Sunday, November 9, 2014

LAPORAN PEMANTAUAN UJIAN KECERGASAN SUKAN TENPIN BOLING

Tarikh : 9 November 2014 (Ahad)
Masa : 8.30 pagi hingga 11.15 pagi
Tempat : Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang

KEHADIRAN
1. Pn. Loo Lean Hiong - Pegawai Belia dan Sukan ISNPP
2. Pn. Mariani Binti Sanawi- Pegawai Belia Dan Sukan ISNPP
3. En. Azizi Bin Shafie – Pembantu Belia & Sukan ISNPP
4. En. Albert Yeoh Seng Poh - JSM USPTNPP
5. En. Cheik Tetik Tatt - JSM USPTNPP
6. Pn. Nooriani Binti Abdul Rahman – JSM USPTNPP
6. En. Mohd Suhaimi Bin Md Salleh – PPN USPTNPP
7. Atlet- 16 lelaki & 10 wanita

OBJEKTIF
Ujian kecergasan ini diadakan bagi mengetahui kepentingan kecergasan fizikal, menganalisis,menginteprestasi dan menyimpan rekod kecerhgasan fizikal sendiri, melakukan tindakan susulan untuk meningkatkan kecergasan fizikal sendiri melalui perancangan aktiviti kecergasan terancang.

Pada 9 November 2014, Unit Sukan Prestasi Tinggi Pulau Pinang dengan kerjasama Pusat Satelit Institut Sukan Negara Malaysia Cawangan Pulau Pinang telah mengadakan Ujian Kecergasan untuk atlet Tenpin Bowling Program Pelapis Pulau Pinang (USPTN) bertempat di Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang. Seramai 3 orang pegawai dari Institut Sukan Negara Pulau Pinang (ISNPP) yang telah  terlibat yang di ketuai oleh Pn. Mariani Binti Sanawi selaku ketua Penguji untuk sesi ujian kali ini.

Program bermula pada jam 8.30 pagi dengan aktiviti 'Warm Up' yang dikelolakan oleh pihak Pusat Satelit ISNPP. Atlet yang terlibat telah diuji oleh pihak ISNPP melalui ujian seperti berikut :-

1. Antropometric Measures
- Height 
- Body Weight
- In Body

2. Flexibility
- Modified Seat & Reach 

3. Muscular Strength
- Hand Grip test

4. Aerobic Capasity
- Yo-yo Endurance 

5. Aerobic Test
- Yo-yo Endurance Test 

Ujian berakhir dengan "cooling down” dan disusuli dengan rumusan ringkas daripada ketua penguji. Keputusan bagi Ujian Kecergasan ini akan diberi oelh pihak ISNPP dalam masa 2 minggu. Pihak USPTN Pulau Pinang merakamkan jutaan terima kasih kepada Pihak ISNPP, Jurulatih dan Ibu-bapa yang telah terlibat secara langsung mahupun tidak langsung bagi menjayakan program tersebut. Pihak Unit juga ada menyediakan makan tengahari kepada semua yang hadir.

Sekian, Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved