Monday, March 31, 2014

LAPORAN PEMANTAUAN LATIHAN BERSAMA/KEJOHANAN DALAMAN ATLET PELAPIS SERANTAU DAN PELAPIS NEGERI

Tarikh : 26 hingga 28 Mac 2014
Masa : 3.00 petang
Tempat : Gelanggang Tinju MSN, Batu Uban, Pulau Pinang

Pada 26 hingga 28 Mac 2014 satu Program Latihan dan Sparring di antara pelapis Negeri dan pelapis serantau telah dapat diadakan. Program ini diadakan bertujuan memantapkan lagi kemahiran individu bagi petinju-petinju untuk kedua-dua belah pihak. Selain itu penyertaan beberapa orang petinju dari pasukan tentera pada sesi sparring menambahkan kehangatan suasana pada sesi sparring. Pada program kali ini terdapat 6 kategori berat yang diadakan seperti di bawah :
-  46kg
-  49kg
-  52kg
-  56kg
-  60kg
-  64kg

Sesi sparring diadakan selama 3 hari berturut-turut dimana pasukan serantau membawa 9 orang petinju yang berdepan petinju berbeza dari Pelapis Pulau Pinang dan beberapa orang tentera yang turut berlatih sama. Program berakhir pada 28 Mac 2014 di mana sesi terakhir dijalankan di waktu pagi. Di harap program ini memberikan petinju motivasi untuk memperbaiki kelemahan-kelemahan yang terdapat sewaktu sesi sparring dijalankan.

Sekian, Terima Kasih

Laporan disediakan oleh
Fazli Hisam Bin Mohd Zainol Abidin

Read more...

LAPORAN BENGKEL PERIODISASI USPTN PULAU PINANG

Tarikh : 22 Mac 2014 (Sabtu)
Masa : 9.00 am hingga 5.00 pm
Tempat :
Bilik Cemerlang Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang

KEHADIRAN

1. En.Cheah Boon Chong- ISNPP
2. Kakitangan USPTNPP
3. 12 Jurulatih Separuh Masa USPTNPP

Pada 22 Mac 2014, pihak USPTN Pulau Pinang dengan kerjasama ISN Satelit Pulau Pinang telah mengadakan “Refresher Course“ untuk plan periodisasi bagi setiap jurulatih Separuh Masa (JSM) USPTN Pulau Pinang. Program ini terbahagi kepada 2 sesi dimana ia dimulakan dengan sesi teori pada sebelah pagi dan diikuti sesi praktikal pada sesi petang.Kehadiran kurang memuaskan berikutan beberapa jurulatih terlibat dengan kejohanan.

Untuk sesi teori Mr Cheah Boon Chong telah membincangkan bagaimana cara untuk membina plan periodisasi yang efektif untuk meningkatkan prestasi atlet ke tahap yang optimum. Jurulatih juga di kehendaki membentangkan “Strength & Weakness“ sukan masing-masing. Ini memberi peluang kepada mereka untuk berkongsi masalah dan idea dalam memajukan sukan yang dipertangung jawabkan kepada mereka.

Pada sebelah petang di dalam sesi praktikal, jurulatih diminta melakarkan plan periodisasi mereka untuk tahun 2014. Sesi ini lebih menjurus kepada kefahaman dan kemahiran jurulatih dalam merancang program untuk sukan masing- masing mengikut takwim tahunan yang telah diberi.Elemen kreativiti dalam merancang program sangat di tekankan dengan mempelbagaikan corak latihan mengikut fasa-fasa plan periodisasi. Bengkel berakhir pada jam 5.00 petang.

Sekian,Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Fazli Hisam Bin Mohd Zainol Abidin

Read more...

Wednesday, March 26, 2014

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN MEMANAH

Tarikh : 24 Mac 2014 (Isnin)
Masa : 4.00 pm hingga 6.00 pm
Tempat : Jabatan Belia & Sukan (JBS) Pulau Pinang

KEHADIRAN
1. Jaffery Low Wei Loon
2. 4 Orang Atlet Pelapis & Pembangunan

LATIHAN
1. Warm up & Strething
2. Free shooting
3. Basic shooting 
4. 30 meter shooting

PERTANDINGAN
Pada bulan Mac 2014, menyertai kejohanan seperti berikut:
1. Kejohanan Memanah Pelapis Zon Utara Siri 1/2014 pada 14 hingga 16 Mac 2014 bertempat di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti, Alor Setar, Kedah.
2. Kejohanan Memanah Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) 2014 pada 24 hingga 28 Mac 2014 di Labuan.

PROGRAM BINAAN
Tiada

ULASAN
1. 
 Kehadiran atlet pada sesi latihan kurang memberangsangkan berikutan kebanyakkan atlet Pelapis Negeri menyertai Kejohanan Memanah Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) 2014 dari 24 hingga 28 Mac 2014 di Labuan.
2. Telah menerima bantuan 5 target butt dan stand dari Cawangan Pelapis.
3. Memaklumkan kepada jurulatih berkaitan pemantauan Roving Coach di PLN oleh Jurulatih Pelapis Kebangsaan iaitu Encik Othman Wahab. 
4. Mendapatkan maklumat dan data terkini atlet-atlet Pelapis Negeri.

Sekian,Terima Kasih

Disediakan Oleh
Mohamad Suhairi Bin Othman

Read more...

Sunday, March 23, 2014

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN TINJU

Tarikh : 21 Mac 2014 (Jumaat)
Masa : 5.30 petang hingga 6.45 petang
Tempat : Pusat Latihan Tinju Batu Uban, Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang

KEHADIRAN
1. Johnny Kasiran – Jurulatih. 
2. Pakianathan A/L Sabastin – Pembantu Jurulatih.
3. Fazli Hisam Zainol Abidin - PPN Sukan Tinju.

ATLET
1. 8 orang atlet pembangunan

LATIHAN
1. Tumbukan (Padding & Punching Bag)
2. Shadow Boxing
3. Skipping

UJIAN
Tiada

PERTANDINGAN
1. Selesai menyertai Kejohanan Pelapis Zon Utara Siri 1/2014 di Kedah baru-baru ini, Pasukan Pulau Pinang memperolehi 5 Emas, 4 Perak.

KECEDERAAN
Tiada.

PERALATAN
Memohon tambahan Glove untuk melancarkan sesi latihan.

PROGRAM BINAAN
Tiada.

Ulasan Ringkas
1. Latihan berjalan lancar.
2. Kedatangan atlet kurang memuaskan.
3. Seramai 5 orang atlet dibawah program Pelapis akan menyertai Sukma Perlis 2014.
4. Jurulatih telah dimaklumkan mengenai Kejohanan Tinju Zon Utara yang akan diadakan di Pulau Pinang pada Jun 2014.
   
Sekian, Terima Kasih

Laporan disediakan oleh
Fazli Hisam Bin Mohd Zainol Abidin

Read more...

Friday, March 21, 2014

LAPORAN RINGKAS KEJOHANAN GIMNASTIK ARTISTIK MSSPP 2014

Tarikh : 18 hingga 19 Mac 2014
Tempat : Akademi Gimnastik Artistik Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang

Kejohanan Gimnastik Artistik MSSPP 2014 berlangsung pada 18 hingga 19 Mac 2014. Kejohanan yang dijalankan selama 2 hari telah dikelolakan oleh Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Pulau Pinang (MSSPP). Kejohanan ini dijalankan mengikut undang-undang Persekutuan Gimnastik Antarabangsa (FIG), Undang-Undang Gimnastik Malaysia (PGM), Undang-Undang Gimnastik MSSM, dan Peraturan-Peraturan Am MSSM. Kejohanan ini dijalankan untuk menilai prestasi atlet antara sekolah-sekolah dalam negeri Pulau Pinang.

Berikut merupakan keputusan rasmi kejohanan bawah 12 tahun :-

MAG - Bawah 12 Tahun

Acara            : Individu Keseluruhan
Emas            : Derrick Khoo Kai Jia (SJK (C) Han Chiang)
Perak            : Soon Khye Ze (SJK (C) Kwang Hwa, Sungai Nibong)
Gangsa         : Yap Zi Yi (SJK (C) Perempuan China)

Acara            : Senam Lantai
Emas            : Desmond Chung Chun Hao (Chung Hwa Confucian B) - Mata (8.4)
Perak            : Derrick Khoo Kai Jia (SJK (C) Han Chiang) - Mata (8.2)
Gangsa         : Soon Khye Ze (SJK (C) Kwang Hwa, Sungai Nibong) - Mata (8.1)

Acara            : Kekuda Berpelana
Emas            : Derrick Khoo Kai Jia (SJK (C) Han Chiang) - Mata (8.7)
Perak            : Soon Khye Ze (SJK (C) Kwang Hwa, Sungai Nibong)- Mata (7.6)
Gangsa         : Desmond Chung Chun Hao (Chung Hwa Confucian B) - Mata (7.5)

Acara            : Gelang
Emas            : Derrick Khoo Kai Jia (SJK (C) Han Chiang) - Mata (8.8)
Perak            : Desmond Chung Chun Hao (Chung Hwa Confucian B) - Mata (7.9)
Gangsa         : Soon Khye Ze (SJK (C) Kwang Hwa, Sungai Nibong)- Mata (7.8)

Acara            : Melombol
Emas            : Derrick Khoo Kai Jia (SJK (C) Han Chiang) - Mata (10.03)
Perak            : Soon Khye Ze (SJK (C) Kwang Hwa, Sungai Nibong)- Mata (8.97)
Gangsa         : William Tan Ming Wei (SJK (C) Union) - Mata (8.93)

Acara            : Palang Sejajar
Emas            : Soon Khye Ze (SJK (C) Kwang Hwa, Sungai Nibong)- Mata (8.17)
Perak            : Derrick Khoo Kai Jia (SJK (C) Han Chiang) - Mata (8.07)
Gangsa         : Yap Zi Yi (SJK (C) Perempuan China) - Mata (8.03)

Acara            : Palang Tunggal
Emas            : Yap Zi Yi (SJK (C) Perempuan China) - Mata (8.30)
Perak            : Desmond Chung Chun Hao (Chung Hwa Confucian B) - Mata (7.81)
Gangsa         : Ho Kai Zhen (SJK (C) Chung Hwa Confucian B - Mata (7.80)

WAG - Bawah 12 Tahun

Acara            : Individu Keseluruhan
Emas            : Zarith Imaan Zubaidi Binti Khalid (SK Jalan Residensi)
Perak            : Eng Cheng Xin (SJK (C) Chung Hwa Confucian B)
Gangsa         : Esther Teh Yi Ying (Dalat International School)

Acara            : Senam Lantai
Emas            : Zarith Imaan Zubaidi Binti Khalid (SK Jalan Residensi) - Mata (7.27)
Perak            : Eng Cheng Xin (SJK (C) Chung Hwa Confucian B) - Mata (7.23)
Gangsa         : Marcia Teoh Yan Shan (SJK (C) Perempuan China) - Mata (6.73)

Acara            : Palang Titian
Emas            : Esther Teh Yi Ying (Dalat International School) - Mata (6.95)
Perak            : Zarith Imaan Zubaidi Binti Khalid (SK Jalan Residensi) - Mata (6.90)
Gangsa         : Rachel Quah Jia Yee (SJK (C) Min Sin) - Mata (6.85)

Acara            : Palang Bertingkat
Emas            : Zarith Imaan Zubaidi Binti Khalid (SK Jalan Residensi) - Mata (7.33)
Perak            : Esther Teh Yi Ying (Dalat International School) - Mata (7.10)
Gangsa         : Eng Cheng Xin (SJK (C) Chung Hwa Confucian B) - Mata (6.87)

Acara            : Melombol
Emas            : Eng Cheng Xin (SJK (C) Chung Hwa Confucian B) - Mata (9.20)
Perak            : Zarith Imaan Zubaidi Binti Khalid (SK Jalan Residensi) - Mata (9.10)
Gangsa         : Esther Teh Yi Ying (Dalat International School) - Mata (9.0)

Sekian sahaja laporan Kejohanan Gimnastik Artistik MSSPP 2014 pada 18 hingga 19 Mac 2014 bertempat di Akademi Gimnastik Artistik Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang.

Sekian, terima kasih.

Laporan disediakan oleh
Azira Binti Azizan

Read more...

Tuesday, March 18, 2014

LAPORAN PEMANTAUAN KEJOHANAN SKUASY WANITA DUNIA 2014

Tarikh: 17 Mac 2014 (Isnin)
Tempat: Pusat Skuasy Antarabangsa Nicol David (NDISC), Bukit Dumbar, Pulau Pinang.

Kejohanan Penang - CIMB Skuasy Wanita Dunia 2014 membuka tirainya dengan pusingan kelayakan bermula 15 sehingga 17 Mac 2014 di Pusat Skuasy Antarabangsa Nicol David (NDISC), Bukit Dumbar. Manakala pusingan pertama bakal dilangsungkan di SPICE Arena, Relau, Bayan Lepas bermula dari 18 hingga 23 Mac 2014. Pada pusingan kelayakan menyaksikan lima orang atlet pelapis negeri turut bersaing serta menimba pengalaman beraksi di pentas tertinggi skuasy wanita dunia. Atlet-atlet terbabit merupakan atlet pelapis negeri Pulau Pinang iaitu Sara Chew, Nur Aliah Izzati, Lim Jee Nee, Zetty Zawanah dan Celine Yeap Shu Wan. Seorang lagi atlet pelapis negeri iaitu Vanessa Raj bakal beraksi di pusingan pertama kejohanan selepas diberikan tiket "wild card". Beliau dijadualkan menentang pemain nombor dua dunia iaitu Laura Massaro dari England. Akhir kata, Diharap atlet-atlet yang berpeluang beraksi pada kejohanan ini dapat menimba pengalaman sebanyak mungkin serta menjadi pencetus semangat untuk mencapai kejayaan di masa hadapan. 

Beikut dilampirkan keputusan rasmi kejohanan pada hari pertama :-

PUSINGAN KELAYAKAN (15-17 Mac 2014)

1ST ROUND

AHN EUN CHAN (KOR) vs NUR ALIAH IZZATI (MAS/PEN) - 11/4,11/5,11/6 (18 mins)

RACHEL ARNOLD (MAS/KL) vs SARA CHEW ROU-YI (MAS/PEN) - 14/12,/11/3,11/2 (20 mins)

CELINE YEAP (MAS/PEN) vs LIM JEE NEE (MAS/PEN) - 11/6,/11/8,11/7 (25 mins)

TEH MIN JIE (MAS/SEL) vs SARA CHEW (MAS/PEN) - 11/8,11/1,11/6 (19 mins)

2ND ROUND

TESNI EVANS (WAL) vs CELINE YEAP (MAS/PEN) - 11/6,11/5,9/11,11/6 (34 mins)

Sekian, terima kasih.

Laporan Hari Pertama Kejohanan.

Read more...

Monday, March 17, 2014

LAPORAN HARI TERAKHIR KEJOHANAN PELAPIS PERINGKAT ZON UTARA SIRI 1/2014

Tarikh : 16 Mac 2014 (Ahad)
Tempat : SMK Tunku Anum & Stadium Sultan Abdul Halim.

Kejohanan Pelapis Zon Utara Siri 1/2014 telah memasuki hari terakhir kejohanan dimana semua sukan terlibat kecuali sukan Angkat Berat. Kejohanan hari terakhir hanya melibatkan acara-acara akhir sahaja.

Berikut disertakan keputusan yang melibatkan sukan Olahraga, Sepak Takraw, Tinju dan Memanah.

SUKAN OLAHRAGA
(16 MAC 2014 - AHAD)

BAWAH 13-14 TAHUN (LELAKI)

LONTAR PELURU
Gangsa - Mohd Syazwan Bin Ishak - 7.65 meter

LEMPAR CAKERA
Gangsa - Mohd Syazwan Bin Ishak - 21.9 meter

1500 METER
Emas - Ahmad Syawal Bin Azahari - 4:54.07 saat
Perak - Mohd Syauqi Irfan Bin Sakiran - 5:41.24 saat
Gangsa - Muhamad Zarif Bin Edysham - 5:56.83 saat

400 METER
Perak - Ahmad Syawal Bin Azahari - 57.44 saat

100 METER
Perak - Mohd Syauqi Irfan Bin Sakiran - 12.80 saat

800 METER
Perak- Mohd Irfan Bin Nazri Naim - 2:36.20 saat
Gangsa - Muhamad Zarif Bin Edysham - 2:54.45 saat

BAWAH 13-14 TAHUN (WANITA)

100 METER
Gangsa - Nor Anis Syazwani Abdul Hamid - 33.75 saat

200 METER
Perak - Khairun Najwa Bt Amran - 32.45 saat
Gangsa - Nor Anis Syazwani Abdul Hamid - 33.75 saat

400 METER
Emas - Nor Sahirah Mahazir - 70.77 saat
Perak - Nur Dayana Bt Norsuperdi - 73.03 saat

800 METER
Emas - Nor Fadhlin Qistina Yahya - 3:14.55 saat
Perak - Khairun Najwa Bt Amran - 3:18.24 saat

100 METER BERPAGAR
Perak - Nor Sahirah Mahazir - 19.52 saat
Gangsa - Nur Athirah Manzrul Azwan - 22.77 saat

LOMPAT JAUH
Perak - Nur Liyana Izati Mohd Khairudin - 4.02 meter

1500 METER
Emas - Nur Asyatul Azra Zamri - 6:11.07 saat
SUKAN SEPAK TAKRAW
(16 MAC 2014)

Untuk hari ini hanya Pasukan Sepak Takraw bertanding untuk kategori Regu U14 dan U16 (Lelaki). Kejohanan bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir 12.30 tengahari. Berikut pencapaian bagi atlet Pulau Pinang pada hari ini :-

REGU U14
Emas - Pulau Pinang A
Perak - Pulau Pinang B
Gangsa Bersama - Kedah & Perlis

REGU U16
Emas - Kedah A
Perak - Pulau Pinang A
Gangsa Bersama - Kedah B & Pulau Pinang B

SUKAN TINJU
(16 MAC 2014 - AHAD)

Hari terakhir kejohanan bermula pada jam 3 petang dimana melibatkan peringkat akhir bagi semua kategori untuk umur 13-14 tahun. Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh En. Vimalan A/l Palaniappan iaitu wakil dari Majlis Sukan Negara. Secara Keseluruhan Pulau Pinang mendapat 5 Emas dan 4 Perak. Berikut pencapaian bagi atlet Pulau Pinang :-

KAT 33 kg
1. Muhamad Qayyum Abid Bin Wan Zawawi (Emas)

KAT 39 kg
1.Mohd Rasdenal Haikal Bin Mohd Fadli (Emas)

KAT 48 kg
1. Sheikh Ramatullah Bin Ibrahim (Emas)
2. Zulhairi Bin Zulhilmi (Perak)

SUKAN MEMANAH
(16 MAC 2014)

WANITA BWH 12 TAHUN

INDIVIDU KESELURUHAN
1. Pritiswary a/p Muniswaran (Pulau Pinang) - 1303
2. Rubyinee a/p Murugan (Pulau Pinang) - 1194
3. Priyaswary a/p Muniswaran (Pulau Pinang) – 1185

DOUBLE 25 METER
1. Pritiswary a/p Muniswaran (Pulau Pinang) - 595
2. Rubyinee a/p Murugan (Pulau Pinang) - 559
3. Nor Natiela Shuhada Binti Nazir (Kedah) - 536

DOUBLE 20 METER
1. Pritiswary a/p Muniswaran (Pulau Pinang) - 678
2. Rubyinee a/p Murugan (Pulau Pinang) - 635
3. Anisya Aishah Bt Nadzry (Kedah) - 610

LELAKI BAWAH 12 TAHUN

INDIVIDU KESELURUHAN
1. Mohd Azim Bin Omar (Kedah) - 1229
2. Irshad Thakif bin Khairol Sani (Kedah) - 1206
3. Mohd Adib Bin Khairul Adnan (Kedah) - 1196

DOUBLE 25 METER
1. Mohd Azim Bin Omar (Kedah) - 587
2. Irshad Thakif bin Khairol Sani (Kedah) - 567
3. Syafi Masri Bin Shabudin (Pulau Pinang) 566

DOUBLE 20 METER
1. Mohd Azim Bin Omar (Kedah) - 642
2. Mohd Adib Bin Khairul Adnan (Kedah) - 632
3. Irshad Thakif bin Khairol Sani (Kedah) - 639

WANITA BAWAH 16 TAHUN

INDIVIDU KESELURUHAN
1. Amira Areena Binti Amir (Kedah) - 1095
2. Nurul Afza Binti Saidin (Perlis) - 1054
3. Nur Hanisah Bt Khairul Amir (Kedah) - 1034

60 METER
1. Amira Areena Binti Amir (Kedah) - 274
2. Nurul Afza Binti Saidin (Perlis) - 264
3. Nurul Falah Binti Mohd Hafizi (DGAC) - 245

50 METER
1. Amira Areena Binti Amir (Kedah) - 271
2. Nurul Afza Binti Saidan (Perlis) - 268
3. Nur Iwani Binti Norizham (DGAC) - 264

40 METER
1. Nur Hanisah Bt Khairul Amir (Kedah) - 281
2. Auni Aqilah Binti Kamal Arifin (Kedah) - 257
3. Nur Falah Binti Mohd Hafizi (DGAG) - 250

30 METER
1. Amira Areena Binti Amir (Kedah) - 312
2. Kayalvhilly a/p Partiben (Pulau Pinang) - 302
3. Audrey Wong Li Ying (Pulau Pinang) - 291

LELAKI BAWAH 16 TAHUN
INDIVIDU KESELURUHAN
1. Mohd Syahmi Bin Mat Suud (Kedah) - 1105
2. Anas Hakimi Bin Azhar (Kedah) - 1092
3. Mohd Zubair Bin Ahmad (Perlis) - 1087

70 METER
1. Khambeshwaran a/l Mohanraja (Pulau Pinang) 275
2. Anas Hakimi bin Azhar (Kedah) - 274
3. Mohd Syahmi Bin Mat Suud (Kedah) 257

60 METER
1. Mohd Syahmi Bin Mat Suud (Kedah) - 289
2. Mohd Zubair Bin Ahmad (Perlis) - 274
3. Anas Hakimi Bin Azhar (Kedah) - 268

50 METER
1. Mohd Zubair Bin Ahmad (Perlis) - 265
2. Anas Hakimi Bin Azhar (Kedah) - 263
3. Ahmad Zufar Bin  Muhammad Faris (Kedah) - 250

30 METER
1. Mohd Syahmi Bin Mat Suud (Kedah) - 318
2. Mohamad Fitri Bin Abdul Hafidz (Kedah) - 300
3. Muhd Khairul Amirin (Perlis) -299

WANITA BWH 12 TAHUN
BERPASUKAN
1. Pulau Pinang - 3682
2. Kedah - 3223
3. Perlis - 2777

LELAKI BAWAH 16 TAHUN
1. Kedah - 3180
2. Perlis - 2941
3. Pulau Pinang - 2655

Maka Kejohanan Pelapis Peringkat Zon Utara Siri 1/2014 melabuhkan tirai dengan jayanya. Pasukan Pulau Pinang telah membawa balik pungutan pingat sebanyak 30 emas, 28 perak dan 22 gangsa. Tahniah kepada semua atlet yang berjaya dan pada yang tewas jangan anggap ini adalah kejohanan terakhir anda.

Sekian, Terima Kasih

Laporan hari terakhir kejohanan.

Read more...

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved