Sunday, December 18, 2011

KEJOHANAN KARATE FESKOM 2011

Tarikh : 18-12-2011
Venue : Kompleks Silat Batu Uban

Hari ini sukan Karate membuka gelanggang Kejohanan Feskom 2011. Dengan penyertaan hannya dari 9 pasukan, kejohanan dijangkan dapat ditamatkan pada hari ini juga. Berikut adalah negeri/pasukan yang mengambil bahagian ;

1. Pulau Pinang
2. Kedah
3. Perak
4. Sarawak
5. Iran
6. Ghosin-Ryu
7. Shito-Ryu
8. Gishinkan
9. Budokan

Sesi sebelah bagi diadakan acara Kata Individu / Berpasukan Lelaki & Wanita manakala di sebelah petang pula, sedang berlangsung acara Kumite Lelaki & Wanita.




































Read more...

Saturday, December 17, 2011

49TH NATIONAL JUDO CHAMPIONSHIP-FESKOM 2011








Tarikh : 17-12-2011
Venue : Dewan Kompleks Belia & Sukan, Batu Uban


Kini sedang berlangsung Kejohanan Judo Kebangsaan ke-49 Feskom 2011 di Dewan Kompleks Belia & Sukan, Batu Uban. Sebanyak 9 pasukan menyertai kejohanan yg berlangsung selama 2 hari ini. Majlis Perasmian ringkas sebenyar tadi telas dirasmikan oleh Y.Bhg. Dato' Ong Poh Eng, Timb. Pengerusi II, Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang. Berikut adalah pasukan/negeri yang mengambil bahagian.


1. ATM
2. Johor
3. SSTMI
4. Terengganu
5. W.Persekutuan
6. Sawarak
7. N.Sembilan
8. Sabah
9. Pulau Pinang


Kepada semua atlet, selamat bertanding & kepada peminat-peminat sukan judo, bolehlah datang ke Kompleks Belia & Sukan Batu Uban utk menyaksikan kejohanan.

Read more...

Sunday, December 11, 2011

KARNIVAL PELAPIS NEGERI X 2011 PERLIS - SEPAKTAKRAW




Manakala di Pusat Sukan UiTM Arau, Perlis pula berlangsung sukan sepaktakraw peringkat suku akhir. Dalam kategori bwh 18 tahun, pasukan Pulau Pinang berjaya mengalahkan pasukan N.Sembilan 3-1 utk layak ke separuh akhir esok.


Manakala pasukan bwh 21 tahun Pulau Pinang pula turut layak ke separuh akhir setelah menewaskan pasukan Pahang di suku akhir.

Read more...

KARNIVAL PELAPIS NEGERI X 2011 PERLIS - MEMANAH




Tarikh : 10-12-11
Venue : Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis


Bagi sukan memanah, hari ini acara 30M lelaki & wanita dipertandingkan. Pertandingan berjalan baik & lancar.

Read more...

Thursday, December 8, 2011

KEJOHANAN SEPAKTAKRAW BWH 21 TAHUN PSM

Tarikh : 2 Hingga 4 Disember 2011
Tempat : Gelanggang Sepaktakraw Kompleks Belia dan Sukan P. Pinang

Pada 2 Disember 2011 jam 8.30 pagi kejohananan ini bermula. Kejohanan ini diadakan secara liga dan peringkat kalah mati dipusingan ke dua. Untuk Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Malaysia Cawangan Pulau Pinang telah menaja Pasukan Pulau Pinang.

Seramai 12 orang atlet pelapis telah menyertai kejohanan ini. Pasukan Pulau Pinang dan GPMS bergambung dan 5 regu telah menyertai kejohanan ini.
Pada 3 Disember 2011 peringkat suku akhir telah berlangsung dan hanya 2 regu dari Pulau Pinang yang layak untuk meneruskan saingan ke peringkat seterusnya.

Pada 4 Disember 2011 peringkat separuh akhir telah berlangsung dan 1 Pulau Pinang regu layak ke separuh akhir menewaskan regu Banting dengan mata 3-0 dan layak ke perlawanan akhir bertemu MSN Negeri Sembilan C.
Pada perlawanan akhir regu Pulau Pinang telah berjaya menewaskan regu MSN Negeri Sembilan C dengan mata 3-0.

Ahmad Firdaus Yusoff



















Read more...

Tuesday, December 6, 2011

LATIHAN BERSAMA PASUKAN SEPAKTAKRAW PP BERSAMA SEKOLAH WOODLANDS, SINGAPURA





















Read more...

Wednesday, November 30, 2011

PEMANTAUAN PPN KE PUSAT LATIHAN MEMANAH

Tarikh : 29-11-2011
Masa : 9.00 am
Tempat : Komp. Belia & Sukan, Batu Uban

Untuk makluman,hari ini diadakan 'scoring' & pemilihan untuk ke Karnival Pelapis Negeri Perlis 2011 yang akan di adakan pada 7-12 Disember 2011. Kesemua ketiga-tiga PLN hadir dan menyertai pemilihan kali ini.

Kuota untuk sukan memanah ke karnival pelapis adalah seramai 16 orang dan hanya yang terbaik akan dibawa nanti (kat 1 & kat 2). Keputusan dari pemilihan kali ini akan di putuskan oleh sdo bersama-sama persatuan & jurulatih2 yang terlibat berdasarkan kriteria2 yang telah ditetapkan seperti skor bulanan terkini, disiplin, kehadiran dan beberapa perkara lain.

Atlet yang terpilih akan menyertai kem latihan sebelum ke karnival. Kem ini akan diadakan pada 2 -4 Disember 2011 di Kompleks Belia & Sukan Batu Uban, Pulau Pinang dan akan disertai dengan sukan2 lain seperti angkat berat,tinju,sepak takraw dan pelapis dari negeri kedah. Sekian,terima kasih.

Shasha Tarmuzi




















Read more...

Wednesday, November 23, 2011

KEJOHANAN PING PONG TUNAS HARAPAN MALAYSIA MILO KE-24 2011

Program : Kejohanan Ping Pong Tunas Harapan MILO Malaysia Ke-24
Tarikh : 22 - 25 November 2011
Venue : Dewan Tunku, (DOME) KOMTAR, Pulau Pinang

Seramai 375 atlet, jurulatih serta pegawai-pegawai sukan ping pong kini sedang berkampung di Pulau Pinang. Kejohanan yang memasuki edisi ke-24 anjuran bersama Persatuan Ping Pong Malaysia & Persatuan Ping Pong Pulau Pinang ini adalah bertujuan mencungkil bakat-bakat baru selain mempertingkatkan lagi mutu permainan sukan ping pong. Selain itu, ianya juga dapat memperluas & menggalakkan penyertaan berbilang kaum dalam permainan sukan ping pong ini.

Berikut adalah pasukan/negeri yang mengambil bahagian ;

1. Johor
2. Kedah
3. Kuala Lumpur
4. Labuan
5. Melaka
6. N.Sembilan
7. Pahang
8. Perak
9. Perlis
10. Putrajaya
11. Pulau Pinang
12. Sabah
13. Sarawak
14. Selangor
15. Terengganu

Antara acara yang dipertandingkan dalam kejohanan ini adalah ;

1. Berpasukan Lelaki 13 Tahun ke bawah
2. Berpasukan Perempuan 13 Tahun ke bawah
3. Berpasukan Lelaki 10 Tahun ke bawah
4. Berpasukan Perempuan 10 Tahun ke bawah
5. Perseorangan Lelaki 13 Tahun ke bawah
6. Perseorangan Perempuan 13 Tahun ke bawah
7. Perseorangan Lelaki 10 Tahun ke bawah
8. Perseorangan Perempuan 10 Tahun ke bawah
9. Bergu Lelaki 13 Tahun ke bawah
10. Bergu Perempuan 13 Tahun ke bawah
11. Bergu Lelaki 10 Tahun ke bawah
12. Bergu Perempuan 10 Tahun ke bawah

Kepada peminat-peminat sukan ping pong di Pulau Pinang khususnya, datanglah beramai di DOME, KOMTAR untuk melihat atlet-atlet muda negara beraksi. Masuk adalah percuma.

Read more...

Monday, November 21, 2011

LAPORAN RINGKAS PROGRAM PENGUMPULAN DATA PROJEK UJIAN KESAN GENETIK KE ATAS PRESTASI SUKAN - SIRI 1

Tarikh : 21 November 2011
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Dewan Berbumbung, Kompleks Belia & Sukan, Batu Uban

Setelah bermesyuarat serta sesi taklimat bersama semua jurulatih serta pegawai-pegawai sukan yang terlibat pada 02 November lalu, hari ini merupakan hari pertama ujian saringan bagi pengumpulan data untuk projek Kesan Genetik Terhadap Prestasi Sukan yang diketuai oleh Dr. Ahmad Munir Che Muhammad, dari Institut Perubatan & Pergigian Termaju, Universiti Sains Malaysia.

Antara atlet-atlet yang telah terpilih untuk mengikuti ujian saringan pertama untuk projek ini.

1. B. Perabagaran (Tinju)
2. Muhammad Adzha Md Isa (Tinju)
3. Rafa'el Mika'el Rahman (Tinju)
4. Thor Chee Yee - Karate (Kata)


Berikut adalah aktiviti yang dijalankan bagi tujuan ini;

1. Pendaftaran Peserta
- Kenalpasti susur galur genetik (3 generasi)
- Mengisi borang maklumat peribadi
- Mengisi borang kebenaran


2. Pengukuran berat badan, tinggi, BMI & lemak badan

3. Pengambilan sampel sel pipi atlet
- Peserta perlu membersihkan mulut terlebih dahulu
- 2 sampel akan diambil dari atlet


4. Ujian Kecergasan
- Yo-Yo intermittent test
- Hand & leg Dynamometer


Program pada hari ini berakhir sekitar jam 11.30 pagi dengan semua ujian dapat dijalankan dengan lancar dengan bantuan serta kerjasama dari pada jurulatih. Ujian saringan ke-2 untuk atlet-atlet ini akan dilakukan pada 23-12-2011 (Rabu) dimana atlet-atlet ini akan dibawa ke makmal di USM untuk ujian selanjutnya. Ujian saringan pertama untuk atlet Pelapis Serantau (Olahraga, Berbasikal) akan diadakan pada penghujung bulan ini.

Sekian,




















































Read more...

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved