Thursday, December 30, 2010

KEJOHANAN MEMANAH JEMPUTAN USM 2010

Tarikh : 29-30 Disember 2010
Tempat : Padang Universiti Sains Malaysia
Seramai kira-kira 80 orang atlet menyertai kejohanan jemputan ini. Mempertandingkan 2 acara iaitu recurve & compound. Selain atlet-atlet pelapis negeri, atlet dari MSSPP, USM, Kelab-Kelab dari Kulim, Butterworth dan Kuala Lumpur juga turun mennyertai kejohanan ini. All the best !!
















Read more...

Wednesday, December 29, 2010

BENGKEL ATLET PELAPIS NEGERI PULAU PINANG 2010

Tarikh : 26 - 27 Disember 2010
Tempat : Pusat Kegiatan Sukan Air, Tanjung Bungah
Laporan ringkas dan untuk makluman,

Alhamdullilah, Aminnnn dengan izin ALLAH rancangan yang dirancang telah berjalan dengan lancar dan selamat.

Terlebih dahulu ucapan ribuan terima kasih kepada Pengarah Cawangan Pelapis yang telah meluluskan Bantuan Kewangan untuk Program Binaan, Ketua Unit Negeri dan Pengurus Cawangan Pelapis yang menyokong Penganjuran Program Binaan dijalankan.

Sebanyak 4 jenis sukan yang menyertai bengkel tersebut di atas dengan kehadiran 36 atlet, 3 JSM, 2 PPN, di bantu oleh 4 Pegawai ISN dan Pengurus Pusat Kegiatan Sukan Air Tanjung Bungah, Pulau Pinang.

Objektif untuk mengadakan bengkel tersebut di atas adalah untuk memberi kefahaman atlet kepada kepentingan Sains Sukan yang merangkumi Pemakanan Sukan, Psikologi Sukan, Suaian Fizikal, dan Fisiologi Senam. Selain dari itu dengan mengadakan bengkel sebegini dapat meningkatkan lagi pengetahuan atlet dan memupuk semangat perkumpulan.

Melewatkan Sesi Ice Breaking diljalankan kerana ingin menuntun perlawanan bola sepak antara Malaysia dan Indonesia. Sesi Ice Breaking bermula pukul 10.00 malam dan berakhir pada 11.30 malam. TAHNIAH !!!!!! pasukan Malaysia.

MALAYSIA BOLEH!!

Kesempatan waktu ini diambil untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pegawai ISN, Pengurus Pusat Kegiatan Sukan Air dan JSM yang telah membantu dan menjayakan program seperti yang di rancang.

Memeriakan lagi acara penutupan dan penyampian hadiah dan sijil penyertaan dengan kehadiran Tuan Pengarah dan Pegawai Belia & Sukan Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang. Ucapan setinggi-tinggi terima kasih kerana sudi melapangkan masa untuk menghadirkan diri.

Ucapan terima kasih juga kepada rakan seperjuangan PPN Hamidi yang bersama dalam menjayakan program tersebut di atas dan tidak lupa kepada Pn. Carol Ooi, Penolong Pegawai Belia & Sukan yang telah menguruskan pihak media [RTM dan Surat Khabar Kong Ming] hadir pada hari penutupan.

Acara-acara yang dijalankan seperti di dalam aturcara yang dilampirkan.

Telah menerima maklumbalas positif dan sokongan dari atlet dan keluarga atlet untuk program sebegini diteruskan.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

--
FATIMAH BINTI JAMIL










































Read more...

PESTA TINJU ANTARABANGSA PULAU PINANG / FESKOM 2010

Tarikh : 28 Disember 2010
Tempat : Tapak Pesta, Sungai Nibong
Kejohanan yang berlangsung pada 26-30 Disember ini mendapat perhatian umum pengunjung-pengunjung di Tapak Pesta, Sungai Nibong ini. Ini kerana mereka bukan sahaja dapat melihat bakat serta atlet-atlet tempatan beraksi malahan dihidangkan dengan aksi atlet-atlet dari negara jiran iaitu Thailand, Indonesia & juga Singapura.
Untuk hari ini, sebanyak 29 bout dipertandingkan dimana pertandingan telah bermula pada jam 4.30 petang & disambung semula kira-kira jam 8.00 malam. Berikut adalah beberapa keputusan untuk pertandingan pada petang & malam ini. (Nama yang di bold & italic adalah pemenang).


Kategori 49 kg

Rizal Djuma (JBR) vs Mohd Hafizuddin (TRG)

Jayaraman (NS) vs Noor Amin Ahmad (MEL)

Narathip Buasswang (TRANG) vs Togap Purba (RIAU)

Mohd Shahril (PP) vs Mohd Zulfikar (KEL)


Kategori 52 kg

Mohd Azman (KEL) vs Hartoni (RIAU)

Mohd Lokman (PDRM) vs Supriadi (BTM)

Albertho Alfons (JBR) vs Choopeng (TRANG)

Julio Bria (PRIMA) vs Al Hafizzul Amzar (DARAT)


Kategori 56 kg

Mohd Azmi (PDRM) vs Reverson Abinend (JBR)

Topaz Rinda Siregar (RIAU) vs Nur Mohamad Mahat (JOH)

Razillah (PER) vs Wan Mohd Ridzuan (TRG)

Mohd Hafiz (NS) vs Hashim Abdullah (KEL)


Kategori 60 kg

Mohd Shamrizal (KEL) vs Abd. Awadullah (NS)

Muhamad Shamrizal (TRG) vs Mohamad Zulfikar (MEL)

Ralin Lumoly (PRIMA) vs Al Nazirul (KED)

Mohd Norazizi (PAH) vs Mohd Ridhwan (SIN)


Kategori 64 kg

E.Eswaran (PP) vs Ekachai (TRANG)

Abd. Halim Razak (KL) vs Teerayut Wijitnawee ( KRABI)

Mohd Sulaiman Ali (JOH) vs Mohd Azwadi Ismail (KEL)

Eko Hardianto (RIAU) vs HIshammudin Ghazali (PER)


Kategori 69 kg

Nikkaret (KRABI) vs Nor Aziwan (PER)

Badrul Hisyam (NS) vs Khairul Azwan (KEL)

Mohamad Rozaiman (PP) vs Tengku Shahrizal (PDRM)

Mohd Ramadan (DARAT) vs Taufan Paransa (PRIMA)


Kategori 75 kg

Mohd Zaidi (PDRM) vs Abdul Azim (MEL)

Ajrizamizam Abd, Jabar (DARAT) vs Hilmi Rashid (KL)

Muhd Nyzam (JOH) vs Rashid Omar (KED)

B. Perabagaran (PP) vs Zakaria Ismail (SIN)

Muhamad Mustakim (KL) vs Mohd Faizal (NS)


PER - Perlis
DARAT - Tentera Darat
SIN - Singapura
TRANG - Thailand
KRABI - Thailand
BTM - Batam, Indonesia
RIAU - Kepulauan Riau, Indonesia
JBR - Jawa Barat, Indonesia
PRIMA - Indonesia

















Read more...

PEMANTAUAN KUN KE PLN GIMRAMA

Tarikh : 28 Disember 2010
Masa : 11.45 - 12.10 T/Hari
Tempat : PLN Gimrama, MSNegeri
Sedikit masa di ambil untuk menjenguk latihan atlet-atlet cilik gimrama ini. Walaupun status PLN ini 'KIV' dalam Program Pelapis, berikutan latihan yang tidak dijalankan selama setahun pada tahun 2009, namun atlet serta ibubapa tidak pernah jemu untuk cuba 'bangkit' membuktikan sesuatu setelah kehadiran seorang jurulatih dari Korea pada Februari 2010.
Semasa tinjauan, saya dimaklumkan atlet-atlet ini giat berlatih bagi menghadapai kejohanan MSSPP & seterusnya MSSM di Kedah pada Mac 2011 nanti. Diharap dengan latihan yang bersungguh-sungguh, sokongan serta dorongan yang kuat dariada para ibubapa, atlet-atlet ini dapat mencapai kejayaan pada suatu hari nanti.








Read more...

Tuesday, December 28, 2010

LAPORAN KEJOHANAN ANGKAT BERAT ZON UTARA 2/2010 PULAU PINANG

Tarikh : 25 Disember 20
Tempat : Gimnasium Angkat Berat Pulau Pinang
Penyertaan Atlet : 25 Orang
Negeri Yang Bertanding : Kedah, Perlis dan Pulau Pinang

Mesyuarat Pengurus Pasukan 24 Disember 2010

Pada jam 5.30 petang mesyuarat pengurus pasukan diadakan di Bilik Cemerlang Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang untuk penetapan kategori atlet dan rombakan acara kejohanan. Untuk makluman, timbang berat badan atlet diadakan di Gimnasium Angkat Berat Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang dan sesi kejohanan terbahagi kepada 2 iaitu disebelah pagi yang bermula pada jam 10.00 pagi dan sesi petang bermula pada jam 2.00 petang.

Hari Kejohanan 25 Disember 2010

Sesi pertama kategori berat badan 45kg, 52kg, 62kg dan 69kg lelaki 14 tahun kebawah yang bermula pada jam 10.00 pagi dan tamat pada jam 12.00 tengahari. Atlet Pelapis Pulau Pinang seramai 5 orang yang bertanding pada sesi pagi ialah Mohd Harith Lutfie snatch 38kg clean & jerk 50kg total 88kg dan Mohd Haikal Zamri kategori 45kg snatch 25kg clean & jerk 30kg gagal total 25kg.
Mohd Asrul Sabran snatch 45kg clean & jerk 63kg total 108 kg dan Saiful Jamil kategori 52kg snatch 40kg clean & jerk 55kg total 95kg dan Muhd Hafiz Ahmad kategori 62kg snatch 45kg dan clean & jerk 56kg total 101kg.

Sesi kedua kategori berat badan 52kg, 56kg, 62kg,69kg, 77, 85kg, 105kg dan +105kg lelaki bawah 16 tahun. Berikut adalah prestasi atlet pelapis Pulau Pinang yang bertanding ialah Mohamad Solehuddin snatch 40kg clean & jerk 52kg total 92 kg dan Abdul Haris B. Che Pi kategori 52kg snatch 55kg clean & jerk 65kg total 120kg.
Mohamad Shazreen kategori 56kg snatch 52kg clean & jerk 66kg total 118kg. Yeoh Kim Teik kategori 62kg snatch 30kg clean & jerk 48kg total 78kg . Mohamad Izzat B. Ahmad snatch 42kg clean & jerk 87 total 87kg, Muhamad Alif B. Taib snatch 90kg dan clean & jerk 115kg gagal total 90kg.
Mohamad Syakir kategori 77kg snatch 55kg dan clean & jerk 72kg total 127kg. Mohamad Amirun Asyraf kategori 85kg snatch 65kg dan clean & jerk 85kg . Mohd Nur Ikhmal kategori 105kg snatch 60kg dan clean & jerk73kg total 133kg.
Laporan Oleh : Ahmad Firdaus Yusoff






Read more...

Friday, December 24, 2010

KEJOHANAN 38TH PENANG PESTA INTERNATIONAL BOWLING CHAMPIONSHIP 2010

Tarikh : 16 - 23 Disember 2010
Tempat : Pusat Boling Premium Lanes, Sunshine Square Bayan Baru, Penang.

Kesempatan masa di ambil untuk bertemu dengan 14 Atlet Cawangan Pelapis yang mengambil bahagian dan bertugas sebagai Lane Marshall dalam kejohanan di atas.

Penglibatan atlet dari Cawangan Pelapis Negeri dalam kejohanan tersebut diatas adalah dibiayai oleh atlet sendiri berikut adalah keputusanya :

Wanita Bawah 12 tahun - 9 peserta [hanya seorang dari Cawangan Pelapis] :
1. Anis Shazlin Binti Zulkhisham - Tempat 5/Avg : 167.7

Wanita Bawah 16 tahun - 20 peserta buat MQ [hanya 3 orang dari Cawangan Pelapis]
1. Nur Amirah Auni Binti Azman- Tempat 10/ Avg : 196.3
2. Izzatti Zuhaili Binti Mohd Mazli - Tem pat 14/ Avg : 181.7
3. Syazwani Binti Annuar - Tempat 18/Avg : 173.0

Nur Amirah Auni dan Izzatti Zuhailai layak ke Peringkat Akhir. Seramai 15 peserta bertanding dan keputusanya :
1. Nur Amirah Auni Binti Azman - Tempat 9/ Avg : 191.0
2. Izzatti Zuhaili Binti Mohd Mazli -Tempat 6/ Avg : 196.5

Lelaki Bawah 16 tahun - 39 peserta buat MQ [hanya 4 orang dari Cawangan Pelapis]
1. Eugene Oh Chern Yu - Tempat 3 / Avg : 233.0
2. Mohd Nazmi Bin Mohd Mazli -Tempat 6 / Avg : 225.7
3. Muhammad Afiq Wafiy Bin Kamarudin - Tempat 7 / Avg : 220.7
4. Aiman Faiz Bin Ahmad Fuad - Tempat : 23 / Avg : 201.7

Eugene Oh, Mohd Nazmi dan Mohd Afiq Wafiy layak ke peringkat Akhir. Seramai 15 peserta bertanding dan keputusanya :
1. Eugene Oh Chern Yu - Tempat 6 / Avg : 201.9
2. Mohd Nazmi Bin Mohd Mazli -Tempat 9 / Avg : 198.1
3. Muhammad Afiq Wafiy Bin Kamarudin - Tempat 13 / Avg : 187.3

Atlet Cawangan Pelapis yang bertugas sebagai Lane Marshal selain dari pemain yang diatas adalah seperti berikut :
1. Nur Asyfareena Binti Ahmad Bukhari
2. Yair azraei Bin Ferooz Feizol
3. Aimi Fatin Binti Ahmad Fuad
4. Muhamad Aidiel Al Bakri Bin Mustaffa Al Bakri
5. Amanda Khong Xia Ling
6. Muhamad Aidiel Al Bakri Bin Mustaffa Al Bakri

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

--
FATIMAH BINTI JAMIL








Read more...

Thursday, December 23, 2010

PEMANTAUAN PLN - BADMINTON

Tarikh : 21 Disember 2010 [Selasa]
Masa : 4.45 petang hingga 5.30 petang
Tempat : PLN Badminton Bukit Dumbar, Pulau Pinang.
Atlet : 6 orangJurulatih : Loh Bok Seang [Caw. Pelapis] dan Deng Li [JLN MSNPP]

Memantau latihan atlet dan seramai 6 orang yang dikelolakan oleh Deng Li sebagai mengantikan JPM Razlan yang terlibat dengan Kejohanan FESMAS. Kesempatan waktu digunakan untuk berjumpa dengan atlet dan keluarga atlet yang hadir.

Perjumpaan bersama JSM Loh Bok Seang untuk mendapatkan lapuran November yang masih belum di hantar beliau. Menasihati beliau agar tidak mengulangi penghantaran lewat lapuran bulanan.

Berjumpa dengan Naib Presiden Persatuan Badminton kebetulan yang berada di Pusat Latihan dan memaklumkan program yang akan berlangsung pada 26 dan 27 Disember 2010 yang melibatkan Atlet Badminton dari Cawangan Pelapis.

Pemantauan diteruskan ke PLN Skuasy yang terletak bersebelahan. Sekian dimaklumkan, terima kasih.

--
FATIMAH BINTI JAMIL






Read more...

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved