Thursday, March 31, 2016

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN MEMANAH

Tarikh : 31 Mac 2016 (Khamis)
Masa : 4.00 petang hingga 6.00 petang
Tempat : SMK (P) St George, Georgetown

KEHADIRAN
1. Shamani a/p Ganesan - JSM
2. Salina Putriana Erierpius - JPM Negeri
3. Mohd Suhaimi Md Salleh - PPN

ATLET
1. 15 orang

LATIHAN
- Free Shooting
- Checking Equipment

UJIAN
-Tiada-

PERTANDINGAN
- Seramai 12 orang telah menyertai Kejohanan Muafakat Johor International Archery Tournament 2016 pada 22 hingga 28 Mac 2016 di Dataran Pasir Gudang, Johor. Pasukan Pulau Pinang telah membawa pulang 1 emas, 2 perak dan 1 gangsa.

KECEDERAAN
-Tiada-

PERALATAN
1. Telah menerima target butt dan target cover sebanyak 6 unit daripada pihak Bahagian Atlet Majlis Sukan Negara Malaysia.

PROGRAM BINAAN
-Tiada-

ULASAN RINGKAS
1. Kehadiran atlet kurang memuaskan kerana kebanyakan atlet masih berehat selepas balik dari kejohanan.
2. Seramai 3 orang atlet telah menghadiri Kem Bakat Sukan Memanah pada 22 hingga 27 Mac 2016 di Kompleks Sukan Negara, Taman Keramat, Kuala Lumpur. 
3. PPN memaklumkan kepada jurulatih bahawa satu pemilihan atlet ke program MSN akan diadakan pada bulan April 2016 dan senarai nama akan dikeluarkan dalam masa terdekat.
4. PPN juga meminta jurulatih agar memberi senarai nama atlet yang akan menyertai Karnival Bakat Siri 1/2016 di Terengganu pada 21 hingga 24 April 2016.
5. Semasa pemantauan dibuat, jurulatih dan atlet sedang membersihkan persekitaran pusat latihan termasuk pembuangan target butt yang tidak boleh digunakan lagi.

Sekian,Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

Read more...

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN TENPIN BOLING

Tarikh : 29 Mac 2016 (Selasa)
Masa : 5.00 petang - 7.00 petang
Tempat : Mega Bowling Centre, Seberang Perai

KEHADIRAN
1. Albert Yeoh Seng Poh - JSM
2. Cheah Teik Tatt - JSM
3. Nooriani Abdul Rahman - JSM
4. Mohd Suhaimi Md Salleh - PPN

ATLET
1. 47 orang

LATIHAN
1. Roll Off Bulan Mac 2016

UJIAN
-Tiada-

PERTANDINGAN
- Seramai 48 atlet akan menyertai Kejohanan Sportexcel NSC-MILO- MTBC Junior Circuit 2016 - Melaka Leg pada 31 Mac hingga 3 April 2016 di MIBC Ayer Keroh, Melaka.

KECEDERAAN
-Tiada-

PERALATAN
1. Hak milik pensendirian.

PROGRAM BINAAN
-Tiada-

ULASAN RINGKAS
1. Semasa pemantauan dibuat, atlet sedang menjalani sesi roll off bulanan bagi bulan Mac 2016.
2. JSM Albert memaklumkan bahawa 4 orang atlet (3 lelaki & 1 wanita) akan keluar program sehingga hujung bulan Mac 2016. Namun gantian kepada atlet yang keluar akan diganti dan akan memulakan program pada awal bulan April 2016.
3. Jurulatih juga baru selesai menghadiri Bengkel Periodisasi Sukan pada 26 Mac 2016 dan Jadual Pelan Periodisasi telah dihantar selepas selesai bengkel.
4. Pihak Persatuan juga telah menghantar permohonan aktiviti untuk Kejohanan Sportexcel NSC-MILO- MTBC Junior Circuit 2016 - Pahang Leg.
5. Untuk rekod maklumat atlet tahun 2016, hanya 50 orang atlet akan berdaftar didalam program pelapis.

Sekian,Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

Read more...

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN SEPAKTAKRAW

Tarikh : 29 Mac 2016 (Selasa)
Masa : 4.00 petang hingga 6.00 petang
Tempat : SMK Mutiara Impian, Simpang Ampat

KEHADIRAN
1. En. Ahmad Rahimi Azizan
2. En. Syed Roslan Syed Khalid
3. En. Mohd Suhaimi Md Salleh

ATLET
1. 42 orang

LATIHAN
1. Warm Up
2. Drill Rejaman & Umpanan Servis
3. Latihan Kawalan Bola
4. Permainan gelanggang
5. Cooling down

UJIAN
-Tiada-

PERTANDINGAN
- Seramai 15 orang atlet akan menyertai Kejohanan Sepaktakraw Remaja Kebangsaan PSM/MSN Sirkit 1/2016 pada 31 Mac 2016 hingga 3 April 2016 di Kompleks Sukan Negara Taman Keramat, Kuala Lumpur. 

KECEDERAAN
-Tiada-

PERALATAN
1. Masih memerlukan beberapa peralatan seperti bola takraw, jaring, punching bag.
2. Bola untuk latihan kebanyakan pecah dan tidak boleh digunakan lagi.

PROGRAM BINAAN
-Tiada-

ULASAN RINGKAS
1. Kehadiran atlet memuaskan dan semua atlet menjalani latihan mengikut perancangan jurulatih.
2. Jurulatih ada memohon bola takraw untuk latihan memandangkan bola yang sedia ada kebanyakan pecah dan tidak boleh digunakan lagi.
3. Dari pemantauan, jurulatih menfokuskan latihan kepada atlet yang akan menyertai kejohanan pada minggu ini yang melibatkan kategori bawah 16, 18 dan 21 tahun.
4. Jurulatih juga memaklumkan bahawa pasukan Pulau Pinang membawa balik 1 emas berpasukan lelaki bawah 15 tahun, 1 perak berpasukan lelaki bawah 18 tahun dan 1 perak antara regu bawah 15 tahun pada kejohanan MSSM 2016.
5. Maklumat atlet bagi tahun 2016 telah diterima dari jurulatih dan akan direkod.

Sekian,Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

Read more...

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN GIMRAMA

Tarikh : 29 Mac 2016 (Selasa)
Masa : 8.00 pm - 10.00 pm
Tempat : Akademi Gimrama Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang.

KEHADIRAN
1. Nursyafiqah Binti Salamat - PPN
2. Mah Kah Yi - JSM USPTNPP

ATLET
1. 8 Orang

LATIHAN
1. Tiada

UJIAN
1. Tiada

PERTANDINGAN
1. Karnival Bakat Terengganu 21-24 April 2016 

KECEDERAAN
1. Tiada

PERALATAN
1. Bumbung gimnasium bocor 
2. Floor Exercise untuk memanaskan badan dimakan oleh anai - anai lalu menjadikan floor rapuh dan kosong

PROGRAM BINAAN
1. Tiada.

ULASAN RINGKAS
1. Kehadiran atlet tidak memuaskan kerana ramai atlet terlibat dengan peperiksaan di sekolah.
2. Masalah paip bocor di luar kawasan gimnasium yg memasuki dalam dewan telah dibaiki dan tiada kebocoran lagi.
3. Keadaan bumbung yang bocor masih menunggu pihak MSNPP untuk membaiki manakala floor exercise di bahagian warm up telah rapuh dimakan oleh anai-anai.
4. Jurulatih memaklumkan pada MSSM yang lalu 6 orang atlet pelapis telah menunjukkan prestasi yang baik dan meningkat dari segi pemarkahan yang diberi namun masih perlu memperbaiki kelemahan yang sediada.

Sekian, Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

Read more...

Monday, March 28, 2016

LAPORAN HARI TERAKHIR KEM BAKAT SUKAN MEMANAH SIRI 1/2016

Tarikh : 27 Mac 2016 (Ahad)
Tempat : Kompleks Sukan MSN Keramat, Kuala Lumpur
Masa : 8.00 pagi hingga 1.00 petang

Kem Bakat Sukan Memanah Siri 1/2016 sudah melabuhkan tirainya pada hari ini. Wala bagaimanapun aktiviti hari terakhir berjalan seperti yang dirancang dengan atlet bersarapan pagi di dewan makan sebelum masuk ke dewan kuliah untuk sesi rumusan bersama ketua jurulatih. Antara pengisian rumusan pagi ini, ketua jurulatih memaklumkan bahawa beliau berpuas hati dengan persembahan semua pemanah-pemanah walaupun rata-rata masih diperingkat pembelajaran. Sepanjang kem ini djalankan, ada beberapa atlet telah menunjukkan prestasi yang memberangsangkan. Ketua jurulatih juga memaklumkan kepada semua pemanah bahawa satu pemilihan untuk layak ke program pelapis akan dapat diadakan dalam masa terdekat. Senarai nama terakhir akan dikeluarkan melalui Pengurus Sukan.

Aktiviti diteruskan lagi dengan Majlis Penutupan Kem Bakat Sukan Memanah Siri 1/2016. Majlis ini telah disempurnakan oleh Encik Joherman Amir Ketua Cawangan Kemahiran Bahagian Atlet Majlis Sukan Negara Malaysia. Dalam ucapan penutupan, beliau berhasrat agar semua pemanah-pemanah meningkatkan prestasi selepas pulang ke negeri masing-masing. Beliau juga berharap atlet yang hadir pada kem kali ini akan mewakili negara pada masa akan datang. Selesai ucapan beliau, Majlis penyampaian sijil telah disampaikan oleh Encik Joherman Amir kepada semua atlet yang hadir. Dalam masa yang sama, hadiah kepada pemenang mini pertandingan juga disampaikan dimana pemenang lelaki dimenangi oleh Crishopter Wong (SAB) manakala wanita oleh Nadiah (SEL).

Secara keseluruhanya, semua pihak yang terlibat telah memberikan kerjasama yang baik dan semua atlet menunjukkan tahap disiplin yang tinggi. Pihak Unit juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada Bahagian Atlet kerana memberi peluang kepada pemanah muda untuk berkampung selama 7 hari menimba ilmu. Diharap kem sebegini dapat diadakan lagi bagi memberi peluang kepada pemanah baru mempelajari teknik-teknik memanah dengan betul. Kem berakhir pada jam 12.00 tengahari dengan semua atlet akan pulang ke negeri masing-masing selepas makan tengahari.

Sekian, Terima Kasih

Laporan disediakan oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

Read more...

LAPORAN PEMANTAUAN KEJOHANAN "2ND LEG OF SPORT EXCEL-NSC-MILO-TM NATIONAL JUNIOR & SENIOR TAEKWONDO CIRCUIT 2016

Tarikh : 25 hingga 27 Mac 2016
Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : Stadium Badminton Cheras, Kuala Lumpur
               
Kejohanan "2nd Leg of the Sport Excel-Milo-NSC-TM National Junior and Senior Taekwondo Circuit 2016" telah berlangsung dari 25 hingga 27 Mac 2016 di Stadium Badminton Cheras, Kuala Lumpur. Pertandingan anjuran Taekwondo Malaysia (TM)/WTF ini telah mempertandingkan acara-acara seperti berikut :

1) Super Cadet (9 – 11 Years)
2) Cadet (12 – 14 Years)
3) Junior (15 – 17 Years)
4) Open (16 years old and above)

Pulau Pinang menghantar 2 pasukan iaitu Pasukan Pelapis Pulau Pinang yang melibatkan 16 orang atlet  dan Pasukan Skuad Latihan SUKMA 2016. Turut serta bersama pasukan ialah En. Ahmad Zaidi Bin Mohamad Rosdi pegawai Institut Sukan Negara (ISN) Pulau Pinang yang bertugas sebagai video analisis untuk pasukan.

Berikut adalah keputusan rasmi yang membabitkan atlet Pelapis Pulau Pinang :-

Pingat Emas
1. Gunashalinee a/p Ravi (Heavyweight Open dan Junior 15-17 tahun)
2. Khairi Sebastian Monroy (Light Middle Junior 15-17 Tahun)

Pingat Gangsa
1. Syamimi Athirah

Suku Akhir
1. Shangita (Flyweight Junior 15-17 Tahun)
2. Nur Farah Bt Mazlan (Welterweight Junior 15-17 Tahun)
3. Nor Ainin Sofiya (Light Middleweight Junior 15-17 Tahun)
4. Tarini Asokumar (Light Weight Cadet 12-14 Tahun)
5. Jhananih (Welterweight Cadet 12-14 Tahun)
6. Mohamad Shahdam (Finweight Cadet 12-14 Tahun)

Pusingan Kedua
1. Selva Punithen (Finweight Open 16 Tahun ke Atas)

Pusingan Pertama
1. Hari Haran (Flyweight Cadet 12-14 Tahun)
2. Vejayanderan (Bantamweight cadet 12-14 Tahun)
3. Sharvin Kunanlan (Finweight Junior 15-17 Tahun)
4. Gautham Raj (Flyweight Junior 15-17 Tahun)
5. Firas Izzaq (Featherweight Junior 15-17 Tahun)
6. Devendran (Middleweight Junior 15-17 Tahun)

Keputusan keseluruhan membabitkan pasukan Pelapis Pulau Pinang adalah tiga pingat emas dan satu pingat gangsa.  Tahniah kepada pemenang dan semua peserta yang telah menyertai kejohanan pada kali ini.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh
Mohamad Suhairi Bin Othman

Read more...

Sunday, March 27, 2016

LAPORAN HARI KELIMA KEM BAKAT SUKAN MEMANAH SIRI 1/2016

Tarikh : 26 Mac 2016 (Sabtu)
Tempat : Lapang Sasar Memanah Kompleks Sukan MSN Keramat
Masa : 6.30 pagi hingga 10.00 malam

Hari kelima kem diteruskan dengan atlet berkumpul di lobi hotel pada jam 6.30 pagi sebelum bergerak ke Kompleks menaiki bas yang disediakan. Atlet berkumpul dengan taklimat pagi oleh En.Giam sebelum nyanyian lagu Negaraku dan bacaan doa. Selepas itu, atlet diberi masa selama 15 minit untuk regangan dan berlari "slow jog" sebanyak 7 pusingan. Selesai senaman pagi, atlet bergerak untuk sarapan pagi sebelum ke padang untuk meneruskan sesi latihan pagi.

Atlet diberi masa selama 3 jam untuk latihan terakhir sebelum mini pertandingan dijalankan pada sebelah petang dengan jarak double 30 meter (Lelaki & Wanita). Latihan pagi terarah kepada Shooting Skill (Teknikal) jarak 30 meter. Pada latihan terakhir ada segelintir atlet yang masih melakukan kesilapan kecil. Namun itu tidak mematahkan semangat semua atlet untuk memperbaiki kesilapan kecil dengan pemantauan jurulatih yang berpengalaman.

Pada sebelah petang, mini pertandingan dapat dijalankan dengan jarak Double 30 Meter (Lelaki & Wanita). Setiap atlet perlu menghabiskan 72 anak panah untuk menentukan pemenang. Mini pertandingan ini akan diputus berasaskan kepada Undang-Undang World Archery Federation (WA) dan Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia.

Berikut disertakan keputusan penuh mini pertandingan :-

LELAKI DOUBLE 30 METER

1. Chrishopter Wong (SAB) - 646
2. Muhammad Najmi (KEL) - 627
3. Muhammad Azmi (PAH) - 626
4. Mohd Amiruzaman (PAH) - 625
5. Mohd Arif Hidayat (KED) - 616
6. Amir Aiman (KL) - 578
7. Alif Akhri Alimudin (SEL) - 568
8. Ahza Mirzani (SAR) - 566
9. Muhammad Aiman (KEL) - 549
10. Syed Mohd Hafiz (KL) - 546
11. Muhammad Aqil Fauzan (TER) - 524
12. Abang Haizeeq Najwan (SAR) - 486
13. Muhammad Akmal Adry (KEL) - 483
14. Haqimi Izzudin (PEN) - 432
15. Amirudin Shams (NS) - 370
16. Amirul Haqim (NS) - 364
17. Lau Jian Yeong (PRK) - 360
18. Mohd Fareez (MEL) - 293

WANITA DOUBLE 30 METER

1. Nadiah (SEL) - 626
2. Pritiswary (PEN) - 606
3. Nayli Athilah (PAH) - 601
4. Vency Veronita (SAB) - 586
5. Supang Yahya (SAB) - 581
6. Nur Alia Roselee (KEL) - 580
7. Nur Zakirah (MEL) - 571
8. Suria Athirah (KEL) - 556
9. Wong Li Ying (PEN) - 538
10. Uzma Qistina Razali (NS) - 516
11. Aimuni Sabihah (PER) - 468
12. Nur Alia (KED) - 466
13. Clemeny Priska (SAB) - 465
14. Wan Nabilah (TER) - 444
15. Nur Wardina (NS) - 443
16. Wan Saffahusna (TER) - 411
17. Ratin Nurhusna (PRK) - 398
18. Nur Syameera (NS) - 343

Sesi malam semua atlet diberi active rest dengan tayangan video selama 2 jam. Selesai tayangan video atlet dilepaskan awal untuk balik ke hotel berehat secukupnya. Esok merupan hari terakhir kem dengan slot rumusan dari ketua jurulatih sebelum majlis penutup dan penyampaian hadiah pada semua atlet yang hadir.

Sekian, Terima Kasih

Laporan disediakan oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

Read more...

LAPORAN BENGKEL PERIODISASI USPTN PULAU PINANG 2016

Tarikh : 26 Mac 2016 (Sabtu)
Masa : 8.00 am hingga 5.00 pm
Tempat : Bilik Cemerlang Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang

KEHADIRAN
1. Pn. Mariani Binti Sanawi- ISNPP
2. 5 orang Kakitangan USPTNPP
3. 18 Jurulatih Separuh Masa USPTNPP

Pada 26 Mac 2016, pihak USPTN Pulau Pinang dengan kerjasama ISN Satelit Pulau Pinang telah mengadakan Bengkel Periodisasi bagi setiap jurulatih Separuh Masa (JSM) USPTN Pulau Pinang. Kehadiran kurang memuaskan berikutan beberapa jurulatih terlibat dengan kejohanan. Pendaftaran jurulatih bermula pada pukul 8.00 pagi.

Bengkel Periodisasi bermula pada pukul 8.30 pagi, dimana program ini terbahagi kepada 2 sesi dimana ia dimulakan dengan sesi teori pada sebelah pagi dan diikuti sesi praktikal pada sesi petang. Seterusnya, Puan Mariani memulakan sesi pagi dengan menerangkan faktor dan impak pelan periodisasi terhadap kejurulatihan. Selain itu, beliau juga memperluaskan penerangan kepada pengenalan dan kepentingan "period" dalam pelan periodisasi kepada peserta. Bengkel diteruskan dengan beberapa aspek yang perlu ditekankan dalam pelan periodisasi antaranya aplikasi sains sukan dalam latihan yang diberikan oleh jurulatih kepada atlet. Sepanjang sesi teori, jurulatih memberikan kerjasama yang amat baik bersama Puan Mariani terutamanya semasa penerangan jadual pelan periodisasi antaranya microcycle, macrocycle, general phase preparation, specific phase preparation dan sebagainya.

Pada sebelah petang di dalam sesi praktikal, jurulatih diminta melakarkan plan periodisasi mereka untuk tahun 2016. Latihan penulisan pelan periodisasi oleh peserta turut dibantu oleh Puan Mariani dan PPN. Jurulatih juga berpeluang untuk berkongsi masalah dan cadangan untuk memantapkan lagi sukan yang dipertanggungjawabkan oleh mereka. Sesi ini juga membantu jurulatih mempelbagaikan elemen latihan dalam merancang program mengikut sukan masing-masing dalam fasa tertentu. Kefahaman dan kemahiran jurulatih dalam merancang pelan periodisasi amat dititikberatkan mengikut kejohanan dan "star" yang dipilih oleh mereka. Memandangkan masa terhad semasa bengkel ini, para jurulatih boleh menghadirkan diri ke Pusat Satelit ISNPP selepas ini sekiranya ada pertanyaan ataupun untuk penerangan yang lebih lanjut. Bengkel berakhir pada jam 5.00 petang.

Sekian,Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

Read more...

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved