Friday, September 30, 2016

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN OLAHRAGA

Tarikh: 29 September 2016 (Khamis)
Masa: 9.30 pagi hingga 1.00 tengahari
Tempat: Stadium MPSP, Jalan Betik, Bukit Mertajam, Pulau Pinang

KEHADIRAN
1. Mohamad Nadri Bin Mahmood - JSM
2. Asrulafendy Bin Sukri - JSM PLD
3. Mohamad Suhairi BIn Othman - PPN
4. Atlet : 8 orang atlet

UJIAN KECERGASAN
Tiada

PERTANDINGAN
Kejohanan Olahraga Pembangunan Zon Utara 2016 Sirkit 1/2016 di Stadium MPSP Jalan Betik, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

ULASAN RINGKAS
1. Kejohanan Olahraga Pembangunan Zon Utara 2016 Sirkit 1/2016 adalah anjuran Unit Sukan Jabatan Pendidikan Pulau Pinang membabitkan atlet-atlet pembangunan bagi kategori umur 11 TKB, 14 TKB dan 16 TKB.
2. Sebanyak empat buah negeri mengambil bahagian iaitu dari negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak.
3. Acara-acara yang dipertandingkan adalah seperti berikut :-

11t dan ke Bawah
14t ke bawah
16t ke bawah
100m
100m
100m
200m
400m
400m
4 x 100m
1500m
1500m
Melontar Peluru
Melontar Peluru
Melontar Peluru
Lompat Jauh
Lompat Jauh
Lompat Jauh
Lompat Tinggi
Lompat Tinggi
Lompat Tinggi

4. Tiga orang jurulatih iaitu En. Asrulafendy, En. Mohd Hamdi dan En. Baba Haris akan mengikuti Kursus Sains Sukan Tahap 1 anjuran ISN pada 10 hingga 14 Oktober 2016 di Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang. Manakala dua orang iaitu En. Asrulafendy dan En. Baba Haris akan menyertai Kursus Kejurulatihan Olahraga IAAF level 1 yang dijadualakn pada 28 November hingga 7 Disember 2016 di Kelantan.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh
Mohamad Suhairi Bin Othman

Read more...

Thursday, September 29, 2016

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN MENEMBAK

Tarikh : 28 September 2016 (Rabu)
Tempat : Kelab Menembak Pulau Pinang (KMPP)
Masa : 4.00 petang hingga 7.00 petang

KEHADIRAN
1. Galina Nikolova Stefanova – JLN MSNPP
2. Mohamad Suhairi Bin Othman – PPN
3. Atlet : 4 Orang Atlet

LATIHAN
1. Warm up & stretching
2. Air pistol
3. Air rifle
4. Cooling down

UJIAN KECERGASAN
Tiada

PERTANDINGAN
Tiada

ULASAN RINGKAS
1. Empat orang atlet menjalani latihan air pistol dan air rifle. Atlet-atlet lain terlibat dengan aktiviti sekolah.
2. Berbincang dengan jurulatih dan persatuan tentang program pencarian bakat baru yang dijangka pada bulan Oktober 2016.
3. Latihan berjalan dengan lancar.

Sekian, terima kasih.

Laporan Disediakan oleh
Mohamad Suhairi Bin Othman

Read more...

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN BERBASIKAL

Tarikh : 28 September 2016 (Rabu)
Masa : 4.30 Petang
Tempat : Gimnasium MSNPP

KEHADIRAN
1. Misheelan A/L Ganesan (JSM)
2. 13 Atlet 

LATIHAN
1. Bench Press
2. Back Squat
3. Lunges With Dumbell

UJIAN
-Tiada-

PERTANDINGAN
-Tiada-

KECEDERAAN
-Tiada-

PERALATAN
-Kekurangan Basikal (Mohon bantuan daripada MSNPP)

PROGRAM BINAAN
- Latihan Bersama

ULASAN
1. Latihan berjalan lancar
2. Latihan dikendalikan oleh pihak ISNPP.
3. Atlet-atlet baru sahaja menyertai Kejohanan JCM di Kedah pada 16-17 September 2016 yang lalu dan memohon jurulatih untuk membuat laporan prestasi atlet pada kejohanan tersebut.
4.Jurulatih memaklumkan bahawa pemilihan atlet untuk ke kejohanan dipilih sendiri oleh pihak persatuan.
5. Berkaitan dengan program binaan, pihak persatuan belum membuat sebarang permohonan untuk membuat latihan di luar kawasan Pulau Pinang

Sekian.

Laporan Disediakan Oleh
Akmal Bin Hashim

Read more...

Wednesday, September 28, 2016

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN BOLING PADANG

Tarikh : 27 September 2016 (Selasa)
Masa : 10.30 pagi hingga 12.30 tengah hari
Tempat : Kompleks Sukan Bertam, Pulau Pinang

KEHADIRAN
1. Noor Aini Binti Ahmad - JSM USPTNPP
2. Nursyafiqah Binti Salamat - PPN

ATLET
1. 300 Orang

LATIHAN
1. Tiada

UJIAN
1. Tiada

PERTANDINGAN
1. Kejohanan Majlis Sekolah-Sekolah Pulau Pinang yang sedang berlangsung pada 26 hingga 28 September 2016 di Kompleks Bertam Pulau Pinang. Sebanyak 12 buah sekolah yang menyertai kejohanan pada kali ini dengan penyertaan seramai 300 orang murid.

KECEDERAAN
1.Tiada

PERALATAN
1. Satu quotation untuk pembelian bowls telah diterima dan dalam proses pembelian.
2. Pihak MPSP telah memberi maklumbalas kepada MSNPP berkenaan kos yang diperlukan untuk membaiki green lawn bowls sebanyak RM12,000.00. Namun pihak MPSP masih tidak mengambil apa-apa tindakan disebabkan kekangan bajet yang perlu dikeluarkan.

PROGRAM BINAAN
1. Ujian Kecergasan Sukan Boling Padang Siri 1/2016 yang akan dijalankan pada 6 Oktober 2016 jam 5.00 petang hingga 7.00 malam.

2. Klinik Pengenalan Sukan Boling Padang Siri 1/2016 yang akan berlangsung pada 8 Oktober 2016 bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

ULASAN RINGKAS

1. Penyertaan MSSPP Boling Padang pada kali ini amat memberangsangkan walaupun hanya 12 sekolah menyertai. Namun begitu, penyelaras sukan JPNPP turut memaklumkan sekolah di daerah SPU dan SPT memberikan penyertaan yang memberangsangkan jika ingin dibanding dengan sekolah di daerah lain. 
2. PPN dan jurulatih juga turut menjalankan talent scouting semasa pertandingan berjalan bagi memilih murid yang berbakat untuk berada dalam skuad pelapis Pulau Pinang.
3. Kejohanan pada kali ini mempunyai 2 kategori iaitu lelaki dan wanita dibawah umur 15 tahun dan 18 tahun. 
4. PPN juga turut berbincang dengan wakil JPNPP untuk membangunkan lagi sukan boling padang dalam masa yang sama boleh mewakili negeri mahupun kebangsaan. 
5. Seramai 32 orang atlet pelapis memasuki kejohanan MSSPP pada kali ini dan keputusan penuh akan dimaklumkan oleh jurulatih pada 29 September 2016.

Sekian, Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

Read more...

LAPORAN PEMANTAUAN PN KE PLN ANGKAT BERAT (MACHANG BUBOK)

Tarikh : 27 September 2016 (Selasa)
Masa : 8.30 Malam
Tempat : Machang Bubok, Bukit Mertajam

KEHADIRAN
1. Arshad Bin Abu Seman (JSM)
2. Atlet 13 orang

LATIHAN
1. Power Snacth
2. Teknik Clean & Jerk
3. Back Squat
4. Sit Up
                                                                                 
UJIAN
- Tiada

PERTANDINGAN
-  Tiada

KECEDERAAN
- Tiada

PERALATAN
1. Mohon Table Jerk untuk latihan
2. Platform
3. Set bar wanita

PROGRAM BINAAN
- Tiada

ULASAN
1. Latihan berjalan seperti biasa dan latihan kurang lancar kerana kawasan latihan agak terhad dan atlet terpaksa menunggu giliran untuk membuat sesuatu program latihan.
2. Jurulatih memohon untuk membuat latihan/ attachment. Pihak USPTNPP memaklumkan kepada Jurulatih bahawa pihak persatuan perlu membuat permohonan terlebih dahulu dan pihak persatuan masih belum berbuat demikian.
3. Terdapat beberapa atlet-atlet wanita baru menjalani latihan dan atlet-atlet ini akan dimasukkan ke dalam program pelapis.
4. Kehadiran agak memuaskan dan atlet-atlet menerima arahan dan teguran dari jurulatih dengan baik.

Sekian, terima kasih

Laporan Disediakan Oleh
Akmal Bin Hashim

Read more...

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN MEMANAH

Tarikh : 26 September 2016 (Isnin)
Masa : 5.00 petang hingga 7.00 petang
Tempat : Padang JBSN Pulau Pinang

KEHADIRAN
1. Kan Kar Inn - JSM
2. Mohd Suhaimi Md Salleh - PPN

ATLET
1. 12 orang

LATIHAN
- Free Shooting
- Checking Equipment

UJIAN
-Tiada-

PERTANDINGAN
- Atlet akan menyertai Kejohanan Memanah Terbuka PKS Unisza 2016 pada 27 September hingga 2 Oktober 2016 di Unisza Gong Badak, Terengganu. Bajet kejohanan menggunakan bajet Negeri (Sukma).

KECEDERAAN
-Tiada-

PERALATAN
1. Memerlukan bow, arrow basic untuk atlet pembangunan.
2. Target butt masih kekurangan untuk latihan yang dirancang.

PROGRAM BINAAN
-Tiada-

ULASAN RINGKAS
1. Latihan berjalan seperti biasa mengikut jadual jurulatih yng disediakan.
2. Kehadiran atlet memuaskan.
3. 1 mesyuarat bersama pengurusan kompleks belia dan sukan akan diadakan dalam masa terdekat. Pihak Unit masih menunggu tarikh daripada pengurus kompleks.
4. PPN memaklumkan kepada jurulatih bahawa kuota kejohanan bagi tahun 2016 hanya tinggal 1 kejohanan sahaja iaitu kejohanan Remaja Kebangsaan Siri 2/2016.

Sekian,Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

Read more...

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN SKUASY

Tarikh : 26 September 2016 (Isnin)
Masa : 5.30 Petang
Tempat : NDISC Penang

KEHADIRAN
1. Khoo Teng Hin (JPM)
2. Yeap Boon Hoi (JSM)
3. Atlet (22 orang)

LATIHAN
1. Back Hand
2. General Strength
3. Sparing

UJIAN
-Tiada.

PERTANDINGAN
- Tiada

KECEDERAAN
-Tiada

PERALATAN
- Atlet-atlet menggunakan peralatan sendiri untuk latihan.

PROGRAM BINAAN
-Tiada

ULASAN
1. Latihan berjalan seperti biasa dan lancar.
2. Kehadiran atlet menjalani latihan memuaskan.
3. Beberapa atlet baru sahaja menyertai Kejohanan Asian Junior Individual Championship di Bukit Jalil. Memohon En. Khoo Teng Hin membuat laporan kejohanan tersebut . 
4. Jurulatih memperbetulkan beberapa teknik dan taktikal dan menegur kesilapan yang dilakukan oleh atlet semasa latihan dan atlet-atlet dapat menerima teguran tersebut.

Sekian, terima kasih

Laporan Disediakan Oleh
Akmal Bin Hashim

Read more...

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved