Sunday, June 30, 2013

KEJOHANAN PIALA REMAJA MILO RANKING MASTER - 3RD LEG 2013

Tarikh : 29 Jun 2013 (Sabtu)
Masa : 10.00 pagi hingga 7.00 malam
Tempat : Ampang Superbowl, Central Square, Sungai Petani.

Kejohanan Piala Remaja MILO Ranking Master – 3rd Leg 2013 adalah kejohanan peringkat remaja Negeri bagi Zon Utara yang melibatkan 4 buah negeri iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak. Kejohanan ini adalah kejohanan dwi tahunan yang dianjurkan oleh pihak Persatuan Tenpin Bowling Negeri Pulau Pinang. Sebanyak 5 sirkit akan dijalankan sebelum memilih peserta yang layak untuk ke Grand Final.

Kejohanan kali ini mempertandingkan 4 kategori iaitu Bawah 12 Tahun, Bawah 16 Tahun, Boys Open dan Girls Open. Berikut jumlah penyertaan bagi setiap kategori.

Bawah 12 Tahun - 33 orang
Bawah 16 Tahun - 29 orang
Boys Open - 16 orang
Girls Open - 9 orang

Penyertaan kali ini amat memberangsangkan walaupun saingan sirkit berbaki 2 leg sebelum menuju ke pusingan terakhir iaitu Grand Final yang dijangka bermula selepas menjelang hari raya.

Berikut disertakan keputusan terbaik bagi sirkit ketiga :-

Bawah 12 Tahun
1. Emas - Muhammad Hariz Adlan Bin Azman (PNG) - total 1161 /ave 190.17
2. Perak - Muhammad Zharfan Bin Shahdi (PER) - total 1002/ave 167.00
3. Gangsa - Megat Zahrul Haiqal (PNG) - total 999/ave 166.50

Bawah 16 Tahun

1. Emas - Ahmad Aiman Bin Ahmad Mazlan (KDH) - total 1575/ave 196.9
2. Perak - Muhamad Khairul Harisin Md Khairi (KDH) - total 1555/ave 194.4
3. Gangsa - Muhd Haziq Mohd Ridzuan (KDH) - total 1481/ave 181.4

Girls Open

1. Emas - Fatin Azmira (PRK) - total 1585/ave 198.13
2. Perak - Nur'ain Mustaffa (NS) - total 1547/ave 193.38
3. Gangsa - Nur Fadhlin Arisya (PRK) - total 1473/ave 174.13

Boys Open
1. Emas - Wan Zuhairi Izlan (PER) - total 1636/ave 204.5
2. Perak - Mohd Farhan Azri (PRK) - total 1616/ave 197.6
3. Gangsa - Ahmad Zulkarnian Ahmad Mazlan (KED) - total 1593/ave 194.8

Sekian, Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

Read more...

Saturday, June 29, 2013

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN BERBASIKAL

Tarikh : 29 Jun 2013 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi – 11.30 pagi.
Tempat : MSN Batu Uban, Pulau Pinang.

Kehadiran
1. En.Shukor - Jurulatih. 
2. En.Munir – Setiausaha Persatuan Berbasikal Pulau Pinang.
3. Atlet – 3 orang.
4. Fazli Hisam Zainol Abidin - PPN Sukan Berbasikal.

Latihan
1. Road Training (MSN – Tesco – MSN) 10 Pusingan X 5.8KM.
2. Latihan Pendakian di hadapan Ins.Perguruan Pulau Pinang.
3. Cooling Down.

Ujian
1. Tiada.

Pertandingan
1. Tiada.

Kecederaan
1. Tiada.

Peralatan
1. Terdapat beberapa basikal mengalami kerosakan dan dalam proses baik pulih.

Program Binaan
1. Tiada.

Ulasan Ringkas
1.Latihan dimulakan jam 8.30 pagi berakhir 11.30 pagi.

2.Kedatangan atlet kurang memuaskan berikutan ada yang pulang bercuti. 

3.Jurulatih memaklumkan sesi latihan bagi pelumba wanita yang baru akan diasingkan buat sementara waktu.

4.Jurulatih juga memaklumkan pelumba wanita yang baru akan menjalani latihan di sekitar kawasan KBS bagi proses adaptasi sebelum turun berlatih dijalan raya. 


Sekian, Terima Kasih

Laporan disediakan oleh
Fazli Hisam Bin Mohd Zainol Abidin

Read more...

Friday, June 28, 2013

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN SUKAN TINJU

Tarikh : 28 Jun 2013 (Jumaat)
Masa : 5.30 petang - 7.00 petang.
Tempat : Pusat Latihan Tinju MSN Batu Uban.

Kehadiran
1. Johnny Kasiran – Jurulatih. 
2. Pakianathan A/L Sabastin – Jurulatih.
3. Atlet - 8 orang.
4. Fazli Hisam Zainol Abidin - PPN Sukan Tinju.

Latihan
1. Warming Up.
2. Latihan Endurance.
2. Tumbukan (Padding & Punching Bag)
3. Shadow Boxing.

Ujian
1. Tiada.

Pertandingan
1. Tiada.

Kecederaan
1. Tiada.

Peralatan
1. Memohon tambahan Glove dan Punching Bag.

Program Binaan
1. Tiada.

Ulasan Ringkas
1.Latihan berjalan lancar.
2.Kedatangan atlet kurang memuaskan berikutan hujan. 
3.Jurulatih memaklumkan cadangan untuk mengadakan satu sesi latihan gymnasium bersama pusat latihan yang lain.
4.Jurulatih juga memaklumkan kehadiran petinju untuk latihan merosot berikutan ura-ura pindaan Peraturan SUKMA PERLIS 2014 yang membuat pertukaran had umur penyertaan.
   
Tindakan - Hal ini akan dipanjangkan pada mesyuarat bulanan penyelaras USPTN Pulau Pinang.

Sekian, Terima Kasih

Laporan disediakan oleh
Fazli Hisam Bin Mohd Zainol Abidin

Read more...

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN SUKAN ANGKAT BERAT

Tarikh : 28 Jun 2013 (Jumaat)
Masa : 5.30 petang - 7.00 petang.
Tempat : Wisma Angkat Berat, Batu Uban.

Kehadiran
1.Ahmad Asmadi - JSM MSNPP.
3. 5 orang atlet lelaki & 3 orang atlet wanita.
 
Latihan
1. Warming Up.
2. Teknik Snatch, Clean & Jerk.
3. Dumbell Pull.
4. Squadting & Core.
 
Ujian
1. Tiada.
 
Pertandingan
1. Tiada.
 
Kecederaan
1. Tiada.
 
Peralatan
1. Memohon tambahan Cattle Weight 5 kg.
 
Program Binaan
1. Tiada.
 
Ulasan Ringkas
1. Latihan harian dijalankan seperti biasa.
2. Makluman kepada jurulatih berkenaan penambahan atlet perlu dicari terutama atlet wanita.
3. Jurulatih Norhidayat masih bercuti (bertunang) dan atlet beliau dilatih sementara oleh jurulatih Asmadi.
4. Jurulatih juga memaklum untuk membuat kem motivasi kepada atlet selepas raya dan perbincangan lanjut akan dibuat dengan kadar segera. Kerjasama bersama Majlis Sukan Negeri juga akan terjalin.

Sekian, Terima Kasih.

Laporan Disediakan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

Read more...

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN SUKAN AKUATIK (RENANG)

Tarikh : 27 Jun 2013 (Khamis)
Masa : 6.45 petang hingga 9.30 malam.
Tempat : Chinese Recreation Club Penang.

Kehadiran
1. Jurulatih
- JSM Lim Jun Ting

2. Atlet
- 14 atlet lelaki (Pelapis)
- 10 atlet wanita (Pelapis)

Latihan
1. Land Drill
2. Fly Swim
3. Pulling
4. Back Swim

Ujian
1. Tiada

Pertandingan
1. Menyertai pertandingan Sportexcel-NSC-MILO Junior Swimming Circuit (2nd Leg) pada 14 hingga 16 Jun 2013 di Melaka Hang Jebat Swimming Pool.

Kecederaan
1. Tiada

Peralatan
1. Stretching
- Stretch cord
- Skipping Rope
- Weight

Program Binaan
1. Tiada

Ulasan Ringkas
1. Latihan telah dijalankan seperti biasa dan mengikut program yang telah disusun oleh jurulatih.

2. Kehadiran atlet juga sangat memuaskan dan atlet berlatih dengan bersungguh-sungguh.


Sekian, Terima Kasih.

Laporan disediakan.
Azira Binti Azizan

Read more...

Wednesday, June 26, 2013

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN SKUASY

Tarikh : 25 Jun 2013 (Selasa)
Masa : 4.00 pm hingga 7.00 pm
Tempat : Pusat Skuasy Antarabangsa Nicol David, Bukit Dumbar.

KEHADIRAN
1. Khoo Teng Hin (JPM)
2. Wong Kee Hing, Mathew (JSM)
3. Atlet  - 14 orang

LATIHAN
1. Taktikal/full court game
2. Feeding 
3. Drills

UJIAN
-Tiada-

PERTANDINGAN
Pada bulan ini, atlet telah menyertai dua Kejohanan iaitu:

1. Milo All Star Junior Open 2013 pada 28 Mei hingga 2 Jun 2013 di Gelanggang Skuasy Astaka, Petaling Jaya Selangor.

2. PBA 11th Penang (Malaysia) Junior Open 2013 pada 4 hingga 9 Jun 2013 di Pusat Skuasy Antarabangsa Nicol David, Bukit Dumbar, Pulau Pinang.

PERALATAN
1. Peralatan latihan adalah kepunyaan atlet sendiri.

PROGRAM BINAAN
-Tiada-

ULASAN
1. Latihan  berlangsung dari pukul 3.30 petang hingga 6.30 petang.

2. Turut diselitkan ialah sesi latihan atlet bersama dengan Low Wee Wern, Pemain Skuasy Kebangsaan sebagai pendedahan kepada atlet.

3. Jurulatih juga memaklumkan bahawa latihan menfokuskan persiapan atlet bagi menghadapi kejohanan seterusnya iaitu "TC Malaysian (Closed) National Squash Championships 2013" yang akan diadakan pada 28 Ogos hingga 1 September 2013.

4.  Secara keseluruhan Jurulatih berpuas hati dengan komitmen dan kehadiran atlet pada sesi latihan yang diadakan.

Sekian,Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Mohamad Suhairi Bin Othman

Read more...

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN GIMNASTIK ARTISTIK

Tarikh : 25 Jun 2013 (Selasa)
Masa : 3.00 petang hingga 6.00 petang.
Tempat : Akademi Gimnastik Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang.

Kehadiran
1. Liu Shunan – JLN

2. Atlet
- 9 atlet – Pelapis

Latihan
1. Latihan fizikal
2. Latihan melembutkan badan
3. Latihan teknikal (pendaratan sempurna)
4. Latihan skill

Ujian
1. Tiada

Pertandingan
1. Tiada

Kecederaan
1. Tiada

Peralatan
1. Setakat ini beberapa peralatan masih boleh digunakan lagi dan beberapa peralatan perlu dibaiki atau diganti kerana rosak.

Program Binaan
1. Tiada

Ulasan Ringkas
1. Kehadiran atlet sangat memuaskan dan berlatih dengan bersungguh-sungguh.

2. Jurulatih Liu Shunan akan mula bercuti selama 25 hari bermula 14 Julai hingga 21 Ogos 2013. Sepanjang jurulatih bercuti, atlet dibawah jagaan jurulatih Liu Shunan akan menjalani latihan bersama jurulatih Foong Kok Seng.

3. Seperti yang diusulkan sebelum ini oleh jurulatih Liu Shunan supaya menambah seorang jurulatih sambilan supaya latihan dapat dijalankan seperti biasa walaupun beliau bercuti panjang.


Sekian, Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh
Azira Binti Azizan

Read more...

LAPORAN PERJUMPAAN PPN BERSAMA JURULATIH AFTER SCHOOL PROGRAM (OLAHRAGA) - SMK TASEK

Tarikh : 25 Jun 2013 (Selasa)
Masa : 12.00 tengahari
Tempat : SMK Tasek, Seberang Perai Selatan

Kehadiran:

1. En. Paramasivam A/L Subramaniam – Jurulatih
2. En. Suhairi Bin Othman – Pegawai Pembangunan Negeri (PPN)

Satu sesi perjumpaan bersama Jurulatih dan Penyelaras Sukan untuk After School Program 2013 telah diadakan. Perbincangan ini dibuat tentang penyambungan kontrak Jurulatih sedia ada iaitu En. Paramasivam A/L Subramaniam sebagai JSM. Beliau telah menyatakan persetujuan untuk terus menyambung khidmat sebagai Jurulatih bagi program ini.

Selain itu, antara yang turut dibincangkan ialah mengenai perancangan untuk menambah seorang lagi Pembantu Jurulatih di Pusat Latihan SMK Tasek. Juga dimaklumkan bahawa atlet untuk program ini bakal menyertai sama ada Kejohanan Olahraga Terbuka Pahang atau Terbuka Perak yang berkemungkinan dijadualkan pada bulan September 2013.

Jurulatih Program, En. Paramasivam turut mengusulkan untuk memohon pembelian peralatan seperti skipping, medicine ball dan mini hurdle untuk kegunaan sesi latihan. Oleh itu, pihak USPTN akan menimbangkan cadangan-cadangan yang telah diberikan.

Sekian, Terima kasih.

Laporan Disediakan Oleh
Mohamad Suhairi Bin Othman

Read more...

Saturday, June 22, 2013

KEJOHANAN 4TH PENANG DURIAN MASTER 2013

Tarikh : 22 Jun 2013 (Sabtu)
Masa : 10.00 pagi hingga 10.00 malam
Tempat : Penang Bowl, Lebuh Farquhar, Pulau Pinang

Seramai 70 orang pemain dari 5 buah negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Johor telah mengesahkan penyertaan secara rasmi pada Kejohanan 4th Penang Durian Master 2013 yang berlangsung di Penang Bowl, Lebuh Farquhar, Pulau Pinang dengan anjuran Persatuan Tenpin Bowling Pulau Pinang dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang. Tidak ketinggalan untuk memberi saingan pada kejohanan kali ini adalah penyertaan daripada negara jiran iaitu Singapura dan Indonesia.

Setiap pemain yang berdaftar perlu bermain sebanyak 12 games sebelum pihak penganjur memutuskan seramai 24 orang pemain layak secara automatik ke pusingan kedua dan seterusnya ke step ladder sebelum memnentukan siapa sebagai pemenang. Pusingan kedua dan step ladder akan berlangsung pada keesokkan hari (23 Jun 2013 – Ahad).

Kejohanan kali ini turut menampilkan beberapa nama besar seperti Shalin Zulkifli yang mewakili negeri Selangor. Skuad Pulau Pinang juga turut menghantar pemain dari Skuad Sukma 2014 iaitu Nur Amirah Auni, Toh Yih Sheng dan Toh Yih Hong bagi memberi saingan kepada pemain-pemain lain.

Sekian, Terima Kasih

Laporan disediakan
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

Read more...

Thursday, June 20, 2013

MAJLIS PENYERAHAN BENDERA KONTINJEN PULAU PINANG KE SUKMA XVI 2013 KUALA LUMPUR.

Tarikh : 20 Jun 2013 (Khamis)
Masa : 3.00 petang hingga 4.30 petang
Tempat : Pesiban Agung USM, Pulau Pinang

Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Pulau Pinang telah berlangsung semasa Kem Fasa Akhir SUKMA XVI Kuala Lumpur 2013 yang telah diadakan pada 16 hingga 21 Jun 2013. Kontinjen Pulau Pinang bakal menyertai 17 daripada 20 sukan dipertandingkan pada Temasya Sukan Malaysia (SUKMA XVI) Kuala Lumpur dari 28 Jun hingga 7 Julai 2013.

Pengarah Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang Frederick Tan Teck An berkata seramai 331 atlet akan membawa cabaran negeri dengan misi untuk mengatasi pencapaian pada SUKMA XIV 2011 iaitu 6 emas, 8 Perak dan 12 gangsa.

Antara acara-acara yang akan disertai oleh Kontinjen Pulau Pinang pada Temasya kali ini adalah Polo Air, Renang Berirama, Bina Badan, Bola Jaring, Bola Tampar Dewan, Futsal, Ragbi, Gimnastik Artistik, Ekuestrian, Lawan Pedang, Ping Pong, Muay Thai, Kriket, Judo, Silambam, Bola Keranjang dan Woodball.

Semua atlet yang bertanding sudah bersedia dan bersemangat untuk mencipta kejayaan yang memberangsangkan sepanjang temasya itu berlangsung. Majlis penyerahan bendera telah disempurnakan oleh Exco Belia dan Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga & Komuniti dan Kesenian YB Pn. Chong Eng kepada Chief De Mission Dato’ Ong Poh Eng.

Antara objektifnya adalah bagi membentuk atlet bermotivasi tinggi sebelum,semasa dan selepas temasya. Malah ia langkah proaktif dalam meningkatkan semangat sepasukan, berdaya saing serta mengeratkan hubungan silahturahim antara semua yang terlibat. Disamping itu sokongan semua pihak termasuk pegawai, ibu bapa dan guru juga amat besar dalam memastikan kejayaan gemilang kontinjen Pualau Pinang pada temasya kali ini.


MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA


Sekian, Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

Read more...

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved