Monday, February 27, 2012

PEMANTAUAN PPN @ PUSAT LATIHAN TENPIN BOWLING

Tarikh : 24hb Februari 2012
Masa : 5.15 petang hingga 7.00 malam
Tempat : Pusat Boling Mega Lanes, Megamall Pinang, Perai.

Kehadiran Atlet : 3 lelaki dan 5 wanita
Kehadiran Jurulatih : Cik Kim Eun Jung dan En. Albert Yeoh Seng Poh

Sesampai di Pusat Latihan Tenpin Boling mendapati atlet-atlet telah berada di tempat latihan. Waktu latihan bermula dari 5.30 petang hingga 7.30 malam. Telah menyerahkan surat perlantikan JSM Albert Yeoh Seng Poh, Nooriani Abdul Rahman dan Adrian Charles Dragon bagi Sukan Tenpin Boling.

Untuk makluman, seramai 10 dari 14 Atlet Skuad Latihan Sukan Malaysia XV 2012, Pahang merupakan atlet dari Program Pelapis Negeri. Mengadakan perjumpaan bersama atlet dengan memberikan kata-kata semangat dan perbincangan bersama jurulatih. Sepanjang pemantuan mendapati atlet-atlet berlatih dengan bersungguh-sungguh dan memberikan tumpuan kepada Jurulatih.

Fatimah Jamil




















Read more...

PENERANGAN PERANAN PROGRAM MSN/PELAPIS NEGERI PULAU PINANG

Tarikh : 25 Februari 2012 (Sabtu)
Tempat : SK Sg. Bakap,SPS Pulau Pinang

Untuk makluman,pihak sekolah menjemput untuk diadakan taklimat kepada guru2 peranan msn didalam memberi peluang kepada pelajar melibatkan sukan secara serius melalui guru2 dan sekolah.Program bermula pada jam 9 pagi dengan perbentangan oleh saya sebagai wakil daripada usptn/pelapis pulau pinang. Intipati perbentangan adalah fungsi dan peranan yang di jalankan oleh pihak unit.

Selain itu,kerjasama dengan semua jabatan,agensi dan pihak berkuasa tempatan juga penting bagi mencapai kecermerlangan didalam sukan. Sokongan daripada ibubapa juga amat diperlukan bagi memastikan kejayaan atlet dapat diraih bersama.Selepas itu,telah diadakan sesi soal jawab dan diteruskan dengan perbentangan pengenalan sukan memanah. Dijalankan secara teori dan praktikal.

Diantara banyak2 sukan,sekolah ini memilih untuk mengetahui sukan memanah dengan lebih lanjut kerana pihak sekolah beranggapan sukan ini boleh diperluaskan diperingkat seberang dan 2 atlet memanah di elit berasal di sebelah seberang (daerah sps) pulau pinang iaitu cheng chu sian dan muhammad izzuddin abd rahim.

Diharap program ini dapat diteruskan dan mendapat sokongan daripada pihak sekolah dan pihak kita merancang untuk diadakan satu lagi program mencungkil bakat di sebelah seberang pulau pinang. Selepas urusan perlantikan seorang lagi jurulatih oleh pihak msnpp diselesaikan,pihak saya bercadang untuk menempatkan didaerah seberang dan akan dimasukkan kedalam jkk bil 01/20122.

Shasha Tarmuzi



















Read more...

Friday, February 24, 2012

PEMANTAUAN PPN KE PUSAT LATIHAN SEPAKTAKRAW

Tarikh : 23 Februari 2012
Masa : 5.00 petang
Tempat : SMK Mutiara Impian
Kehadiran : 18 Orang Atlet
JSM : En Ahmad Rahimi B. Azizan

Pada 23 Februari 2012 jam 5.30 petang Skuad Sepaktakraw Pelapis PulauPinang menjalani latihan untuk persiapan Kejohanan Sepaktakraw SportsExcell pada 24 hingga 26 Februari 2012.Latihan kawalan bola individu dan regu diadakan bagi memantapkankemahiran kawalan bola dalam gelanggang.

Beberapa pemain baru semakin matang dengan kawalan bola “break ball”,apit kanan regu 18 tahun menunjukan peningkatan dalam libasan danmenghadang bola. Latih servis dan tubi dapat meningkatkan kawalan bolauntuk tekong.Dimaklumkan bahawa En. Shamsulkamar JSM yang membantu En. Rahimi tidakdapat hadir semalam kerana terpaksa menghadiri kursus. Namun latihanditeruskan mengikut jadual yang ditetapkan.

Jurulatih mensasarkan 2 pingat emas dalam acara regu dan berpasukanuntuk Kejohanan Sepaktakraw Sports Excell yang akan berlangsung pada24 hingga 26 Februari 2012.

Ahmad Firdaus Yusoff





















Read more...

PEMANTAUAN PPN KE PUSAT LATIHAN ANGKAT BERAT - SMK PERMATANG TOK LABU

Tarikh : 22 Februari 2012
Masa : 5.30 petang
Tempat : SMK Permatang Tok Labu
Jurulatih : En. Jamil B. Hashim

Pusat Latihan Angkat Berat di SMK Permatang Tok Labu semakin mendapat perhatian daripada Pengetua sekolah. Untuk makluman kelab sukan angkat berat juga telah diwujudkan di sekolah tersebut.

Pemantauan pada 22 Februari 2012, seramai 9 orang atlet pelapis telahhadir menjalani latihan. Program dan teknik yang dilatih oleh JSMialah front squad, back squad, snatch dan clean & jerk. Untuk makluman jerk table telah rosak. Manakala platform akan diambildi Majlis Sukan Negara hasil sumbangan Cawangan Pelapis.

Suatu perbincangan dengan persatuan akan diadakan untuk menguruskanperalatan.Terima kasih kepada Pengetua SMK Permatang Tok Labu yang memberisokongan untuk menjadikan sekolah tersebut sebagai Sekolah Projek Sukan Angkat Berat di Pulau Pinang.

Ahmad Firdaus Yusoff















Read more...

Wednesday, February 22, 2012

PEMANTAUAN PPN KE PUSAT LATIHAN BOLING PADANG

Tarikh : 21 February 2012
Venue : Kompleks Sukan Bertam, Kepala Batas, P.Pinang

Latihan berjalan seperti biasa. Bermula jam 5.00 pm sehingga 7.00 pm. Semasa pemantauan,terdapat 3 jurulatih sedang menjalankan latihan. Berikut adalah pecahan setiap jurulatih.JPM MSNegeri - Zakaria AhmadMengendalikan skuad sukma dan hanya 7/14 atlet yang menghadiri latihan,selebihnya tidak dapat hadir kerana terlibat dengan kejohanan dan kelas tambahan.

JSM Pelapis - Yusof OmarMengemudi skuad pelapis negeri. Kehadiran atlet adalah seramai 6/12. Ia disebabkan atlet terlibat dengan kelas tambahan di sekolah.JSM MSNegeri - Noraini AhmadDitugaskan melatih atlet pembangunan iaitu seramai 25 orang yang menghadirkan diri sebentar tadi.Latihan yang dijalankan oleh skuad sukma dan pelapis adalah belajar teknik weight accurancy long distance dan weight drif for long distance.

Dan akhir sekali diadakan game untuk memastikan atlet mempelajari dan memahami teknik yang diajar tadi. Latihan atlet pembangunan lebih kepada pengenalan sukan boling padang.Pemantauan tamat jam 7.30 petang.

Shasha Tarmuzi













Read more...

LAPORAN RINGKAS PEMANTAUAN PPN KE KEJOJANAN MEMANAH MSSPP 2012

Pada 17hb Februari 2012 (Jumaat) saya berkesempatan memantau Kejohanan Memanah MSSPP 2012 Peringkat Negeri Pulau Pinang. Mengikut jadual,kejohanan bermula 14-17 Februari 2012 di Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shabuddin (SMS TSSS) Bukit Mertajam,SPS,P.Pinang.

Seramai 25 atlet pelapis menyertai kejohanan kali ini dan mewakili sekolah masing2. Kejohanan ini mempertandingkan 3 peringkat umur dengan jarak yang berlainan. Berikut adalah kategori dan jarak dan dipertandingkan.

B12 Individu Lelaki (40m,30m,25m,20m)
B12 Individu Wanita (40m,30m,25m,20m)
B15 Individu Lelaki (70m,60m,40m,30m)
B15 Individu Wanita (60m,50m,40m,30m)
B18 Individu Lelaki (90m,70m,50m,30m)
B18 Individu Wanita (70m,60m,40m,30m)
Pusingan Olimpik B12,B15,B18 L&W
Berpasukan B12,B15,B18 L&W

Berikut adalah keputusan mengikut kategori

B12 Lelaki
1. Mohd Arif M.Zaidon - 821
2. Quak Ting Ching - 817*
3. Ahmad Aidil Farhan - 815

B12 Wanita
1. Kuek Pze Yee - 1089*
2. Ezati Wardina - 992*
3. Nur Alia Azwa - 945

B15 Lelaki
1. Noor Aiman Abd Hamid - 1270*
2. Quak Ting Hua - 1238*
3. M.Faris Jamludin - 1235*

B15 Wanita
1. Meerosha - 1267*
2. Loke Shin Hui - 1152*
3. Syarfa - 1131*

B18 Lelaki
1. M.Aiman Amran - 1170
2. Chan Min Shou - 1136*
3. M.Hakimi Mat Isa - 1037

B18 Wanita
1. Sharaniyaa - 992
2. Nur Farzana - 966
3. Ezati Hanani - 932

* Atlet Program Pelapis Negeri

Keseluruhannya, atlet pelapis negeri yang beraksi di kejohanan peringkat sekolah memberikan aksi yang cemerlang dan majoriti menguasi setiap acara yang dipertandingkan terutamanya B15 L&W. Tahniah kepada yang berjaya dan usaha keras atlet yang berlatih telah membuahkan hasil dan mengharumkan nama sekolah masing2. Tahniah juga pada jurulatih dan ibubapa yang sentiasa memberi sokongan pada sukan memanah. Sekian,terima kasih.

Shasha Tarmuzi




































Read more...

Monday, February 20, 2012

LAPORAN RINGKAS PEMANTAUAN LATIHAN / AKTIVITI ATLET BERBASIKAL

Tarikh : 17 Februari 2012
Tempat : Kompleks Silat Batu Uban
Masa : 5.00 petang
Kehadiran Atlet : 8 orang

Pemantauan PPN ke PLN Berbasikal. Untuk sesi latihan hari ini, sesi suaian fizikal yang dikendalikan oleh jurulatih En Zahari dan En Abd Shukor. Sesi ini dijalankan di Kompleks Silat Batu Uban. Kehadiran Atlet untuk sesi ini tidak memuaskan, hanya 8 orang atlet yang hadir.

Sesi latihan lebih ringan daripada biasa untuk persediaan perlumbaan Pemilihan SUKMA 2012 yang akan diadakan pada hari ahad (19 Februari 2012).

Hamidi Lokman



















Read more...

Sunday, February 19, 2012

LAPORAN RINGKAS KEJOHANAN GIMNASTIK ARTISTIK MSSPP 2012

Tarikh : 17-18 Februari 2012
Venue : Pusat Latihan Gimnastik Majlis Sukan Negeri

Kejohanan Gimnastik Artistik MSSPP 2012 berlangsung pada 17 sehingga 18 Februari 2012. Seramai 65 orang atlet telah menyertai kejohanan kali ini iaitu 33 orang atlet lelaki dan 32 atlet wanita. Kejohanan yang dijalankan selama 2 hari ini dikelolakan oleh Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Pulau Pinang (MSSPP).

Juara keseluruhan kategori lelaki bawah 10 tahun ialah Teoh Chuen Feng dari SJKC Kong Min Caw 2 diikuti oleh Derrick Khoo dari SJKC Han Chiang tempat kedua dan tempat ketiga dimenangi oleh Soon Khye Ze dari SJKC Kwang Hwa.Kategori lelaki bawah 12 tahun pula diungguli oleh Teoh Chuen Loong dari SJKC Kong Ming Caw 2, tempat kedua Muhammad Ammar Bin Anuar Mustafa dari SK Sungai Gelugor dan tempat ketiga Cheah Li Hong dari SJKC Kwang Hwa, Butterworth. Sementara kategori bawah 15 tahun lelaki keseluruhan pula dimenangi oleh Jeremiah Loo Phang Xing dari SMK Haji Zainal Abidin, Song Shwu Jye (SMK Bagan Jaya) kedua dan Gary Tan (SMJK Heng Ee) ketiga.

Sementara bagi Juara Keseluruhan kategori bawah 18 tahun lelaki pula dimenangi oleh Ahmad Bulya Md Amin dari SMK Abdullah Munshi, diikuti oleh Daryn Chan Yoong Xian dari SMJK Chung Ling A, tempat ketiga juga dari SMJK Chung Ling A iaitu Ti Deng Jay.Johan Keseluruhan wanita kategori bawah 10 tahun dimenangi Zarith Imaan bt Khalid dari SK Residensi kedua Eng Cheng Xin SJKC Chung Hwa B, dan ketiga Marcia Teoh SJKC Perempuan Cina.
Bagi kategori bawah 12 tahun, johan keseluruhan ialah Elleen Lim Yi Ling dari SK Minden Height diikuti oleh Fatin Nur Jeslina SJKC Yang Zhen kedua, dan ketiga Clarissa dari Dalat International School.

Kategori bawah 15 tahun wanita keseluruhan pula diungguli oleh Chiam Yee Shian dari SMK (P) Methodist, Zulaikha Khalid dari SMK (P) St George di tempat kedua dan Megan Tan Yin Mei (SMK (P) St George) di tempat ketiga.Manakala acara wanita bawah 18 tahun hanya dua orang peserta iaitu Jerelyn Loo Hwang Ping dari SMK Sri Mutiara (johan) dan Choong Chia Yee dari SMK (P) St George (naib johan). Majlis penyampaian hadiah berakhir pada jam 1.20 tengahari.

Hamidi Lokman























Read more...

PEMANTAUAN PPN KE PUSAT LATIHAN BADMINTON & SKUASY

@ PLN Badminton
Kehadiran Atlet : 9 Lelaki dan 11 Wanita

Mendapati atlet menjalani latihan dengan bersungguh-sungguh sebagai persedian untuk ke Kejohanan Remaja Kebangsaan Peringkat Pertama (Zon A) di Perlis pada 8 - 12 Februari 2012. Selain dari itu pihak persatuan bersama jurulatih-jurulatih dalam Program Pelapis Negeri dan MSN telah mengadakan latihan bersama di dua tempat yang berbeza.pada 4 Februari 2012 di Dewan Berapit, Bukit Mertajam dan 6 Februari 2012 di Dewan Badminton Bukit Dumbar, Pulau Pinang.

Sebelum meninggalkan tempat latihan untuk program seterusnya, perjumpaan/perbincangan bersama Jurulatih terlibat dengan Skuad Sukan Malaysia XV 2012, Pahang, kesempatan waktu diambil berjumpa dengan atlet-atlet dan memberikan kata-kata semangat untuk ke Kejohanan di Perlis nanti dan juga berjumpa dengan keluarga atlet yang hadir.

Perkara yang dibincangkan bersama jurulatih-jurulatih :

Tujuan mengadakan perjumpaan bersama jurulatih memandangkan Jurulatih Luar Negara MSN adalah berbangsa Cina dan ingin memastikan beliau memahami apa yang diterangkan di dalam Mesyuarat Jurulatih Bil : 1/2012 oleh pihak MSN pada 1 Februari 2012 yang lalu dengan di bantu En. Tony Tan Gim Hin dan Loh Swee Eng untuk menterjemahkan kembali kepada jurulatih tersebut.

1. Membincang kembali agenda-agenda dalam Mesyuarat Jurulatih Bil : 1/2012 Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang pada 1 februari 2012.

2. Perbincangan KPI 2012 bersama JPM Razlan










@ PLN Skuasy

Kehadiran Atlet : 9 Lelaki dan 7 Wanita


Mendapati atlet-atlet memberikan tumpuan sepenuhnya kepada latihan yang diberikan oleh JPM Khoo Teng Hin, JSM Matthew Wong dan JL MSN Aaron. Mengadakan perbincangan bersama JPM Khoo Teng Hin tentang KPI 2012. Sebelum meninggalkan pusat latihan, kesempatan waktu diambil untuk bertemu dengan ketiga-tiga jurulatih dan atlet untuk bertanyakan khabar.

























Read more...

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved