRAGA

Tarikh : 30 Mei 2017 (Selasa)
Masa : 5.00 petang hingga 6.30 petang
Tempat : SMK Dato Kailan, Kepala Batas, Pulau Pinang

KEHADIRAN
1. Mohd Nadri Bin Mahmood - JSM USPTN
2. Mohd Azizi Bin Shafie - ISN Pulau Pinang
3. Mohamad Suhairi Bin Othman - PPN

ATLET
1. Empat orang atlet 

LATIHAN
1. Warm Up
2. Resistance training
3. Hurdle jump
4. Endurance training
5. Cooling down

KECEDERAAN
-Tiada-

PERTANDINGAN
-Tiada-

PROGRAM BINAAN
-Tiada-

ULASAN RINGKAS
1. Kehadiran atlet kurang memuaskan kerana permulaan cuti sekolah dan ramadhan, atlet-atlet di asrama pulang ke kampung. walaubagaimanapun, latihan berjalan seperti biasa.
2. PPN akan menambah 5 orang atlet ke dalam program pelapis negeri 2017 bagi sesi pendaftaran Julai - Disember 2017 yang akan datang. Atlet-atlet tersebut adalah

a) Jannice Lohyinjin - 800 meter P18 (2:29.94s/Emas), 1500 meter P18 (5:16.69s/Perak) - MSSM 
b) Lee Chia Hui - Lompat jauh P15 (5.05m/Perak) - MSSM
c) Wong Jing Hui - Lompat tinggi L15 (1.87m/Gangsa) - MSSM
d) Nur Syafiqah Ezany - 100m P15 (13.31s), 200m (27.42s) - MSSM
e) Nur Aisha Binti Ismail - Lompat Tinggi P18 (1.50m) - MSSM

3. Permohonan bantuan peralatan kecil untuk kegunaan latihan masih dalam proses permohonan.

Sekian,Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Mohamad Suhairi Bin Othman

Read more...

LAPORAN PEMANTAUAN PPN BAGI SUKAN MEMANAH

Tarikh : 30 Mei 2017 (Selasa)
Masa : 4.00 petang - 6.00 petang
Tempat : Gymnasium MSNPP

KEHADIRAN
1. Kan Kar Inn - JSM

ATLET
1. 9 orang

LATIHAN
1.  Latihan Gymnasium
- Warm Up
- Bench Press
- Leg press
- Dumble Front raise
- Sit Up Twist
- Trx Pull Up

UJIAN
- Tiada

PERTANDINGAN
- Tiada

KECEDERAAN
-Tiada-

PERALATAN
1. Telah menerima beberapa peralatan dan diserahkan kepada jurulatih.

PROGRAM BINAAN
-Tiada-

ULASAN RINGKAS
1. Latihan dijalankan seperti biasa mengikut jadual jurulatih yang ditetapkan.
2. Kehadiran Mmemuaskan berikutan cuti persekolahan. Tiada perubahan jadual latihan memandangkan majoriti bukan beragama islam.
3.Jurulatih dan Persatuan telah dimaklumkan untuk membuat permohonan kepada ISNPP berkenaan ujian kecergasan.
4. Secara keseluruhan semua dalam keadaan baik.

Sekian, Terima Kasih

Laporan disediakan oleh
Fazli Hisam Bin Mohd Zainol Abidin

Read more...

Tuesday, May 30, 2017

LAPORAN PEMANTAUAN PPN BAGI SUKAN TINJU

Tarikh : 29 Mei 2017 (Isnin)
Masa : 4.30 petang hingga 6.30 petang
Tempat : Gelanggang Tinju Titi Mukim, Penaga, Kepala Batas

KEHADIRAN
1. Zainuddin Bin Zakaria - JSM USPTN
2. Mohamad Suhairi Bin Othman - PPN

ATLET
1. Tiga orang 

LATIHAN
1. Warm Up
2. Tumbukan (Hook, Uppercut, Jab)
3. Padding
4. Shadow Boxing
5. Cooling Down

KECEDERAAN
-Tiada-

PERTANDINGAN
-Tiada-

PERALATAN
- Memerlukan tambahan peralatan latihan seperti glove dan skipping rope 

PROGRAM BINAAN
-Tiada-

ULASAN RINGKAS
1. Latihan dijalankan seperti biasa pada bulan ramadhan, walaubagaimanapun kehadiran atlet kurang memuaskan kerana cuti persekolahan dan bulan ramadhan yang baru bermula. Kebanyakkan atlet-atlet telah pulang ke kampung halaman.
2. Lantai gelanggang mengalami kerosakan dan perlu diperbaiki segera untuk mengelakkan kecederaan. PPN memaklumkan kepada jurulatih bahawa pihak MSN Pulau Pinang telah meluluskan permohonan membaiki lantai gelanggang tinju. Pihak USPTN masih menunggu proses bahagian kewangan MSNPP untuk tindakan lanjut.
3. PPN akan menambah beberapa orang atlet ke dalam program pelapis negeri bagi pendaftaran atlet sesi kedua pada Julai - Disember 2017.

Sekian,Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Mohamad Suhairi Bin Othman

Read more...

LAPORAN PEMANTAUAN PPN BAGI SUKAN SKUASY

Tarikh : 29 Mei 2017 (Isnin)
Masa : 4.00 pm hingga 5.30 pm
Tempat : Pusat Skuasy Antarabangsa Nicol David (NDISC), Bukit Dumbar.

KEHADIRAN
1. Khoo Teng Hin (JPM USPTNPP)
2. Muhammad Ammar (JSM USPTNPP)
2. Puan Nursyafiqah Bt Salamat - PPN

ATLET
1. 30 orang

LATIHAN
1. Physical Strength
2. Conditiuon Games : Drives & Boast with drops
3. Full Court Games

UJIAN
1. Tiada

PERTANDINGAN
1. Tiada

PERALATAN
1. Peralatan latihan adalah hak milik atlet sendiri

PROGRAM BINAAN
1. Tiada

ULASAN
1. Kehadiran atlet amat memberangsangkan pada hari ini kerana cuti sekolah sudah bermula.
2. Semasa pemantauan dijalankan terdapat pihak ASTRO sedang menjalankan pengambaran Dokumentari Nicol Ann David dimana bermula dari program pelapis mahupun pembangunan, beberapa orang atlet pelapis telah ditemuduga.
3. Pada Kejohanan OHANA 33rd Nationals Squash Championships 2017 yang lepas 21 hingga 26 Mei 2017, seramai 6 orang atlet pelapis dan seorang jurulatih menyertai kejohanan tersebut dan mereka berjaya membawa pulang 1 Perak dan 1 Gangsa.
4. Jurulatih memaklumkan bagi bulan Jun dan Julai terdapat dua kejohanan yang masih belum ditentukan lagi dijalankan serta akan memaklumkan kepada PPN sekiranya tarikh dan kejohanan tersebut dijalankan.
5. Bagi bulan puasa jadual latihan masih sama dan tiada pertukaran kerana atlet beragama Islam hanya minoriti dalam pasukan pelapis.

Sekian,Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

Read more...

LAPORAN PEMANTAUAN PPN BAGI SUKAN GIMRAMA

Tarikh : 29 Mei 2017 (Isnin)
Masa : 1.00 pm - 2.30 pm
Tempat : Akademi Gimrama MSNPP

KEHADIRAN
1. Nursyafiqah Binti Salamat - PPN
2. Koay Chia Li - JSM MJAPP

ATLET
1. 12 Orang

LATIHAN
1. Physical Exercise
2. Element check (specific test to routine n apparatus)

UJIAN
1. Tiada

PERTANDINGAN
1. Kejohanan Kinetic Dance Academy Grading & Competition 2017 yang akan berlangsung pada 3 hingga 4 Jun 2017 di KBSWP.

KECEDERAAN
1. Tiada

PERALATAN
1. Kawasan warm up yang dimakan anai-anai masih menunggu pihak persatuan untuk menggantikan.

PROGRAM BINAAN
1. Tiada.

ULASAN
1. Kehadiran atlet agak memuaskan kerana cuti sekolah dan masa kejohanan semakin hampir lalu mereka memberikan komitmen yang tinggi serta terdapat beberapa orang yang menjalani latihan siang dan malam bersama JSM MSNPP.
2. Jurulatih turut memaklumkan bahawa atlet beliau memerlukan lebih banyak pendedahan pertandingan kerana terdapat beberapa orang atlet ketika menjalani latihan semuanya lancar namun bila tiba hari pertandingan menjadi runsing dan stress.
3. Pihak PPN turut memaklumkan subsidi daripada Majlis Sukan Negara adalah 3 dan bagi kejohanan "private" yang ingin disertai mohon berbincang bersama persatuan semula. Seperti tahun-tahun yang lepas atlet menggunakan bajet sendiri untuk kejohanan "private"
4. Bagi kejohanan yang akan disertai pada 3 hingga 4 Jun ini seramai 22 orang atlet akan menyertai termasuk atlet pelapis dan kelab.

Sekian, Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

Read more...

Monday, May 29, 2017

LAPORAN PEMANTAUAN PPN BAGI SUKAN WUSHU

Tarikh : 27 Mei 2017 (Sabtu)
Masa : 4.00 Petang hingga 6.30 Petang
Tempat : Dewan Silat Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang 

KEHADIRAN
1. Master Chong Me Feng - JSM
2. 12 Orang atlet Pelapis

LATIHAN
1.Warm Up
2. Latihan menggunakan senjata/tidak bersenjata
3.Cooling Down

UJIAN
1. Tiada

PERTANDINGAN
1. Tiada

PERALATAN
1. Jurulatih memohon untuk pembelian “sand bag” dan beberapa buah dumbell

ULASAN
1. Latihan berjalan seperti biasa.Ini merupakan latihan pusat mingguan dimana atlet-atlet akan berkumpul di MSN untuk menjalani latihan bersama atlit ELIT MSN Pulau Pinang
2. Beberapa peralatan seperti senjata telah rosak dan beliau memaklumkan telah memohon kepada pihak MSNPP untuk membeli peralatan yang baru
3. Jurulatih dimaklumkan berkenaan peruntukan untuk membeli peralatan kecil dan beliau memohon untuk membeli “Sand Bag“ untuk permulaan .
4. Mesyuarat JKK bil 1/2016 akan berjalan pada 29/5/2017 akibat penundaan tarikh asal berikutan jurulatih dan persatuan mempunyai komitmen lain.

Sekian, Terima Kasih.

Disediakan oleh
Fazli Hisam Bin Mohd Zainol Abidin

Read more...

Friday, May 26, 2017

LAPORAN PEMANTAUAN PPN BAGI SUKAN TENIS

Tarikh : 25 Mei 2017 (Khamis)
Masa : 7.30 pm - 9.30 pm
Tempat : Gelanggang Tenis CRC

KEHADIRAN
1. Nursyafiqah Binti Salamat - PPN
2. Pang Ti Hin - JSM

ATLET
1. 11 Orang

LATIHAN
1. Serve / Return Forehand
2. Backhand Drills
3. Match Play

UJIAN
1. Tiada

PERTANDINGAN
1. Kejohanan Tertutup Tenis (senior) Pulau Pinang 2017 yang akan diadakan pada 21 hingga 23 Julai 2017
2. Kejohanan MSSM 2017 bagi sukan tenis akan diadakan pada 4 hingga 10 Ogos 2017 di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor.

KECEDERAAN
1. Tiada

PERALATAN
1. Tiada

PROGRAM BINAAN
1. Tiada.

ULASAN
1. Kehadiran atlet agak memuaskan dan PPN turut memohon jurulatih memaklumkan sekiranya terdapat perubahan jadual pada bulan Ramadhan.
2. PPN turut membincangkan berkenaan atlet yang telah menyambung pelajaran di kolej Kuala Lumpur dimana jurulaqtih tidak dapat memantau waktu latihan mereka untuk menapis semula nama atlet terebut yang berada dalam program.
3. PPN turut menegaskan bahawa Ujian Kecergasan Bil 1/2017 wajib dijalankan pada bulan Jun dan telah menghubungi Presiden PLTA untuk menguruskan hal ini. Mohon jurulatih berbincang bersama persatuan dan atlet.
4. Pada kejohanan MSSPP Tenis 2017 yang lepas pasukan pelapis Pulau Pinang berjaya membawa pulang 2 Emas, 4 Perak dan 3 Gangsa dengan 21 penyertaan daripada skuad pelapis.
5. PPN turut memaklumkan kepada JSM supaya memaklumkan pergerakan jurulatih kerana seperti yang sediamaklum JSM tidak perlu mengisi borang dan sebagainya bagi pergerakan mereka. Sekurang- kurangnya semasa pemantauan dijalankan sekiranya jurulatih tiada pihak PPN sudah dimaklumkan.

Sekian, Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

Read more...

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved