Sunday, November 30, 2014

LAPORAN HARI KETIGA KEJOHANAN SIRKIT REMAJA KEBANGSAAN SUKAN GIMRAMA SIRI 2/2014

Tarikh : 27 November 2014 (Khamis)
Tempat : Dewan Gimnastik Kompleks SUKPA, Kuantan Pahang

Kejohanan Sirkit Remaja Kebangsaan sukan Gimrama Siri 2/2014 telah memasuki hari ketiga kejohanan. Pada hari ketiga kejohanan, pasukan dari Negeri Pulau Pinang telah mengambil bahagian tiga acara iaitu kategori LG (Tali), kategori Gred 1 (Bola) dan kategori Gred 2 (Tali). Latihan rasmi dijalankan pada jam 8.00 pagi hingga 8.50 pagi. Pertandingan pada sesi pagi bermula jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang dan pertandingan sesi petang bermula jam 2.00 petang hingga 6.00 petang. Sesi penyampaian hadiah berakhir jam 7.00 petang.

Berikut merupakan keputusan rasmi pada hari ketiga kejohanan bagi atlet-atlet dari pasukan Negeri Pulau Pinang :-

Kategori : LG (Tali)
Nicole Cheng Qi Ern - 6.766 mata (12/22)
Ho Jay Meen - 6.433 mata (15/22)
Fong Lee Ann - 6.000 mata (18/22)

Kategori : Gred 1 (Bola)
Caitlin Cheah Pei Syuen - 6.100 mata (14/24)
Victoria Manalang Tan Fu Hui - 5.600 mata (16/24)
Lim Yi Ning - 5.133 mata (19/24)
Evelyn Foo Yifei - 3.300 mata (24/24)

Kategori : Gred 2 (Bola)
Ong Wei Yee - 7.000 mata (16/18)

Pada hari ketiga kejohanan pasukan Pulau Pinang masih belum berjaya memenangi sebarang pingat. Sekian sahaja laporan pada hari ketiga Kejohanan Sirkit Remaja Kebangsaan sukan Gimrama Siri 2/2014.

Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh
Azira Binti Azizan

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved