Monday, July 21, 2014

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN TENPIN BOLING

Tarikh : 17 Julai 2014 (Khamis)
Masa : 5.00 petang hingga 8.15 malam
Tempat : Mega Bowling Center, Prai

KEHADIRAN
1. En. Albert Yeoh Seng Poh - JSM
2. Pn. Nooriani Abdul Rahman - JSM
3. En. Jessen Cheah - JSM
4. Atlet - 13 lelaki & 9 wanita

LATIHAN
1. Warming Up.
2. First Ball & Sparring.
3. Simulation Games.

UJIAN
-Tiada-

PERTANDINGAN

-Tiada-

KECEDERAAN
-Tiada-

PERALATAN
1. Hak milik persendirian

PROGRAM BINAAN
1. Latihan tindik bersama USPTN Perlis akan diadakan pada bulan September 2014. Program ini tertangguh dari tarikh asal disebabkan persediaan atlet untuk ke Sukma pada masa itu.

ULASAN
1. Pihak Persatuan telah mengemukakan permohonan baru bagi perlantikan jurulatih baru kerana Encik Kamal Bin Omar telah menarik diri daripada program berkuatkuasa 30 Jun 2014. Kekosongan beliau akan diisi oleh Encik Jessen Cheah. Beliau juga telah menjalankan tugasan sebagai jurulatih baru.
2. Perlantikan JSM baru telah dipersetujui oleh pihak Persatuan dan perbincangan bersama PPN telah dibuat.
2. Kedatangan atlet untuk sesi latihan memuaskan.
3. Semasa pemantauan dibuat, atlet-atlet dapat menerima arahan serta teguran daripada jurulatih.
4. Satu majlis berbuka puasa dapat dibuat pada hari ini bagi menghimpunkan semua ibu bapa, jurulatih serta atlet. Majlis ini juga bagi mengeratkan ikatan silahturahim sesama sendiri.

Sekian,Terima Kasih

Disediakan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

Read more...

Wednesday, July 16, 2014

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN MEMANAH

Tarikh : 11 Julai 2014 (Jumaat)
Masa : 5.00 Petang
Tempat : Jabatan Belia & Sukan (JBS) Batu Uban


KEHADIRAN
1. JPM Jaffery Low Wei Loon (PS)
2. Xean Kan Kar Inn
3. 9 Orang Atlet Pelapis Negeri


LATIHAN
1. Warm up & stretching
2. Basic shooting technique (tera band)
3. Latihan shooting jarak dekat
4. Equipment check
5. Cooling down


UJIAN
Tiada


PERTANDINGAN
Tiada


ULASAN

1. Latihan pada hari ini dikendalikan oleh JPM Jaffery Low Wei Loon dari Pelapis Serantau. 
2. JSM Zulfadhli Bin Ruslan telah meletak jawatan berkuatkuasa pada 30 Jun 2014. Beliau telah mendapat tawaran pekerjaan lain. Oleh itu, pihak USPTN bercadang untuk melantik JSM baru iaitu Xean Kan Kar Inn bagi melatih atlet di PLN JBS Batu Uban.
3. PPN mengucapkan terima kasih kepada jurulatih dan atlet-atlet atas kerjasama yang diberikan semasa penganjuran Kejohanan Memanah Zon Utara Siri 2/ 2014 di Pulau Pinang yang lalu.
4. Atlet-atlet menunjukkan disiplin yang tinggi semama latihan dijalankan.

Sekian,Terima Kasih

Disediakan Oleh
Mohamad Suhairi Bin Othman

Read more...

LAPORAN PEMANTAUAN TALENT ID SUKAN GIMRAMA

Tarikh : 3 Julai 2014 (Khamis) dan 5 Julai 2014 (Sabtu)
Masa : 11.00 Pagi hingga 5.00 Petang dan 11.00 Pagi hingga 1.00 Petang
Tempat : SJK (C) Min Sin, SJK (C) Kwang Hwa, SJK (C) Shih Chung Cawangan, SRJK (C) Keong Hoe dan Akademi Gimrama Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang.
Jurulatih : Ulitina Mariia
Pegawai : PPN Azira Binti Azizan


Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang dan Jurulatih Sukan Gimrama telah menganjurkan Program Talent Identification(TID) serta dibantu seorang wakil persatuan iaitu Puan Yeoh Beng Choo (Majlis Gimnastik Amatur Pulau Pinang). Program ini dijalankan untuk mencari bakat-bakat baru yang berminat dan berbakat untuk diserap masuk ke dalam Program Pelapis Negeri 2014 bagi sukan Gimrama dan untuk menjadi pelapis muda yang akan mewakili Negeri Pulau Pinang secara amnya atau ke peringkat yang lebih tinggi.

Oleh yang demikian, Pihak Majlis telah mengadakan sesi ujian mengenalpasti bakat Talent ID (TID) bagi sukan Gimrama pada 3 Julai 2014. Jurulatih Ulitina Mariia mengadakan sesi pencarian bakat baru (TID) di SJK (C) Min Sin, SJK (C) Kwang Hwa, SJK (C) Shih Chung Cawangan dan SRJK (C) Keong Hoe.

Sambutan yang diberikan oleh para pelajar sangat menggalakkan dan pihak sekolah juga memberi sepenuh kerjasama dengan turun padang untuk membantu pihak USPTN supaya program yang dijalankan berjalan dengan lancar.

Pelajar dikehendaki memanaskan badan dahulu dan selepas itu barulah pelajar dikehendaki melakukan rutin yang mudah dan ringkas seperti yang ditunjukkan oleh jurulatih. Selepas semua pelajar melakukan rutin yang ditunjukkan barulah jurulatih memilih pelajar yang dirasakan sesuai untuk menjalani sesi pemilihan peringkat kedua.

Hasil daripada sesi pemilihan yang pertama ini, jurulatih telah memilih seramai 85 orang pelajar perempuan daripada keempat-empat sekolah untuk menjalani sesi pemilihan peringkat kedua.
Program pencarian bakat baru (TID) sukan Gimrama peringkat kedua telah dijalankan pada 5 Julai 2014 (Sabtu) jam 10.00 pagi hingga 1.00 petang di Akademi Gimrama Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang.

Sebanyak 20 orang pelajar telah hadir untuk sesi pemilihan peringkat kedua. Program dimulakan dengan jurulatih Mariia memberi taklimat berkenaan rutin Gimrama yang dijalankan pada hari tersebut. Selepas selesai taklimat daripada jurulatih, para pelajar melakukan beberapa rutin Gimrama yang ditunjukkan oleh jurulatih.

Setelah ujian selesai dijalankan, jurulatih telah memilih 8 orang pelajar untuk menjalani latihan pada sesi pagi dan 5 orang pelajar untuk menjalani latihan pada sesi petang.

Sekian, terima kasih.

Laporan disediakan oleh
Azira Binti Azizan

Read more...

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved