Wednesday, November 26, 2014

LAPORAN MESYUARAT PENGURUS PASUKAN KEJOHANAN MEMANAH REMAJA KEBANGSAAN SIRKIT 3/2014

Tarikh: 25 November 2014 (Selasa)
Masa: 3:00 petang
Tempat: Kompleks MSN Keramat, Kuala Lumpur

Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM) dengan kerjasama Majlis Sukan Negara Malaysia(MSNM)  menganjurkan Kejohanan Memanah Remaja Kebangsaan Sirkit 3/2014 bermula dari 25 hingga 29 November 2014 di Kompleks MSN Keramat, Kuala Lumpur. Ini merupakan sirkit remaja yang terakhir bagi tahun ini.

Hari ini berlangsung mesyuarat pengurus pasukan yang telah dipengerusikan oleh Dato Abdul Hamid bin iaitu Naib Presiden Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM). Selain itu, turut dijalankan adalah tackle inspection (pemeriksaan peralatan) dan practice day.

Pasukan Pelapis Negeri Pulau Pinang telah mengesahkan penyertaan seramai 15 orang atlet yang terdiri daripada 6 orang atlet lelaki dan 9 orang atlet wanita. Mereka bakal bersaing bagi kategori junior (kat 1) dan cadet (kat 2).

Pertandingan hari pertama esok akan bermula pada jam 8.00 pagi dengan sesi practice. Selamat bertanding buat semua atlet-atlet pelapis negeri Pulau Pinang pada sirkit pada kali ini.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh
Mohamad Suhairi Bin Othman.

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved