Thursday, April 7, 2011

PROGRAM TID SUKAN TINJU 2/2011 - SMK PERAI

Tarikh : 07 April 2011

Masa : 10.30 am - 1.00 pm

Tempat : SMK Perai, Bukit Mertajam


Kehadiran Murid : 47 orang dan kesemua menyatakan berminat. Umur Murid : 13 - 17 tahun Kehadiran Pegawai :

JSM En. Zainuddin Bin Zakaria

Pegawai Pembangunan Negeri [PPN Cik Fatimah Binti Jamil]

Kehadiran Guru-guru :

Cikgu Wan Ahmad Bin Wan Rebi [PK KOKU] Cikgu Siti Salha Bin Rejab [SU KOKU] Cikgu Shabihan Bin Ibrahim

Program Bil : 1/2011 telah dijalankan di SMK Datuk Hj. Mohd Nor Ahmad (Pulau)

Bil : 2/2011 di SMK Perai di Daerah Seberang Perai.

Aturcara Program :

1. Sesi memperkenalkan diri pegawai-pegawai kepada murid-murid

2. Sesi Taklimat dan memperkenalkan Peralatan Tinju oleh JSM En. Zainuddin.

3. Sesi Pembentangan "Slide" Program/Aktiviti Tinju oleh PPN Cik Fatimah

4. Sesi Demonterasi Meninju dari pelajar sekolah tersebut oleh JSM Zainuddin

5. Sesi Pendaftaran murid-murid dibantu oleh SU KOKU.

6. Jamuan ringgan yang disediakn oleh pihak sekolah

7. Perjumpaan dan perbincangan bersama Pengetua [En. Baskaran A/L Karuppiah]

Memandangkan ramai murid-murid yang berminat untuk menyertai Sukan Tinju PPN telah berbincang bersama Pengetua, PK KOKU dan SU KOKU. Perkara yang dibincangkan seperti berikut :

1. Memaklumkan USPTN memilih SMK Perai untuk Program Sesi Taklimat dan TID Sukan Tinju kerana atlet yang telah berjaya ke Peringkat Kebangsaan [Adik Prabakaran] adalah bekas pelajar dari SMK Perai.

2. Meminta izin dari pihak sekolah untuk mengunakan Dewan Sekolah sebagai tempat untuk Jurulatih memberikan latihan asas selama 1 bulan dan "Talent Scoting".

3. Sesi Pemilihan akan dibuat selepas 1 bulan dan atlet yang terpilih akan diserapkan kedalam Program Pelapis Negeri/Skuad Latihan SUKMA 2012.

Pihak sekolah menyambut baik dengan cadangan yang dibuat dan akan memaklumkan kepada pihak USPTN keputusannya kemudian. Diharap pihak sekolah dapat memanjangkan jemputan ini untuk murid-murid perempuan yang berminat untuk menyertai Sukan Tinju.

Bagi pihak Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (USPTN), Cawangan Pelapis, Majlis Sukan Negara dan Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang (MSN) mengambil kesempatan ini mengucapkan ribuan terima kasih terutama kepada pihak sekolah atas kerjasama dan layanan yang diberi untuk menjayakan program yang dirancang. Tidak lupa ucapan terima kasih saya kepada murid-murid yang hadir dan memberikan perhatian dengan penuh minat.

Tindakan susulan akan diambil selepas satu bulan dari hari program TID di jalankan. Sekian dimaklumkan, terima kasih. -- FATIMAH BINTI JAMIL








0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved