Thursday, April 21, 2011

PEMANTAUAN PPN KE PUSAT LATIHAN TINJU

Tarikh : 20hb April 2011 [Rabu]
Masa : 5.15 petang - 6.45 petang
Tempat : Komplek Sukan Titi Mukim, SPU
Kehadiran : 6 Atlet dan JSM Zainuddin


Jumlah atlet yang berlatih di PLN Titi Mukim bawah selian JSM Zainuddin seramai 13 orang. JSM Zainuddin memaklumkan latihan pada hari ini dijalankan seawal pukul 4.30 petang dan mendapati kehadiran atlet amat berkurangan. 3 orang atlet telah pulang seawal 6.00 petang untuk menghadiri kelas tambahan.


Di akhir pemantauan telah berjumpa JSM Zainuddin dan perkara yang dibincangkan seperti berikut :


1. Memaklumkan kepada JSM Zainuddin Sesi Akhir Pemilihan Atlet untuk ke Kejohanan Karnival Pelapis 1/2011 Negeri Kelantan akan diadakan pada 22hb April 2011, pukul 5.30 petang di PL Tinju MSNPP Batu Uban, Pulau Pinang.


2. Mendapatkan makluman tentang kekurangan kehadiran atlet.
JSM Zainuddin memaklumkan bahawa 2 atlet terlibat dengan kejohanan bola sepak mewakili sekolah, 1 atlet terlibat kemalangan dan terpaksa berehat, 3 atlet yang telah bekerja dan 1 atlet tiada memaklumkan kepada jurulatih.


3. Membincangkan program sesi latihan asas yang akan dijalankan di SMK Perai, SPU seperti perbincangan bersama pihak sekolah semasa Sesi TID disekolah tersebut.
JSM Zainauddin memaklumkan, beliau hanya boleh memberikan latihan asas kepada pelajar-pelajar di Sekolah tersebut pada hari Ahad pagi sahaja memandangkan beliau bekerja dari Isnin hingga Sabtu.


PPN akan berbincang dengan pihak sekolah dan keputusannya akan dimaklumkan kepada JSM Zainuddin. Sekian dilaporkan, terima kasih.


Fatimah Jamil








































0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved