Friday, March 30, 2012

LATIHAN FIZIKAL ATLET MENEMBAK BERSAMA ISN

Tarikh : 29 Mac 2012
Masa : 3.00 - 5.30 pm
Tempat : Gymnasium MSNegeri / ISN Setelit

Kehadiran Atlet : 8 orang (3L , 5 W)
Jurulatih : Ivarn Shazwan

Sesi latihan fizikal bersama ISN ini bermula jam 3.00 pm di gymnasium MSNegeri oleh Pegawai Fisiologi Senam, En. Cheah Boon Chong. Latihan adalah lebih kepada intensive spesifik exercise for shooting kepada semua atlet. Sesi seterusnya pula adalah sesi psikologi sukan bersama Pn. Nur Diana. Sesi ini bermula jam 4.30 pm dan tamat pada jam 5.30 pm.
































Read more...

Thursday, March 29, 2012

CARIAN BAKAT BARU SUKAN TINJU DITERUSKAN

Program : TID Sukan Tinju
Tarikh : 27hb Mac 2012 (Selasa)
Masa : 3.15 petang hingga 5.15 petang
Tempat : SMK Sri Muda Penaga, Seberang Perai Utara

Kehadiran :

1. 26 murid-murid
2. PK KOKO (Cikgu Jefri)
3. Peninju Program Pelapis dari SMK Sri Muda Penaga (Sdr. Ahmad Bunyamin)
4. Pegawai ISN (Mr. Cheah Boon Chong dan En. Sheikh Omar Bin Ibrahim)
5. JSM Zainudin Bin Zakaria dan PPN Cik Fatimah Binti Jamil

Program/Aktiviti yang dijalankan :

1. Pengisian Borang Ujian Kecergasan ISN

2. Sesi Pemanasan Badan di pantau oleh JSM Zainuddin

3. Taklimat dan Demo dari Pihak ISN tentang ujian yang bakal dijalankan

4. Sesi Ujian (Maximum Push-Up dan Yoyo Endurance Tahap Satu)

5. Perjumpaan JSM dan PPN bersama murid-murid

Ulasan :

1. Program TID Sukan Tinju bermula dari 3.15 petang dan berakhir pada 5.15 petang yang dikelolakan oleh Pihak ISN, dibantu oleh JSM Pelapis Negeri dan dipantau oleh PPN. Seramai 26 orang pelajar yang menghadiri Program TID dan kesemua pelajar ini merupakan pelajar yang tinggal di asrama sekolah tersebut.

2. Memandangkan pada hari tersebut hujan turun dengan lebat, memohon kebenaran dari pihak sekolah untuk menggunakan Dewan Sekolah sebagai tempat untuk menjalankan Ujian Yoyo Endurance. Dengan dibantu oleh murid-murid yang hadir bersama Pihak ISN telah mengalih dan menyusun kerusi dan meja yang terdapat didalam dewan tersebut.

3. Disiplin murid-murid memuaskan dan kerjasama dan sokongan yang diberikan oleh murid-murid membantu program berjalan dengan lancar seperti yang dirancang.

4. Keputusan dari Ujian Kecergasan akan dimaklumkan oleh pihak ISN kemudian.

5. Diakhir Program TID, JSM dan PPN telah mengadakan perjumpaan bersama murid-murid dan mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan dan kerjasama yang diberikan.
Bagi pihak Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak JPN (Unit Sukan), Pengetua dan PK KOKO SMK Sri Muda Penaga, murid-murid, JSM Pelapis Negeri dan Pihak ISN atas bantuan dan sokongan yang diberikan menjadikan program berjalan dengan lancar seperti yang dirancang.

Fatimah Jamil



















































Read more...

PEMANTAUAN PPN KE PUSAT LATIHAN MENEMBAK

Tarikh: 24 Mac 2012
Masa: 10.30 pagi
Tempat: Lapang Sasar Kelab Menembak Pulau Pinang

Kehadiran
1. Muhammad Ivarn Syazwan - JSM
2. Ahmad Fahmie Abdullah - JSM (MSNegeri)
3. Atlet - 5 lelaki, 5 wanita

Latihan
(Bentuk latihan yang sedang dijalankan semasa hari lawatan)
1. Jogging 2 km
2. Latihan Fizikal
3. Air Rifle Men/Women
4. Air Pistol Men/Women

Ujian
-

Pertandingan
1. Kejohanan Menembak Remaja SportExcel/NSC/MILO/NSAM Sirkit (Pingat Perak Air Rifle Berpasukan Lelaki)
(jika tiada sebarang pertandingan sila kosongkan)

Kecederaan
1. Cheryll Anne mengalami kecederaan bahu dan telah mendapatkan rawatan.

Peralatan
1. Rifle dan Pistol tidak mencukupi untuk mengambil atlet baru

Program Binaan
-

Ulasan
1. PPN En Ahmad Firdaus turut serta. (SDO menjaga sukan Menembak bermula April 2012)
2. ISNPP telah membantu latihan fizikal untuk atlet menembak pada setiap hari Ahad
3. Perbincangan dengan Jurulatih mengenai Kej. Menembak Remaja SportExcel Sirkit 3/2012

Hamidi Lokman















Read more...

Monday, March 26, 2012

HEBAHAN : KURSUS & PEPERIKSAAN PENGADIL BADMINTON KEBANGSAAN TAHAP I DAN II, 2012

Berikut adalah sedikit maklumat berkaitan Kursus & Peperiksaan berkenaan untuk makluman dan hebahan kepada sesiapa yang berminat ;

Tarikh : 28 Julai 2011 (Sabtu)
Masa : 2.00 Petang
Tempat : Pulau Pinang (Akan dimaklumkan)
Anjuran : Persatuan Badminton Malaysia & Persatuan Badminton Negeri

Syarat
Tahap I: Terbuka
Tahap II : Calon mestilah Lulus Penuh Tahap I

Yuran Peperiksaan
Tahap I : RM15 seorang
Tahap II : RM20 seorang

Tarikh Tutup Menerima Calon / Penyertaan
29 Jun 2012 (Jumaat)
Semua pendaftaran hendaklah melalui Persatuan Badminton Negeri Pulau Pinang & jika ada sebarang pertanyaan sila hubungi Mr. Tony Tan Gim Hin, Setiausaha Kehormat Persatuan Badminton Negeri Pulau Pinang di talian 012-445 9178 / Email : taiko7878@yahoo.com.

Read more...

KEJOHANAN MEMANAH SIRKIT KEBANGSAAN 1/2012 - 4th Day

Tarikh : 21 sehingga 25 Mac 2012
Venue : UTEM, Melaka

Hari ini hanya mempertandingkan pusingan olimpik individu & berpasukan campuran bagi kedua-dua acara iaitu recurve & compound sahaja.Kesemua atlet Pulau Pinang berjaya menempatkan diri ke pusingan olimpik.Atlet lelaki recurve & compound yang terpilih adalah 1/48 dan atlet wanita recurve & compound 1/32.

Pengalaman yang membezakan diantara pemanah yang lain. Bersaing dengan atlet Elit dan Kebangsaan merupakan pengalaman baru bagi atlet2 Pulau Pinang. Bagi atlet compound pula,saingan diantara pemanah2 ATM, Terengganu, Melaka & Selangor.Kebanyakkan atlet Elit tidak akan bertanding di Sukma Pahang dan diharap pengalaman shot bersama mereka dapat diambil oleh atlet2.

Pungutan pingat hari ini adalah dari Berpasukan Campuran iaitu Zulfadhli Ruslan dan Nur Ayuni Hasinah. Setelah 2 kali mencuba untuk melangkah ke final, akhirnya percubaan kali ke-3 mereka berjaya memungut pingat perak untuk Pulau Pinang.Esok akan diadakan acara berpasukan recurve & compound dan final akan di adakan di Dataran 1 Malaysia Klebang. Jumpa esok. TQ

Shasha Tarmuzi



























Read more...

Saturday, March 24, 2012

PEMANTAUAN PPN KE PUSAT LATIHAN SEPAKTAKRAW

Tarikh: 22 Mac 2012
Masa: 6.00 petang
Tempat: Kompleks Belia dan Sukan Pulau Pinang

Kehadiran:
1. Tn. Hj. Mokhtar B. Sherif - SU Negeri2. En Mahadzer Moktar - JSM Negeri
2. Saladin B. Abd Rahim - JSM Negeri
3. Atlet - 12 Orang

LATIHAN
1. Kawalan Bola
2. Break Ball
3. Ketepatan Servis
4. Suaian Regu

PERTANDINGAN
1. Seramai 8 atlet telah menyertai Kejohanan Sepaktakraw Terbuka UniMap di Perlis pada 9-11 Mac 2012. Regu Pelapis Pulau Pinang telah berjaya menjadi johan dalam kejohanan ini. Regu tersebut diwakili oleh :
Apit Kanan : Mohd Dzahir B. Ishak dan Daniel Bahrin,
Tekong : Mohd Syahir Rosdi
Apit Kiri : Mohd Saful Azri Shahnon.

2. Regu Pelapis yang digandingkan dengan pemain senior juga telah berjaya menjadi johan dalam Kejohanan Remaja Kebangsaan Piala Dato' Haji Ahmad Ismail pada 16 hingga 18 Mac 2012. Regu tersebut diwakili oleh :
Apit Kanan : Mohd Kamal B. Ishak
Apit Kiri : Mohd Shakirin Md Nasir
Tekong : Mohd Hamizan Mahamad Yusof Mohd Aserah B. Adenan

KECEDERAAN
1. Semasa latihan atlet baru Mohd Azhar B. Ishak telah mengalami kecederaan lutut (ACL)

PERALATAN
1. Bola yang dibekalkan pada tahun 2011 banyak yang patah.

ULASAN
1. Latihan berjalan lancar.
2. JSM Negeri dan Persatuan telah bersetuju untuk menyerap atlet pelapis ke Program SUKMA
3. Hasil daripada komitmen JSM kualiti dan prestasi atlet semakin meningkat.
4. Pihak sekolah amat berpuas hati dengan dengan pelaksanaan program pelapis.
5. Pihak GPMS dan Persatuan juga telah membantu dari segi pendedahan ke kejohanan liga dalaman danluar negeri

Ahmad Firdaus Yusoff



















Read more...

KEJOHANAN MEMANAH SIRKIT KEBANGSAAN 1/2012 - 3rd Day

Tarikh : 21 sehingga 25 Mac 2012
Venue : UTEM, Melaka

Hari ini telah selesai jarak 50m & 30m lelaki recurve dan wanita compound pada sesi pagi. Pada jam 3.00 petang telah bermula jarak 50m & 30m wanita recurve dan lelaki compound.

Dikesempatan ini,Pengurus Sukan Memanah Caw.Pelapis telah mengadakan satu perjumpaan bersama-sama SDO yang hadir pada kejohanan ini. Membincangkan tentang satu standard format maklumat atlet,maklumat prestasi atlet dan lain-lain.

Berikut adalah pemenang2 yang bertanding pada hari ini.

Recurve Lelaki (50m)
1. Muhamad Izzuddin - Elit
2. Wan Mohd Khalmizam - Elit A
3. Fazli Hisyam - Elit

Recurve Wanita (50m)
1. Nur Amirah - Elit
2. Nur Huda Azida - Joh
3. Siti Fatimah - P.Pinang

Recurve Lelaki (30m)
1. Syafiq Izzuddin - PK B
2. Wan Mohd Khalmizan - Elit A
3. Tg. Wira - ATM A

Recurve Wanita (30m)
1. Nur Huda Azida - Joh A
2. Farah Amalina - Elit
3. Faeeznur - Perak

Compound Lelaki (50m)
1. Frankie - PPOC
2. Jittikaen Thong - PPOC
3. Mohd Hakhiki - UNiSZA

Compound Wanita (50m)
1. Nor Hayati - Pah
2. Norizah Ishak - ATM A
3. Saritha Cham - ATM A

Compound Lelaki (30m)
1. Mohd Kaharuddin - UPM A
2. Jittikaen Thong - PPOC
3. Mohd Hakhiki - UNiSZA

Compound Wanita (30m)
1. Nor Hayati - Pah
2. Lau Jen Sion - Kings
3. Saritha Cham - ATM A

Atlet Recurve Lelaki (50m & 30m)
1. Mohd Syazwan - 254 / 309 / 1048
2. Noor Aiman Abd Hamid - 259 / 331 / 1115
3. Quak Ting Hua - 278 / 317 / 1089
4. Muhammad Faris - 288 / 321 / 1105

Atlet Recurve Wanita (50m & 30m)
1. Meerosha Balakrishnan - 213 / 301 / 998
2. Syarfa Zulaikha Shabudin - 220 / 285 / 963
3. Fatin Sabrina Abd Rahim - 137 / 262 / 873
4. Teoh Wen Zhing - 161 / 286 / 933
5. Siti Fatimah Abd Karim - 286 / 318 / 1157
6. Loke Shin Hui - 223 / 290 / 1002

Atlet Compound Lelaki (50m & 30m)
1. Zulfadhli Ruslan - 338 / 351 / 1343
2. Lee Chiang Sen - 299 / 335 / 1180
3. Tan Chin Hong - 306 / 338 / 1245
4. Muhammad Fitri - 260 / 289 / 1007
5. Ahmad Hadi - 319 / 332 / 1234
6. Logathasan - 241 / 280 / 864
7. Mohd Akmal - 221 / 264 / 869
8. Aidi Amar Ramli - 324 / 345 / 1249

Atlet Compound Wanita (50m & 30m)
1. Nik Izzati Mohamad - 301 / 332 / 1220
2. Deeviyaa - 258 / 293 / 1080
3. Nur Ayuni Hasinah - 318 / 343 / 1295
4. Lim Lian Jhing - 282 / 329 / 1150
5. Ezati Hanani Murdi - 288 / 326 / 1184

Satu perjumpaan ringkas bersama atlet dan memberi ringkasan prestasi sepanjang 2 hari ini telah diadakan pada jam 8.30 malam. Esoknya akan diadakan Pusingan Olimpik Individu & Berpasukan Campuran Recurve & Compound. Sekian,jumpa lagi di laporan seterusnya pada hari esok. TQ

Shasha Tarmuzi




































Read more...

Friday, March 23, 2012

KEJOHANAN MEMANAH SIRKIT KEBANGSAAN 1/2012 - 2nd Day

Tarikh : 21 sehingga 25 Mac 2012
Venue : UTEM, Melaka

Seawal jam 7.30 pagi,pasukan Pulau Pinang telah sampai di padang. Dimulakan dengan warm-up dan seterusnya latihan rasmi jam 8.00 pagi. Jam 8.30 pagi kategori lelaki recurve mengambil bahagian untuk jarak 90m & 70m dan kategori wanita compound pula mengambil bahagian untuk jarak 70m & 60m.

Pada jam 2.00 petang diadakan latihan rasmi dan seterusnya pada jam 2.30 petang kategori wanita recurve mengambil bahagian untuk jarak 70m & 60m dan untuk acara compound lelaki pula mengambil bahagian untuk jarak 90m & 70m.

Seterusnya diadakan sesi penyampaian hadiah dan berikut adalah pemenang dan senarai skor untuk pasukan Pulau Pinang.

Recurve Lelaki (90m)
1. Wan Mohd Khalmizan - Elit A
2. Atiq Bazil - PK A
3. Zulkififli Tahir - ATM B

Recurve Wanita (70m)
1. Azuanis - Kel
2. Nur Amirah - Elit
3. Umi Aishah - Joh A

Recurve Lelaki (70m)
1. Faris Haziq - PK A / PP
2. Wan Mohd Khalmizan - Elit A
3. Fareez Rosli - Elit A / PP

Recurve Wanita (60m)
1. Nur Amirah - Elit
2. Nor Atiqah - Mel
3. Nur Huda Azida - Joh A

Compound Lelaki (90m)
1. Mohd Zaki - ATM A
2. Hay Cheng Fern - Sel A
3. Kelvin Hoo - MAAC

Compound Wanita (70m)
1. Saritha Cham - ATM A
2. Ong Min Min - Mel A
3. Rosshaida - Tganu A

Compound Lelaki (70m)
1. Mohd Kaharuddin - UPM A
2. Mohd Zaki - ATM A
3. Mohd Hakhiki - UNiSZA

Compound Wanita (60m)
1. Saritha Cham - ATM A
2. Rosshaida - Tganu A
3. Norizah - ATM A

Atlet Recurve Lelaki (90m & 70m)
1. Mohd Syazwan Md Fuad - 227 / 258
2. Noor Aiman Abd Hamid - 264 / 261
3. Quak Ting Hua - 211 / 283
4. Muhammad Faris Jamaluddin - 226 / 270

Atlet Recurve Wanita (70m & 60m)
1. Meerosha Balakrishnan - 221 / 263
2. Syarfa Zulaikha Shabudin - 195 / 263
3. Fatin Sabrina Abd Rahim - 238 / 236
4. Teoh Wen Zhing - 242 / 244
5. Siti Fatimah Abd Karim - 257 / 296
6. Loke Shin Hui - 226 / 263

Atlet Compound Lelaki (90m & 70m)
1. Zulfadhli Ruslan - 317 / 337
2. Lee Chiang Sen - 253 / 293
3. Tan Chin Hong - 287 / 314
4. Muhammad Fitri - 212 / 246
5. Ahmad Hadi Ahmad Zaki - 281 / 302
6. Logathasan - 113 / 230
7. Mohd Akmal - 174 / 210
8. Aidi Amar Ramli - 262 / 318

Atlet Compound Wanita (70m & 60m)
1. Nik Izzati Mohamad - 277 / 310
2. Deeviyaa - 254 / 275
3. Nur Ayuni Hasinah - 314 / 320
4. Lim Lian Jhing - 267 / 272
5. Ezati Hanani Murdi - 272 / 298

Esok akan shot untuk 2 jarak lagi bagi kedua-dua kategori. Sekian untuk hari ini dan jumpa esok untuk laporan seterusnya. Terima kasih.

Shasha Tarmuzi
















































Read more...

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved